#Tips4marketing: Surat Menyurat Khas Untuk Setiap Pelanggan

oleh Azizan Osman pada 06 Januari 2017

suratv2

Cuba anda fikir, pernah tak anda dapat surat khas dari seseorang peniaga yang mempromosikan produk mereka?

Kenapa ye mereka perlu guna surat menyurat untuk promosikan bisnes ni?

Bila anda terlalu kerap hantar surat kepada mereka, pasti akan ada pros dan kontranya, betul? Sekiranya content anda hampir sama je untuk setiap surat, mereka pasti dah dapat agak apa yang anda mahu beritahu mereka pada surat akan datang.

Jadi ada kemungkinan besar surat anda kepada mereka tak akan baca. Macam mana ye nak bagi mereka baca surat anda dan simpan surat tersebut?

1. Lebih dekat

Bila anda hantar surat kepada pelanggan, mereka akan rasa lebih dekat dengan anda. Tak semua pelanggan mempunyai talian internet, tambahan di kawasan luar bandar. Jadi, bila tiada talian internet, mereka tiada media sosial dan alamat emel.

Kadang-kadang, mereka hanya bergantung pada televisyen dan radio untuk memperoleh maklumat semasa. Jadi, anda boleh sampaikan pesanan anda melalui surat. Mereka akan baca surat anda untuk ketahui apa kandungan surat tersebut.

2. Buat kelainan

Anda mesti pernah dapat bil yang diselitkan bersama katalog atau newsletter? Atau sebarang risalah yang terselit di dalam surat khabar yang anda beli? Apa kata anda guna cara yang sama dalam bisnes anda. Berikan kepada mereka sesuatu yang mereka boleh simpan atau manfaatkan. Contohnya, jika anda berniaga produk kesihatan, anda boleh kongsikan dengan mereka tips penjagaan kesihatan, cara diet yang sihat dan tips pemakanan yang betul.

Jika anda berniaga kelengkapan solat atau ibadah, anda boleh berikan buku panduan agama atau cara-cara nak dapatkan hati yang lebih tenang, faham?

3. Maklumat yang berinformasi

Jika anda tak mahu surat anda ke tong sampah atau anda nak jimatkan kos, anda boleh je masukkan maklumat yang sarat dengan informasi yang anda rasa penting dan pelanggan ingin tahu, betul? Cuba anda letakkan diri anda di tempat pelanggan, apa maklumat atau ilmu yang anda ingin tahu. Dengan cara ini, lebih mudah untuk anda cari maklumat dan sampaikan kepada mereka, betul?

4. Menjimatkan kos

Selain itu, jika anda nak jimatkan kos pengeluaran, anda boleh je buat satu template atau guna satu muka surat A4 untuk sampaikan informasi tersebut. A4 tersebut anda boleh lipat dan jadikan seperti template untuk dimasukkan dalam sampul surat. Anda hanya perlu mengarang satu page dan print banyak-banyak. Pasti anda sudah ada database pelanggan, jadi anda hanya perlu copy alamat mereka dan masukkan dalam surat tersebut. Boleh?

5. Jangan ada pengulangan

Jangan lupa untuk tidak berikan maklumat yang sama kepada pelanggan anda. Mereka akan bosan nanti. Cuba pelbagaikan idea anda dengan variasikan teknik dan cara untuk pengaruhi pelanggan untuk terus setia dengan produk anda. Anda bukan setakat berikan surat, tapi sampaikan ilmu dan maklumat yang berguna. Mungkin mereka tidak berminat untuk kali pertama, jika anda terus berikan mereka kejutan dan kelainan, pasti mereka akan berminat untuk menggunakan produk anda.

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Motivasi dan Inspirasi, Tip Pemasaran Bisnes
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2016 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start