‘Raja Ribut’ Taufan Mangkhut Mengamuk Jejaskan Perniagaan Di China

oleh Team Richworks pada 26 September 2018

Bencana alam memang kita tak dapat nak elak. Kejadian yang bila-bila masa saja boleh berlaku ini bukan sahaja boleh menyebabkan nyawa melayang malah segala harta benda yang ada pun akan terjejas. Dan yang paling teruk, perniagaan turut menjadi ‘mangsa’ dan menyebabkan kerugian pada tahap yang melampau sehinggakan peniaga gelisah memikirkan bagaimana untuk menguruskan perkara ini.

Baru-baru ini ‘Raja Ribut’, Taufan Mangkhut mengamuk di China sehingga menjejaskan perniagaan serta kebanyakan perniagaan terpaksa dihentikan akibat taufan yang melanda negara itu.

Seperti laporan Reuters pada 17 September 2018, Wilayah selatan China menerima hujan lebat apabila ribut taufan Mangkhut melanda di kawasan barat sehingga perkhidmatan pengangkutan utama digantung manakala jutaan penduduk pula terpaksa dipindahkan.

Disebabkan kejadian yang tidak diingini ini berlaku tanpa diduga, kebanyakan perniagaan turut terjejas teruk. Menurut laporan dari South China Morning Post bertarikh 17 September, disebabkan taufan ini berlaku, kos kerosakan dijangka melonjak naik, dan syarikat insurans ditetapkan untuk menanggung beban kepada syarikat dan perniagaan yang ditimpa kecelakaan itu.

Saham-saham insurans juga dilaporkan jatuh dan menjangkakan tuntutan yang tinggi melebihi HK $1 bilion (RM 525 juta).

“Taufan Mangkhut telah menyebabkan banyak kerosakan terhadap harta, hotel dan kereta di wilayah Hong Kong, Macau dan Guangdong, disebabkan oleh angin kencang dan hujan lebat,” kata Louis Tse Ming-kwong, pengarah pengurusan VC Wealth Management.

Beribu-ribu pejabat dan tingkap rumah telah ditiup angin kencang, sembilan amaran banjir yang serius dikeluarkan, dan banyak bangunan yang rosak akibat ribut yang melanda di China ini. Di Macau pula, kebanyakan perniagaan kasino utama ditutup, dan juga perniagaan lain seperti ribuan kedai di seluruh rantau yang pastinya mencetuskan tuntutan gangguan perniagaan.

Selain itu, Haywood Cheung, pengerusi Target Insurans turut berkata ramai peniaga mula memfailkan tuntutan untuk perniagaan mereka. Yang paling terjejas ialah penanggung insurans am dan firma insurans semula, dengan tuntutan gangguan perniagaan juga dijangka beralih kepada berjuta-juta.

Taufan ini turut direkodkan oleh pihak berkuasa Hong Kong sebagai sebagai ribut terkuat di negara mereka kerana belum pernah terjadi sebelumnya. Laporan turut melaporkan lebih daripada 1,500 pokok telah dibersihkan di seluruh bandar, dua kali ganda yang ditebang oleh Typhoon Hato tahun lepas.

Pentingnya insurans dalam perniagaan anda

Apakah kepentingan di sebalik cerita ‘Raja Ribut’ ini terhadap perniagaan sebenarnya? Apa yang boleh disimpulkan di sini adalah, inilah pentingnya insurans syarikat pada bisnes anda.  Sekiranya berlakunya hal-hal yang tidak diingini seperti ini berlaku at least bisnes ada ada perlindungannya.

Selain daripada diri sendiri, kenderaan dan rumah, perniagaan juga boleh dilindungi dengan insurans, malah sepatutnya perniagaan anda perlu diutamakan untuk mendapatkan perlindungan insurans.

Cuba anda bayangkan perniagaan yang dibina oleh hasil titik peluh anda sendiri, secara tiba-tiba musnah disebabkan kejadian yang berlaku tanpa anda sedari ini. Mesti terasa ‘kesannya’. Betul-betul?

Kerugian wang ringgit memang dah jadi satu kepastian jika musibah melanda tapi apa yang lebih merugikan anda adalah, kerugian masa yang telah ‘dilaburkan’ untuk membina perniagaan anda itu.

Objektif melindungi perniagaan dengan insurans adalah untuk memastikan musibah yang melanda tidak mengakibatkan perniagaan ditutup dan pampasan daripada insurans boleh digunakan untuk membina semula perniagaan selepas musibah melanda.

Pemilik perniagaan yang bijak seharusnya mempunyai insurans yang mampu melindungi perniagaannya daripada kejadian yang tak diduga.

Jom semak, 4 sebab kenapa pemilik bisnes perlu melindungi perniagaan anda melalui insurans:

  1. Perlindungan daripada bencana alam

Seperti yang diterangkan di atas, kejadian bencana alam seperti taufan yang berlaku di China ini adalah satu penyebab anda tidak perlu berfikir banyak kali untuk tahan diri anda daripada mengambil insurans.

Sama juga seperti kejadian yang pernah berlaku di negara kita sebelum ini. Adakah anda masih ingat dengan banjir kilat di Kuala Lumpur? Atau banjir besar yang melanda Pantai Timur suatu ketika dulu? Jika anda menjalankan perniagaan dan mengalami kejadian ini, mungkin anda dah sakit kepala dan risau bagaimana nak tanggung kerugian ini.

Di sinilah pentingnya mempunyai perlindungan insurans untuk melindungi harta benda milik perniagaan anda. Melindungi stok, bangunan dan perabot pejabat dengan insurans dapat membantu anda untuk bangkit dengan lebih cepat selepas menerima pampasan daripada polisi insurans yang telah diambil untuk perniagaan anda.

Bencana alam di sini bukan hanya melibatkan banjir tetapi juga bencana lain antaranya ribut taufan dan puting beliung, gempa bumi, tsunami, tanah runtuh, dan kemarau.

  1. Perlindungan daripada kebakaran dan kemalangan

Kebakaran juga antara satu kejadian yang perlu anda titik beratkan. Cuba bayangkan sekiranya kebakaran berlaku dan semua harta di pejabat anda musnah sekelip mata kerana kebakaran. Ya benar, kebakaran adalah sesuatu yang jarang berlaku tetapi jangan lupa, malang itu tidak berbau. Sekali terkena, habis segalanya.

  1. Perlindungan daripada kecurian

Akibat desakan hidup yang dilalui oleh sesetengah masyarakat di Malaysia, pelbagai kejadian jenayah boleh berlaku pada anda. Pecah pejabat, kecurian harta benda terutamanya wang tunai telah meletak premis perniagaan anda dalam risiko.

Jika harta perniagaan anda telah dilindungi oleh polisi insurans, tuntutan boleh dibuat apabila kejadian seperti ini berlaku.

  1. Perlindungan daripada kemalangan dan kecacatan.

Perlindungan ini sebenarnya khas untuk pemilik dan kakitangan bisnes anda. Bagaimana jika ada di antara staf anda yang kemalangan di tempat kerja? Atau mungkin juga jatuh sakit yang memerlukan rawatan perubatan yang tinggi?

Bagi kebanyakan perniagaan, perlindungan insurans merupakan sebahagian daripada faedah yang ditawarkan oleh syarikat kepada kakitangan mereka.

Perlindungan insurans untuk staf anda juga dapat memberi motivasi kepada mereka untuk bekerja dengan lebih baik kerana merasakan telah dihargai oleh majikan.

Secara kesimpulannya, perniagaan yang anda jalankan ketika ini amat perlu untuk dapatkan perlindungan insurans sebelum kejadian yang tidak diingini berlaku. Mengetahui perniagaan anda telah dilindungi dengan sewajarnya dapat membantu anda sendiri untuk lebih menumpukan perhatian kepada perniagaan.

Insurans sebenarnya tidaklah terlalu sukar jika anda faham tentang risiko dan asas-asas perlindungan yang ditawarkan oleh setiap polisi. Yang penting adalah dapatkan perlindungan yang dapat mengurangkan risiko kerugian kepada perniagaan anda akibat daripada bencana yang tidak anda ingini seperti yang telah kami sebutkan di atas.

Paling tidak, anda dah ambil langkah awal dengan melindungi perniagaan anda daripada sebarang kejadian yang tak diingini berlaku.

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Motivasi dan Inspirasi, Tip Pemasaran Bisnes, Tip Perniagaan
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start