Terima Kasih Kerana Menjadi Sebahagian Daripada 1 Juta “Keluarga” Kami.

oleh Team Richworks pada 02 October 2018

Semalam, Facebook Azizan Osman mencapai jumlah 1 Juta Followers.

Mungkin ini tak bermakna apa-apa kepada sebahagian orang, mungkin bagi sebahagian lagi mencapai 1 juta Followers adalah perkara biasa, tapi bagi kami ianya adalah sesuatu yang besar dan bermakna.  Kerana anda, kami terus aktif di Facebook Azizan Osman. Anda kekuatan kami untuk terus berkongsi ilmu dan manfaat di FB Page Azizan Osman Official ini!

Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada 1 juta “keluarga” kami.

Sepanjang 10 tahun Richworks ditubuhkan, kami dah banyak mencatatkan kisah kejayaan para peserta yang hadir ke program kami, yang komited untuk belajar dan kemudian bertindak sehingga mencapai kejayaan dan peningkatan dalam kehidupan. Bagi kami, Facebook Azizan Osman adalah  pintu utama untuk ramai dari anda mula kenal kami, mula tahu tentang program kami dan mula jadi peserta program kami.

 

Ada antara followers kami yang ceritakan tentang perubahan hidup mereka yang dulu pernah tak ada ‘seposen’ pun dalam poket, yang dulunya hidup siksa dengan hutang kredit kad sehingga terpaksa korek tabung dan bayar makan dengan duit syiling, yang dulu terpaksa menyorok dari orang kutip hutang sambil menangis ketakutan, yang terpaksa tahan sedih kerana terpaksa bagi anak kecil mereka minum susu pekat atau air sirap sebab mereka tak ada duit…

Dan sekarang dengan ilmu yang mereka dapat dari Dr Azizan Osman dan program Richworks ramai antara mereka dah ada bisnes sendiri, dah mampu bayar semua hutang, dan dah ada kehidupan dan kewangan yang lebih baik, serta beri manfaat dan kebahagiaan kepada orang yang mereka sayang…

Untuk masa akan datang,  kami sangat komited untuk melihat lebih ramai Followers Azizan Osman berjaya ubah hidup, berjaya perbaiki tahap kewangan dan lebih ramai yang kongsikan kisah kejayaan dengan kami. Untuk itu, kami bersedia untuk berikan lebih banyak content terkini kepada anda.

Kami doakan anda sentiasa dapat tingkatkan dan perbaiki hidup, kerjaya, bisnes serta tahap kewangan untuk berikan yang terbaik untuk keluarga anda di masa hadapan.

Kami percaya dengan kemampuan potensi diri anda sepertimana kami percaya dan telah bantu lebih dari 80,000 peserta yang pernah hadir ke Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) semenjak ianya diadakan dari tahun 2010.

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Motivasi dan Inspirasi, Tip Pemasaran Bisnes
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start