Semak Resolusi Tahun Baru Anda! Adakah 5 Perkara Ini Tersenarai?

oleh Team Richworks pada 04 January 2018

Tahniah! Tahun baru, azam baru, buku baru, dan segalanya mungkin baru. Kehidupan tak pernah lari dari penambahbaikan dan usaha ke arah peningkatan. Baik dari segi bisnes mahupun kehidupan peribadi. Jadi, apa resolusi tahun baru anda? Adakah ianya sama dengan tahun lalu atau berbeza? Jom lihat jika 5 perkara ini menjadi pilihan utama anda tahun ini.

  1. Luang masa untuk kesihatan fizikal

Sangat ramai usahawan yang “terlupa” bahawa selain daripada penting untuk mereka menjaga minda mereka, mereka turut perlu menjaga tubuh badan mereka demi kelangsungan bisnes. Sibuk berkejar dengan perniagaan tapi tak hiraukan kesihatan. Bila anda sakit, siapa yang nak urus syarikat? Anda WAJIB luangkan masa untuk jaga kesihatan fizikal anda. Makan pada waktunya, dengan sumber yang berkhasiat, tidur secukupnya setiap malam dan bersenam 3 kali seminggu. Fizikal yang sihat menjurus pada mental yang terbaik dan hasilnya, bisnes yang lebih maju.

  1. Praktis untuk lebih empati

Empati bermaksud anda mampu untuk faham situasi orang lain. Anda faham situasi pekerja anda, pelanggan anda, rakan kongsi anda, keluarga anda. Bila anda faham mereka dengan lebih baik, anda mampu membina perhubungan yang lebih erat dan mereka inilah yang membantu anda mengembangkan lagi bisnes anda. Anda perlu belajar mendengar, dan peka dengan perasaan orang lain. Peka bukan bermaksud anda mudah dipijak, tapi ia lebih pada menunjukkan yang anda bukanlah berhati batu.

  1. Melancong

Setinggi mana pun cinta anda pada bisnes anda, jangan pernah kata tidak pada percutian. Bercutilah tak kisah di dalam atau luar negara, asalkan anda dapat merehatkan minda, kumpul pengalaman baru dan melihat pemandangan baru. Paling kurang, pergilah bercuti walaupun sekali setahun dan percayalah, anda akan balik dengan lebih semangat dan produktiviti.

  1. Tetapkan had masa dan ikut

Kalau anda dah tetapkan mesyuarat akan berlangsung sejam, sejamlah ia patut berterusan. Bukan lebih. Anda perlu setkan masa anda untuk menjadi lebih efektif dan efisyen. Buat jadual waktu untuk setiap perkara yang anda kena buat. Ikut tempoh masa yang dah anda tetapkan. Kalau anda tak mampu untuk ikut had yang anda sendiri dah buat, bagaimana anda nak tunjuk contoh pada anak buah, atau bagaimana anda nak galas tanggungjawab lain yang lagi besar.

  1. Tinggalkan kerja pejabat di pejabat dan hal rumah di rumah

Meninggalkan hal rumah di rumah adalah mudah tapi untuk meninggalkan hal pejabat di pejabat, itu mungkin agak sukar. Jadi apakata mulakan tahun 2018 dengan resolusi ini. Rumah, khas untuk keluarga dan bukan hal ehwal perniagaan. Anda sudah berada seharian di pejabat mengurus bisnes, bagi peluang untuk keluarga anda merasai kasih sayang anda pula. Luang masa dengan mereka dan pesan pada PA anda, hanya perkara kecemasan sahaja anda perlu dimaklumkan. Tiada emel, panggilan telefon mahupun media sosial berkaitan bisnes.

Anda ada semua ini? Tak apa jika tak ada sekalipun. Pastikan apa resolusi anda tahun ini adalah yang terbaik anda boleh buat dan semoga anda jadi lebih hebat dari tahun lalu.

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Motivasi dan Inspirasi, Tip Perniagaan
 

Ruangan Komen

Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start