Trend Penjenamaan Dan Pemasaran Untuk Resolusi 2019

oleh Team Richworks pada 01 January 2019

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua,

Selamat Tahun Baru 2019!

Persoalan yang ada pada pemikiran setiap usahawan dan pemilik perniagaan adalah:

Bagaimana saya boleh membezakan diri saya dari pesaing dalam ruang yang jenuh dengan kandungan, yang kita panggil Internet? Tahun 2019 – jika anda berjaya membezakan diri anda dengan mewujudkan kredibiliti anda sebagai jenama yang menghasilkan kandungan yang bersifat ‘relatable’ (berkaitan) dan menarik, anda pasti akan berjaya mendahului pesaing anda.

Terdapat hanya segelintir orang sahaja selain daripada saya yang tahu trend dan kepentingan media sosial dan strategi zero kos marketing untuk bina dan kembangkan bisnes hari ini. Selama 10 tahun saya membina profil saya sendiri dan RichWorks menggunakan media sosial, saya telah cuba pelbagai kaedah dan teknik untuk sentiasa engage dengan followers kami.

Ini sebahagian daripada pencapaian media sosial terkini saya:

  • 1,019,096 followers di Facebook Azizan Osman
  • 113,206 ahli di Facebook Group Nak Ubah Hidup
  • 284,291 followers di Instagram

Dan lebih 40,000,000 views untuk video dan FB Live saya di Facebook Page Azizan Osman Official termasuk di YouTube!

Jadi adakah anda masih ragu-ragu nak gunakan media sosial untuk tingkatkan jenama dan jualan bisnes anda?

Pemasaran media sosial adalah cara terbaik bagi setiap perniagaan untuk tingkatkan kesedaran dan minat pelanggan tentang produk atau perkhidmatan anda hari ini. Jika anda masih tiada satu pun akaun media sosial, kiranya anda usahawan yang sudah jauh ketinggalan zaman dalam pemasaran digital.

Malangnya. . .

RAMAI PENIAGA DAN BANYAK BISNES GAGAL GUNAKAN PEMASARAN MEDIASOSIAL DENGAN SEBAIKNYA HARI INI

Bagi kebanyakan perniagaan, menjaga perkembangan terkini dalam media sosial memerlukan terlalu banyak masa. Sebabnya masa adalah aset yang terlalu bernilai untuk perniagaan, jadi pemasaran media sosial sering diabaikan.

Selama 10 tahun ini, saya berjaya memulakan puluhan perniagaan baru dan tingkatkan skala perniagaan saya yang sedia ada hanya kerana media sosial. Dan media sosial juga memerlukan masa untuk dibina. Ia tidak boleh dibina dalam masa sehari. Jika anda tidak bermula hari ini, jangan harapkan orang nak kenal produk atau servis anda kerana semakin hari berlalu, pemasaran digital semakin cepat berkembang dan berubah.

Salah satu sebab mengapa media sosial sangat penting hari ini adalah kerana ia sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian kita, dan ia akan terus mempengaruhi bagaimana kita berkomunikasi di masa akan datang. Tidak ada sehari pun yang berlalu di mana anda, atau orang di sekeliling anda, tidak memeriksa akaun media sosial mereka, betul? Jadi anda sebagai pemilik perniagaan perlu wujudkan jenama yang kuat menggunakan platform ini.

Setiap tahun, saya sering ditanya apakah ramalan saya untuk tahun akan datang. Dan untuk tahun 2019, saya telah kaji dan menjejaki beberapa trend semasa yang saya percaya boleh bantu anda sebagai usahawan untuk tingkatkan bisnes anda.

Jika anda masih tidak sedar lagi, saya telah lancarkan seminar pertama saya untuk tahun 2019 iaitu Zero Kos Marketing dengan memberi 10,000 tiket percuma minggu lalu semasa program Millionaire Marketing Mastery dan hanya dalam masa kurang 3 jam semua tiket telah habis.

Saya sebenarnya tidak sabar nak buktikan kepada anda bagaimana untuk gunakan strategi zero kos marketing dan langkah demi langkah yang anda boleh gunakan untuk mulakan bisnes anda yang akan memberikan anda pendapatan berulang-ulang kali, sehingga beribu-ribu atau puluh ribu ringgit setiap bulan.

Dan berikut adalah beberapa perkara yang akan saya nak sampaikan sempena Tahun Baru 2019 bagi anda untuk belajar menguasai media sosial dan tingkatkan jenama dan jualan bisnes anda.

9 Perkara Bagaimana Menguasai Media Sosial dan Tingkatkan Jenama dan Jualan Bisnes Anda

Ini antara beberapa trend yang saya jangkakan akan dapat bantu tingkatkan bisnes dan kewangan anda pada tahun 2019, tapi, ia tidak bermakna anda harus meninggalkan strategi pemasaran yang telah anda gunakan dengan berjaya. Anda tetap harus terus bangunkan apa yang anda sudah sedia ada atau gunakan selama ini dan gunakan ramalan trend ini sebagai rujukan semasa anda membentuk strategi pemasaran anda untuk 2019 dengan menyesuaikan kepada perniagaan anda.

Bisnes atau perniagaan yang mempunyai asas kukuh untuk pelanggan mencari mereka dengan hasil usaha pemasaran yang mengagumkan akan membuatkan pelanggan anda sangat berpuas hati dan terus membeli dengan anda di tahun akan datang.

Jadi pastikan anda tidak terlepas untuk bina jenama dan pemasaran anda dalam resolusi 2019 bermula hari ini!

Anda juga boleh mulakan langkah kejayaan anda dalam bisnes di tahun 2019 dengan dapatkan ilmu pemasaran tanpa kos atau dengan kos yang minima yang dapat bantu anda lonjakkan Sales sehingga minima 3 kali ganda, InsyaAllah.

Layari www.ZeroKosMarketing.com untuk dapatkan tiket Percuma anda ke Program Zero Kos Marketing. Ini Panggilan Terakhir untuk anda dapatkan 100% Tiket Percuma. Selepas ini tiada lagi tiket percuma!

Selamat Tahun Baru 2019

Dr Azizan Osman Mentor
Usahawan #1 Asia
Pengasas Richworks International

Syarikat peneraju latihan dan bimbingan usahawan sejak 2008

Lagi mengenai artikel: Blog, Umum
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2019 © RichWorks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start