Siapa Sangka Kisah Di Sebalik Kopiah Abang Ini, Dia Dipandang Hina Sebab Muflis Dan Lebih Dihina Bila Hanya Berniaga Dodol….

oleh Team Richworks pada 29 August 2018

Apa agaknya perasaan anda jika anda jumpa seseorang yang muflis, yang dah berusia  sekitar 50an…? Agak-agak ada harapan tak, dia nak keluar dari keadaan tu? Macam mana dia nak bayar hutang dia? Boleh ke lagi kerja dan cari duit untuk bayar hutang tu?

Ini kisah benar yang kami catatkan untuk inspirasi anda.  Ini kisah Tuan Nazli Selamat.  Ketika kami pertama kali jumpa Tuan Nazli di Program IMKK tahun lepas,  kami rasa kagum sebab, ketika orang lain sebaya dengannya dah tak mahu belajar, kerana mereka rasa dah cukup ilmu dan dah banyak pengalaman, Tuan Nazli masih gigih nak datang program.

Dengan kopiah putih menutupi rambutnya yang dah beruban, kami tak sangka…perjalanannya hidupnya amat perit. Tuan Nazli bukan seorang yang ada pendidikan, dia pernah menuntut di sebuah politeknik dan bekerja di beberapa syarikat pengeluar makanan ternama dan terlibat dalam bidang marketing.

Tapi, kesilapannya akibat terlalu percaya kepada orang lain, menyebabkan dia terpaksa menanggung hutang yang kononnya nak digunakan sebagai modal bisnes, sehingga dia diisytiharkan Muflis.

Setelah diisytiharkan muflis, dia ambil keputusan untuk berhenti kerja kerana dia dah tak boleh buka akaun bank, segala duit gaji yang masuk dalam akaun akan dipotong terus untuk bayar hutang. Dan akibat tak ada ilmu sangat tentang ini…dia ambil keputusan untuk lari dari masalahnya.

Akibat muflis menyebabkan dia terpaksa gadai rumahnya.  Apa yang berlaku setelah dia gadai rumahnya? Macam mana dia nak cari duit? Macam mana dia nak langsaikan hutangnya?

Ye betul, Tuan Nazli ambil keputusan untuk berniaga dodol. Tapi, selepas dia hadir ke program IMKK, banyak perubahan berlaku dalam dirinya.

Dari MUFLIS dan hidup penuh hutang, Tuan Nazli kini dah boleh beli kenderaan untuk penghantaran dodolnya.  Dari kacau dodol pakai tangan, kini dia dah ada 3 mesin pengacau dodol rekaannya sendiri.  Dari hidup memikul malu dan rasa rendah diri, Tuan Nazli kini bersyukur dengan hasil jualan mencecah RM20,000 sebulan di bulan-bulan biasa ,dan berlipat ganda tingginya di musim perayaan.

Kami tak sangka, lelaki yang pernah datang ke IMKK dalam keadaan ‘lost’ ini, kini boleh bangkit kembali membina hidup dan bisnesnya. Kami doakan Tuan Nazli terus maju dengan bisnes Dodol Anaz Terabyte!

Kat luar sana, ramai orang ada masalah hutang yang teruk, ramai orang muflis, tapi ramai orang sorok masalah ni dalam-dalam kat sudut hati…tak nak orang lain tahu, dan tak nak cari jalan macam mana nak menyelesaikannya segera. Tak takut ke, mati nanti meninggalkan hutang kepada pasangan dan anak-anak?   Jika anda rasa, cerita Tuan Nazli ni, berguna dan bagus untuk beri inspirasi kepada mereka yang ada masalah hutang di luar sana.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud – “Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.” – (Hadis Riwayat A-Baihaqi)

Semoga kita semua terlindung dari beban hutang…

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Pemasaran Bisnes
 

Ruangan Komen

Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start