Tak Guna Kaya Kalau Tak Sihat. 5 Tip Kesihatan Untuk Usahawan.

oleh Team Richworks pada 05 July 2017

Suka atau tidak, tapi ini kenyataan.  Manusia di seluruh dunia ini terbahagi kepada 4 kumpulan:

Sihat Tapi Miskin.

Kaya Tapi Sakit.

Miskin Dan Sakit.

Sihat Dan Kaya.

Betul ke?  Semua orang pun tak mahu jadi miskin dan sakit.  Semua orang pun mahu pilih jadi sihat dan kaya. Tapi apa usaha yang kita lakukan untuk hindarkan dari miskin dan sakit menjadi lebih sihat dan kaya?

Ada orang cakap ini tak logik!  Mana ada orang yang sangat bertuah di dunia ini, hidup sihat dan kaya raya. Maksud sihat di sini bukan setakat tubuh badan, nampak bergaya semata-mata, tapi juga sihat hati dan sihat akal fikiran.  InsyaAllah, kalau amalkan 7 tip yang kami nak kongsikan ini, anda mungkin akan jadi sihat kaya dan berjaya.

1. Sentiasa Bangun Awal Pagi.

Ramai jutawan di dunia amalkan bangun awal pagi.  Aura positif awal pagi membuatkan mereka lebih mudah nak berfikir dan merancang semua perkara untuk hari mereka. Selain dari itu, awal pagi juga adalah waktu yang baik untuk mereka bermeditasi.

Untuk kita yang Islam, sesungguhnya bangun awal pagi adalah sangat digalakkan untuk kita bertahajjud dan berqiamullail.  Selain dari itu, individu yang berjaya juga adalah individu yang mampu bangun awal dan menunaikan solat Subuh berjemaah di Masjid atau Surau berhampiran.

Ada hadis dari Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermaksud “Solat dua rakaat (sebelum) Solat Subuh itu lebih baik daripada seisi dunia dan segala isi buminya.”   Jaga perkara-perkara begini, InsyaAllah kaya dan sihat dunia akhirat.

2. Suka Membaca dan Cari Ilmu.

Orang yang suka membaca dan mencari ilmu adalah orang yang sentiasa nak memastikan jiwanya sentiasa terisi.  Baik bahan bacaan dan ilmu yang didapati, InsyaAllah baiklah juga jiwa dan diri.  Jiwa dan diri yang sihat kerana banyak ilmu akan menghasilkan akal fikiran dan tubuh badan yang sihat.

Selain dari itu, usahawan yang sihat jiwa dan fikiran dengan ilmu yang banyak juga akan berkata perkara yang baik-baik.  Apa yang keluar dari mulutnya semua yang baik-baik dan ayat-ayat yang bijak belaka.

3. Sentiasa Fit.

Nak jadi usahawan berjaya, anda takkan boleh lari jauh dari dikenali oleh orang ramai.  Jadi, tak berapa cantik jika anda dikenali sebagai seorang yang kaya, yang mampu membina bisnes tetapi badan tak fit dan sentiasa tak sihat.  Kaya itu rezeki, sihat pun itu rezeki.  Rezeki yang baik adalah rezeki yang berkat.  Bila rezeki berkat, hidup pun InsyaAllah menjadi lebih baik, lebih bahagia dan lebih sihat.

Tapi kalau kaya duit, tapi asyik sakit, lemah tubuh badan, berjalan pun macam tak larat, dan asyik tak bermaya, macam mana ‘tu?  Usahawan yang sihat dan kaya berjaya adalah usahawan yang mampu menjadi contoh dan inspirasi kepada orang di sekeliling.  Kalau dah tak sihat, macam mana nak jadi sumber inspirasi?

4. Minum Air Secukupnya Dan Jaga Pemakanan.

Ini nampak remeh.  Nampak biasa-biasa.  Tapi ini sebenarnya sangat penting.  Orang yang sihat dan kaya sangat mementingkan apa yang dimakan dan diminum.  Bukan setakat nak makan dan minum yang mahal-mahal sahaja, tapi yang penting perlu berkhasiat dan bersih.

Memang betul, dah ada banyak duit, boleh makan apa sahaja tak kira harganya berapa, tapi tak semestinya makanan yang mahal akan jadikan anda sihat.

Laburkan sedikit duit untuk dapatkan air yang bersih, dan makanan yang berkhasiat.  Minum 8 gelas sehari, makan secara tidak berlebihan InsyaAllah akan buatkan anda mudah berfikir, tidak lesu dan tidak asyik mengantuk.

5. Mengambil Vitamin Tambahan.

Vitamin yang kita dapat melalui bahan makanan adalah tidak cukup untuk membekalkan khasiat yang tubuh badan kita perlukan. Jadi, tak salah untuk anda berbelanja sedikit bagi memastikan anda dapat bekalan vitamin tambahan untuk tubuh badan.

Selain dari itu, mendapatkan rawatan tambahan, medical-check up yang mengikut jadual juga bagus bagi memastikan anda cukup sihat.

6. Bersih Persekitaran, Fikiran Dan Tubuh Badan.

Jangan fikir bila dah kaya anda boleh buat ikut suka hati anda sahaja.  Kotor bukan satu pilihan untuk anda menjadi usahawan kaya dan sihat.  Tak bagus jika anda berjaya menjadi usahawan tetapi dilihat sebagai seorang yang pengotor, bercakap kotor, berfikir kotor, berperangai kotor.

Kotor perangai seperti, ambil rasuah, menipu, melakukan perkara tak baik dan tak halal juga tak bagus untuk anda usahawan, walaupun anda dah kaya, jika anda kotor perangai lama-kelamaan ianya akan rosakkan reputasi anda juga.

7. Kawal Stress.

Usahawan yang kaya dan sihat adalah seorang yang bijak mengawal stress.  Stress ada di mana-mana.  Usahawan yang bijak, mampu jadikan stress sebagai sesuatu yang positif, yang menjadi bahan bakar untuk mereka bergerak lebih laju lagi.

Ada banyak cara untuk mengawal tekanan.  Bersukan, membaca, berkumpul bersama keluarga, sedikit hiburan, bercuti semua boleh membantu mengurangkan stress.  Anda juga boleh berzikir, mendampingi ahli agama, membaca Al-Quran untuk menghilangkan stress.

Stress yang tak diurus dengan baik, bakal membawa mudarat untuk jangka panjang.  Tak guna kaya jika hidup sentiasa dalam stress yang melampau.

#TeamRichworks #ResultMatters

Lagi mengenai artikel: media, Tip Motivasi dan Inspirasi, Tip Pemasaran Bisnes, Tip Perniagaan
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start