Seimbangkah Hidup Dan Bisnes Anda?

oleh Azizan Osman pada 10 August 2017

Ramai orang berniaga sebab katanya nak seimbangkan kehidupan.  Kami tak pasti apa yang nak diseimbangkan sebenarnya?  Adakah anda faham apa maknanya seimbang?

‘Work Life Balance’ kata orang.

Cita-citanya nak buat bisnes supaya nak ada kewangan yang baik dan boleh spend lebih banyak masa dengan Tuhan, keluarga dan diri sendiri.  Itu yang kita tulis dalam 101 impian sewaktu kita hadir ke IMKK kan?

Masalahnya, bila dah beberapa tahun berniaga dan dah boleh buat jualan tinggi, tapi keadaan hidup huru-hara.  Serabut serabai.  RUmah macam tongkang pecah.  Tak ada masa nak nikmati hidup sebab masa yang ada hanya sibuk dengan bisnes.  Dah tak boleh beza mana satu pekerja mana satu ‘owner’.  Pernah ‘kan nampak keadaan macam ni?  Ke memang terjadi pada diri anda sendiri?

Richworks dan Dr Azizan Osman dah aturkan semua program sesuai dengan tahap bisnes anda.  Selepas anda dah hadir ke IMKK dan MMM dan dah praktikkan semuanya, anda mesti dah mula nak besarkan bisnes, nak buat lebih lagi.  Tapi adakah anda bersedia?

Ramai yang bercita-cita nak buat sales tinggi setiap bulan, tapi tak bersedia.  Stok tak terurus, kakitangan tak terjaga, pelanggan mula mengamuk, dokumen berterabur, apa kes nak berbisnes macam ‘ni?  Sebab itu kami adakan Program Master Your Business (MYB).

Tonton video dari Dr Azizan Osman ini jika anda nak tahu apa sebenarnya MYB.

Kami pernah bercakap dengan pemilik restoran Sate KL.  Walaupun bisnesnya’ tu dah wujud 60 tahun, mereka masih dalam keadaan tunggang langgang. Sebab, dari dulu tak ada sistem pengurusan yang sempurna.  Bisnes yang diuruskan oleh dua beradik ni, yang diwarisi dari Datuk mereka, selama-lama ini mampu bertahan hanya kerana rasa sate yang sedap. Marketing tak berapa nak ada, pengurusan bisnes memang ke laut.  Mereka lah yang beli daging, mereka lah yang perap sate, segalanya mereka berdua.

Sehingga mereka hadir ke Program Master Your Business.  Semuanya mula berubah.  Bisnes dah lebih tersusun. Ada staff yang boleh dipertanggungjawabkan dan mereka pun hanya datang kedai petang-petang je.  Alhamdulillah!

Jika anda pun rasa nak betulkan bisnes anda yang tunggang langgang dan jadikan ianya lebih bersistem, dengan struktur yang kukuh dan pengurusan yang bijak, anda perlu luangkan 5 hari untuk ke program ini.

Jangan tunggu nak pitam dan karam baru nak datang belajar.

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Motivasi dan Inspirasi, Tip Pemasaran Bisnes
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2016 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start