Teknik Zero Kos Marketing – Menulis Cerita. Jangan Sampai Pesaing Anda Guna Teknik Ni Dulu.

oleh Team Richworks pada 12 April 2018

Tahniah kerana anda berminat untuk dapatkan buku terbaru Dr Azizan Osman – Zero Kos Marketing. Anda mungkin dah ada bisnes sekarang, atau anda baru nak memulakan bisnes.  Dan, anda risau serta bimbang tentang teknik marketing apa yang anda harus buat atau yang lebih baik yang anda boleh lakukan supaya anda boleh dapat lihat hasilnya melalui peningkatan jumlah jualan.

Anda pernah menulis?  Adakah anda tahu melalui penulisan ‘My Story’ anda boleh tarik followers? Tapi masalahnya, ramai orang alergik dengan menulis.  Takut. Tak pandai. Tak reti.

“ Ada ke orang nak baca?”

“Saya tak ada cerita menarik.”

Kalau lah anda tahu kuasa ZERO KOS MARKETING, seperti betapa powernya teknik menulis kisah sendiri, dan menulis secara konsisten di Media Sosial dan Facebook, anda pasti rasa menyesal sebab tak tahu dan tak buat teknik percuma ini dari dulu lagi.

Ini baru satu teknik, agak-agak anda apa akan jadi jika anda tahu lebih banyak teknik Zero Kos Marketing?  Zero Kos Marketing ialah teknik pemasaran tanpa anda perlu mengeluarkan kos, kalau ada pun sangat lah kecil, dan yang paling best jika anda lakukannya secara konsisten, ianya akan beri result yang hebat kepada jumlah peningkatan sales anda.

Kami tak cakap kosong. Ini dah terbukti oleh ramai #AnakDidikDrAzizan yang telah gunakan teknik ini.  Mereka pun sebenarnya tak sangka, teknik ini sangat berkesan sehinggakan akibatnya mereka mula mendapat panggilan oleh pihak media dan mendapat peluang untuk ditemubual oleh majalah terkenal dan juga pihak TV serta Radio.

Ramai orang tak percaya.  Mereka kata, jika yang berbayar pun tak boleh beri hasil peningkatan jualan, macam mana pulak marketing tanpa kos ni boleh beri hasil?

Tu lah….bila tak ada ilmu, mudah kita nak rasa was-was dan ragu-ragu.  Tapi, kalau dah buat marketing berbayar dan masih tak dapat result dan peningkatan jualan, kan tu rugi besar namanya?  Dan kenapa berani sangat nak perjudikan nasib bisnes yang tak buat sales tu dengan keluarkan lebih banyak kos marketing?

Musim Ramadhan dan raya dah dekat. Ramai peniaga rancang nak buat marketing dengan kos yang tinggi sebab mereka tak tahu kuasa Zero Kos Marketing.

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Pemasaran Bisnes, Video
 

Ruangan Komen

Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start