Tutup Kilang Terakhir, Crocs Nak Kekalkan Jualan $1 Bilion

oleh Team Richworks pada 26 September 2018


Rasanya satu dunia kenal dengan jenama Crocs ni kan? Kalau anda tak minat pun, pergi je mana-mana mesti akan ada orang yang pakai. Tak kiralah pergi mall ke, pasar malam ke, kedai runcit ke, even pergi office pun akan ade je crocs spare dekat bawah meja. Dia punya famous tu tak payah cakaplah, dari budak-budak sampai ke orang tua semua akan pakai. Orang kata kalau satu rumah tu tak ada Crocs sepasang kat pintu rumah, macam pelik lah.

Tapi penggemar dan pengguna Crocs baru-baru ini dikejutkan dengan berita tergempar di mana pada Ogos lalu salah sebuah kilang mereka di Mexico dan kilang terakhir mereka di Itali telah ditutup. Katanya keputusan itu dibuat adalah bagi mengehadkan pengeluaran kasut jenama itu di luar negara.

Rasa pelik tak? Pergi je Uptown, Downtown dan pasar malam boleh kata akan wajib ada orang jual Crocs. Hebat sangat ‘buaya darat’ ni hinggakan ada yang sanggup tukar bidang bisnes semata-mata nak jual jenama kasut ni. Tapi tiba-tiba, kilang ditutuplah pulak.

Susulan dari penutupan kilang tersebut, syarikat Crocs telah menutup 28 daripada 558 butik kasut mereka di seluruh dunia. Mereka kata tujuan ini dilakukan adalah bagi meningkatkan semula keuntungan mereka.

Dah tentu ramai yang terkejut dengan pengumuman tersebut kan? Bukan itu saja, syarikat berkenaan juga sebenarnya turut berhasrat untuk menutup 132 daripada 539 premis berkenaan menjelang akhir tahun ini. Jadi berapa banyak je kedai yang masih lagi beroperasi? Agak-agaknya masih ada lagi ke tak jenama Crocs kat Malaysia lepas ni?

Jurucakap bagi pihak Crocs mengatakan, jangkaan perolehan bagi tahun 2018 sekitar AS$1.02 bilion (RM4.16 bilion) kurang berbanding anggaran awal AS$1.05 bilion (RM4.3 bilion) malah syarikat itu juga mengalami kemerosotan nilai saham. Dan disebabkan penurunan saham ini, mereka membuat keputusan untuk menutup kilang bagi menumpukan perhatian kepada hanya beberapa kilang sahaja yang dapat memberikan keuntungan untuk syarikat itu sendiri.

Sebelum ini pernah timbul kontroversi mengenai logo jenama Crocs, tapi disebabkan terlalu famous dan trending sangat kasut ni, kontroversi tu hilang macam tu je dan masih dapat sambutan yang hangat. Ada antara pengguna mereka sangat setia dengan janama tersebut dan sampai ada yang dah tak nak pakai sandel lain selain dari jenama Crocs je.

Disebabkan ketidakseimbangan syarikat tersebut, ia turut mendorong Ketua Pegawai Kewangan Crocs, Carrie Teffner buat keputusan untuk meletak jawatan pada April tahun hadapan (2019). Sedangkan Crocs adalah satu jenama yang sangat-sangat terkenal di seluruh dunia sehinggakan ada yang tak rasa kekok pon pakai Crocs berjalan di kota New York, tapi sekarang syarikat ini jatuh merundum. Adakah crocs akan terkubur sepi begitu sahaja? Hanya mereka sahaja yang dapat menentukannya.

Namun, syarikat itu mengharapkan pendapatan lebih $1 bilion untuk 2018. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Presiden Crocs, Andrew Rees berkata, “Kasut clog dan sandal kami terus mencatatkan penjualan memberangsangkan dan kami berada di kedudukan yang baik untuk separuh akhir tahun ini,” jelasnya.

Bila dah ekonomi dan pengaliran duit sesebuah syarikat jatuh pada masa yang sama, saham syarikat mereka juga akan turut serta jatuh. Sama seperti apa yang syarikat Crocs alami sekarang ni. Sangatlah merugikan kalau anda sebagai usahawan yang mengeluarkan produk atau jenama sendiri tidak mampu menjaga ekslusiviti produk atau jenama sendiri. Cari jalan untuk perbaiki perniagaan supaya lebih selamat selepas ini.

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Motivasi dan Inspirasi, Tip Perniagaan
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start