Polisi Bayaran Balik

.

AM

Sebarang bayaran deposit yang telah dibuat TIDAK akan dipulangkan.

Sekiranya anda tidak dapat menghadirkan diri atas sebarang sebab,anda boleh menggantikan penyertaan anda dengan orang lain. Sila hubungi Bahagian Perkhidmatan Pelanggan, Richworks International Sdn Bhd (‘Richworks’) selewat-lewatnya empat belas (14) hari bekerja sebelum tarikh program bagi tujuan pemindahan pendaftaran dan bayaran pengurusan sebanyak RM350/­- setiap transaksi akan dikenakan.Tertakluk kepada Terma dan syarat.

Jika anda tidak dapat menghadirkan diri dan tidak mahu menggantikan dengan sesiapa, bayaran anda tidak akan dikembalikan tetapi pembayaran anda boleh dipindahkan ke mana-mana program Richworks dalam tempoh satu (1) tahun daripada tarikh pendaftaran program.

Pada Hari Program

Sekiranya anda telah hadir pada hari pertama program dan selesai mendaftar TETAPI tidak berpuas hati atas sebarang sebab, anda boleh membuat permohonan pengembalian yuran pendaftaran program dengan mengikuti langkah-langkah berikut:-

  • Sila ke kaunter Bahagian Perkhidmatan Pelanggan yang telah disediakan di lokasi program.
  • Permohonan HANYA SAH diterima dalam tempoh empat (4) jam pertama selepas program berlangsung pada hari pertama dan dilakukan dalam kawasan program.
  • Anda dikehendaki menyertakan bukti pembayaran yuran program yang lengkap berserta maklumat bank akaun anda.
  • Anda dikehendaki memulangkan semua bahan program (‘course material’) yang diberikan oleh pihak penganjur ketika pendaftaran semasa permohonan dibuat.
  • Selepas langkah-langkah yang dinyatakan diatas dipatuhi, yuran pendaftaran akan dikembalikan/dikreditkan dalam akaun anda selepas tiga puluh (30) hari bekerja daripada tarikh tamat program.
  • Pendaftaran percuma tidak layak untuk membuat/menerima bayaran balik.

 

Selepas Hari Program

Sekiranya anda TIDAK dapat menghadirkan diri ke program yang telah didaftarkan, anda boleh:-

Menukarkan pendaftaran anda kepada kredit untuk menghadiri dalam mana-mana program Richworks dalam tempoh satu (1) tahun daripada tarikh pendaftaran program. Bayaran anda tidak akan dikembalikan.

ATAU

Menghantar permohonan pengembalian yuran program anda ke emel inquiries@richworks.com.my dengan menyertakan maklumat diri anda, sebab dan bukti pembayaran program yang lengkap. Permohonan HANYA SAH untuk pembayaran yuran program yang telah dibayar penuh sebelum tarikh program. Pengembalian wang bagi bayaran deposit tidak akan dilayan. Selepas diluluskan, wang anda akan dipulangkan/dikreditkan dalam akaun anda selepas tiga puluh (30) hari bekerja daripada tarikh permohonan dibuat.

Hak Cipta Terpelihara 2016 © Richworks International Sdn. Bhd.