Me Time – Kenapa Penting Untuk Usahawan?

oleh Team Richworks pada 10 October 2017

Tanda-tanda seseorang itu tak mampu untuk kawal kehidupannya adalah apabila dia sentiasa merasakan yang dia tidak mempunyai masa yang cukup setiap hari. Keadaan ini jika berpanjangan boleh membuatkan anda mengalami kemurungan dan seterusnya mula mengabaikan masa untuk diri sendiri iaitu ‘me time’. Sedangkan ‘me time’ amat-amat penting untuk membolehkan anda ‘de stress’, menstabilkan mental, meningkatkan tenaga (energy level), meningkatkan semangat, dan menjadikan anda lebih produktif. Tetapi ‘me time’ sahaja tidak cukup kalau anda tidak memberikan 100 peratus komitmen. Jadi bagaimana nak mula dan pastikan anda berjaya kawal masa dan dapat ‘me time’ anda? Saya kongsikan sedikit idea.

Satu hari-satu ‘me-time’
Pakar kesihatan menyarankan anda mengadakan satu masa khusus untuk diri anda setiap hari. Tempoh masa itu tak perlu terlalu lama, mungkin satu jam sehari. Tetapi kalau anda seorang yang amat sibuk, 15 minit sehari pun sudah cukup berkesan untuk anda, insyaAllah. Contoh waktu yang baik untuk ‘me time’ adalah selepas solat, ketika mandi, waktu awal pagi, sebelum tidur atau ketika di luar pejabat.

Mencari formula masa dan aktiviti yang sesuai
Bila anda dah dapat waktu me time anda, fokus kepada aktiviti yang anda rasakan dapat meningkatkan kestabilan emosi, mental dan memberikan semangat untuk anda, bukan orang lain. Mulakan dengan perkara mudah sebagai experimen. Contohnya bernafas secara tenang sambil mata terpejam, menulis apa yang anda cita-citakan atau angankan di jurnal, melawat ke tempat baru yang anda belum pernah pergi, atau hadiahkan diri anda dengan makanan kegemaran yang boleh di makan setiap hari seperti ais cream dan minuman cokelat. Anda akan menemui, kombinasi masa dan aktiviti yang terbaik untuk anda bila formula ini membuat anda berasa amat tenang. Anda juga akan menjadi lebih positif dan optimisptik bila berhadapan dengan isu-isu dan cabaran. Jika berjaya, bukan sahaja anda, bahkan orang sekeliling khususnya orang yang tersayang juga akan dapat merasai energi positif dari diri anda.

Dunia belum berakhir
Tolong berikan sepenuh jiwa dan raga anda dalam sesi ‘me time’. Pastikan anda jauh dari perkara yang boleh mengganggu kosentrasi. Musuh utama ‘me time’ adalah telefon bimbit. Jadi letakkan ia sejauh yang mungkin. Bagi tahu pada diri anda bahawa ini adalah masa ‘me time’ anda! Harus diingatkan juga di sini, aktiviti rutin harian seperti membeli barang dapur, bayar bil, atau mengemas rumah bukan lah ‘me time’. Latih dan ingatkan diri anda bahawa dunia ni tak akan berakhir kalau anda ketepikan perkara lain dan berikan sedikit masa demi kebaikan diri anda sendiri.

Latih setiap hari supaya terbiasa
Perkara baru memang susah nak buat, sebab minda dan fizikal anda belum biasa. Tambahan lagi, pasti anda risau dan teringatkan senarai tugas berjela yang terpaksa di tinggalkan sebentar tu. Gunakan alarm telefon, dan kawal diri anda untuk komited untuk aktiviti’me time’. Sebaik sahaja tiba masanya, apa anda perlu buat adalah pejamkan mata, gunakan teknik pernafasan (seperti yang anda pelajari di IMKK) dan kosongkan minda. Berdiri untuk melakukan regangan agar tubuh badan anda merasa lega kemudian duduk dalam keadaan selesa dan biarkan badan serta minda anda releks. Sebaik sahaja tubuh dan minda mulai tenang, anda dah boleh mula melakukan aktiviti ‘me time’ anda.

Semoga tips ini bermanfaat untuk anda semua. Sentiasa ingat pesanan mentor saya iaitu Dr Azizan Osman, “perkara yang orang lain tak dapat buat untuk diri kita adalah berfikir”, untuk itu ‘me time’ adalah senjata yang baik untuk kita mengasah dan menjaga kesihatan mental dan ketenangan kita. Saranan saya anda perlu mula mengatur ‘me time’ sekarang dan rasakan sendiri perubahannya. All the best, saya doakan anda yang membaca artikel ini, kaya dan berjaya.

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Motivasi dan Inspirasi, Tip Pemasaran Bisnes
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start