“Susahnya Nak Buat Iklan!” Ini 4 Tips Untuk Buat Iklan Pertama Anda

oleh Team Richworks pada 07 November 2017

Mesti selalu kan ada dialog ini dalam kepala? Pening nak buat iklan. Pening nak buat rangka iklan. Pening nak pilih iklan. Semua pun pening!

Relaks. Jom kami bantu serba sedikit bagaimana nak buat dan pilih iklan yang tepat untuk anda.

1) Tentukan jenis iklan anda

Iklan ada banyak jenis. Ada yang berbentuk pengumuman, ada yang berbentuk direct selling, soft selling, brand awareness, iklan berbayar, iklan percuma, iklan sponsor, dan macam- macam lagi. Tentukan ini supaya anda boleh teruskan dengan langkah seterusnya untuk membina copywriting anda.

Anda selalu kan nampak iklan di TV, billboard, bunting, ada yang akan seperti suruh anda segera pergi beli, ada yang hanya membayangi diri anda dengan jenama mereka sahaja, ada yang iklan masa tengah berita, ada yang iklan sambilan masa beri ceramah radio. Banyak. Jadi tentukan dulu produk dan pasaran anda itu sesuai yang bagaimana – ikut bajet dan kesesuaian situasi bisnes anda.

2) Mesej apa yang anda nak bawakan?

Ini penting. Anda kena tahu apa mesej yang anda nak sampaikan. Nak orang datang kedai pada sekian tarikh? Nak orang ingat jenama sampai bila-bila? Nak pelanggan tahu anda jual apa? Pilih mesej anda. Nilai apa yang anda nak beri pada prospek anda?

3) Medium apa agaknya yang paling sesuai?

Adakah dengan FB Ads? Atau posting FB? Atau mungkin juga video di YouTube? Barangkali bunting, banner, billboard, radio, TV, sponsorship, atau iklan bergerak di bas, teksi mahupun kapal terbang? Siapa segmen pelanggan anda? Ia berbalik kembali pada persoalan itu. Anda kenal atau tidak segmen pelanggan yang anda mahukan? Umur, jantina, tempat, dan lain-lain demografi.

4) Kos, kos dan kos!

Nak buat iklan, perlukan kos. Paling rendah atau zero cost pastilah penggunaan media sosial atau mulut ke mulut. Manfaatkan mana yang terbaik untuk anda. Tapi mana ada hasil the best kalau kedekut langsung nak keluarkan kos iklan? Cuma berpada-pada lah. Ikut kemampuan dan keperluan bisnes anda. Buat bajet, jangan sampai terlebih.

Dapat sesuatu? Nak buat iklan sebenarnya mudah kalau anda tahu rangkanya dan apa yang nak diisi dalam rangka tersebut. Samalah macam buat karangan masa sekolah dulu, nak kena ada rangkanya, isinya, baru boleh buat karangan yang sempurna. Jadi, fikirkan kembali poin-poin ini dan bina iklan anda.

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Pemasaran Bisnes, Tip Perniagaan
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start