‘Tax Holiday’ – Apa yang Usahawan Perlu Tahu.

oleh Team Richworks pada 27 June 2018

‘Tax Holiday’ atau Cuti Cukai adalah satu tempoh di mana cukai GST ditetapkan pada kadar sifar, berbanding 6% sebelum ini. Mengapa ini berlaku? Ini adalah demi untuk Kerajaan Baru menunaikan Manifesto Pilihanraya ke arah pemansuhan cukai GST.

Di dunia ini, menariknya, hanya Malaysia yang pernah melaksanakan polisi seperti ini. Namun di dalam rasa gembira yang ramai usahawan rasakan apabila tempoh Tax Holiday ini berlaku, ada beberapa perkara penting yang perlu diambil perhatian. Sebab jika tidak sedar tentang maklumat ini semua, usahawan boleh terjerat di sebalik kegembiraan yang sedang dinikmati sepanjang tempoh Tax Holiday ini.

1) Akta GST masih belum dimansuhkan sepenuhnya. Penguatkuasaan pun masih berjalan. Sebagai usahawan anda masih perlu hantarkan borang GST-03 bila tiba masa yang sepatutnya. [setiap 1 bulan atau 3 bulan]. Dan Tax Invoice pun masih perlu dikeluarkan kepada pelanggan dengan kadar GST 0%.

2) Akta GST belum dimansuhkan kerana ada proses yang Kerajaan perlu lalui untuk memansuhkan GST dan mengaktifkan SST. Buat masa ini akta ini belum dibahaskan untuk dimansuhkan di peringkat Parlimen jadi disebabkan itu Akta GST masih berkuatkuasa.

3) Kerajaan menjangkakan ‘Tax Holiday’ akan berlangsung selama 3 bulan. Tapi, tempoh sebenarnya sukar untuk kita jangkakan kerana ada banyak proses yang pihak kerajaan perlu lalui untuk memansuhkannya. Ianya perlu melalui proses kelulusan di peringkat Dewan Rakyat, Dewan Negara sebelum dimeterai sepenuhnya oleh Yang Di Pertuan Agong.

4) Sebelum proses pemansuhan GST, mereka yang berdaftar dengan GST perlu melalui proses pembatalan pendaftaran GST. Ini kelak akan dimaklumkan oleh pihak Kastam, tapi kami maklumkan terlebih dahulu kepada anda untuk anda bersedia dengan proses ini. Jadi sebelum nombor pendaftaran GST anda dibatalkan, harus siap siaga . Pastikan semua rekod anda sepanjang GST dijalankan tersusun rapi, sebab jika ada kekurangan dan ditemui oleh pihak Kastam, anda perlu sedia untuk membayar denda atau bayar semula cukai GST yang terkurang bayar ke pihak Kastam. Jadi hati-hati ya!

5) Jangan pula keliru ya. Tax Holiday hanya melibatkan cukai GST sahaja. Cukai-cukai lain terutama Cukai Pendapatan LHDN tiada tempoh cuti ya! Jangan pula salah faham dan tidak bayar Cukai Pendapatan anda pula. Gagal bayar Cukai Pendapatan- dendanya boleh jadi lebih berat.

6) Jadi, sementara tempoh Tax Holiday ini sedang berlangsung, pada masa inilah waktu yang terbaik untuk anda jaga betul-betul Cashflow bisnes anda. Jana sebanyak mungkin ‘Sales’ sebab waktu ini kuasa membeli pengguna lebih besar disebabkan tiada lagi caj GST dan dalam masa sama anda juga patut boleh berunding harga dengan pembekal untuk kurangkan kos belian anda. Ingat, yang paling penting di dalam bisnes adalah sentiasa jaga tahap Cashflow anda.

Itu yang jadi penentu kelangsungan anda di dalam menjalankan perniagaan!

===================================================================================

Nota Cukai tambahan:

1) Untuk Cukai Pendapatan LHDN, tarikh untuk anda hantarkan borang B [Individu yang menjalankan perniagaan – Enterprise: Sole Propriertorship atau Partnership] adalah pada 30 Jun 2018. Namun jika anda menghantar Borang B tersebut menggunakan sistem e-filing LHDN, tarikh akhir menghantar borang dan membuat bayaran cukai tertunggak adalah pada 15 Julai 2018.

2) Jadi jika anda menjalankan perniagaan Enterprise, pastikan anda tidak terlepas tarikh akhir ini. Jika anda masih kurang arif dan perlukan bantuan, segera lantik Akauntan atau Agen Cukai berdaftar untuk bantu anda hantar dan bayar cukai ini sebelum tiba tarikh penutupnya.

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Pemasaran Bisnes, Tip Perniagaan
 

Ruangan Komen

Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start