#Tips4marketing: Kongsikan Apa Yang Anda Tahu Kepada Orang Lain

oleh Team Richworks pada 06 January 2017

kongsikanv2

“The Power of Sharing”

Ilmu anda tentang perniagaan anda, kebaikan produk anda dan bagaimana produk anda boleh menyelesaikan masalah orang lain, kadang-kadang adalah maklumat yang sangat bernilai kepada orang lain. Ianya bukanlah maklumat rahsia perniagaan anda, tetapi maklumat umum atau informasi yang mungkin berguna kepada orang lain.

Berikannya secara percuma. Tuliskan artikel di blog, laman web atau laman sosial anda seperti Facebook dan kongsikan kepada orang lain tentang apa yang anda tahu tentang bidang yang anda lakukan. Ingat, perkongsian anda bukan sahaja dalam bentuk penulisan, anda juga boleh buat dalam bentuk talk atau seminar.

Kami akan kongsikan dengan anda manfaat bila anda berkongsi dengan orang lain.

1. Menambah apa yang anda tahu

Cuba anda bayangkan, dengan perkongsian ini, bukan pembaca sahaja yang beroleh manfaat, tapi anda juga. Bila anda curahkan semua ilmu anda, anda dapat recap balik apa teknik yang anda telah guna untuk mancapai kejayaan. Bila pembaca boleh gunakan ilmu tersebut dalam bisnes mereka, alangkah bertuahnya anda.

Bila anda buat talk, masalah peniaga lain boleh dijadikan sebagai idea anda untuk menulis. Selain dari itu, bila anda buat perkongsian tentang kebaikan produk atau perniagaan anda akan menyebabkan anda sentiasa update ilmu-ilmu yang anda ada.

2. Mengembangkan pengetahuan

Anda tahu, bila anda banyak menulis untuk media sosial, secara langsung telah mengembangkan idea anda untuk topik yang lain. Ini kerana, selain anda gunakan ilmu anda, anda juga guna rujukan dari peniaga lain yang dah berjaya.

Bila anda nak guna rujukan, anda mesti buat research terlebih dahulu. Yang pasti, anda bukan guna hanya satu sumber, tapi banyak, betul? Bila dah dicampur-campur, berapa banyak ilmu yang anda dapat?

3. Membentuk reputasi anda

Jika anda mahu dilihat sebagai orang yang berjaya dalam bidang anda, anda perlu berdiri dan lantang bersuara mengenai apa yang anda tawarkan. Dengan beritahu mereka yang anda seorang pakar dalam bidang atau perniagaan anda, anda telah bina kejayaan dan reputasi pada hari ini. Tapi sebelum anda declare anda pakar, anda perlu pastikan anda tahu banyak perkara dalam bidang anda.

4. Soal jawab face to face

Jika perkongsian anda dalam bentuk talk atau seminar, anda boleh bersoal jawab face to face. Jika melalui penulisan, feedback yang akan anda perolehi dalam bentuk komen atau PM di media sosial, tapi dengan live conversation, anda akan dapat terus soalan-soalan dari mereka.

Lagi mudah dan senang kan? Mereka juga akan mudah faham dengan penerangan yang anda beri. Jika mereka masih tak faham, mereka boleh bertanya terus tanpa menunggu hari lain.

5. Meningkatkan nilai professional

Apabila kepakaran anda telah membantu perubahan hidup orang lain, anda adalah penyumbang kepada kejayaan tersebut. Contoh, hasil dari perkongsian ilmu tentang kebaikan bahan-bahan dalam produk anda, dapat meningkatka tahap kesihatan orang lain, apa perasaan anda, bila anda lihat mereka berjaya dengan bantuan anda?

Anda tahu, kejayaan ini tidak dapat anda beli dengan wang ringgit. Apa yang mereka bayar anda ialah, harga kepada tenaga yang telah anda gunakan. Oleh itu, kongsilah kepakaran dan idea anda dengan orang disekeliling yang memerlukan.

Anda rasa, ilmu anda sudah cukup untuk dikongsi dengan orang-orang disekeliling anda? Belum cukup?

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Motivasi dan Inspirasi, Tip Pemasaran Bisnes
 

Responses

  1. Afif 12 January 2017, 10:25 am (#)

    Artikel yang sangat bagus! 🙂

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start