“Susah Pompuan Zaman Sekarang, Bukan Setakat Nak Menjaga Hasben Dari Dikejar Pompuan Lain, Tapi Nak Kena Jaga Dari Dikejar Lelaki Lain Jugak.”

oleh Team Richworks pada 10 March 2018

Pernah dengar rungutan macam ni?

Bila dicongak. Ada betulnya. 
Tapi apa maknanya semua ini?
Dunia dah nak kiamat? Itu hakikat.

Bagi kami, dunia sangat dah tak ada sempadan. Boderless. Tak dikejar hasben kau di depan mata, mungkin dikejar dilaman sosial. Bukan setakat lelaki yang kejar hasben kau. Budak sekolah yang baru baligh pun boleh kejar laki kau juga!

Cuba pandang topik ini dari sudut lain. Dunia tanpa sempadan. Terbuka. Wide open. Persaingan pun makin banyak. Persangan cinta, persaingan kerja, persaingan bisnes..

Kalau dulu, persaingan kerja mungkin antara orang sebelah-sebelah je, persaingan bisnes pun mungkin dengan kedai selang 2,3,4 pintu dari kedai kita. Tapi sekarang…persaingan ada di mana-mana. Dah lebih antarabangsa.

Contohnya, dua jenama terkenal GAP dan BANANA Republik dah tutup kedai. Kalah bukan setakat dengan jenama besar tapi juga dengan jenama kecik yang lebih digital dan lebih mudah mencanak naik.

Persaingan dah mencetuskan revolusi perniagaan. Persaingan bukan lagi setakat bermain harga rendah. Itu bodoh namanya.

Persaingan sekarang adalah hingga tahap siapa yang mampu jual lebih mahal, pada kos paling rendah dan masih dapat buat sales tinggi setiap bulan.

Itu gamenya..
Akan terlihat susah oleh peniaga yang tak faham game bisnes seperti ini. Dan akan terlihat susah oleh usahawan yang tak faham NILAI produk dan perkhidmatan bisnes sendiri.

Puas memikirkan isu persaingan, kami petik dialogue Clint Eastwood dalam filem Million Dollar Baby.

‘Key to your winning is KNOCKOUT MECHANISM!’

Knockout mechanism-Things atau action yang boleh knockout your competitors. And ianya perlu sentiasa baru, sentiasa upgrade, sentiasa lebih innovatif.

Sebab, competitors kau pun tak bodoh. Mereka pun akan cari jalan nak buat lebih baik. Sebab mereka pun nak knockout kan korang juga..

Marketing tak wujud tanpa persaingan. Soalannya, adakah korang ada strategi marketing terbaik untuk knockouts your competitors?

Siapa faham Say I.

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Motivasi dan Inspirasi
 

Ruangan Komen

Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start