Amaran Buat Pemilik Bisnes – Bila Wang Terlalu Banyak Atau Terlalu Sedikit, Tanda Perniagaan Anda Bermasalah

oleh Team Richworks pada 01 November 2017

“There are only two things wrong with money. Either it’s too much or too little.” – Jerry Rizal

Kalau bercakap pasal duit, banyak salah, sikit pun salah. Sebab tu Islam memang menekankan – to be in moderation. Bersederhana lebih baik. Tapi, adakah itu bermakna, kita perlu tetap statik pada satu tahap yang sama, tak bergerak, tak berubah dan tak cuba untuk meningkatkan taraf ekonomi kita?

Sembang kencang, ulat dalam batu boleh hidup. Tapi kita ni ulat ke? Ekonomi Malaysia mahupun dunia tak tetap di satu level setiap masa ya. Ada turun ada naiknya. Ada masa ringgit jatuh, ada masa jatuh lagi. Jadi apa yang kita, anda dah buat sebagai persediaan?

Tahniah dan syabas pada peserta Borneo baru-baru ni pada 22 – 24 Oktober 2017 kerana dah berjaya buka langkah dan bersedia dalam menghadapi ombak tsunami ekonomi yang makin menampakkan kegilaannya! Lagi-lagi pada usahawan-usahawan yang khuatir dengan kedudukan kewangan dan akaun syarikat. Tahniah dan syabas kerana berjaya hadir dan memanfaatkan ilmu Entrepreneur Foundation Program (EFP).

Time is money, and money is king. Perniagaan tanpa kewangan kukuh dan sistematik ibarat menempah batu nesan sendiri. Kukuh tak bermakna lebih atau terlampau banyak. Dan tak juga bermaksud sedikit. Kukuh berpaksi pada kecukupan, dan sistem yang betul dalam pengurusan. Sistem pengurusan kewangan dan organisasi syarikat termasuklah menyemak semula akaun syarikat, menyusun atur kembali urusan pembayaran GST, menyelia bahagian sumber manusia, meneliti kembali terma-terma perundangan syarikat dan pelbagai lagi yang berkaitan.

Duit banyak, apa nak buat, duit sikit, bagaimana nak tambah? Entrepreneur Foundation Program memang bunyinya macam over generalised untuk akaun dan duit syarikat. Tapi ia lebih dari itu. Dari duit dan akaun, berkembang pada banyak cabang lain yang berkaitan syarikat. Boleh pergi sampai bagaimana nak tambah aset tanpa guna duit sendiri, dan bagaimana nak dapatkan duit cukai kita kembali.

“Eleh, senang je lah. Buat apa belajar?”

“Senang, tapi kau dah berjaya buat ke tidak?”

Mereka yang hadir ke EFP Borneo sudah bermula! Ada yang balik-balik saja terus update sistem fail dan cukai, terus check semula poket bocor, terus dapat jimat banyak gila duit dari mengalir keluar sia-sia! Ada yang balik-balik terus pula nampak peluang buat duit sini sana dengan amaun yang ada dalam tangan. Kuasa manipulasi.

“Kau kena belajar cara nak beranakkan duit!”

Tak payah pakai bomoh, tak payah curi duit orang. Kau cuma perlu tahu nak labur kat mana, bila dan dengan siapa. Yang paling penting, pelaburan pertama kau kena buat ialah dengan melabur ilmu pergi kelas EFP yang akan datang.

Anda gila jika tolak ilmu beranakkan duit. Anda lagi akan jadi gila bila duit anda tercicir merata-rata. Usahawan berjaya bukan saja bijak dalam pemasaran dan pengiklanan, mereka juga kena bijak mengurus dan mengawal perbelanjaan.

Set masa dan tarikh untuk temujanji dengan #sexyaccountant Tn Hj Zafrul Rizal Mat nanti ya! Ingat, pendapatan anda kalau tak ada pasif, aktif dan sampingan, anda jangan menyesal kemudian hari nanti kalau tua-tua masih kena keluar pergi kerja. Kuasa tindakan lebih hebat dengan ilmu yang dituntut. Jangan lopong saja.

Bagi anda yang belum berkesempatan lagi, nantikan pengumuman kami untuk sesi seterusnya.

Jumpa nanti!

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Perniagaan
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start