Rezeki Di Celahan Sampah. Sampah Bagi Kita, Rezeki Berharga Bagi Mereka

oleh Azizan Osman pada 12 May 2017

richwell-tempat-sampah

Bau sampah yang busuk memualkan bukan halangan untuk mereka. Bagi mereka itu bau rezeki. Saat lori-lori sampah datang dan mula memuntahkan isi kandungan yang semestinya hanyalah bahan buangan, mereka berlari-larian dalam senyum. Dalam hati berharap, ada sesuatu yang baik untuk mereka. Ada rezeki untuk hari ini.

Tika kita mengeluh nak menguruskan bisnes dan kerja harian, dalam pejabat berhawa dingin, dengan komputer riba dan segala kecanggihan, mereka berpanas mencari rezeki di celahan sampah dan bahan buangan yang mungkin bagi kita jijik dan memualkan. Ini hakikat yang dihadapi oleh lebih 60 keluarga di sebuah kawasan yang hanya beralamatkan Perkampungan Sampah, Tapak Pelupusan Sampah, Majlis Daerah Sandakan.

Baru-baru ini, pada 13 Mei 2017, Richwell telah bekerjasama dengan Ustaz Azizul Rahman Ahmad Yusuf seorang sukarelawan dan pendakwah yang komited untuk membantu masyarakat di perkampungan tersebut, telah menyampaikan sedikit sumbangan dalam bentuk bahan makanan harian untuk meringankan beban mereka sambil membawa sedikit keceriaan.

Menurut Ustaz Azizul, rata-rata penghuni adalah terdiri dari mereka yang beragama Islam yang hidup dihimpit masalah kemiskinan dan isu kerakyatan. Ramai antara penghuni juga terdiri dari kanak-kanak, yang menjadikan sampah terbuang sebagai bahan mainan, bahan pendidikan malahan bahan makanan harian. Mereka tak berpeluang ke sekolah lantaran kawasan pelupusan sampah itulah tempat mereka belajar ilmu kehidupan dan juga itulah taman permainan.

Rumah-rumah mereka hanya berdindingkan plastik dan kanvas yang dikutip dari timbunan sampah. Pakaian mereka, bukan dari pasaraya tapi yang dipungut di tempat pembuangan sampah.

Sampah yang tak bernilai bagi kita, rupanya rezeki penyambung hidup bagi mereka. Semoga usaha ini diberkati Allah SWT.

Terima kasih atas sumbangan yang anda semua berikan.

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Motivasi dan Inspirasi
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2016 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start