Terima Kasih – Nampak Remeh Tapi Setiap Pemilik Perniagaan Perlu Belajar Hargai Orang Kuat Mereka

oleh Team Richworks pada 07 November 2017

Nak pergi cepat, pergilah seorang. Tapi jika nak pergi jauh, bawalah teman berjuang!

Terima atau tidak, itulah hakikatnya. Dalam bisnes, jika anda berimpian untuk maju dengan lebih jauh, anda perlukan sebuah team yang kuat, kukuh dan saling menjaga dan memerlukan. Anda takkan boleh bina empayar sendiri. Nak bina kapal besar tapi nak buat seorang? Kalau anda bukan tamak, anda sangat tidak bijak.

Dan bila dah ramai-ramai, anda jangan lupa beri kredit atau hargai mereka yang bersama anda. Jangan ambil nama untuk anda sahaja. Apa ada pada nama jika mereka hilang di kemudian hari? Nak tahu apa kepentingan penghargaan dan apresiasi pada team anda?

1) Bina kepercayaan

Anda perlukan kepercayaan dari mereka. Betul atau betul? Anda perlu mereka untuk tetap bersama anda. Jika anda buat mereka yakin, bahawa anda adalah yang terbaik dan layak untuk menerima kepercayaan mereka, anda dah separuh jalan menuju kejayaan. Tak susah nak tunjukkan penghargaan. Dari sekecil-kecil ucapan tahniah dan terima kasih hingga sebesar-besar award dan reward anda boleh berikan. Ikutlah kesesuaian.

2) Semangat perlu di recharge!

Alangkan anda sebagai pemilik bisnes pun perlukan recharge emosi dan motivasi, lagikan anak buah anda. Jadi dah penat-penat bekerja, berhempas pulas di pejabat, buat sales dan marketing, tak salah untuk berikan pujian, penghargaan, mahupun belanja makan. Bagi mereka semangat melalui kata-kata pun okay. Tunjuk dan bagi mereka rasa anda peduli. Tanya jika mereka ada masalah, bantu. Mereka akan sayang pada anda. Percayalah!

3) Bukti anda dan mereka adalah satu

Nak buat orang percaya anda perlukan mereka adalah dengan berikan bukti. Buktinya apa? Bukti yang anda ambil berat, anda kisah dan anda sayang mereka. Permainan emosi jangan ambil ringan ya. Ia boleh buat anda ada staf yang paling hebat ataupun yang paling jahat. Anda kena ‘ikat’ mereka dengan kasih sayang anda supaya mereka akan terus bantu anda menaikkan bisnes.

4) Permulaan sebuah fenomena

Adanya staf dan anak buah yang hebat tak beri janji apa-apa jika mereka tak mahu bekerjasama dengan anda. Mereka yang ada hak atas skil dan kepandaian mereka. Jadi jika anda tahu cara uruskan emosi mereka untuk capai misi anda, bisnes anda akan berjalan dengan baik. Itulah pentingnya penghargaan dan apresiasi.

Bunyi ringkas, sekadar ucap terima kasih mahupun belanja makan tapi impaknya sangat besar. Tunjukkan anda bos yang mengambil berat akan masalah mereka. Cuba bantu mereka jika anda nak mereka bantu anda. Emosi adalah gila. Manfaatkan sebelum anda yang terkena!

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Perniagaan
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start