Akibat Tak Tahu Marketing, Wanita Ini Pernah Dapat Sales Seringgit Je Sehari!

oleh Team Richworks pada 06 April 2018

Bau burger special dengan keju yang cair selalunya memang menarik perhatian. Tempat paling mudah untuk orang ramai tuju bila kelaparan dan dengan belanja yang murah ialah kedai-kedai burger yang mudah di dapati di mana-mana.

Bisnes burger yang ada di banyak tempat dikatakan selalu ada permintaan. Semua orang makan burger. Mudah dibuat, kosnya rendah. Apatah lagi kalau dapat tender untuk bisnes burger di sekolah. Mesti jalan! Itulah apa yang difikirkan oleh Puan Intan Diana yang berniaga burger di Port Dickson bersama suaminya.

Itu tanggapan beliau dulu. Bisnes burger pasti mudah laku! Sehinggalah tender bisnes burger suaminya tamat dan tak disambungkan. Beliau cuba untuk buat bisnes, malangnya bukan setiap hari ada jualan.

Pernah satu hari, salesnya hanya RM1 je, itu pun kerana ada pelanggan nak beli sekeping daging burger mentah! Bayangkan, bila anda berniaga, buka kedai berjam-jam lamanya dan sales sehari singgit je!

Beliau yang dulunya seorang pekerja swasta memang tak ada ilmu bisnes. Selepas industri yag beliau ceburi mengalami kejatuhan, dan pekerjaannya tergugat beliau kemudian mahu membantu suaminya memulakan bisnes.

Tapi langsung tak tahu macam mana. !

Alhamdulillah ditemukan dengan Program IMKK Mac 2017. Dari situ beliau dapat kekuatan untuk buka restoran pada bulan Jun 2017. Dengan ilmu IMKK beliau dah buka Mients Burger di Port Dickson dan boleh buat jualan mencecah RM1,500 sehari.

Tapi beliau tak rasa itu memadai, memandangkan kini beliau tidak lagi bekerja, banyak perbelanjaan yang perlu ditanggung dan impian yang perlu dicapai,  beliau nekad untuk sertai IMKK Oktober 2017 dan MMM Disember 2017.

Terkejut juga kami bila Puan Intan kongsikan peningkatan bisnes beliau minggu lepas, dalam sesi coaching untuk peserta pakej Super Supreme di mana selepas MMM Disember, sales beliau boleh mencecah RM4500 sehari. Dulu hanya ada 5 kakitangan kini dah ada 16 orang kakitangan.

Puan Intan Diana kini gigih praktikkan ilmu zero kos marketing yang beliau perolehi dari sesi MMM Disember 2017 dan sesi coaching bersama Dr Azizan Osman.  Sesi coaching bersama Dr Azizan Osman hanyalah khas untuk peserta yang mengambil pakej Super Supreme di mana peserta berpeluang untuk bertanya soalan dan kongsikan peningkatan dengan peserta dan Dr Azizan Osman sendiri.

Kata beliau, memetik kata-kata Dr Azizan Osman, marketing ialah tentang buat orang nampak bisnes yang dijalankan.  Kini beliau dah tahu kenapa pentingnya marketing. Special macam mana pun burger kau, kalau tak ada orang tahu, tetap takkan ada orang nak beli!

 

Team Richworks

Lagi mengenai artikel: Blog
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start