Jangan Kerana Sayang Duit Seguni, Anda Hilang Duit Selori!

oleh Team Richworks pada 30 November 2016

hilang-duit-blog-azizan

 

Bisnes dan pemasaran. 2 benda yang kalau dipisah, bagai lagu tanpa irama. Namun jika tersalah gabungan, bagi lagu yang sumbang pula. Pokoknya, bisnes tanpa pemasaran yang betul, boleh jadi asbab pemilik perniagaan meroyan dek bisnes merudum, jualan tak ada.

Satu pesan keramat Dr Azizan Osman yang patut dipahat kemas dalam minda bakal jutawan semua,

“Turutan dan perancangan itu penting. Untuk dapatkan kepastian dalam bisnes, anda perlu tahu apa yang anda nak buat. Anda survey, faham dan nampak jalan dengan jelas. Anda tahu sistem sesuatu benda itu dah terbukti berjaya. Anda tawakal kepada Allah. Kunci bagi setiap orang yang berjaya ialah kepastian. Kepastian dan keyakinan dengan ILMU yang dipelajari.”

Penekanan tentang ilmu inilah yang mendorong kami di Richworks untuk turut sama berkongsi ilmu kepada bakal-bakal jutawan di luar sana membina empayar legasi perniagaan mereka melalui program Millionaire Marketing Mastery (MMM) saban bulan.

Perkongsian hebat dari Mentor Kejayaan No.1 di Asia ini banyak menyentuh mengenai teknik-teknik pemasaran yang boleh diaplikasikan dalam apa jua jenis perniagaan.

email-promo-mmm_dis2016

Mengapa bisnes anda wujud? Pernah anda tanyakan soalan ini pada diri anda? Persoalan inilah yang sebenarnya akan membuka jawapan kepada 1001 macam strategi pemasaran yang paling efektif dan berkesan untuk bisnes anda.

Anda punyai gelas yang separuh penuh. Alang-alang ada isi, baik anda penuhkan saja gelas anda dengan ilmu bermanfaat dari Dr Azizan Osman. Antara topik-topik menarik yang mampu buat anda ternganga ialah 7 cara mudah untuk jadi jutawan, 7 ayat keramat pelan pemasaran masteri, dan formula POWER yang memang tak disangkal kehebatannya.

Itu baru sedikit. Jangan sampai pengsan pula bila anda diajarkan dengan 200 teknik dan strategi pemasaran yang nampak mudah, tapi memberikan impak yang sangat-sangat besar.

 

Bagi yang baru bertatih dengan alam bisnes, jangan risau, mentor anda sedia membantu. Tip-tip penting sebelum atau semasa memulakan bisnes yang bakal dikongsi akan membantu anda dari segala sudut. Termasuklah dari sudut ‘nak pilih bisnes apa’!

Anda tak sabar nak ada ‘mesin buat duit’ anda sendiri? Teruja nak jadi peneraju industri? Bersemangat nak bina empayar? Eh, tapi bagaimana? Apa yang aku patut buat? Nah, semua jawapan ini anda boleh dapat di program MMM kami.

Nak jadi kaya, anda perlu bergerak. Move forward. Jangan duduk di takuk lama. Jangan kerana sayangkan duit seguni, hilang duit selori. Kami tak nak ganti! Lebih baik beri peluang pada diri anda untuk pelajari ilmu yang bakal merubah tahap kehidupan, bisnes dan kewangan anda.

Jumpa di MMM seterusnya!

 

Jual Ubat Kurus

oleh Team Richworks pada 01 August 2016

017B

Wanita ini mencipta nama melalui Facebook dan Instagram.

Bunyi macam seronok tapi anda perlu baca kisah naik turun kehidupan bekas jururawat ini. Percaya tak anda, pada umur 26 tahun wanita ini mampu buat jualan sehingga RM1.4 juta?

Puan Marziana Shukri, pernah mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana percaya minatnya dalam berniaga boleh membantu memberikan pendapatan yang lebih baik kepada beliau.  Malangnya, berhenti kerja tanpa perancangan yang betul menyebabkan beliau berada dalam situasi yang sukar.

Untuk menampung kehidupan, beliau berniaga sengkuang calit di pasar ‘uptown’.  Kemudian beliau bermula dengan berniaga menjadi dropship kepada produk orang lain.  Tarikan berniaga secara online semakin kuat dan beliau mula mempromosikan produk menggunakan Facebook.

Anehnya! Beliau mula berniaga online walaupun masih menggunakan “handphone torchlight” sebuah‘tab’ dan wi-fi kedai mamak!  Berpegang kepada prinsip, bermula dengan apa yang ada di tangan, beliau teruskan usaha tanpa putus asa.

Bagaimana perniagaan beliau boleh meletup?

Sehinggalah beliau terfikir untuk mencari guru yang boleh mengajar berniaga di Facebook supaya dapat memendekkan jangka masa dan melonjakkan perniagaan onlinenya, beliau mula hadir ke Program Dr Azizan Osman.

Dengan ilmu-ilmu yang diperolehi, beliau semakin fokus dengan perniagaan melalui Facebook dan mula ‘brandingkan diri’. Selain dari itu, beliau juga telah mengenalpasti potensi diri iaitu minat beliau untuk mengajar.  Dari situ, beliau mula menulis ebook, dengan niat untuk berkongsi ilmu dengan lebih ramai orang lain.

Puan Marziana kemudian mula berjinak-jinak untuk menggunakan platform Instagram dan perniagaannya mula semakin meletup sehingga mendapat liputan dari pihak media.  Nak tahu ilmu perkongsian beliau tentang perniagaan melalui Instagram, tonton perkongsian beliau sehingga habis.

Pasti anda belajar sesuatu dari perkongsian beliau.

Pesan terakhir beliau, tak perlu tunggu semua sempurna untuk bina perniagaan. Mulakan sahaja dengan apa yang ada.

Buat keputusan sekarang untuk ubah dan perbaiki kehidupan anda.

Salam Kejayaan.

Team Richworks

 

12 Sikap Orang Berjaya

oleh Team Richworks pada 25 July 2016

Blog Poster

Pernah terfikir, apa yang menyebabkan seseorang itu berjaya?  Apa bezanya mereka dengan orang yang kurang atau tidak berjaya?  Cuba fikir, mereka yang ternama yang telah berjaya.  Adakah anda sama seperti mereka?

Menurut kajian terkini dari pakar terkenal antarabangsa Stephen Covey, orang berjaya memiliki 12 sikap yang istimewa.  Sikap-sikap ini tidak semuanya diperolehi sedari kecil tapi mereka bangunkan dalam diri mereka sedikit demi sedikit.

Anda mungkin mahu baca keseluruhan artikel ini, supaya anda dapat kenal pasti apa sikap-sikap orang berjaya yang belum anda ada dan boleh mulakan untuk mengaplikasikannya dalam hidup anda.

Sikap 1:  Bersyukur.

Orang berjaya sentiasa bersyukur.  Tak kiralah samada apa yang mereka usahakan mencapai sasaran atau tidak, mereka tetap bersyukur.  Mereka akan cuba mencari kebaikan dalam semua perkara dan berusaha untuk melihat dari sudut yang baik-baik.

Mereka faham, bila mereka bersyukur lebih banyak perkara yang baik-baik akan datang.  Dan, mereka juga tahu ada ramai lagi yang lebih kurang bernasib baik dari mereka.

Sikap 2: Membina keyakinan.

Keyakinan memang tidak akan datang dengan sendiri.  Anda perlu berusaha untuk mendapatkan rasa yakin.  Orang berjaya akan membina keyakinan mereka dengan mendapatkan ilmu dan pengetahuan yang secukupnya tentang sesuatu perkara.  Yang paling menarik, mereka akan mendapatkannya dari beberapa sumber dan mengkajinya sehingga dirasakan sesuai dengan mereka.

Dalam Islam, ada 4 keyakinan yang kita perlu miliki iaitu Ilmul Yaqin, Ainul Yaqin, Haqqul Yaqin dan Qamalul Yaqin.

Sikap 3: Tidak membanding-bandingkan diri sendiri.

Orang yang berjaya tidak akan membanding-bandingkan diri sendiri dengan orang lain.  Mereka akan menerima kekurangan diri sendiri sebaiknya dan cuba memperbaikinya.  Dan, segala kebaikan mereka ada, dilihat sebagai peluang untuk membantu orang lain.

Sikap 4:  Suka membantu orang lain.

Ini memang susah! Orang yang berjaya akan sentiasa mencari jalan menggunakan kelebihan yang mereka ada untuk menambah nilai hidup orang lain.  Mereka akan memberi bantuan dalam apa cara yang mereka boleh termasuk suka berkongsi ilmu.

Sikap 5: Memupuk perhubungan sosial.

Jarang kita dapat lihat, orang yang berjaya tidak suka bercampur-gaul dengan orang lain.  Jika ada pun, mungkin mereka ada masalah tertentu.  Di mana-mana, kita selalu melihat orang-orang yang berjaya mudah untuk membina perhubungan positif terutama di dalam persekitaran yang baik dan positif.

Kadang-kadang ada antara mereka cuba membina perhubungan dengan orang yang di luar lingkup sosial mereka dengan harapan untuk memberi peluang kepada orang lain untuk dapat lebih kebaikan.

Sikap 6: Mempunyai strategi sendiri.

Orang berjaya tidak mengambil pendekatan hentam sahaja dalam melakukan sesuatu terutama perkara-perkara besar.  Mereka selalunya akan mengambil kira beberapa faktor seperti adakah ianya membawa kebaikan, berapa lama masa yang perlu diluangkan, adakah kebaikan tersebut untuk jangka panjang dan banyak perkara lagi.  Disamping itu, mereka juga mempunyai strategi untuk menerima kegagalan.  Kerana mereka yakin, ada perkara boleh berlaku di luar jangkaan dan setiap kegagalan ada pengajarannya.

Sikap 7: Memaafkan.

Ini memang sukar!  Orang berjaya mudah memaafkan.  Sebagaimana mereka tidak mahu orang lain tidak memaafkan mereka, mereka juga tidak mahu menyimpan dendam.  Bagi mereka, dendam boleh membinasakan.  Dendam adalah perasaan negatif yang boleh menjadi racun dalam diri.

Ada juga orang yang berjaya kerana menjadikan dendam sebagai satu motivasi positif. Tapi, mereka adalah berdendam bukan kepada orang tetapi kepada peristiwa yang menjadikan mereka terinspirasi untuk membuktikan bahawa mereka sebenarnya lebih baik.

Sikap 8: Menambahkan pengalaman.

Jika anda perhatikan, orang yang berjaya suka mencari pengalaman-pengalaman baru.  Mereka sentiasa mencari peluang untuk mencuba sesuatu yang baru, melancong ke lokasi yang baru, melakukan aktiviti-aktiviti yang berbeza dan banyak lagi.  Ini kerana mereka suka menguji diri mereka untuk mengatasi halangan dan cabaran yang berbeza.  Pada setiap perkara baru yang mereka lakukan, pasti ada halangan dan setiap kali mereka mengatasi halangan-halangan mereka mencipta kejayaan baru.

Sikap 9: Menikmati kehidupan.

Pelik sikit! Orang yang berjaya selalunya menikmati setiap saat kehidupan mereka.  Mereka meraikan walaupun sekecil-kecil kejayaan.  Ini kerana mereka sangat menghargai nyawa dan waktu yang diberikan Tuhan.  Oleh sebab itu ‘lah, kita selalu lihat orang yang berjaya selalu mengelilingi diri mereka dengan perkara-perkara yang membawa kegembiraan kepada mereka.

Sikap 10:  Komitmen yang tinggi untuk mencapai impian.

Ini memang jarang ada pada orang yang biasa-biasa.  Tahap komitmen orang yang berjaya adalah sangat tinggi.  Mereka akan memastikan mereka capai apa yang mereka mahukan dalam tempoh masa yang ditetapkan.  Mereka juga mempunyai disiplin diri yang kuat, tidak mudah terganggu dengan keadaan sekitar dan sangat fokus dalam melakukan tindakan yang membawa mereka ke arah kejayaan.

Boleh dikatakan, orang yang berjaya akan ketagih mencipta kejayaan-kejayaan lain, sebab itulah mereka akan sentiasa berjaya.

Sikap 11:  Menjaga kesihatan.

Apa gunanya kejayaan jika tubuh badan tidak sihat untuk menikmatinya?  Oleh kerana itu ramai orang yang berjaya akan mengambil langkah sebaiknya untuk menjaga kesihatan.  Mereka menjaga pemakanan, bersenam, beriadah, mengambil vitamin dan juga tidak terlibat dengan perkara-perkara yang boleh merosakkan kesihatan mereka.

Ini adalah penting! Kesihatan yang baik juga sebenarnya suatu kejayaan.

Sikap 12:  Menjaga perhubungan dengan Allah swt.

Sebesar mana pun usaha yang diambil, setinggi mana pun cita-cita kita, hanya dengan izin Allah kejayaan akan dicapai.  Orang yang berjaya sangat berpegang teguh kepada perkara ini.  Mereka bukan sahaja mengejar kejayaan di dunia tetapi juga kejayaan di akhirat.  Mereka sangat yakin, bahawa Allah yang memberikan mereka kemampuan untuk berusaha dan menganugerahkan mereka dengan kejayaan dan juga Allah boleh menarik balik segala anugerah tersebut sekelip mata.

Yang mereka kejar ialah kejayaan di akhirat.

Boleh dikatakan, orang yang berjaya sangat ketagih untuk mencipta kejayaan baru.  Mereka takkan membiarkan diri mereka hanyut dalam satu kejayaan sahaja.  Mereka mahu mengispirasikan seluruh dunia dengan kejayaan mereka.  Anda pernah kenal orang seperti ini, atau adakah anda orang yang seperti ini.

Sikap mana yang anda belum ada? Masih belum terlambat untuk lakukan sesuatu.

Salam kejayaan,

Team Richworks

 

Aiman tak kisah!

oleh Team Richworks pada 22 July 2016

016B

Buktikan pelajar sekolah pondok mampu bina perniagaan sendiri.

Cakap-cakap orang, kalau dilayan memang boleh membunuh semua impian!  Tapi, kekuatan mental kitalah yang dapat membantu kita menepis segala kata-kata negatif ini.

Tuan Haji Aiman Basuni, Ketua Pengarah Operasi Seri Keningau Sdn Bhd yang mempunyai beberapa restoran di Shah Alam telah membuktikannya.  Sebagai seorang tahfiz, beliau juga tak boleh lari dari cakap-cakap negatif dari orang, lebih-lebih lagi bila pada awalnya, beliau tak mempunyai kelulusan SPM.

Beliau mula menunjukkan kemampuan dari segi pendidikan dengan mendapatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM pada usia 21 tahun.  Ramai orang menjangkakan, budak tahfiz tak ada masa hadapan yang baik, namun Tuan Haji Aiman telah membuktikan segalanya karut.

Berbekalkan pengalaman keluarga menguruskan restoran, Tuan Haji Aiman, mula berjinak-jinak dalam menguruskan perniagaan milik keluarga.  Namun, beliau hampir berputus asa. Segala yang diusahakan semuanya tak menjadi, sehingga sampai tahap pernah “bercakap dengan signboard sendiri”.

Berniaga tanpa ilmu yang cukup memang boleh menjadikan hidup anda tertekan. Anda tidak tahu bagaimana cara yang sesuai dan berkesan untuk anda meningkatkan perniagaan. Anda tidak tahu dengan jelas cara untuk memasarkan perniagaan. Anda rasa tidak yakin bahawa teknik pemasaran yang mana satu yang dapat memberikan impak yang besar.

Nak tahu bagaimana, tahfiz ini membina perniagaan restorannya, tonton perkongsian ini sekarang.

Anda pun pasti mahu melakukan sesuatu yang hebat dan memberikan hasil yang baik kepada diri sendiri dan keluarga tersayang.  Tapi, di mana perlu bermula?

Anda boleh tanya terus dengan kami menggunakan perkhidmatan  Personal / Private Message dengan (PM) Inbox Page Azizan Osman di link ini https://m.facebook.com/messages/thread/156440364492529/.

Atau hubungi kami di 1 300 88 2424.

Salam Kejayaan.

Team Richworks

 

8 Tip Menghadapi Stress

oleh Team Richworks pada 22 July 2016

Blog Poster

Stress atau tekanan memang selalu berlaku dalam kehidupan.  Antara sebab berlakunya stress ialah kerana tekanan di tempat kerja, masalah dalam perniagaan, masalah kewangan, masalah keluarga dan berbagai sebab lagi.

Stress kalau tidak ditangani dengan betul akan memudaratkan.  Banyak kes dimana mangsa stress melampau mengambil jalan singkat untuk mengatasi stress seperti terlibat dengan pengambilan dadah, membunuh diri dan lari dari rumah kerana tidak dapat menguruskan stress dengan betul.

Sebenarnya, stress adalah satu perkara yang biasa.  Stress yang terkawal dapat membantu anda untuk menjadi lebih efektif.  Kami kongsikan dengan anda 8 tip menghadapi stress.

 1. Tenangkan diri

Pejam mata, tarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan-lahan. Duduk bersandar, pejam mata dan tarik nafas secara dalam. Buat kiraan 2,4 dan 8 saat. Tarik 4 saat, tahan nafas 2 saat dan lepas 8 saat. Lakukan sekurang-kurangnya 3 kali. Ini adalah cara meditasi yang paling baik. Ketika tarik nafas, anda boleh membayangkan perkara yang menggembirakan anda. Atau, anda juga boleh menarik nafas serta beristighfar atau berselawat.

2. Tidur

Dapatkan tidur yang berkualiti. Pastikan anda tidur dalam keadaan yang selesa.  Mungkin dengan suhu yang betul, bantal yang betul atau lain-lain lagi. Tidur sekejap di waktu siang juga dapat membantu anda menghilangkan tekanan.

3. Dengar muzik

Mungkin pada sesetengah orang, muzik rock adalah cara yang baik untuk melepaskan kemarahan atau perasaan yang terpendam. Melepaskan kemarahan dengan menyanyi sambil menjerit-jerit. Namun ada pula yang lebih suka memilih muzik instrumental seperti petikan gitar, piano dan biola. Pakar psikologi mengesahkan, muzik ada hubungkaitnya dengan emosi. Mendengar muzik yang bersesuain boleh memberikan kesan yang baik kepada minda dan tubuh badan.

4. Window shopping

Ini adalah salah satu tips menghadapi stress yang paling disukai oleh perempuan.  Menurut kajian, bila melihat barang-barang beraneka warna, barang-barang baru, atau barang-barang yang kita impikan, ianya dapat merembeskan adrenalin yang dapat membantu kita melupakan tekanan atau stress.

Tapi berhati-hati, ada juga yang terlebih berbelanja kerana terlampau tertekan dan akibatya mencipta tekanan atau stress yang lain pula.

5. Bersukan

Berolahraga dapat menggerakkan otot-otot kita, mempercepat aliran darah dan membuka paru-paru untuk mengambil lebih banyak oksigen.  Bila bersukan, hormon stress anda akan dimetabolisasikan dan akan meningkatkan penghasilan hormon ‘anti-anxiety’.  Ini akan menjadikan anda lebih tenang.

6. Hubungi kawan

Jangan terkejut dengar fakta ini!  Kajian menunjukkan memiliki sekurang-kurangnya seorang sahabat baik boleh memanjangkan hayat anda! Selain dari itu, memiliki kawan yang bagus juga dapat membantu ramai pesakit pulih dari penyakit yang kritikal.  Jadi, jika anda stress hubungi kawan anda. Luahkan perasaan anda pada mereka. Pastikan kawan yang boleh dipercayai. Dapatkan perbualan yang menarik dan menggembirakan hati. Sesekali cuba berjenaka dan buat lawak dengan mereka.

7. Makan

Ada beberapa jenis makanan yang dapat membantu menghilangkan stress. Makan adalah satu trik cepat untuk menghilangkan trik.  Tapi berhati-hati! Terlebih makan pun akan mengundang bahaya.  Ramai orang fikir makanan yang manis dapat membantu mengurangkan stress. Salah! Ia mungkin akan menghilangkannya sementara sahaja.  Antara jenis makanan yang membantu mengurangkan stress ialah buah-buahan, kekacang, teh hijau, sayur-sayuran dan bijirin.

Cubalah semangkuk salad buah-buahan dengan sedikit bijirin dan kekacang!

8. Mengingati Allah dan membaca al-Quran

Sebagai umat Islam, cara paling mudah untuk menghilangkan tekanan atau stress ialah dengan selalu mengingati Allah.  Seperti firmanNya. “(Yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka jadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (QS Ar-Ra’d 28).

Al-Quran adalah salah satu mukjizat Nabi Muhammad saw dan khasiat Al-Quran itu cukup banyak.  InsyaAllah, dengan sentiasa mengamalkan membaca Al-Quran dan berzikir kita akan lebih tenang.  Sambil itu kita dapat membersih jiwa kita dan sentiasa dekat dengan Allh swt.

Stress tak terkawal akan menghalang anda untuk melakukan tugasan harian. Semoga tip ini membantu anda menjadi lebih tenang.

Salam Kejayaan.

Team Richworks

 

Wanita Di Sebalik Tudung

oleh Team Richworks pada 20 July 2016

015B

Kontroversi buatkan Sugarscarf kian digemari

Perniagaan tudung dan pakaian muslimah adalah antara perniagaan yang paling banyak wujud seperti cendawan tumbuh selepas hujan.  Dari tudung berharga RM10 sehingga beratus-ratus ringgit, semuanya bagaikan merajai industri fesyen wanita sekarang.  Lambakkan perniagaan tudung di pasaran membuatkan kita berfikir bagaimana mereka mampu bersaing?  Apa teknik yang mereka gunakan untuk kekal dalam pasaran?  Bagaimana tudung mereka boleh ‘laku keras’?

Puan Eyqa Sulaiman, Pemilik Sugarscarf International Sdn Bhd telah memulakan perniagaannya semenjak tahun 2009. Sehingga kini, walaupun semakin banyak perniagaan tudung yang wujud, beliau tidak menunjukkan tanda-tanda terkesan dengan persaingan.  Kini, Sugarscarf mula menjejakkan kaki ke luar negara dan mula terlibat dalam pertunjukkan fesyen di peringkat antarabangsa dan mampu membuat jualan mencecah RM10 juta pada tahun 2015!

Namun menurut beliau, ianya bukan berlaku sekelip mata.  Banyak perkara dan halangan yang perlu dilalui.  Pada peringkat awal, walaupun dah berniaga beberapa tahun tetapi perniagaan masih tak sekukuh yang seperti dibayangkan. Malahan, kehidupan masih huru hara, terkejar-kejar ke sana-sini, hidup dalam keadaan tak cukup masa untuk diri sendiri.

Menurut Puan Eyqa, sebelum ini beliau tidak berminat untuk menyertai mana-mana program yang dianjurkan oleh Dr Azizan Osman, namun selepas mendengar sendiri cerita dari suaminya yang telah hadir dan melihat pencapaian kawan-kawannya yang telah pergi ke program Dr Azizan Osman, hatinya meronta-ronta untuk menyertai dan ingin lebih berjaya seperti yang lain.

Tonton perkongsian wanita di sebalik Sugarscarf ini.

Sebagaimana tingginya kualiti produk keluarannya, begitu juga kualiti guru yang dicari. Apabila beliau mahu berguru dengan seseorang guru atau mentor, kriteria utamanya ialah Proven Success Result dan kerana itulah beliau memilih Dr Azizan Osman.

Setelah beberapa kali menghadiri program Dr Azizan Osman, hidupnya telah disumpah dengan kata-kata supaya lebih berjaya dan lebih bahagia dalam hidup dan perniagaan. Dan apabila kolam jiwa sudah bersih, beliau telah melihat semua perkara yang beliau lakukan adalah luar biasa dan hampir setiap hari peluang baharu dan tawaran sentiasa menjengah dalam hidupnya sehingga beliau terpaksa menolak kerana tidak menang tangan.

Dari segi pemasaran beliau juga mengikut tips dari Dr Azizan Osman iaitu dengan mencipta kontroversi. Namun siapa menjangka dengan kontroversi dapat mendatangkan hasil jualan yang hebat.  Namun begitu, banyak yang perlu beliau sediakan sebelum mencetuskan kontroversi termasuk sikap yang betul.  Dengan izin Allah, dan ilmu yang dipelajari beliau mampu menerima kritikan dan produknya habis dijual hasil kontroversi yang dicipta.

Mahu ketahui lebih lanjut, layari www.millionairemarketingmastery.com.my

Salam Kejayaan.

Team Richworks

 

10 Cara Untuk Menggunakan Masa dengan Baik

oleh Team Richworks pada 19 July 2016

Blog Poster

“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran” (Surah Al-Asr,Ayat 1-3)

Kita sering merasa terburu-buru mengejar masa kerana perlukan masa yang banyak bagi melakukan aktiviti harian. Ini akan menyebabkan kerja yang kita lakukan menjadi kelam kabut. Tahukah anda, kekayaan masa iaitu mempunyai masa yang cukup untuk melakukan apa yang kita suka adalah satu nikmat yang tak terhingga?

Kami bantu anda dengan memberikan 10 tips pengurusan masa dengan baik.

1. Rancang jadual harian

Rancang jadual aktiviti harian adalah penting kerana kehidupan kita menuntut kita meluangkan masa untuk bersama diri sendiri, keluarga dan juga untuk Allah Swt. Pengurusan masa adalah pengurusan kehidupan harian kita. Berjaya mengurus masa bermakna kita berjaya menguruskan hidup kita.

Anda boleh mulakan hari anda dengan melakukan kerja-kerja yang paling penting di awal pagi. Anda juga boleh rancang jadual anda pada hari atau minggu sebelumnya.

2. Tetapkan had masa untuk setiap tugas

Jangan lakukan sesuatu tugas lain sebelum menyelesaikan tugas yang kita sedang lakukan. Sentiasa periksa jadual sebelum memulakan tugas yang baru. Sentiasa tanya diri sendiri, bilakah tugas yang sedang dilakukan itu boleh selesai? Bilakah ianya perlu diselesaikan.  Adalah lebih bagus untuk menyiapkan tugasan lebih awal supaya anda ada lebih masa untuk memeriksa tugasan anda.  Ini akan memastikan tugas yang sedang dibuat akan mencapai matlamat yang berkualiti. Ini juga akan membantu kita untuk lebih fokus dalam menyiapkan tugasan yang kita perlu lakukan.

3. Tahu deadline anda

Bukan mudah bagi kita untuk merancang kerja yang perlu dilakukan. Set tarikh akhir (deadline) untuk menyelesaikan kerja kerana ini akan mengurangkan rasa risau kerana merasa tidak mencukupi masa.  Melakukan tugasan tanpa tahu tarikh akhirnya seperti anda tidak tahu arah tuju atau kesudahan tugasan tersebut.  Ini menyebabkan anda akan mengambil masa yang lama untuk menyiapkannya.

4. Belajar untuk berkata “TIDAK”

Daripada semua tips penggunaan masa dengan baik, barangkali yang paling efektif ialah selalu menggunakan perkataan tidak. Belajarlah menolak dengan menggunakan kebijaksanaan tetapi tegas terhadap setiap permintaan yang tidak menunjang pencapaian sasaran anda.  Kadang-kadang, bila kita berani mengatakan tidak kepada ajakkan kawan-kawan, atau kepada perkara-perkara yang tidak memberikan kesan besar kepada kita, kita boleh gunakan masa tersebut untuk perkara yang lebih memberikan kebaikan kepada kita.

5. Teknik 15 minit lebih awal

Dalam zaman sekarang, sangat mudah untuk kita mengawal masa.  Kita boleh gunakan telefon bimbit sebagai penjaga masa kita.  Dalam telefon bimbit, kita boleh setkan ‘reminder’ untuk memberi peringatan kepada kita tentang jadual dan waktu yang tepat.  Ada orang menggunakan kaedah menetapkan waktu jam 15 minit lebih awal dari waktu sebenarnya supaya kita lebih berdisiplin dan mengelakkan dari terlambat.

6. Fokus

Kita akan memberi lebih tumpuan dalam melakukan kerja sekiranya kita fokus kepada sesuatu kerja. Buat sesuatu kerja dengan memastikan kerja tersebut merupakan perkara yang utama perlu diselesaikan. Untuk membantu anda fokus, anda boleh kurangkan gangguan di sekitar anda.  Anda boleh ‘silent’ kan telefon bimbit, matikan notifikasi media sosial anda, jauhkan diri dari televisyen, YouTube dan lain-lain yang boleh mengalih perhatian anda dari terus fokus.

7. Jejaki masa yang dihabiskan

Lihat kembali pencapaian masa yang telah kita gunakan dalam sesuatu kerja.  Gunakan teknik ini dengan memperkembangkan lagi fokus dalam matlamat yang perlu kita capai.  Ramai antara kita tak pernah “keep track” berapa banyak masa yang kita gunakan untuk selesaikan sesuatu perkara. Sebagai contoh, cuba jejaki berapa banyak masa untuk anda siapkan satu tugasan yang biasa anda lakukan dan cuba lakukannya lebih cepat keesokkan hari.  Anda akan mula perasan anda ada lebihan masa nanti.

8. Tidak kecoh dengan perkara-perkara tidak penting

Ramai antara kita selalu menyalahgunakan masa dengan kecoh dengan perkara-perkara yang tak ada kena mengena dengan kita.  Contoh jelas, jika berlaku kemalangan di lebuh raya, ramai pemandu akan berhenti semata-mata untuk tengok.  Ini akan menyebabkan anda lambat sampai ke lokasi dan juga melambatkan orang lain.  Jangan  kecoh dan kepoh dengan perkara-perakara yang tidak membawa kebaikan.

9. Jangan lupa untuk berehat.

Bekerja dalam tempoh yang lama tanpa rehat bukanlah penggunaan waktu yang efektif. Tenaga makin menurun, kebosanan makin mempengaruhi serta ketegangan fizikal dan mental makin terkumpul. Oleh itu, anda memerlukan masa rehat yang secukupnya kerana hanya berehat sahaja merupakan cara yang paling baik.  Tidur sebentar juga boleh membantu kita menjadi lebih efektif, Rasulullah juga mengamalkannya.  Tapi jangan jadikan ini sebagai alasan untuk lari dari tugasan!

10. Jangan mudah terpedaya

Masa bergerak sangat pantas.  Kadang-kadang tanpa kita sedar, hari dah menjelang petang sedangkan banyak lagi perkara yang kita tak lakukan.  Ramai orang mudah terpedaya dengan masa dan mula menggunakan masa sebagai alasan.  “Releks la, baru pukul 9 pagi.”  “Kenapa nak cepat-cepat, ini kan waktu rehat”. Dengan asyik melengah-lengahkan masa dan membiarkan diri terpedaya dengan masa yang ada, kita akan kehilangan masa tersebut.

Orang berjaya dalam hidup sangat menghargai masa.  Tujuan mereka kaya dan berjaya ialah supaya mereka ada lebih banyak masa untuk diluangkan dengan Allah swt, dengan diri sendiri dan keluarga. Anda bagaimana?

Salam Kejayaan,

Team Richworks.

 

Siapa Sangka Sampah Boleh Jadi Duit?

oleh Team Richworks pada 18 July 2016

014B

Usia bukan penghalang untuk Tuan Haji Mat bina empayar perniagaan.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Sampah? Air kumbahan? Busuk? Jijik? Hina? Siapa nak datang dekat? Siapa yang sanggup hadap?

Namun siapa yang menyangka, Tuan Haji Mat mampu membina empayar perniagaan dengan apa yang ramai orang lihat sebagai menjijikkan. Bagi beliau, bukan jijik yang dilihat tapi bagaimana masalah pengurusan sampah dan air kumbahan dilihat sebagai peluang untuk beliau memberi khidmat dan bantuan kepada orang ramai.

Orang zaman sekarang selalu beranggapan dan mempunyai persepsi yang salah tentang perniagaan. Bagi mereka, berniaga mesti terlibat dalam urusan import eksport atau mengeluarkan produk yang hebat-hebat sahaja sehinggakan kita tidak melihat masalah yang ada di sekeliling kita sebagai satu peluang. Kepakaran dan pengetahuan yang kita ada juga dapat kita gunakannya untuk membantu orang lain dan menjadikan ianya satu perniagaan.

Menurut beliau, sebelum ini beliau selalu beralasan dan mengelakkan diri dari pergi ke program Dr Azizan Osman walaupun diajak oleh anaknya. Beliau merasakan dirinya sudah cukup hebat dan ilmu sudah penuh di dada dan beliau seringkali menolak permintaan anaknya.

Dengan izin Allah, hati beliau terbuka untuk turut hadir. Selepas balik dari program Dr Azizan, beliau sangat terkesan dengan kata-kata ‘Fast Action, Fast Result’. Kata-kata Fast Action, Fast Result bagi beliau  menyebabkan beliau berfikir, jika kita mahu lakukan sesuatu dan kita mahu tunggu kita “bersedia”, sampai bila pun kita tidak akan ada cukup persediaan. Kadang-kadang tindakan yang terbaik adalah ‘redah je’ apatah lagi jika ianya bermanfaat untuk kita.

Katanya “Kadang-kadang kita ni dah berniaga dah terlalu lama, kita rasa dah tahu semua tentang perniagaan.  Tapi bila saya pergi program Dr Azizan, saya nampak banyak perkara, Dr Azizan dah bukakan mata dan idea saya kepada lebih banyak perkara.”

Tonton perkongsian beliau sekarang.

MMM HS Mac 2016 – Haji Mat Haji Jantan

Berniaga bukan setakat buka dan tutup kedai sahaja.  Ianya lebih dari itu.  Tak kira apa sahaja perniagaan yang anda jalankan, anda perlu berilmu.  Ilmu yang dah terbukti berjaya.

Layari www.marketingmastery.com.my untuk maklumat lanjut.  Buat keputusan sekarang untuk ubah dan perbaiki kehidupan anda.

Salam Kejayaan.

Team Richworks

 

Buat Duit Dengan Bercakap

oleh Team Richworks pada 13 July 2016

013B

Rizal Rashid Temui Hasil Dengan Ubah 3 Perkara.

Siapa kata anda perlukan produk untuk berniaga!

Tuan Rizal Rashid telah buktikan, hanya dengan memiliki bakat bercakap sahaja beliau mampu membina perniagaan sendiri.

Tuan Rizal sebelum ini pernah bekerja dengan hanya bergaii RM420 sebulan.  Hanya dengan bakat yang dimiliki, beliau kini telah menjadi salah seorang jurulatih ‘Public Speaker’terkemuka bertaraf antarabangsa dan berpendapatan dalam lingkungan RM30K sebulan. Banyak perubahan besar yang berlaku dan memberi kesan dalam kehidupan dan kerjaya beliau selepas menyertai IMKK. Selain daripada mendapat perkongsian dari aspek pencarian mentor, niche dalam perniagaan serta teknik memperbaiki dan polish communication skill dan imej, beliau turut mempelajari teknik dan tips tindakan dan perubahan

Lelaki kelahiran Sabah ini yang mula terjun dalam bidang pengucapan awam dengan bermula sebagai pengacara majlis kini mampu melatih ramai orang untuk mampu berkomunikasi di depan khalayak dengan lebih yakin.  Beliau yang juga berguru dengan pakar ‘public speaker’ peringkat antarabangsa tidak lokek untuk berkongsi ilmu dengan ramai yang berminat untuk mempelajari ilmu pengucapan awam.

Bagi beliau, setiap orang perlu ada ilmu pengucapan awam.  Ianya bukan sahaja membantu meningkatkan keyakinan diri bahkan membantu orang ramai khususnya peniaga untuk lebih yakin dengan apa yang kita tawarkan.  Sebelum ini, Tuan Rizal juga bukanlah seorang yang lahir-lahir sahaja sudah tahu tentang kebolehan diri sendiri.  Banyak proses yang beliau telah lalui untuk menggilap bakat yang ada.  Antaranya ialah dengan menghadiri program-program Dr Azizan Osman.

Menurut ayah kepada seorang puteri ini, “Apa yang saya terkesan bila kita attend IMKK ni, saya cuba rumuskan tiga perkara yang saya apply iaitu 3C. C yang pertama ialah Change myself dengan change my statement, kerana apa yang challenge diri kita adalah diri kita sendiri sebenarnya. So dalam IMKK, Doc ajar macam mana nak menghalang suara yang halang diri kita sendiri ini. C yang kedua adalah change my friends ataupun change my logistic. Seterusnya change my routine.

Anda yang memiliki bakat semulajadi juga mampu menjadikannya sebagai sumber menambah pendapatan.  Apa yang anda perlukan ialah sedikit ilmu untuk mengenali potensi diri dan mengatasi halangan-halangan dalam diri.

Layari www.azizanosman.com/imkk untuk maklumat lanjut.

‪#‎TeamAzizan

 

Ini Bukan Sekadar Sinetron!

oleh Team Richworks pada 11 July 2016

012B

LELAKI INI DATANG DARI SEBERANG, KINI MAMPU MILIKI PERNIAGAAN SENDIRI.

Anda pasti tidak percaya tentang drama sinetron lelaki ini.  Dari seorang yang datang dari seberang dalam keadaan zero, namun telah berjaya menjadi hero dan mencipta peluang perniagaan di bumi Malaysia. Ini bukan sekadar drama sinetron yang menjadi penyedap cerita kepada kisah hidup seseorang yang berlatarbelakangkan kesusahan pada mulanya dan pada akhir cerita menjadi jutawan. Ini kisah benar!

Siapa yang akan menjangka dengan rezeki Allah yang luas itu? Siapa yang bakal meneka hidup seseorang yang pada mulanya datang ke bumi Malaysia dengan hidup tanpa elektrik selama 3 bulan dan sekarang bakal menjadi jutawan ringgit Malaysia bukan jutawan rupiah!

Tuan Haji Mohammad Masruh, Pemilik Akinda Enterprise yang menguruskan penghantaran barang dan kargo ‘door to door’ yang menawarkan perkhidmatan penghantaran barang kepada pekerja-pekerja Indonesia dari Malaysia ke Indonesia dan Brunei ke Indonesia. Beliau seorang bapa kepada 12 orang anak ini sebelum memulakan perniagaan pernah merantau dari Indonesia ke Arab Saudi, Mesir, Pakistan, Singapura dan kini menetap di Malaysia semenjak dari tahun 1978.

Tonton perkongsian beliau.

Menurut dari perkongsian ikhlasnya, beliau mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana semenjak beliau mula mengenali dan terjebak dalam program yang dikendalikan oleh Dr Azizan Osman, beliau tak menang tangan untuk melayan pelanggan. Beliau bermula dengan menghadiri Program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) dan telah menghadiri kesemua kursus-kursus dari yang basic, advanced dan akhir sekali menjadi graduate platinum.

Bermula dari program itulah, hidupnya mula berubah sedikit demi sedikit dan perniagaannya mula melonjak naik dan setiap strategi yang diatur hampir kesemuanya menjadi. Baru beliau tersedar bahawa kita perlu menjaga hubungan dengan Allah dan sesama manusia serta membersihkan kolam jiwa dan banyak perkara yang Allah akan bantu. Tidak perlu mencari, malah rezeki datang bagai semut melekat pada gula.

Setiap sesi IMKK memberikan pengalaman yang berbeza kepada setiap peserta kerana tahap emosi mereka berbeza. Jika anda bertanya kepada mana-mana peserta IMKK Dr Azizan Osman, mereka pasti akan mengatakan IMKK adalah seminar yang wajib dihadiri kerana impaknya kepada keseluruhan perubahan hidup anda.

Layari www.azizanosman.com/imkk untuk maklumat lanjut.

Buat keputusan sekarang untuk ubah dan perbaiki kehidupan anda.

Salam kejayaan.

Team Richworks

 
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start