Teknik Ringkas Copywriting Untuk Usahawan Baru

oleh Team Richworks pada 07 November 2017

 

Sebut saja copywriting mesti berdebar kan. Apa benda tu? Macam mana tu? Apa nak tulis ni? Bukan bisnes ni jual-jual saja? Kenapa kena belajar tulis-tulis?

Relaks. Copywriting tu nama gah. Nama biasa-biasa dia posting yang anda selalu buat di FB. Tapi dalam bentuk yang lebih ‘kena’ isinya dengan targetnya.

Nak tips ringkas penulisan copywriting? Kalau tak nak pun, kena baca juga 9 tips ni. Penting!

1) Tulis panjang lebar – Orang kata tak efektif sebab malas orang nak baca. Tapi kalau kena isinya, menarik dan buat orang jadi tertunggu-tunggu setiap hari. Dan pastikan isinya ada.

2) Storytelling – Cara ini sesuai untuk ikat emosi dan situasi target. Selalu boom!

3) Point-form – Yang ini ringkas, padat dan cepat serta tepat. Selalunya bila banyak isi boleh buat format ni.

4) Gesaan – Teknik ni bila anda kata, “Tempoh Terhad” dan yang seangkatan dengannya untuk dapatkan maklumbalas dan tindakan pantas dari target anda.

5) Gaya bahasa first-person – Yang ni pula bila anda guna sudut pandang anda. Aku, saya, diguna bila menulis. Cara ni sesuai sebab anda dapat berinteraksi dengan target.

6) Fakta – Tak ramai yang mampu buat fakta di presentasi dalam gaya santai. Kalau boleh, terbaik sebab ia lebih mudah diterima dan dipercayai.

7) Pengurangan risiko – Pastikan target anda bila baca copywriting anda tu, hanya nampak kebaikan dan kurang risiko. Highlight the best features!

8) Gambar – Bila posting pendek, gambar yang sesuai membantu mesej anda sampai.

9) Testimoni – Paling penting sebab orang yang nak beli mesti nak tahu results!

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Pemasaran Bisnes
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start