Siapa Kata Orang Kita Tak Mampu Berniaga?

oleh Team Richworks pada 12 May 2017

icm-penang

Tanpa Subsidi, Usahawan Bimbingan Mentor Usahawan Dr Azizan Osman Terbukti Mampu Bina Perniagaan Bernilai Jutaan Ringgit.

Menelusuri jalan-jalan di Persiaran Weld, Lebuh Union, Padang Kota, Fort Cornwallis dan di sekitar bandar Georgetown, Pulau Pinang sambil menikmati indahnya senibina bangunan-bangunan yang telah wujud lebih dari 100 tahun lalu, membuatkan kami mula terfikir tentang kisah sejarah di balik setiap satunya.

Rekabentuk tingkap yang sangat klasik dan batu jalan yang telah terturap sejak beratus tahun lalu, kami bagai di bawa ke lebih 100 tahun lampau oleh mesin masa. Kami bayangkan bagaimana ketika itu pedagang datang dengan tongkang dan kapal dari seluruh pelusuk dunia, berlabuh di pelabuhan yang suatu masa dahulu pernah menjadi sangat sibuk dengan kapal dagang keluar masuk, dengan tawar menawar harga rempah ratus, berbincang tentang perniagaan dan juga pernah menjadi tempat penginapan ramai pedagang-pedagang Syarikat British India.

Walaupun bandar tua yang pernah digelar Prince of Wales Island itu kini telah menerima banyak perubahan, masa bagaikan terhenti bila kami berada di sana bersama lebih 134 orang usahawan anak didik Dr Azizan Osman dalam satu kumpulan yang digelar Titanium dari 4 hingga 9 Mei lalu. Sejarah bagaikan berulang kembali, bila usahawan-usahawan ini berkumpul di bangunan warisan yang pernah menjadi gudang milik Boustead dan bercerita serta berbincang tentang perniagaan masing-masing. Mereka mungkin tidak datang dengan tongkang dan bawa bahan dagangan berguni-guni, tapi dengan motif yang mungkin sama dengan para pedagang yang pernah menjejakkan kaki ke tanah ini.

Sebenarnya dari awal lagi, kami dah tak sabar untuk mendengar kisah pencapaian dan perjalananan perniagaan mereka di sepanjang suku pertama tahun 2017, kerana kami yakin pada setiap kali Inner Circle Meeting diadakan, pasti ada pencapaian yang hebat-hebat dari mereka. Alhamdulillah, dengan bimbingan Dr Azizan Osman hasil dari pengalaman dan ilmu yang beliau miliki, kami yakin Kumpulan Titanium ini bakal beri result yang sangat baik untuk suku tahun pertama tahun 2017 ini.

Bermula dengan kumpulan Titanium Premier, iaitu kumpulan yang telah dibimbing secara khas selama 2 tahun oleh Dr Azizan Osman, seorang demi seorang pemilik bisnes bangun membentangkan pencapaian mereka sepanjang suku pertama tahun ini. Mereka juga mengambil peluang untuk bertanyakan soalan untuk memastikan perjalanan bisnes mereka berada di laluan yang betul.

Sesi kemudiannya bersambung dengan ‘boot camp’ bersama semua ahli Titanium. Dalam sesi ini mereka semua bagaikan terkejut bila Dr Azizan Osman bertanyakan soalan, jika mereka nak buka syarikat baru yang menjadi lebih baik dari syarikat yang sedia ada, apa perkara yang perlu mereka ubah dan perlu diperbaiki. Soalan yang nampak macam mudah dan mungkin ada yang kata tak relevan tapi sebenarnya mampu buatkan otak berfikir macam-macam perkara tentang bisnes sendiri.

Sepanjang seminggu ini, seorang demi seorang dari ahli Titanium bangun berhadapan dengan Dr Azizan Osman dan bercerita tentang perniagaan masing-masing. Semuanya berkongsi kisah kejayaan masing-masing, kisah cabaran dan halangan. Dr Azizan Osman akan meraikan setiap kejayaan serta memberi pandangan dan nasihat atas setiap cabaran yang dilalui. Dan ada antara mereka yang mengalirkan air mata mengenangkan peningkatan diri dan bisnes yang mereka dah capai selepas berjaya membina perniagaan yang menguntungkan. Alhamdulillah.

Ironinya, mereka ini bukan setakat peniaga yang baru nak ‘up’ dan dah mampu buat jualan 6 angka sebulan tapi juga terdiri dari usahawan terkenal seperti Andalusia Travel, Arwana Perhentian Resort, Rempah Mak Siti, Sugarscarf, Zawara, Mood Republik dan beberapa perniagaan lain yang sudah terkenal tapi masih mahukan bimbingan dalam membina perniagaan.

Antara 10 perkara penting yang dipelajari dari sesi Inner Circle Meeting di Pulau Pinang kali ini ialah:

1)     Teknologi adalah sesuatu yang penting dalam menjadikan perniagaan berkembang lebih cepat. Masalahnya, berapa ramai dari usahawan tempatan yang sanggup berevolusi selari dengan perubahan teknologi? Berapa ramai yang mampu berfikir di luar kotak dan mampu buat tindakan selari dengan perubahan teknologi. Atau kita masih selesa berbisnes dengan skala kecil yang ada.

2)     Training atau latihan adalah sangat perlu dalam menghasilkan perkembangan perniagaan yang mudah diduplikasi. Satu orang tak mampu nak kembangkan bisnes sendirian. Dengan sistem stokis dan agen serta dengan adanya team yang kuat, yang mampu diduplikasikan melalui latihan yang cukup, sangat mudah untuk bisnes menjadi besar dalam masa yang singkat

3)     Iklan yang digunakan sebagai alat pemasaran perlukan frequency atau kekerapan yang lebih besar supaya dapat hasilkan ‘awareness’ atau untuk tarik lebih banyak perhatian. Jangan buat iklan tanpa tujuan atau sekadar nak ada billboard seperti orang lain. Pastikan kos iklan yang dibelanjakan akan membawa hasil.

4)     Video adalah merupakan ‘tools’ yang dapat membantu perniagaan mendapat lebih banyak perhatian dari prospek. Video perlu kreatif, perlu menyentuh emosi dan dapat menghubungkan prospek dan produk yang kita keluarkan.

5)     Video Education juga berperanan untuk membantu memudahkan sistem latihan kepada stokis, agen bahkan kepada kakitangan. Video samada secara “live” di Facebook atau dirakam dan dijadikan dalam bentuk DVD dapat memudahkan cara penyebaran ilmu dan untuk menduplikasikan bisnes anda.

6)     Model bisnes dari luar negara, perlu dikaji dan perlu dijadikan contoh dalam perjalanan bisnes seharian. Semua ahli Titanium juga didedahkan dengan model bisnes luar negara seperti Uber, Amazon.com, AirBnB, Expedia, FedEx, Coca-Cola, McDonalds dan banyak lagi supaya mereka dapat faham bagaimana dengan teknologi, bisnes dapat berkembang sangat pesat tanpa usaha yang sangat besar.

7)     Permainan harga bukanlah satu cara untuk kekal berada di dalam pasaran. Jika semua usahawan faham tentang nilai produk dan perniagaan mereka, mereka tak perlu risau dengan pesaing yang menggunakan taktik permainan harga.

8)     ‘Customer journey’ adalah sangat penting. Setiap usahawan perlu tahu apa ‘customer journey’ pelanggan mereka, dari mula mereka nampak produk anda, sehingga mereka beli, menggunakannya dan menjadi pengguna tegar. Usahawan yang bijak akan mampu cipta ‘customer journey’ yang paling baik untuk pelanggan mereka.

9)     Dalam membuat aktiviti pemasaran, pastikan untuk ‘conquer’ wilayah betul-betul. Bukan setakat buat main-main atau buat asal nampak. Semua billboard, bunting dan flyers yang diedarkan perlu dibuat sehingga semua orang di wilayah tersebut nampak kita sahaja dan tak nampak orang lain.

10)  Jangan berhenti untuk ‘educate’ pelanggan kenapa produk anda lebih baik dari produk pesaing. Educate mereka bagaimana produk anda dapat bantu selesaikan masalah yang mereka hadapi. Mereka perlu tahu apa isu yang akan timbul jika mereka tak selesaikan masalah mereka dengan produk anda.

Ini baru sebahagian kecil dari perbincangan selama 6 hari! Ianya bukan setakat sembang kosong dan tanya khabar, ‘bisnes kau macam mana?’ Tapi ianya lebih dari itu. Sesi mentoring dan coaching yang penuh dengan nilai dan harapan supaya mereka 134 usahawan ini boleh buat satu nilai yang lebih besar di suku kedua tahun 2017. Dan supaya dapat lebih menambah nilai kepada diri sendiri serta orang di sekeliling.

Saat kami meninggalkan tanah yang pernah dijajah Francis Light ini, kami berbangga dengan jumlah sales kesemua ahli Titanium yang mencecah RM 380 juta untuk suku pertama tahun 2017 dan kami sasarkan hasil jualan bagi keseluruhan tahun 2017 mencecah RM1.8 bilion. Syukur alhamdulillah, mengenangkan betapa bumi yang pernah dijajah hasil tipu daya ini, kini mampu tersenyum menyaksikan satu pencapaian dan kebangkitan anak bangsa dalam dunia perniagaan yang sebelum ini agak asing dan terkebelakang.

Inner Circle Meeting, Pulau Pinang, anda saksi sejarah kegemilangan telah berulang.

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Perniagaan
 

Responses

  1. FAUZIAH HANIM 18 May 2017, 5:56 pm (#)

    Bestnya dapat dibimbing dengan sifu Dr Azizan…Saya teringin juga..tapi melihatkan semua peserta dari big company…alahai..bila sy berpeluang untuk menuju puncak kejayaan bersama-sama orang yang hebat ini.. Saya baru mula belajar berniaga ni…tetapi masih makan gaji. Saya bermula dengan kelas Dr Azizan rasanya tahun2013.. Rindu saya dengan kelas-kelas yang diikuti..In Sha Allah akan jumpa semula dengan Dr Azizan dalam kelas yang akan datang…Terima kasih cikgu..

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start