Nor Azila Cari Diri Sendiri

oleh Team Richworks pada 08 July 2016

image

Pemilik Secret Correa ini kenali diri di IMKK.

Kaya duit tak tentu lagi anda kaya masa.

Kadang-kadang kita terlampau sibuk dengan urusan seharian sehingga kita tidak ada masa untuk kenal diri sendiri. Ada ke orang yang tak kenal diri sendiri?

Ada! Bila kita hidup, setakat bernafas sehari-hari dan tak tahu apa tujuan sebenar kita diberi nafas. Bila kita hidup setiap hari tanpa tahu arah tujuan yang sebenar. Ramai antara kita sangat sibuk dan disibukkan sehingga kita tak sempat nak beri masa untuk diri sendiri. Apakah kaitan kejayaan dan kekayaan dengan kesibukan rutin harian anda dalam mengenal diri?

Sebenarnya, melalui kekayaan, anda mampu ‘membeli’ masa yang boleh anda gunakan untuk menghargai dan menginsafi diri sendiri. Malah melalui kekayaan juga anda mampu membuka lebih banyak peluang untuk membantu orang lain serta menjadi manusia yang lebih bermanfaat. Dan itulah antara tujuan kita untuk hidup.

Tapi, tak semua orang faham tentang hakikat ini.

“Masa saya join IMKK time ‘tu terus terang saya dah cecah, dah pegang six figures tapi saya nak mencari sesuatu yang saya belum rasa puas dan Alhamdulillah di IMKK inilah pertemuan saya dengan inner-self, saya jumpa diri saya.”

Menurut bekas jururawat ini, antara perkara yang paling terkesan yang dipelajarinya di program IMKK ialah bagaimana membina matlamat serta mengenali diri sendiri. Kekayaan sahaja tidak cukup jika nikmat kekayaan itu tidak kita kongsi. Kekayaan sepatutnya mendekatkan lagi diri kita dengan Yang Maha Kaya. Memberi nilai kepada orang lain juga tidak semestinya hanya dengan berkongsi harta benda kerana harta yang paling berharga dan tidak ternilai harganya adalah ilmu itu sendiri. Ini adalah antara perkara yang sangat ditekankan di dalam program kami.

Selain itu, mempunyai mentor itu juga adalah salah satu faktor yang kurang dititik beratkan oleh usahawan di luar sana. Mereka lebih selesa dengan konsep ‘trial and error’ sedangkan melalui mentor, kesalahan itu dapat dikurangkan kerana kita dapat belajar dari pengalaman mentor-mentor yang ada hari ini. Kurangnya kesalahan, kos dan masa turut dapat dijimatkan.

Di program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK), ilmu yang bakal dikongsikan bukanlah yang dipetik dari mana-mana buku. Ianya adalah hasil dari pengalaman bertahun-tahun jatuh bangun kehidupan Dr Azizan Osman sendiri diadun dengan ilmu-ilmu dari pakar-pakar antarabangsa yang terkenal, yang dipelajari oleh beliau.

Anda juga akan belajar langkah demi langkah bagaimana membina kebahagiaan dengan memahami strategi membina kewangan dan pelaburan yang sistematik samada di dalam kerjaya atau perniagaan anda. Anda juga akan diajar bagaimana menarik keberkatan dalam hidup anda.

Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) adalah satu platform yang sesuai untuk membantu anda mengenali kemampuan diri anda sendiri.

Layari www.azizanosman.com/imkk atau www.azizanosman.com/imkk-sabah untuk maklumat lanjut.
Buat keputusan sekarang untuk ubah dan perbaiki kehidupan anda.

Salam Kejayaan, Team Richworks.

 

8 Tip Diet Sihat Di Hari Raya

oleh Team Richworks pada 07 July 2016

image

Masalah global! Berat badan naik mendadak seawal hari raya pertama. Ada sesiapa yang dah alami perkara ini?
Inginkan badan kekal solid di Hari Raya seperti waktu Ramadhan yang baru berlalu? Jom kita lihat tip yang boleh diguna pakai untuk langsing menawan di Aidilfitri. Nak jadi seorang yang berjaya dunia akhirat, kesihatan perlu juga di jaga. Tak guna kalau kaya tapi tak sihat. Betul?

1. Kawal Nafsu.
Ini yang paling utama. Nafsu makan yang tak terkawal lah punca berat badan anda naik mendadak di Hari Raya. Elok-elok dah jadi duyung waktu Ramadhan, tiba-tiba di Hari Raya, anda jadi dugong. Ya, betul, memang semua juadah raya ni tersangat lah sedap dan tak kan dijumpai di hari lain, tapi, anda juga yang stress bila lihat skala timbangan bagai berpusing-pusing tak mahu berhenti kan?

2. Minum Air Kosong.
Air kosong memang semacam mimpi ngeri bagi sesiapa yang tak biasa minum. Lagi-lagi di hari raya. Banyak air yang berwarna-warni terhidang di meja. Ada yang merah, hitam, kuning, oren, biru, hijau, cakap saja, semua ada. Tapi ingat, yang berwarna tu semua bergula tinggi!. Air kosong mampu beri kesegaran yang lebih bagus kepada tubuh dan lebih berkesan menghilangkan dahaga. Selain dari membantu proses pencernaan dan penghadaman dengan lebih baik dan mengelakkan sembelit! Ya lah, kan dah makan macam-macam pagi, tengahari dan malam raya?

3. Bersenam.
Bukanlah nak suruh anda bersenam dengan treadmill, dumbbell atau berboxing di hari raya. Cukuplah dengan hanya berjalan pantas sewaktu nak pergi beraya rumah jiran. Berjalan keliling kampung waktu ‘kan lebih baik berbanding menaiki kenderaan. Kalau panas, sediakan payung. Kalau rumah jauh sangat, naiklah kenderaan tapi, parkir kereta atau motor anda jauh sedikit dari rumah. Jangan pula parkir terus depan pintu!

4. Guna Pinggan Kecil.
Juadah raya buatkan kita rasa nak makan semua sekali sekaligus dalam satu round, betul? Tak perlu malu-malu. Hampir kesemua orang pun macam tu. Tak mengapa, kali ni, cuba ambil pinggan yang lebih kecil untuk isi makanan. Sebenarnya, selagi pinggan tak penuh, selagi tu lah kita isi. Bila guna pinggan kecil, cepat penuhnya. Psikologi! Kalau pun nak makan semua yang di hidang, habiskan dulu yang di pinggan. Tak baik membazir.

5. Kawal Portion Makanan.
Maksudnya, ambillah semua makanan yang anda suka, tapi dalam kuantiti yang kecil dan sederhana. Mungkin boleh ambil sedikit sayur lodeh, sedikit rendang, ketupat atau lemang, serta buah-buahan. Jangan rambang mata bila tengok makanan

6. Berhenti Sebelum Kenyang.
Ini lagi satu habit di hari raya yang hampir kesemua orang tak mampu buat. Sebab utamanya, juadah sedap, tak jumpa di hari lain, dan tak nak kecewakan tuan rumah! Semua pun kita lihat sedap di mata dan di tekak. Sedangkan Rasulullah saw yang berpesan sebegini, mestilah ada kebaikannya ‘kan? Ia juga boleh elakkan anda berasa senak dan sakit perut. Selain dari membolehkan anda tetap gagah nak round satu kampung beraya!

7. Elakkan Air Berkarbonat.
Air berkarbonat ‘ni paling banyak dan paling senang untuk dijumpai di hari raya. Sebabnya, senang bagi tuan rumah, dan tak leceh. Beli saja berkaton-katon, beli ais, hidangkan. Tak perlu nak bancuh-bancuh. Tapi kita yang tetamu atau kita sendiri sebagai tuan rumah berpada-pada lah dalam mengambilnya. Air berkarbonat adalah lagi tinggi kandungan gula nya berbanding air bancuh biasa!

8. Puasa 6.
Ha! Ini yang paling bagus. Setelah beberapa hari beraya, cuba buat puasa 6. Untuk redakan balik perut anda, dan untuk rehatkan perut sekejap. Dah puasa sebulan, tiba-tiba masuk makanan bertubi-tubi dalam perut. Kasihan dia, terkejut. Boleh cuba puasa selang-selang ataupun puasa terus. Lagi pula, puasa 6 ni antara fadhilatnya ialah Allah SWT jauhkan orang yang berpuasa enam daripada api neraka dengan jarak tujuh puluh tahun. InsyaAllah, semoga amal kita diterima.

Daripada Abu Ayub al-Ansari, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada Syawal, maka puasanya itu seperti puasa sepanjang masa.” – (Riwayat Muslim)

Semoga bermanfaat. Kesihatan juga adalah satu kekayaan. Jangan sekali-kali kita abaikan. Tiada gunanya kalau kita menjadi seorang hartawan tapi tak dapat nak menikmatinya kerana masalah kesihatan. Lagipun, menjadi sihat dan berpenampilan baik adalah salah satu cara paling ringkas untuk kita menyebarkan Islam. Bila kita berpenampilan baik dan akhlak yang bagus, mudah untuk menarik perhatian orang lain terhadap Islam.

Jangan pandang remeh kesihatan anda.

Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir & Batin!
Team Richworks

 

Bersilaturrahim Di Aidilfitri

oleh Team Richworks pada 06 July 2016

image

Selamat Hari Raya Aidilfitri! Maaf Zahir Batin!

Bagaimana sambutan Hari Raya anda hari ini? Kami doakan semuanya berjalan lancar. Anda pasti sedang bergembira berkumpul bersama sanak saudara dan rakan-rakan.

Hari raya adalah waktu terbaik untuk kita saling mengeratkan silaturrahim. Budaya kunjung mengunjung sepatutnya kita terus amalkan. Bila kita fikirkan, hanya di hari raya sahaja kita berpeluang untuk saling bertemu dan beramah mesra dengan saudara mara dan rakan-rakan.

Menjalin silaturrahim adalah salah satu seruan dalam agama. Orang yang gemar bersilaturahim pun akan mendapatkan manfaat yang tak terhingga dalam kehidupan sehari-hari. Rasulullah SAW mengungkapkan, orang yang suka dan gemar bersilaturahim akan di luaskan rezekinya dan dipanjangkan usianya.

Tapi, dalam kita saling kunjung mengunjungi rakan taulan dan sahabat handai dan menjalinkan silaturrahim, ada beberapa pantang larang yang bagus untuk kita ikut :

1. Jaga batas aurat dan mahram.
Paling penting! Jangan masuk rumah selagi salam yang anda beri belum dijawab. Mungkin tuan rumah masih belum bersedia untuk menerima tetamu. Nak beri salam pun janganlah betul-betul di muka pintu, dibimbangi tuan rumah dalam keadaan tidak menutup aurat dengan sempurna. Sebaik-baiknya tunggulah sehingga 3 kali salam dan bila dijawab salam dan dijemput masuk, baru lah masuk. Jangan main redah je!

Bila nak bersalam pun, bersalamlah dengan yang mahram sahaja. Ingat tu ye!

2. Jangan Tanya Soalan Sentap.
Kadang-kadang bila terlampau seronok berjumpa sahabat handai dan saudara mara, jangan lah cemarinya dengan soalan-soalan sentap. Anda hanya mematikan mood raya. Contoh soalan sentap seperti:

– “Bila nak kahwin?”
– “Kau dah kahwin lama kan, bila nak dapat anak?”
– “Kerja apa sekarang, gaji berapa sebulan?”
– “Kau pakai kereta apa?”
– “Dah gemuk ye?”
– “Apasal muka kau banyak jerawat?”
– “Bisnes apa sekarang? Bisnes hari tu tak jadi ke?”

Dari niat baik nak bersilaturrahim, anda hanya buatkan orang menyampah dan meluat sahaja dengan anda. Lebih-lebih lagi jika anda bertanya di hadapan orang ramai. Anda hanya menjatuhkan air muka orang lain sahaja.

3. Beri Peluang Orang Lain Bercakap.
Pernah tak jumpa orang yang asyik nak kita dengar cerita dia sahaja? Pernah? Janganlah asyik nak dominasi perbualan sahaja bila berkunjung ke rumah orang lain. Lebih teruk, kalau anda bercerita dengan suara yang kuat dan ketawa berdekah-dekah. Tak senonoh betul! Beri peluang untuk orang lain berkongsi kisah mereka juga. Kadang-kadang, menjadi pendengar itu adalah yang lebih baik. Bila anda beri perhatian kepada orang yang bercerita, mereka juga akan beri perhatian bila anda bercerita.

4. Raikan Tetamu.
Ini satu lagi perkara pelik yang selalu terjadi di hari raya. Ada orang seolah tak suka bila orang lain datang beraya ke rumahnya. Mulalah nak tarik muka masam. Betul, kadang-kadang kita rasa penat kerana melayan tetamu yang tak putus-putus datang tapi ketahuilah setiap tetamu yang datang hadir dengan limpahan rahmat rezeki dari Allah. Bersilaturrahim itu sendiri sangat dituntut dalam agama.

Anda pun pasti tak gembira bila orang lain tak menyambut kedatangan anda dengan muka manis, kan? Tak payah nak mengeluh dan tarik muka masam bila tetamu datang. Senyum, salam dan syukur.

5. Jaga Adab Ketika Makan.
Tak dinafikan, setiap kali hari raya, juadah yang disediakan pasti enak-enak. Melihatnya sahaja dah buat kecur air liur. Apatah lagi setelah sebulan berpuasa. Semua pun rasa macam nak makan. Tapi, jangan lupa adab ketika makan. Jangan ambil banyak-banyak kemudian tak dapat habiskan. Ambil apa yang ada di hadapan mata dan paling hampir dengan kita sahaja. Jangan berebut-rebut dan macam nak terkam sahaja semua juadah! Sabar. Juga, jangan sibuk-sibuk nak bungkus bawa balik makanan tuan rumah, walaupun sesedap mana juadah yang dihidangkan.

Makan bukan tujuan utama kita berhari raya. Jadi berpada-padalah.

6. Jangan Terlampau Bergurau.
Ini selalu terjadi. Bila kita dah lama tak berjumpa, pasti ada banyak benda yang nak dibualkan. Dan pasti ada senda gurau antara kita. Boleh bergurau tapi jangan melampau. Kadang-kadang kita bergurau dan bertepuk tampar sampai tertumpah air, terpecah balang kuih, tersadung pintu dan macam-macam lagi.

Berhati-hati ye. Kalau bawa anak-anak, perhatikan dan jaga anak-anak anda sebaiknya. Jangan biarkan mereka menyelongkar rumah ruan rumah dan pecahkan barang-barang berharga

7. Jangan Banyak Komplen.
Bila berkunjung ke rumah orang, jangan biarkan mata anda melilau melihat setiap inci rumah orang. Tak baik. Ada pula ‘tu yang suka komplen, rendang tak masin, air tak manis, rumah berdebu, langsir tak bertukar, jangan!

Kita berkunjung ke rumah orang lain bukan untuk mencari kecacatan dan kesilapan mereka. Jika kita boleh melakukannya kepada orang lain, mungkin orang lain juga boleh cari dan nampak kekurangan kita. Amacam?

Sama-sama kita panjatkan kesyukuran kerana dipertemukan dengan Syawal kali ini. Bersama kita memanfaatkan Syawal kali ini untuk bersilaturrahim sebaiknya. Saling bermaafan dan saling memperbaiku hubungan silaturrahim di antara satu sama lain. Kita pun tak pasti dapat jumpa lagi di lain kali.

Salam Syawal
Team Richworks.

 

Berniaga 8 Hari Sebulan : Lelaki Ini Mampu Dapat Lebih Dari Gaji Bulanan

oleh Team Richworks pada 05 July 2016

image

Anda nak mulakan perniagaan katering untuk majlis rumah terbuka di musim raya ini?

Nak tahu? Hanya dengan berniaga 8 hari sebulan, lelaki ini bersama isterinya mampu capai sehingga RM50,000 sebulan dengan perniagaan kateringnya.

Bekerja lima hari seminggu, kadang-kadang sudah cukup memenatkan bagi sesetengah orang. Namun, bagi sebahagian orang lain yang tidak mudah rasa selesa dengan apa yang ada, mereka sanggup mengorbankan hujung minggu dengan aktiviti yang mampu meningkatkan taraf kehidupan mereka.

Bagi Zulkarnain Mohamed Noor dan isterinya Norlaili Mohamad Nor, bekerja sebagai pegawai bank lima hari seminggu tidak menghalang mereka untuk menjalankan perniagaan katering pada setiap hari Sabtu dan Ahad. Malahan, dengan ilmu yang mereka ada mereka mampu menguruskan perniagaan tersebut secara bersistem tanpa mengabaikan tugasan seharian.

Menurutnya, beliau mungkin tidak akan dapat melakukan perniagaan ini tanpa ilmu-ilmu dari program Dr. Azizan Osman. Bermula hanya dengan menyediakan 300 pek makanan, kini Zukarnain dan perniagaan Serambi Kateringnya mampu menyediakan lebih dari 3000 pek untuk sesebuah majlis.

Kata Zulkarnain, “Bukan senang nak menguruskan majlis dan menyediakan jamuan. Sebelum ini, kami hanya redah sahaja, segalanya kami lakukan tanpa ilmu pengurusan yang betul. Akibatnya, kami pernah kena tipu. Semuanya akibat tiada ilmu perniagaan.”

“Namun, Alhamdulillah, selepas belajar dari Dr Azizan Osman, saya dan isteri lebih memahami konsep perniagaan dan berhati-hati dalam setiap urusan di samping lebih mendekatkan diri dengan Allah SWT. Ini yang saya suka tentang program Dr Azizan Osman. Beliau mengajar kami untuk mengenal semula diri kita yang sentiasa kekurangan.” Ujar beliau lagi.

Hanya dengan berniaga hujung minggu, Zulkarnain kini mampu membuat jualan sehingga 6 angka setahun. Beliau bertekad untuk terus menghadiri program Dr Azizan Osman untuk menyediakan dirinya untuk melebarkan sayap perniagannya.

Pesan Dr Azizan Osman “kalau nak berperang, kena sediakan peluru secukupnya, kalau nak berniaga perlu ilmu sepenuhnya” dipegang utuh.

Macam mana? Anda pun boleh miliki perniagaan seperti beliau. Mulakan dengan menyediakan perkhidmatan katering kecil-kecilan untuk majlis rumah terbuka di musim raya ini. Mana tahu, InsyaAllah akan jadi sebuah perniagaan besar nanti.

Anda juga boleh mulakan dengan hadir ke Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK). Layari www.azizanosman.cok/imkk untuk IMKK KUALA LUMPUR atau www.azizanosman.com/imkk-sabah untuk IMKK SABAH.

Salam Kejayaan
Team Richworks.

 

7 Sebab Kenapa Anda Perlu Pulang Bergaya Di Hari Raya

oleh Team Richworks pada 04 July 2016

image

Yea!
Hari raya dah nak tiba. Ada yang dah sampai kampung dan ada juga yang mungkin dalam perjalanan. Ada juga yang mungkin masih bekerja. Apa-apa pun anda pasti sedang membuat persiapan terakhir, serba sedikit untuk menyambut Aidilfitri yang akan tiba beberapa hari saja lagi.

Ada yang dah buat persiapan awal, ada yang baru sahaja buat persiapan. Tak lupa juga ada yang suka buat persiapan di saat akhir! Anda bagaimana?

Tapi, dalam keseronokkan kita membuat persiapan raya, kami nak kongsikan dengan anda 7 sebab kenapa anda boleh pulang bergaya di hari raya.

1. SEBAB 1 : ANDA BOLEH BERGAYA DI HARI RAYA JIKA ADA DAH TUNAIKAN ZAKAT FITRAH.

Ada yang sibuk nak beraya dengan penuh meriah tapi zakat fitrah masih belum jelaskan. Selain zakat fitrah anda juga boleh beraya dengan penuh bergaya jika anda telah banyak bersedekah. Jika anda belum tunaikan zakat fitrah, anda masih ada masa untuk melakukannya.

Ramai orang yang membuat persiapan raya ala kadar atau ada yang langsung tak mampu nak buat persiapan raya. Anda boleh bantu meriahkan raya mereka dengan sedikit sedekah jariah anda. Takkan nak beraya sorang-sorang saja ‘kan?

2. SEBAB 2: ANDA BOLEH PULANG BERGAYA DI HARI RAYA JIKA ANDA SUDAH SELESAIKAN HUTANG DAN MENJELASKAN BIL.

Ini penting! Jangan asyik nak bergaya di hari raya tapi hutang tak bayar. Ada yang paling teruk, sanggup pula berhutang demi nak bergaya di hari raya! Hari raya bukan harinya untuk kita menunjukkan siapa yang lebih hebat, lebih cantik, lebih mampu tapi ianya untuk merayakan kejayaan kita mengawal nafsu sepanjang bulan Ramadhan.

Jangan pula bila habis saja Ramadhan, perangai boros dan suka berhutang kita kembali datang. Yang penting, pastikan anda bayar bil. Jangan bila pulang dari beraya nanti bekalan elektrik dan air anda di potong pula!

3. SEBAB 3: ANDA BOLEH PULANG BERGAYA DI HARI RAYA JIKA ANDA DAH PASTIKAN TUGASAN DAN KERJA ANDA TELAH DISELESAIKAN.

Seronok ye nak raya? Kerja dah siap ke belum? Anda boleh beraya sepuas hati jika tugasan anda telah berjaya disiapkan sebelum cuti raya. Ini tanggungjawab anda. Jangan disebabkan nak berhari raya, anda ambil sikap lepas tangan.

Anda pun pasti tak seronok jika asyik dihubungi oleh tempat kerja anda ketika bercuti raya. Jadi ambil jalan terbaik, pastikan semua tugas penting anda siap sebelum raya.

4. SEBAB 4: ANDA BOLEH PULANG BERGAYA DI HARI RAYA JIKA ANDA DAH PASTIKAN RUMAH ANDA BERADA DALAM KEADAAN SELAMAT.

Bila tiba musim raya, kita selalu dengar berita kecurian dan rompakan berlaku bila tuan rumah pulang bercuti. Ada banyak juga kes kebakaran rumah berlaku di musim perayaan. Kadar kenaikan kes yang tinggi di musim perayaan menunjukkan ada tuan rumah yang seronok sangat nak pulang bercuti tanpa pedulikan keselamatan rumah sendiri.

Apa kata, sebelum pulang beraya anda pastikan rumah anda dikunci rapi, semua suiz elektrik dan dapur telah ditutup sebaiknya. Maklumkan juga kepada jiran atau balai polis berdekatan supaya mereka boleh tolong tengok-tengokkan rumah anda.

5. SEBAB 5:ANDA BOLEH PULANG BERGAYA DI HARI RAYA JIKA ANDA DAH PASTIKAN KENDERAAN ANDA TELAH DISERVIS DAN DALAM KEADAAN SELAMAT.

Selalunya, bila kita pulang berhari raya, kita akan nampak banyak kenderaan rosak serta bermasalah dan tersadai di tepi jalan. Keadaan ini boleh menyebabkan banyak masalah lain. Lebuh raya akan jadi sesak sebab semua orang pun akan memperlahankan kenderaan dan melihat apa yang berlaku.

Jika melibatkan anak-anak dan keluarga, akan lebih teruk. Mereka terpaksa menunggu bantuan sebelum meneruskan perjalanan. Ada yang lebih teruk, akibat keadaan kenderaan yang tak selamat boleh pula mengakibatkan kemalangan! Silap-silap mood raya pun boleh hilang! Jadi, pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan terbaik sebelum anda mulakan perjalanan.

6. SEBAB 6:ANDA BOLEH PULANG BERGAYA DI HARI RAYA JIKA ANDA DAH PASTIKAN SEMUA PERSEDIAAN RAYA DAH LENGKAP.

Selalu juga berlaku situasi di mana bila kita dah sampai ke kampung halaman, kita dapati persediaan raya yang kita dah beli seperti pakaian raya, kuih raya malahan duit raya yang dah kita sediakan semuanya tertinggal di rumah sendiri!

Tak pasal-pasal dah kena beli segalanya baru. Itupun kalau masih ada budget. Gagal memastikan persediaan raya semuanya dah cukup dan lengkap boleh menyebabkan kita rasa malas dan beraya.

7. SEBAB 7: ANDA BOLEH PULANG BERGAYA DI HARI RAYA JIKA ANDA DAH PASTIKAN ANDA TELAH MENJALANKAN IBADAH SEBAIKNYA SEPANJANG RAMADHAN.

Ramai orang suka raya tapi tak suka puasa. Aidilfitri sebenarnya ialah hadiah kemenangan kepada mereka yang telah menjalankan ibadah puasa sebaiknya sepanjang Ramadhan.

Sebelum kita nak pulang bergaya di hari raya, tanya diri dulu adakah kita dah tunaikan sebaik-baik ibadah di sepanjang Ramadhan kali ini?

Jangan asyik seronok nak raya dan kita abaikan tanggungjawab lain. Yang penting sekali, manfaatkan musim perayaan ini sebaiknya untuk mengeratkan silaturrahim dan meneruskan amal ibadat yang telah kita lakukan di bulan Ramadhan.

Semoga bertemu lagi di Ramadhan akan datang.

Salam Kejayaan.
Team Richworks

 

Hanya Dari Rumah, Nur Aini Menjana Hampir RM2Juta Sebulan.

oleh Team Richworks pada 30 June 2016

001B

Niat bantu wanita lain jana pendapatan beri beliau kepuasan.

Anda pasti pernah nampak billboard beliau di tepi lebuh raya.  Kalau belum tengok, anda pasti akan nampak billboard pink wanita berpurdah ini bila anda pulang ke kampung untuk berhari raya nanti.

Apa yang beliau buat sehingga mampu membuat iklan billboard yang yang besar dan banyak di seluruh lebuh raya?

Puan Nur Aini Zolkepli, pemilik produk kecantikan Nurraysa Beauty ini hanya berusia 24 tahun.  Seorang surirumah dan ibu kepada 3 anak ini memulakan perniagaan sabun marine collagennya hanya dengan modal RM500.

Sebelum berada di tahap sekarang, beliau telah banyak mengharungi segala halangan. Anda pun boleh berjaya seperti beliau. Setiap segala sesuatu tindakan atau perbuatan adalah bermula dengan niat. Sebelum anda melakukan sesuatu, tanya diri anda kembali, kenapa aku buat ini? Kenapa aku di sini? Soalan ini sepatutnya sering kali di ajukan pada diri kita sendiri untuk muhasabah.

Kita yang Muslim lebih lagi mengambil berat tentang niat ini kerana setiap balasan baik atau buruk perhitungan bagi perbuatan kita adalah dimulai dengan niat. Bagi yang bukan Muslim pun, dengan berniat maka terzahirlah perbuatan. Sudah sememangnya lumrah manusia, kerana tidak mungkin kita sedang membaca blog ini sedangkan kita tidak berniat untuk membacanya.

Seperti Puan Nur Aini, perubahan-perubahan yang berlaku di dalam hidup beliau bermula dengan memperbetulkan niat. Ini adalah antara perkara utama yang ditekankan di dalam program kami dan sering kali di ulang agar kita tidak lari dari landasan dan objektif mencapai matlamat kita dan agar kita tidak lupa connection dengan Source yang sebenarnya.

Sehebat mana pun marketing kita, tetapi kalau hubungan kita dengan Allah kita tak jaga, maka tak akan jadi juga benda tu.Sebab rezeki, keberkatan semua datang daripada Allah, bukan daripada usaha kita.”

Berbekalkan niat bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan untuk mengeluarkan modal berniaga serta membantu kaum wanita terutama surirumah menjana pendapatan, perniagaan beliau mula berkembang. Ramai manusia mahu berjaya tetapi tak tahu kenapa mereka perlu berjaya.

Menurut Pemilik Nurraysa Global Sdn Bhd yang mempunyai sekitar 2000 agen di seluruh negara ini “Alhamdulillah saya cakap, saya submit doa, saya nak bisnes, saya nak ada banyak waktu dengan keluarga dengan ibu bapa, anak anak, family. Saya nak sendiri yang jaga diaorang.”

Jika anda mahu belajar ilmu yang sama seperti dipelajari oleh Puan Nur Aini, yang InsyaAllah boleh membantu anda untuk menjadi usahawan berjaya, Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) adalah satu platform yang sesuai untuk membantu anda mengenali kemampuan diri anda sendiri.

Layari www.azizanosman.com/imkk atau www.azizanosman.com/imkk-sabah untuk ketahui lebih lanjut.

Buat keputusan sekarang untuk ubah dan perbaiki kehidupan anda.

Salam Kejayaan.

Team Richworks

 

11 Tip Elak Pokai Awal Di Musim Perayaan

oleh Team Richworks pada 24 June 2016

Blog

Kami kongsikan dengan anda 11 tip untuk elakkan anda pokai awal di musim perayaan.

Tip 1: Plan dulu apa yang kita nak beli.

Dan bawa wang hanya cukup-cukup dengan apa yang diplan. Tip yang paling senang, tinggalkan kad kredit di rumah dan bawa duit cukup-cukup untuk barang yang mahu dibeli.

Tip 2: Kerapkan makan di rumah.

Jarangkan makan di luar. Selalu bukak puasa banyak yang suka membazirkan duit dengan berbuka puasa di tempat-tempat mewah, makan dengan kawan-kawan dan belanja sakan sampai tak cukup makanan yang nak dibeli di pasar Ramadhan. Apa kata tahun ini, kita belajar masak, buat kuih sendiri dan siapkan juadah pagi raya sendiri.

Tip 3: Bagi duit Raya dan berbelanja mengikut kemampuan kita.

Jangan berniat nak bagi duit Raya hanya sebab nak menunjuk-nunjuk.  Umpama pepatah, ukur baju di badan sendiri.

Jangan berbelanja sampai kena pinjam duit dari mak ayah, adik beradik dan juga rakan-rakan. Contohnya, belilah baju raya yang dijual dengan harga yang kita mampu beli. Jangan beli yang ratusan ringgit tapi diri sendiri yang sengsara.

Tip 4: Elakkan daripada membuat pembelian secara spontan.

Sebahagian besar daripada pembelian yang dibuat didorong oleh naluri. Cuba elakkan daripada membuat pembelian secara spontan ketika membeli-belah.

Walaupun terdapat barangan yang nampak menarik di mata anda, fikirkan secara mendalam sama ada anda benar-benar memerlukannya sebelum membuat keputusan untuk membeli barangan tersebut.

Tip 5: Ikut kemampuan dan jangan bersaing.

Anda tidak sepatutnya terpengaruh dengan corak perbelanjaan rakan atau jiran anda kerana tahap kewangan serta tanggungan yang berbeza.

Oleh yang demikian, anda harus berbelanja mengikut kemampuan dan bukan atas tujuan untuk bersaing dan menunjuk-nunjuk kepada orang lain agar tidak melampaui tahap kewangan anda.

Tip 6: Guna kad kredit secara bijak dan elakkan daripada berhutang.

Penggunaan kad kredit sememangnya lebih mudah dan selamat kerana anda tidak perlu membawa wang tunai yang banyak ketika membeli belah.

Namun anda perlu berhati-hati menggunakannya dengan memastikan jumlah perbelanjaan menerusi kad kredit dibuat berdasarkan kemampuan untuk mengelakkan daripada berhutang.

Tip 7: Tawar-menawar harga barangan.

Cuba amalkan tabiat suka menawar harga barangan, melainkan jika harga barangan tersebut tetap. Dengan tawar-menawar sebelum membuat pembelian, anda boleh mendapat harga lebih murah berbanding harga biasa. Manfaatkan membeli belah ketika potongan harga diadakan.

Walaupun dalam keadaan tertentu, potongan harga tersebut hanya merupakan gimik perniagaan, tetapi sekiranya anda membuat pertimbangan yang waras, anda mampu mendapat harga yang berpatutan.

Tip 8: Beli mengikut kesesuaian dan pastikan ianya berkualiti.

Pastikan anda membeli barangan yang berkualiti setimpal dengan harga yang ditawarkan. Anda boleh membuat perbandingan harga serta kualiti barangan yang diingini terlebih dahulu sebelum membeli.

Contohnya, bagi pakaian anak-anak yang masih kecil, anda boleh membeli saiz yang lebih besar sedikit kerana faktor tumbesaran mereka yang cepat meningkat. Pastikan pakaian mereka juga berkualiti dan tidak mudah koyak atau lusuh agar ia boleh dipakai berulang kali biarpun selepas perayaan kelak. Dengan cara ini anda dapat berjimat daripada kerap berbelanja.

Tip 9: Tidak mudah terpengaruh dengan iklan.

Apabila tiba musim perayaan, promosi iklan giat dijalankan. Ketika ini, pelbagai barangan dengan harga menarik ditawarkan kepada pengguna. Walaubagaimanapun, jangan mudah terpengaruh dengan tawaran yang dipaparkan. Anda harus mempertimbangkan kepentingan barangan tersebut.

Jika tidak penting, anda tidak perlu membelinya. Anda juga harus pastikan stok barangan tawaran istimewa seperti yang diiklan masih boleh didapati.

Tip 10: Ganti perhiasan yang perlu sahaja.

Perabot, langsir, permaidani dan cat antara perkara yang sering diganti setiap kali musim perayaan. Namun tidak semua perhiasan tersebut perlu diganti sekiranya ia masih dalam keadaan yang baik. Gunakan kreativiti anda untuk menjadikan ia lebih menarik contohnya seperti menjahit juraian kristal pada langsir lama anda.

Tip 11: Tidak menyediakan juadah hari raya secara berlebihan.

Cuba anggarkan jumlah tetamu yang akan mengunjungi anda dan masak sekadar diperlukan sahaja. Jika perlu, simpan stok makanan mentah yang boleh dimasak segera terutama ketika menerima kunjungan tetamu yang tidak disangka. Elakkan daripada membeli atau menyediakan juadah hari raya secara berlebihan hingga menyebabkan pembaziran.

Jadikan Hari Raya tahun ini sebagai hari raya terakhir untuk anda ‘ikat perut’.

Salam Kejayaan.

Team Richworks

 

Pernah Jatuh Akibat Lupa Diri

oleh Team Richworks pada 23 June 2016

image

Bekas Mat Rempit, Kini Disegani.

Memang tidak dapat kita nafikan, setiap perniagaan yang berjaya pastinya turut bermodalkan sistem pengurusan yang terancang. Gagal untuk merancang bermakna kita merancang untuk gagal. Kata-kata yang biasa kita dengar tetapi adakah ianya dijadikan iktibar?

Sistem perniagaan yang terancang bukan sahaja dapat menjimatkan masa ramai pihak, malah dapat mengurangkan kos dan juga mengurangkan risiko kegagalan anda.

Rizal Hakim yang sebelum ini pernah berkhidmat di bank selama lebih kurang 4 tahun dan kemudian mengambil keputusan untuk berhijrah dari pekerjaan beliau yang katanya sudah menjadi satu rutin yang mula membosankan. Perkara ini bukanlah sesuatu yang baru. Sememangnya, cabaran adalah salah satu elemen dan faktor untuk seseorang itu berkembang dari segi pemikiran dan kehidupan.

Beliau memulakan RNA Capital Limited yang telah beroperasi selama 9 tahun sebelum menyertai program Dr Azizan Osman yang mana telah banyak merubah persepsi beliau dalam sistem dan penstrukturan sesebuah perniagaan yang kurang di titik beratkan sebelum ini.

“Lepas join IMKK, I learn how to start to trust people and decentralized. I must free myself from doing everything on my own, so saya start build a team and we’re now have about 20 people.”

Kejujuran beliau dalam berkongsi perubahan yang dilalui dan kesilapan yang pernah beliau lakukan turut mengajar orang ramai yang sebelum ini kurang memberi perhatian terhadap salah satu lagi kunci kejayaan iaitu disiplin. Sikap suka bertangguh, tiada perancangan dan takut untuk membuat keputusan, telah dapat beliau atasi melalui tip-tip yang di pelajari di program kami.

“Sekarang ini hari-hari saya ada goal saya sendiri. Hari itu apa, hari ini apa saya nak capai. Saya akan ada goal harian, mingguan, bulanan.”

Perniagaan RNA Capital Limited kini telah berkembang dan dikenali di beberapa buah negara luar dan beliau sendiri turut menjadi sumber rujukan bagi beberapa usahawan yang telah menyertai program kami.
Melalui program kami, anda akan belajar langkah demi langkah bagaimana membina kebahagiaan dengan memahami strategi membina kewangan dan pelaburan yang sistematik samada di dalam kerjaya atau perniagaan anda. Anda juga akan diajar bagaimana menarik keberkatan di dalam hidup anda serta mengenali jenis ketakutan manusia yang menjadi penghalang utama dalam memperbaiki hidup atau mencapai apa sahaja impian.

Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) adalah satu platform yang sesuai untuk membantu anda mengenali kemampuan diri anda sendiri.
Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) adalah satu platform yang sesuai untuk membantu anda mengenali kemampuan diri anda sendiri.

Program IMKK akan dianjurkan di Kuala Lumpur dan Sabah.

Layari www.azizanosman.com/imkk (IMKK KL) atau www.azizanosman.com/imkk-sabah (IMKK Sabah).
Buat keputusan sekarang untuk ubah dan perbaiki kehidupan anda.

Salam Kejayaan.
‎Team Azizan

 

Dari Makan Gaji Kini Miliki Hotel Sendiri

oleh Team Richworks pada 22 June 2016

image

Setiap daripada kita dilahirkan dan diberi pilihan. Kita boleh memilih untuk hidup secara biasa-biasa atau hidup dengan luar biasa. Anda juga boleh memilih untuk menjadi manusia yang gagal dan kecewa atau manusia yang hebat dan bermanfaat.

Janganlah kita jadikan Qada dan Qadar sebagai alasan untuk menyalahkan takdir Allah. Kedua-dua amal yang baik atau yang buruk walaupun merupakan Qada dan Qadar dari Allah SWT, adalah hasil daripada usaha dan pilihan yang dibuat oleh hambaNya.

Kejayaan itu adalah milik semua orang.

Pengorbanan, masa dan sentiasa mencari peluang untuk berusaha bersungguh-sungguh adalah jalan ke arah kejayaan.

Bagi Tuan Mustaffa, meskipun beliau pemegang ijazah dan berkelulusan Master, keadaan ekonomi masih lagi membelenggu tahap kehidupan beliau dari menjadi seseorang yang bermanfaat kepada orang lain. Setelah menyertai program kami, beliau telah dapat menghuraikan masalah pendapatan melalui perniagaan.

Beliau telah memilih untuk memberikan komitmen terhadap perniagaan dari bekerja makan gaji. Sebelum ini, pendapatan bulanan beliau lebih kurang RM7,000 sebulan sebagai pekerja berkelulusan Master. Namun setelah berniaga, bagi suku pertama tahun ini, perniagaan hotel dan perkhidmatan pembersihan beliau telah mencatat pulangan sebanyak RM400,000.

Hasrat untuk menjadi insan yang lebih bermanfaat melalui pendapatan yang lebih ini dengan menyalurkannya ke arah zakat dan sumbangan-sumbangan kebajikan yang lain adalah hasil dari ilmu dan azam yang digilap serta diperolehi dari program ini dan semestinya berserta berkat daripada Ilahi.

“Saya bekerja 6 tahun tanpa sebarang simpanan. Tetapi selepas saya belajar 6 tabung di IMKK, Alhamdulillah, tabung saya makin hari makin meningkat.”

Kita tidak akan dapat menikmati perjalanan ini sekiranya kita tidak berani untuk mencabar diri sendiri.

Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) adalah satu platform yang sesuai untuk membantu anda mengenali kemampuan diri anda sendiri.

Program IMKK akan dianjurkan di Kuala Lumpur dan Sabah.

Layari www.azizanosman.com/imkk (IMKK KL) atau www.azizanosman.com/imkk-sabah (IMKK Sabah).

Buat keputusan sekarang untuk ubah dan perbaiki kehidupan anda.

Salam Kejayaan.
‎Team Azizan

 

Wanita Besi Cabar Lelaki

oleh Team Richworks pada 21 June 2016

009B

Mental yang kuat bantu Noorhayati ceburi industri pembinaan

Industri pembinaan memang sudah lazim dengan fitrah kaum lelaki yang kasar dan lasak. Baik dari segi pengendalian, pengurusan dan termasuklah kerja pembinaan itu sendiri. Agak jarang industri ini diceburi oleh kaum wanita.

Berbekalkan ilmu yang dipelajari di program yang kami tawarkan, Puan Noorhayati Ahmad, membuktikan yang seorang wanita juga turut boleh berjaya di dalam dunia perniagaan yang dipelopori kaum lelaki ini. Perniagaan beliau Bina Tegas Construction Sdn Bhd, yang bermula pada tahun 2007, telah mencecah pulangan pendapatan RM 3.3 juta pada tahun 2015. Setelah menyertai IMKK pada Oktober tahun itu, pendapatan perniagaan syarikat beliau untuk suku pertama 2016 sudah mencecah RM 1.4 juta.

Resepi kejayaan saya untuk berada dalam industri yag dipelopori lelaki ialah dengan mempunyai mental yang kuat.  Saya belajar bagaimana membina mental yang kuat di program Dr Azizan. Di situlah saya dapat kekuatan untuk berhadapan dengan cabaran yang ada dalam bidang construction yang cukup besar.”

Wanita besi ini sempat berkongsi antara resepi kejayaan yang diambil hasil dari penglibatan beliau bersama IMKK yang terus digunakan di dalam perniagaannya bagi mengatasi cabaran-cabaran yang ditempuhi.

Perkara yang pertama sekali yang perlu diatasi seseorang itu adalah, cara pemikiran orang itu sendiri. Minda. Kepercayaan yang karut tentang kebolehan diri, seperti “ah susah lah”, “asyik susah saja”, dan bermacam lagi adalah merupakan satu cara berfikir yang tidak sihat. Setiap yang kita fikirkan adalah doa. Buang sejauh mungkin sikap negatif ini kerana kita semua dilahirkan sebagai juara, bukan biarkan diri gagal dan menyalahkan takdir.

Siapa yang menentukan hala tuju hidup anda ini jika bukan anda sendiri?

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri” – Ar-Raad, ayat 11

Kehidupan ini penuh dengan pilihan. Apabila anda fokuskan minda anda untuk berfikir secara rasional, teratur dan berkeinginan untuk mencapai impian dan kejayaan, ini dapat membantu anda melihat matlamat anda dengan lebih jelas. Seperti yang disebut Puan Norhayati, keinginan adalah perkara nombor satu yang perlu ada untuk kaya dan berjaya. Benar, seterusnya haluan menuju matlamat ini akan dilihat lebih terbuka dan luas berbekalkan niat yang murni, visi dan keberanian yang terbit terhadap keinginan untuk kaya dan berjaya.

Perlulah kita yakin bahawa Tuhan itu Maha Kaya. Ini merupakan ciri pemikiran yang sihat. Jika kita kekal pasrah dengan keadaan yang tiada kemajuan tanpa percaya terhadap diri sendiri, adakah kita yakin pada sifat Tuhan Yang Maha Kaya ini?

Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) adalah satu platform yang sesuai untuk membantu anda mengenali kemampuan diri anda sendiri.

Berminat untuk mengetahui potensi diri adna yan gsebenar dan bagaimana anda boleh berjaya dalam kehidupan?  Layari www.azizanosman.com/imkk

Salam Kejayaan.

Team Richworks.

 
Hak Cipta Terpelihara 2019 © RichWorks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start