Sabotaj Diri & Tidak Fokus

oleh Team Richworks pada 11 March 2017

Sabotaj Diri & Tidak Fokus

Nak pesan sikit! Jika anda sebagai usahawan ada sikap ini, ia mengundang kecelakaan besar kepada diri dan bisnes anda! 

Ini sikap yang boleh membawa diri anda, tahap kewangan anda, bisnes anda atau kerjaya anda ke lembah kecelakaan.

Susah nak explain di sini tetapi biar saya cuba!

Sikap sabotaj diri adalah sikap di mana seseorang itu bila mula capai sesuatu kejayaan yang dia tidak biasa capai atau lebih baik sedikit, dia akan mula rasa selesa atau tidak fokus. Mula rasa dah ok dan tidak push lagi bisnes dia ke tahap seterusnya atau lebih teruk lagi adalah suka tukar-tukar bisnes.

Ramai usahawan yang saya jumpa ada masalah kritikal ini. Dan apa yang ditakuti adalah, sikap ini menjadi sebati dalam diri sehingga seumur hidup dia adalah membazir masa, tenaga dan wang yang banyak untuk mencuba pelbagai perkara atau tidak sampai tahap yang benar-benar berjaya. Baru jadi stockist atau ejen satu-satu syarikat atau produk then tup tuo 2-3 bulan dah tukar ejen produk syarikat lain dan lepas tu? Tukar lagi dan lagi dan lagi dan lagi…..

Bagi anda yang membaca ini, terpulanglah kepada anda untuk ambil point ini sebagai ingatan. Air yang kita jerang tidak mungkin sampai ke tahap didih jika apinya tidak konsisten dan fokus pada sesuatu tempoh masa sehingga airnya masak mendidih.

Kadang-kadang yang buat seseorang baru nak naik jatuh balik bukan sebab orang lain tetapi sikap diri sendiri, apatah lagi jika tidak ada mentor yang mengingatkan dan dia pun degil nak mampus tak nak dengar nasihat!

Betulkan?

Salam Dari Sydney!

Lagi mengenai artikel: Blog, Kisah Saya, Tip Perniagaan
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2019 © RichWorks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start