Sri Lanka ‘Pasang Niat’ Bina Bandar Metropolis Bernilai $15 Bilion (RM62.05 Bilion) Menyaingi Hong Kong Dan Dubai

oleh Team Richworks pada 26 September 2018

‘Port City” adalah nama kota metropolis yang bakal dibina oleh Sri Lanka sebagai penyambung ibu kota Sri Lanka dan kawasan maritim antara Asia dan Eropah di sepanjang laluan sutera China – projek infrastruktur mega.

Ia menonjolkan persamaan dengan banyak pusat bandar utama, projek sama dengan London. Bukan itu sahaja, reka bentuk sama seperti bandar-bandar di Hong Kong, Singapura, dan Dubai. Sepuluh tahun lalu idea bandar raya Sri Lanka yang seolah-olah tidak masuk akal bersaing dengan pusat kewangan terkemuka dunia.

Dapatkah mereka realisasikan impian yang besar ini? Sri Lanka bagaimanapun terpaksa menggunakan pelaburan China $1.4 bilion (RM5.79 bilion) untuk membangunkan kota metropolis tersebut.

Kota seluas 665 ekar ini dijangka siap pada 2041 yang menelan belanja kira-kira $15 bilion (RM62.05 bilion), menjadikan ibu kota terpadat dan menjadi rumah bagi 750 ribu penduduk.

Namun begitu, peperangan yang berlaku dari 1983 hingga 2009 menyebabkan negara musnah kerana perang saudara di antara tentera dan kumpulan pemberontak, Harimau Tamil. Beratus ribu orang awam terbunuh dan membelanjakan lebih daripada $200 bilion (RM826.90 bilion) untuk kos perang.

Jadi Sri Lanka harus bangkit kembali bangunkan negaranya. Mereka terpaksa mencari pelabur untuk melabur di negaranya kerana kehilangan jumlah wang yang banyak. Kurang dari 10 tahun, mereka merangka rancangan untuk membawa pekerjaan dan peluang ekonomi ke ibu kota. Dan demi membantu rakyat di negara sendiri, mereka terpaksa mencari pelabur dan berhutang dengan negara lain terutamanya China.

Sri Lanka sebagai laluan kapal yang sangat strategik

Tahukah anda bawa Sri Lanka sebenarnya adalah satu laluan kapal yang sangat strategik, ia membantu bisnes di negara Asia. Perangkaan Majlis Perkapalan Dunia menunjukkan bahawa Port of Colombo – pelabuhan utama Sri Lanka di pantai barat – adalah pelabuhan paling sibuk di Asia Selatan pada tahun 2013.

Dengan peningkatan kargo transhipment melalui pulau itu, Sri Lanka berada dalam kedudukan yang baik untuk terus mengembangkan sektor logistiknya, menyediakan perkhidmatan nilai tambah bersepadu dan tinggi kepada syarikat perdagangan dan pengangkutan antarabangsa.

Untuk mencapai matlamat ini, penyertaan luar negara dalam pengenalan teknologi canggih dan pengetahuan perniagaan adalah penting. Pembekal perkhidmatan logistik Hong Kong, yang kebanyakannya kompetitif dan berpengalaman dalam mengendalikan aliran perdagangan antarabangsa, harus bersedia untuk memahami peluang ini. Sebagai contoh, syarikat Two Hong Kong – Kerry Logistics dan Orient Container Line (OOCL), misalnya – telah bermitra dengan syarikat perkapalan tempatan untuk menubuhkan operasi di Sri Lanka.

Apa yang boleh disimpulkan di sini adalah, negara Asia seperti Sri Lanka juga adalah negara yang boleh membangun yang juga memberi peluang perniagaan kepada negara Asia lain selain dari China.

Logistik pun boleh buat bisnes – Malaysia mempunyai beberapa pelabuhan yang boleh meningkatkan ekonomi negara

Seperti yang kita lihat, Sri Lanka adalah salah satu negara yang boleh meningkatkan ekonomi negaranya dari segi pelabuhannya. Tidak terkecuali, Malaysia juga mempunyai tujuh (7) pelabuhan utama yang dapat memberikan peningkatan ekonominya mengikut pelabuhan itu tersendiri.

Ini adalah senarai Pelabuhan Persekutuan iaitu Pelabuhan Klang, Pelabuhan Johor, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Pelabuhan Kuantan, Pelabuhan Pulau Pinang, Pelabuhan Bintulu dan Pelabuhan Kemaman. Sementara itu, pelabuhan di Sabah dan Sarawak adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak masing-masing.​

Pelabuhan yang ada ini masing-masing memainkan peranan tersendiri untuk meningkatkan ekonomi negara. Ia memberi impak besar kepada ekonomi negara khususnya dalam usaha mentransformasi negara menjadi negara maju.

Mari kita lihat antara pelabuhan yang mempunyai fungsinya yang tersendiri:

  1. Pelabuhan Klang

Menurut laporan BERNAMA bertarikh 5 April 2017, Pelabuhan Klang memainkan peranan penting dalam pembangunan perdagangan luar dan ekonomi Malaysia seiring keupayaan pelabuhan itu yang menjalin hubungan dagangan dengan 120 negara selain berurusan dengan lebih 500 pelabuhan asing di serata dunia.

Lokasi yang ideal menjadikannya tempat persinggahan untuk kapal yang menggunakan laluan dagangan Timur Jauh – Eropah. Ia umpama nadi pembangunan ekonomi dan perdagangan.

  1. Pelabuhan Johor

Pelabuhan Johor adalah pelabuhan Malaysia yang pertama mempunyai kawasan perdagangan bebas yang mana gudang-gudangnya dikecualikan daripada duti kastam. Duti hanya dikenakan sekiranya kargo dilepaskan untuk jualan di pasaran tempatan. Kawasan operasinya di dalam kawasan zon perdagangan bebas menjadikannya sebagai sebuah pusat untuk meningkatkan aliran dagangan entrepot (import, eksport dan pemindahan) dan menggalakkan industri pengilangan di kawasan operasinya.

  1. Pelabuhan Kuantan

Laporan akhbar Sinar Harian pada 30 Januari 2018, Pelabuhan Kuantan bakal menjadi “Port of Choice” sekali gus sebagai hab logistik kepada negara Asean dan rantau Asia Pasifik dengan pembesaran kawasannya yang dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2020.

Menurut Pengurus Pemasaran dan Komunikasi Korporat Kuantan Port Consortium Sdn Bhd (KPC), Alimi Ibrahim, projek bernilai lebih RM4 bilion itu menerima maklum balas positif dan akan menjadi tumpuan utama kepada pelabur dalam dan luar negara.

Menurutnya, pembesaran kawasan pelabuhan itu terbahagi kepada dua fasa yang akan disiapkan secara berperingkat.

Selain itu, pelabuhan ini juga sudah menerima kelulusan dasar daripada Kementerian Kewangan untuk menubuhkan pelabuhan Zon Bebas. Status zon bebas ini memberikan kelebihan kepada Pelabuhan Kuantan untuk menembusi pasaran baharu dalam sektor pemindahan (transhipment) berbanding ketika ini hanya membabitkan sektor import dan eksport sahaja.

Kesemua pelabuhan yang diterangkan di atas mempunyai peranan dan fungsinya yang tersendiri. Ianya membantu tahap ekonomi di negara dengan lebih baik di masa hadapan. Malaysia ialah sebuah negara dikelilingi laut yang mempunyai banyak sumber semula jadi marin dan pelbagai infrastruktur yang baik untuk industri maritim – industri yang menyumbang besar untuk kemakmuran ekonomi negara. Tanpa aktiviti perkapalan, operasi pelabuhan, pembinaan dan baik pulih kapal, pencarian serta pengeluaran minyak dan gas pesisir, akan pincanglah ekonomi negara.

Kewujudan pelabuhan ini juga sebenarnya memberi peluang kepada usahawan untuk menjalankan perniagaan di kawasan berhampiran. Apa yang boleh diwujudkan adalah hotel, restoran, dari segi pengangkutan seperti sewa kereta, lori dan sebagainya. Usahawan harus peka dan membuka mata seluasnya untuk melihat peluang-peluang perniagaan dan kerjaya yang wujud.

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Motivasi dan Inspirasi, Tip Pemasaran Bisnes, Tip Perniagaan
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start