SEBAIK-BAIK MANUSIA IALAH YANG BERMANFAAT KEPADA MANUSIA YANG LAIN.

oleh Team Richworks pada 11 March 2018

Kata-kata ni biasa saya dengar sejak sekolah lagi. Memang dah dihafal, dalam bahasa Arab pulak tu, nak dijadikan point dalam karangan bahasa Arab. Sampai kalau orang tanya apa cita-cita saya, saya akan jawab nak jadi manusia yang bermanfaat. Hahaa. Acah-acah tak ada cita-cita.

Oktober 2017, kata-kata di atas kembali menghantui saya. Program IMKK anjuran RICHWORKS kendalian Dr Azizan Osman (DAO) kembali membuka mata saya. Buka sahaja awal muka surat workbook yang diberikan, terpampang sebesar alam kata-kata di atas. Ya Allah, suratan takdir apakah ini. Pada awalnya saya hanya membaca kata-kata tersebut tanpa apa-apa perasaan.

Antara perkongsian dalan IMKK yang sangat menyentuh hati ialah soal KOLAM JIWA, CONNECTION WITH THE SOURCE. Banyak bercerita soal diri sendiri. DAO jugak mengajar kita untuk pegang beberapa prinsip dan nilai untuk lebih jelas dengan matlamat dan hala tuju hidup. Air mata yang menitis tu tak terkira banyaknya.

Ada satu slot tu, peserta diminta untuk menyenaraikan 101 IMPIAN. Berapa impian tuan-tuan? 101 IMPIAN. HAHAHA. Gelak besar saya. Banyak jugak tu bagi orang yang tak pernah menulis impian. Dan saya pasti ramai kawan-kawan saya yang tak pernah menulis impian. Tulislah impian anda, itulah bezanya angan-angan dan impian.

Menggagau jugak saya nak senaraikan 101 IMPIAN tu. DAO pesan, biasanya dekat impian yang ke 30 dah sangkut, takpa, pinjam dulu impian orang lain. Maksudnya, jengok-jengok kawan sebelah punya impian, mana taubada yang boleh dipinjam dan ditulis sebagai impian kita. Serius susah wei. Yang mana belum pernah try, boleh ambil pen dan kertas dan senaraikan.

Akhirnya saya faham seperkara, bila DAO kongsikan satu cerita berkenaan pencawang elektrik dan suis utama. Di Indonesia, setiap rumah dibekalkan dengan tenaga elektrik berdasarkan berapa perkakas elektrik yang ada, mengikut keperluan sesebuah rumah. Dan pastinya berbeza di setiap rumah. Lagi banyak perkakas elektrik yang ada, lagi banyak bekalan elektrik yang diberikan.

Pencawang elektrik pulak lagi dahsyat. Menjadi perantara sumber utama elektrik dan akan disalurkan ke semua rumah-rumah yang memerlukan, tanpa mengira berapa banyak perkakas elektrik yang ada. Jadi apa kaitan cerita ni dengan 101 IMPIAN?

Kita boleh pilih sama ada nak menjadi suis utama yang hanya menyalurkan elektrik ke sebuah rumah berdasarkan bilangan perkakas elektrik ATAU menjadi pencawang elektrik, perantara utama yang menyalurkan tenaga elektrik ke semua rumah. Tenaga elektrik yang kita terima untuk disalurkan tu adalah perumpamaan kepada KEJAYAAN, KEKAYAAN dan KEBAHAGIAAN yang ada pada diri kita. Lebih banyak KEJAYAAN, KEKAYAAN dan KEBAHAGIAAN yang perlu kita kongsikan pada orang lain, lebih banyak KEJAYAAN, KEKAYAAN dan KEBAHAGIAAN yang Allah berikan pada kita.

SEBAIK-BAIK MANUSIA IALAH MANUSIA YANG BERMANFAAT KEPADA MANUSIA YANG LAIN. Inilah keyword yang perlu kita pegang. 101 IMPIAN akan lebih mudah untuk disenaraikan sebab impian kita bukan lagi untuk diri kita semata-mata, tapi untuk memberi manfaat pada orang lain. Tak hairanlah, kalau kita perasan, kebanyakan orang yang beroleh KEJAYAAN, KEKAYAAN dan KEBAHAGIAAN, ada success story yang disembunyikan, segala apa yang mereka dapat bukan untuk diri mereka semata-mata tapi dimanfaatkan untuk menjadi kebaikan dan kebajikan kepada orang di sekeliling mereka tanpa mereka abaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah.

Ada ke 101 IMPIAN saya tu yang dah tercapai? Alhamdulillah, Mac 2018 diberi peluang untuk menyertai IMKK sekali lagi. Dan kali ni lebih banyak perspektif kehidupan yang saya nampak. Dan saya sedar ada beberapa impian yang telah saya tulis pada Oktober 2017 telah Allah makbulkan. Antaranya menyediakan peluang pekerjaan kepada adik-beradik saya (termasuk adik ipar). Walaupun hanya 2 bulan, adik ipar bekerja dengan saya dan isteri untuk uruskan Branch Office, alhamdulillah dapat merasai betapa Allah ni sentiasa mendengar doa hambaNya. Tapi takpa, DAO cakap, setiap apa yang kita nak buat, mulakan dengan langkah pertama walaupun ianya BABY STEP.

Insha Allah, mudah-mudahan Allah lorongkan lebih banyak ruang dan peluang untuk memberi manfaat kepada orang lain.

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Motivasi dan Inspirasi
 

Ruangan Komen

Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start