7 PANDUAN MENJADI PEMIMPIN HEBAT OLEH RICHARD BRANSON

oleh Azizan Osman pada 10 May 2017

7 PANDUAN MENJADI PEMIMPIN HEBAT OLEH RICHARD BRANSON - 000

Perkongsian 7 panduan ini dipetik dari buku penulisan beliau yang bertajuk “The Virgin Way: Everything I Know About Leadership.”

1. Keghairahan Bekerja (Passion).

7 PANDUAN MENJADI PEMIMPIN HEBAT OLEH RICHARD BRANSON - 001B

Richard Branson merupakan seorang yang tidak pernah mengalah dalam menukarkan idea luar biasa kepada realiti hidup walaupun beliau seringkali dikritik teruk oleh orang ramai.

Ada yang mengatakan bahawa Richard Branson tidak akan berasa kecewa umpama bermain biola seorang diri jika projek yang dijalankan itu gagal. Kekuatan minda ini dipelajari dari ayahnya yang membenarkan beliau berhenti sekolah bagi memulakan pengeluaran majalah sendiri, dengan syarat beliau perlu menjual iklan sebanyak mungkin bagi menampung kos percetakan majalah tersebut.

2. Buat Perkara Baik.

7 PANDUAN MENJADI PEMIMPIN HEBAT OLEH RICHARD BRANSON - 002B

Richard Branson amat mempercayai dengan falsafah hidup sebagai dermawan. Beliau telah menandatangani perjanjian dengan Bill Gates dan Warren Buffett untuk men derma search kekayaan belie kepada alma kebajikan.

Beliau telah menggunakan kerja-kerja kebajikan sebagai salah satu cara terbaik untuk menyatukan para pekerja. Dengan idea ini, beliau berjaya mendapat kumpulan besar peserta pekerja dari syarikat Virgin menyertai larian amal New York dan London. Dan wang yang terkumpul hasil dari larian amal ini didermakan kepada badan-badan kebajikan kegemaran mereka.

3. Percaya Kepada Perniagaan Anda.

7 PANDUAN MENJADI PEMIMPIN HEBAT OLEH RICHARD BRANSON - 003B

“Kepercayaan tinggi dalam objektif perniagaan dan diri boleh menjadi sebab utama kejayaan dan kegagalan anda. Jika anda tidak merasa bangga dengan apa yang anda lakukan sekarang, bagaimana orang lain ingin mempercayai anda?” mutiara kata dari Richard Branson.

4. Berseronok.

7 PANDUAN MENJADI PEMIMPIN HEBAT OLEH RICHARD BRANSON - 004B

Richard Branson mengatakan bahawa hati yang menyatukan semua syarikat-syarikat berbeza di bawah satu nama Virgin adalah dedikasi kerja yang menyeronokkan. “Berseronok adalah salah satu perkara yang paling penting bagi membina kejayaan. Jika anda tidak seronok dalam melakukan kerja tersebut, sudah tiba masanya anda cuba sesuatu yang baru.”

Richard Branson mencadangkan agar memecahkan tradisi hierarki korporat melalui pengurusan majlis-majlis atau acara-acara lain bagi memastikan pekerja berasa selesa dan terbuka untuk berkongsi idea.

5. Jangan Putus Asa.

7 PANDUAN MENJADI PEMIMPIN HEBAT OLEH RICHARD BRANSON - 005B

Seperti usahawan lain, Richard Branson pernah mengalami kegagalan dalam perniagaan. Antara contoh terbaik kegagalan adalah apabila beliau menubuhkan Virgin Cola bagi menandingi syarikat Coca-Cola atau penutupan Virgin Megastore. Walaupun beliau gagal, beliau tetap kekal meneruskan perjalanan perniagaan dengan lebih tekun lagi.

6. Tumpu Pada Mendengar, Kurang Pada Bercakap.

7 PANDUAN MENJADI PEMIMPIN HEBAT OLEH RICHARD BRANSON - 006B

Sejak kecil lagi Richard Branson telah membina amalan menulis perkara-perkara yang beliau anggap ianya penting di dalam buku. Dia mengatakan amalan ini telah lama diamalkan dan beliau tidak akan tertinggal buku nota jika beliau ke mana-mana.

Nota ini merupakan senjata rahsia beliau sebagai seorang ahli usahawan.

7. Seni Delegasi Kerja.

7 PANDUAN MENJADI PEMIMPIN HEBAT OLEH RICHARD BRANSON - 007B

“Seni delegasi kerja merupakan salah satu kunci kemahiran usahawan yang perlu di kuasai.” kata Richard Branson.

Pemimpin yang hebat tahu bahawa mereka tidak mempunyai kapasiti atau masa untuk belajar setiap aspek syarikat mereka. Sebab itu, pemimpin ini akan delegasi tugas kepada orang lain untuk menjaga perkara-perkara yang mereka tidak mahir atau perkara yang membazirkan masa bernilai mereka.

“Delegasi kerja juga dapat memberi ruang masa bagi anda untuk bersama keluarga, yang merupakan perkara paling penting dan utama dari semua perkara.” kata Richard Branson.

#TeamRichworks #ResultMatters

 

LEMBAGA Dah Datang!

oleh Azizan Osman pada 06 April 2017

lembaga-efp

 

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Borang EA form dah diedarkan. Tarikh tutup submission, semua dah tahu pada 30 April 2017. Ada orang sorok-sorok borang EA celah-celah kertas dalam drawer. Ada orang buat-buat tak nampak. Ada kan?

Anda usahawan jangan buat-buat tak nampak EA form tu ye. Walaupun anda pemilik perniagaan anda sendiri, anda tak boleh sesuka hati nak ambil je duit bisnes. Kena ambil gaji dan gaji yang anda ambil perlu ada potongan cukai berjadual (PCB).

Lebih-lebih lagi kalau anda ada kakitangan, anda pun perlu buat potongan cukai dari pendapatan mereka jika mereka layak kena potongan.

Apa ni! Tak faham la…

Ada tak yang rasa tak faham apa yang kami cakapkan ini? Atau ada yang tak tahu apa-apa tentang cukai pendapatan? Ada yang tahu dan buat tak tahu, rasa macam nak lari je dari Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Nak tahu tak, pemandu Uber dan Grab Car juga perlu ‘declare’ kan pendapatan mereka. Inikan pula anda yang dah berbisnes siap ada kedai, ada cawangan dan ada ejen serta stokis merata dunia. Yang berniaga online pun jangan ingat anda boleh sembunyi ye.

Jangan biarkan hidup anda dikejar Lembaga. Pastikan anda ada ilmu yang cukup tentang cukai pendapatan, cukai perniagaan, zakat, GST dan banyak lagi ilmu cukai.

Kalau anda nak berniaga dengan baik dan untuk jangka masa yang lama, terus berkembang dengan rekod perniagaan dan rekod cukai yang baik, anda perlu ada ilmu pengurusan cukai.

Tahu tak, bila anda ada rekod kewangan dan rekod percukaian yang baik, lebih senang anda nak berurusan dengan pihak bank?

Tak tahu? Tak apalah…

Tapi jika anda nak tahu, anda boleh hadir ke Entrepreneur Foundation Program yang akan dikendalikan oleh Tuan Haji Jerry Rizal Mat, Pengarah Serantau Kumpulan Richworks yang mempunyai lebih dari 20 tahun pengalaman dalam bidang perundingan kewangan.

Hubungi 016-2614226 untuk bantuan pendaftaran atau pertanyaan lanjut. Atau layari www.richworks.my/efp/.

Berbisneslah dengan sempurna dan penuh bersistem supaya bisnes anda boleh terus berkembang dan kekal lama.

 

Pengiklanan Dalam E-Majalah

oleh Azizan Osman pada 08 March 2017

e-majalan (2)

Kalau dulu, orang beli majalah sebab nak dapatkan tips kecantikan, kesihatan atau banyak tips lagi. Tapi sekarang dunia dah berbeza. Semua boleh tanya Google. Cakap je nak apa, taip lepas tu klik search. Pilih je tips mana yang berkenan di hati anda.

Majalah pun dah banyak yang dialih kepada majalah elektronik. Anda hanya perlu subscribe sahaja majalah tersebut. Dah tak perlu pergi kedai untuk dapatkannya dan tak perlu cari kat kedai lain kalau dah habis stok. Bila majalah pun anda dah boleh baca menggunakan telefon, apa lagi, jom iklankan produk atau servis anda dalam majalah elektronik tersebut.

Jika anda teringin nak iklankan produk atau servis dalam majalah elektronik, apa langkah yang anda perlu buat.

1. Jangan Jual Produk, Tapi Berkongsi Idea

Anda boleh kongsi idea anda pada pihak majalah dengan jadi penulis jemputan. Atau, anda juga boleh beli ruangan dalam majalah tersebut dan kongsi ilmu berkaitan bisnes yang anda buat. Sebagai kredit, anda boleh masukkan nama anda, jawatan dan pengasas kepada bisnes yang anda lakukan.

Sekiranya perkongsian anda itu menarik, pembaca akan ingin tahu siapa penulisnya. Jadi, pembaca akan kenal anda dengan pengenalan diri yang anda letakkan di dalam majalah tersebut.

2. Gunakan Testimoni

Bagus jika anda dapat masukkan testimoni pelanggan yang telah menggunakan produk anda dan dah alami perubahan yang positif. Kalau boleh tunjukkan beberapa gambar sebelum dan selepas penggunaan produk anda. Bukan setakat screen shot feedback mereka sahaja.

Tapi jangan gunakan sebarang kesan grafik kerana ianya hanya akan membuatkan pembaca tidak percaya. Tuliskan juga berapa lama masa yang mereka ambil untuk alami perubahan dan kepuasan yang mereka rasai dengan perubahan tersebut.

3. Buat Sampai Orang Kenal

Jangan nak harap anda boleh letupkan perniagaan anda sekelip mata. Bila menggunakan iklan di majalah elektronik, anda perlu pastikan bahawa anda mengiklankan sekerap yang mungkin. Ia tidak sama dengan majalah manual yang hanya keluar sebulan sekali. Lagi kerap anda menulis, lagi cepat orang kenal anda.

Sebab itulah, ramai peniaga yang menggunakan cara ini selalunya ambil pakej pengiklanan yang ditawarkan oleh pihak majalah, dan tidak keluar sekali sahaja. Jika artikel anda keluar sekali sahaja, anda tak akan mudah diingati oleh pembaca.

4. Pilih Majalah Yang Sesuai

Setiap majalah, target pembacanya adalah berbeza. Contohnya, majalah seperti Mingguan Wanita dan Majalah Remaja, target kedua majalah ini berbeza. Mingguan Wanita lebih fokus kepada golongan wanita yang dah berkahwin dan artikelnya lebih kepada hal rumah tangga dan kesihatan wanita manakala, majalah Remaja ditujukan khas buat para remaja yang inginkan hiburan, lifestyle, fesyen dan berita-berita berkaitan remaja.

So, pilih majalah yang sesuai dengan produk anda untuk pengiklanan yang lebih berkesan.

5. Tulis Pelbagaikan Topik

Jangan tumpukan pada satu topik sahaja. Sama seperti anda menulis di media sosial yang lain, menulis untuk majalah juga perlukan kepelbagaian topik. Contohnya, kalau anda dalam bidang consultant kewangan, anda boleh share topik kewangan, apa yang anda boleh lakukan dengan kewangan tersebut, macam mana nak tambah kewangan dan sebagainya.

Sebelum anda menulis, kaji dahulu topik sesuai dan yang orang suka baca supaya ia tidak sama dengan penulisan lain. Tujuan untuk kita menulis topik yang pelbagai ialah untuk tarik lebih ramai orang untuk baca dan kenal produk anda selain berkongsi ilmu yang anda tahu. Walau bagaimanapun, topik mestilah berkaitan dengan apa yang anda jual.

 

Apa Tindakan Anda Selepas IMKK?

oleh Azizan Osman pada 03 March 2017

apa-tndakan-lepas-imkk

 

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Dah seminggu IMKK Februari 2017 berlalu. Tahniah kepada anda yang menjadi sebahagian dari 4000 orang yang hadir ke Menara PGRM Cheras, Kuala Lumpur.

Punyalah besar impak yang andadapat di Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) sehinggakan ada yang buat video sehingga viral. Anda tahukan video Nazar Yamat tu kan?

Itu antara tindakan yang diambil oleh mereka yang hadir ke IMKK Februari. Tapi soalan kami, apa tindakan yang anda ambil? Adakah anda masih kekal positif atau biawak dah mula datang kembali. Atau energy anda dah kembali pudar?

mmm-aprilcn2

Kami harap-harap kan anda masih bertenaga dan masih komited memburu 101 impian anda. 3 Minggu lagi dari sekarang, anda bakal bertemu dengan Dr Azizan Osman dalam Program Millionaire Marketing Mastery (MMM).

 

Pesan Dr Azizan, pastikan anda semua komited untuk hadir kerana program MMM ini telah membantu melonjakkan bisnes terlalu ramai usahawan dan bakal usahawan dalam masa yang singkat. Kami pasti, anda tak mahu lagi berniaga kecil-kecilan dan setakat cukup makan. Dan, bagi yang belum berniaga kami yakin anda tak sabar-sabar nak mulakan perniagaan.

Jangan buang masa dengan strategi yang tidak mendatangkan hasil.

Hubungi Richworks di 016-2614439 / 016-2103090 atau Hubungi 1-300-88-2424 pada waktu pejabat. Anda juga boleh layari www.marketingmastery.com.my

 

Community Involvement/Volunteer

oleh Azizan Osman pada 26 February 2017

volunteer

“Small acts, when multiplied by millions of people, can transform the world”

Bisnes anda, tak kiralah kecil atau besar, mesti ada marketing plan. Tambahan pula kalau anda baru mula nak bertapak dalam bidang perniagaan. Anda kena promote bisnes anda habis-habisan. Biar orang kenal dan bila dah kenal, mereka kena cintakan bisnes anda.

Bila anda terlibat dengan aktiviti komuniti setempat, lebih-lebih lagi di kawasan kediaman anda, ia akan beri kesan kepada bisnes anda. Bukan tu saja, anda boleh target jiran-jiran dan masyarakat setempat sebagai target pelanggan anda. Berikan ‘best impression’ produk anda kepada mereka.

Nak tahu yang bestnya bila anda bercampur dengan masyararat ni.

1. Mengurangkan kos marketing

Apabila anda berniaga dengan tujuan nak penuhi keperluan masyarakat, anda tak perlu belanjakan kos yang besar untuk tarik pelanggan baru. Sebab anda dah saling kenal dengan mereka, agak mudah untuk anda approach dan tahu kemahuan mereka.

Anda hanya perlukan marketing mulut ke mulut iaitu sebarkan benefits produk anda secara face to face, sambil-sambil anda berborak tanya khabar. Kalau nak lebih nampak kesan, anda boleh bertukar-tukar nombor telefon, alamat media sosial dan anda juga boleh berikan flyers kepada mereka sebagai rujukan.

2. Pupuk kerjasama

Apabila anda mula involve dengan community, ia akan membina hubungan yang baru dan pupuk sifat kerjasama dan kesetiaan. Adat bermasyarakat, mereka akan sentiasa tolong menolong antara satu sama lain. Buat satu aktiviti yang mana anda boleh berkumpul dan lebih kenal dengan semua orang. Dengan aktiviti ini, anda akan rasa satu ikatkan persaudaraan seperti hubungan kekeluargaan.

Kerana bila anda tinggal di bandar-bandar, amat jarang untuk anda kenal jiran-jiran anda kerana masing-masing sibuk dengan hal sendiri. Dalam aktiviti ini, anda boleh beri sumbangan atas nama bisnes anda. Secara tak langsung, anda telah perkenalkan produk anda dengan cara memberi sumbangan seperti makanan.

3. Berikan kesan yang berpanjangan

Apa sahaja yang anda buat untuk masyarakat, pastikan ia memberi kesan yang berpanjangan dan biar orang ingat sampai bila-bila. Tak kiralah anda buat untuk komuniti anda atau dengan join program sukarelawan anjuran pihak luar, berikan mereka impression yang boleh buat mereka kenal anda.

Bila sebut je nama atau jenama anda, orang terus ingat dan kenal apa yang anda buat. Setiap perkara baik yang anda lakukan dengan ikhlas akan tingkatkan reputasi bisnes dan masyarakat akan lebih dekat dengan anda.

 

7 Tips Nak Bisnes Sambil Kerja

oleh Azizan Osman pada 14 February 2017

7 tip nak bisnes sambil kerja

 

“Syoknya berniaga part time, gaji dapat, untung bisnes pun dapat.” Dalam keadaan ekonomi yang huru-hara ni, ramai orang yang nak berbisnes sambil bekerja.

Lebih-lebih lagi kalau kita berada di pejabat atau kilang atau kawasan kerja yang ramai orang yang, semua pun kita akan lihat sebagai prospek perniagaan kita. Macam lubuk bisnes pulak jadinya.

Tak salah untuk berniaga sambilan, tapi anda perlu tahu anda perlu cekap dan jangan sampai mengabaikan tugas harian. Ada sesetengah tempat kerja sangat menghalang pekerjanya terlibat dengan aktiviti perniagaan.

Untuk permulaan, anda bolehlah berniaga sambil bekerja, tapi perlu ikat perut dan buat simpanan yang banyak (sekurang-kurangnya 6 bulan gaji) sebelum anda dapat berhenti kerja dan berniaga sepenuh masa dengan lebih selesa. Kami kongsikan dengan anda 7 Tips Bisnes Sambil Kerja. Semoga jadi inspirasi dan panduan untuk anda.

 

7 tip nak bisnes sambil kerja

1. Pilih Jenis Bisnes Yang Tak Ganggu Kerja.

Mulakan dengan yang ringan-ringan dulu! Kita dah lah tak biasa nak berniaga, lepas tu nak berniaga sambil kerja pula tu. Besar tanggungjawabnya. Jadi kita mulakan dengan yang mudah-mudah dulu.

Mungkin boleh jadi agen tudung atau produk kecantikan, atau nak jual breakfast kuih muih/nasi lemak atau jual kerepek. Apa sahaja yang tak memerlukan modal yang besar atau tak memerlukan anda perlu bersusah payah.

Jika jual nasi lemak atau kuih muih breakfast, anda hanya jual pada waktu pagi sahaja. Jika jual kerepek, mungkin anda boleh upah kakak “tea lady” untuk jagakan untuk anda. Buat sesuatu yang simple.

 

7 tip nak bisnes sambil kerja

2. Mesti Sanggup Korbankan Masa.

Semua manusia ada 24 jam. Ada orang memanfaatkan 24 jam ini sehingga jadi jutawan, ada orang tak buat apa-apa dengan 24 jam yang ada. Anda? Bekerja dan berbisnes dalam 24 jam yang ada adalah sangat memenatkan.

Anda mungkin perlu korbankan waktu rehat dan tidur kerana di saat orang lain santai-santai tengok tv atau tidur, pada masa itulah anda akan busy buat persediaan untuk bisnes part time anda.

Kalau anda berniaga online, waktu malamlah waktu yang sesuai untuk anda cek balik order dan pertanyaan yang anda terima, jika anda berniaga makanan, waktu malam atau awal pagilah waktu yang sesuai untuk anda membuat persediaan dan memasak makanan.

Jangan ganggu waktu kerja dengan berbisnes, itu tak baik namanya. Tak berkat gaji yang anda dapat nanti.

 

7 tip nak bisnes sambil kerja

3. Jadualkan Posting.

Jika anda berniaga online, dan anda ada FB Page, anda perlu pandai jadualkan posting-posting anda. Sediakan posting anda awal-awal dan jadualkannya. Anda perlu lakukan ini setiap hari, tanpa henti.

Kerana posting anda ialah engagement anda dengan prospek dan pelanggan. Mungkin anda tak boleh buat ‘live video’ pada waktu anda bekerja jadi anda boleh je rekod dulu video tersebut dan jadualkannya.
 

7 tip nak bisnes sambil kerja
4. Lantik Pembantu Untuk Layan Pertanyaan/Order.
 

Anda juga boleh lantik saudara mara, atau kenalan untuk bantu jadi admin page anda.

So pada waktu anda bekerja pembantu anda ini boleh tolong layan PM, WhatsApp, Telegram, DM dan segala bentuk komunikasi di media sosial.

Taklah anda risaukan pelanggan akan lari bila anda hanya boleh layan mereka pada waktu malam sahaja.
 

7 tip nak bisnes sambil kerja
5. Lantik Runner.

Ini penting! Anda tak mungkin mampu nak berada di dua tempat pada satu-satu masa. Apa kata anda lantik seorang runner untuk bantu anda buat penghantaran barang.

Penghantaran barang bukan sahaja bermaksud anda hantar barang ke kawasan terdekat tapi juga untuk bantu anda berurusan dengan Pejabat Pos atau lain-lain perkhidmatan penghantaran yang besar.

Runner anda juga boleh membantu anda untuk buat tugasan lain seperti ambil stok, pembayaran bil, dan lain-lain lagi. Jika anda berniaga sambil bekerja, tanpa bantuan runner…anda boleh kejung sendiri nanti.

 

7 tip nak bisnes sambil kerja
6. Jadualkan Masa Untuk Belajar Atau Lantik Agen.

Banyak perniagaan ditimpa masalah bila peniaga tidak ada masa untuk upgrade ilmu dan tak turunkan ilmu kepada stokis, agen dan dropship. Ramai juga peniaga yang gagal untuk meluangkan masa untuk berhubung dengan stokis, agen dan dropship.

Inilah akan jadi punca stokis, agen dan dropship anda lari kepada bisnes lain. Anda tak luangkan masa untuk bersama dan mendidik mereka.

Oleh kerana anda masih lagi bekerja, anda kena pandai bahagikan masa, mungkin beberapa kali seminggu untuk berhubung dengan mereka. Jangan lupa, anda juga perlu cari masa untuk upgrade ilmu anda sendiri.

 

7 tip nak bisnes sambil kerja
7. Jangan Salah Guna Waktu Kerja.

Kesalahan utama bagi orang berbisnes sambil bekerja ialah mengabaikan tugas di tempat kerja sebab nak berniaga. Jadi anda perlu bijak nak settlekan urusan kerja tanpa mengabaikan perniagaan anda.

Jika anda betul-betul berminat untuk berniaga dan anda rasa perniagaan anda boleh pergi jauh, set satu target bila anda mahu berniaga sepenuh masa, pastikan simpanan anda cukup dan yang penting pastikan anda ada cukup ilmu untuk menjalankan perniagaan, memasarkan perniagaan dan menguruskannya dengan lebih sistematik.

Ingat, kita berniaga bukan setakat untuk cari wang dapur tetapi untuk lebih memberi manfaat kepada diri sendiri, keluarga dan orang sekitar.

 

Sediakan Plan Dan Kalendar Pemasaran

oleh Azizan Osman pada 12 February 2017

kalendarbanner

“Ada bisnes, tapi tak pandai plan… tak guna juga”

Tahu tak kenapa pasaraya besar seperti Sogo atau Jakel sentiasa buat promosi? Dan promosi tu pula kena je dengan masa-masa tertentu seperti cuti sekolah, hari raya, dan time orang dapat gaji. Ini kerana, mereka dah buat plan awal dan ada kalendar pemasaran.

1. Apa Itu Kalendar Pemasaran?

Kalendar pemasaran ni adalah jadual atau rancangan pemasaran bisnes anda untuk setahun. Contohnya, anda ada bisnes dan dengan kalendar pemasaran, anda senang nak rancang aktiviti jualan, promosi, nak buat event dan apa-apa program yang berkaitan dengan bisnes anda. Jika anda ada bisnes pelancongan, anda kena tahu bila cuti sekolah bermula, tempat apa yang orang suka pergi, bila time pekerja dapat bonus dan waktu-waktu yang sesuai untuk orang melancong.

Bila anda dah dapat maklumat tersebut, senang la anda nak buat kalendar pemasaran dan rancang bila anda nak start promosi bisnes anda. Jadi, kalendar ini akan memudahkan anda menyediakan bahan-bahan yang diperlukan.

2. Tahu Objektif Pemasaran

Bila anda buat plan dan kalendar pemasaran, anda boleh tahu dan tentukan hala tuju bisnes anda. Anda boleh plan secara bulanan atau tahunan terus. Jadi, anda dah boleh target apa event yang anda akan join, marketing strategi yang anda akan guna, apa bahan pemasaran yang anda akan bagi pada customer dan sebagainya. Bila anda dah plan siap-siap, anda dah boleh masukkan dalam kalendar pemasaran untuk rujukan dan peringatan.

Sebagai contoh, bila anda berniaga pakaian, anda dah tahu bila anda patut buat sales. Biasanya, orang akan buat sales bila dekat nak raya atau cuti sekolah. Ini kerana, bila raya atau cuti sekolah yang panjang atau pendek, akan ada majlis orang kahwin, ibu bapa nak beli kelengkapan sekolah anak-anak dan sebagainya. Jadi, time tu lah anda boleh buat untung dengan banyak.

3. Untuk Analisis Situasi

Anda juga boleh analisis strategi pemasaran anda sebelum ini dengan buat SWOT analisis. Anda tahu kan apa SWOT analisis? Anda boleh listkan apa kekuatan, kelemahan, ancaman dan peluang bisnes anda. Bila anda buat analisis ini, anda akan nampak dengan lebih jelas plan bisnes anda. Jadi, anda dah boleh lihat dengan lebih dekat pada faktor-faktor dalaman dan luaran yang akan pengaruhi strategi pemasaran bisnes anda. Dengan ini, anda akan cuba cari jalan yang boleh minimumkan ancaman ke atas bisnes anda.

4. Untuk Track Dan Evaluate Bisnes

Setiap plan pemasaran anda perlu ada prosedur untuk track dan evaluate semula setiap jenis aktiviti pemasaran yang anda pernah guna. Dengan ini, anda boleh tahu effective atau tidak strategi pemasaran berkenaan dalam bisnes anda. Kalau ya, anda boleh kekalkan dan kalau tak berkesan, anda boleh tukar teknik marketing lain. Atau anda boleh kekalkan teknik yang lama tapi, kena tingkatkan lagi cara anda promote produk tersebut.

Contohnya, kalau anda rasa dengan edar flyers, pelanggan anda tak banyak dan untung pun sikit je. Anda boleh tukar kepada marketing guna Facebook. Jadi, target pasaran anda juga semakin luas. Kerana, bila mereka berminat dengan produk anda, mereka akan PM anda terus.

5. Untuk Sediakan Bajet Marketing

Bila anda nak promosi produk anda, mesti kena ada bajet kan? Ye lah, nak print flyers, buat template, gantung banner, nak iklan kat akhbar dan majalah dan sebagainya, mestilah kena guna duit. Jadi, bila anda dah sediakan plan dan kalendar pemasaran, anda dah boleh bajet berapa yang akan anda guna untuk kos promosi bisnes anda. Betul ke betul? Jadi, anda dah nampak hala tuju duit anda dan apa pulangannya kepada bisnes anda. Mudah je kan?

Amacam? Anda dah boleh nampak dengan terang ke sebab-sebab anda kena ada plan dan kalendar pemasaran ni? Jadi, bila anda nak start bisnes, anda kena ada perkara-perkara ni.

 

Selalu Membuat Latihan Jualan

oleh Azizan Osman pada 03 February 2017

latihan jualan1

Anda perasan tak, bila tele marketer call anda atau anda call customer servis, lancar je mereka bercakap dengan anda. Bukan setakat tu je, bila anda jumpa je sesiapa sahaja yang dah berjaya dalam bidang perniagaan ni, tanya lah apa sahaja kepada mereka, pasti laju je mereka jawab. Tak ada gagap lagi dah.

Anda nak jadi seperti mereka? Senang je, anda hanya perlu buat latihan jualan. Dengan latihan jualan ni, anda boleh perkemaskan lagi skill bisnes anda. Anda nak tahu ke kenapa anda kena selalu berlatih?

1. Supaya Bertambah Mahir
Bila anda selalu buat latihan, skill anda akan bertambah baik dan anda akan mahir dengan sendiri. Bila ada apa-apa persoalan, anda mampu jawab tanpa teragak-agak lagi. Keyakinan anda juga akan bertambah.

Jika anda nak orang yakin dengan anda, anda kena ubah diri. Dengan latihan ini, ia boleh ubah anda. Lagi pula, pelanggan anda akan beri kepercayaan mereka kepada anda bila mereka lihat anda yakin dan bersungguh. Betul ke betul?

2. Untuk Biasakan Diri

Dengan latihan jualan, anda boleh biasakan diri anda untuk berdepan dengan pelanggan, melatih diri anda untuk bercakap, hilangkan rasa gemuruh dan gugup dan sebagainya. Bila anda dalam dunia bisnes, anda akan jumpa pelbagai jenis ragam manusia.

So, ia juga sebagai persediaan untuk anda hadapi unexpected soalan dari pelanggan. Sekiranya anda dah biaskan diri, anda akan nampak lebih terlatih dan professional. Bukan senang tau nak biasakan diri dengan pelanggan bila anda tak ada ilmu dan terlatih.

3. Untuk Mantapkan Diri

Melalui latihan ini juga, ilmu bisnes dan pemasaran anda akan bertambah mantap. Nak buat latihan jualan, anda perlukan ilmu dan mentor supaya mereka boleh beri tunjuk ajar dengan ilmu yang betul. Dan anda juga tak terpesong dari landasan yang salah. Jika anda rasa ilmu anda belum cukup, anda perlu cari ilmu tersebut. Di Program MMM, anda akan diajar lebih dari 200 teknik pemasaran yang top dan dah terbukti berjaya.

 

TAHNIAH KERANA MENGHADIRI MMM BORNEO JAN 2017. – Anda Kini Tak Perlu Menangis Di Bucu Katil Lagi.

oleh Azizan Osman pada 23 January 2017

header-thanks-mmm

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Warga Borneo tak pernah menghampakan.  Setiap kali kami hadir ke Sabah untuk sebarang program, kami pasti akan dapat rasakan energy yang luar biasa dari peserta yang hadir.

Entah apa lah yang menjadi makanan harian orang Borneo ni, sampai begitu bersemangat, bambangan sama ikan basung kali!

Anda semua kini sudah tahu semua strategi pemasaran yang boleh anda guna pakai dalam bisnes, anda juga sudah tahu apa kepentingannya online presence – Iya, yang selalu buat live feed bukan sebab dia mau glamour bah..tapi mau kasi naikkan dia punya brand lah itu.

 

Anda dah tahu apa itu 6 Pillars of Marketing, Intergrated Marketing, Marketing Action Plan, semua pun kami pasti anda dah hadam sekarang.  Jadi, tugas anda hanya lah untuk praktikkan.  Buat tindakan.  Buat sampai jadi supaya anda tidak lagi menangis di bucu katil, kerana tiada orang membeli dari anda.

Kami mau dengar kisah kejayaan anda, kisah peningkatan jualan dari anda dan kisah yang menginspirasikan dari anda selepas ini.  Anda boleh kongsikan cerita anda di FB Group MMM Borneo Jan 17.  Jangan lupa, ceritakan kepada kami perjalanan hidup anda selepas MMM.

Kami mohon maaf atas segala kekurangan dari pihak kami.  Doa kami, semoga anda berjaya mencapai impian anda di tahun 2017 ini.

Untuk anda yang mahu terus menuntut ilmu, mahu rasakan aura positif yang tinggi dan berada dalam circle yang positif anda boleh hadiri mana-mana program kami dalam masa terdekat, berikut senarai program terkini yang anda boleh hadiri:

1)  Total Leadership Mastery (TLM) : 1-5 Februari 2017 di Shah Alam.  Hubungi/WhatsApp 016-2614437  (Cik Erna) / 016-2614450 (En Ameerul)

2) Enterpreneur Foundation Program (EFP): 10-12 Februari 2017 di Tang Dynasty Hotel, Kota Kinabalu. Hubungi/ WhatsApp : 010-979 5822 (En Muzakkir)

3)  Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) Borneo:  3-5 Mac 2017 di The Klagan Regency Hotel, 1Borneo Kota Kinabalu. Layari www.azizanosman.com/imkk atau hubungi/WhatsApp 016-2103090 (Puan Sobah) / 012-5987669 (En Hafiz)

Jika anda berminat untuk tahu lebih lanjut tentang mana-mana program di atas, atau mahu bawa keluarga, orang tersayang, sahabat handai atau kakitangan hadir ke Program IMKK Borneo, boleh hubungi nombor yang tertera atau layari website yang berkenaan.

Terima kasih dan Tahniah sekali lagi dari kami!

 

7 Tips Pemasaran Melalui Email

oleh Azizan Osman pada 10 January 2017

tips_pemasaran_email1

Pemasaran emel atau emel marketing? Apa benda tu? Macam pernah dengar je.

Pernah tak bila anda masuk ke sesebuah page, dia minta anda masukkan nama dan alamat emel untuk dapatkan newsletter secara percuma atau apa saja?

Lepas je anda isi maklumat tersebut, terus anda dapat emel-emel dari page tadi. Itulah namanya emel marketing, faham faham?

Anda inginkan teknik-teknik pemasaran melalui emel yang efektif, di mana anda boleh gunakan dalam perniagaan anda? Kami tahu ramai yang belum terdedah dengan pemasaran menggunakan emel, jika anda ingin tahu sama ada ia efektif atau tidak, anda boleh cuba.

Inginkan lagi ilmu pemasaran supaya anda boleh letupkan perniagaan di tahun 2017 ini, apa kata anda hadir dahulu ke Program Millionaire Marketing Mastery (MMM) yang akan diadakan akan datang di Likas Square Apartment pada 20-22 Januari 2017.

Layari www.marketingmastery.com.my/borneo ATAU anda boleh PM TEPI untuk nak tahu lebih lanjut. Daftar sekarang. Tawaran menarik menunggu anda.

Jika anda ada masalah dalam perniagaan dan inginkan bantuan, anda boleh hubungi/whatsapp kami di 0162103090 / 0162614439.

Cepat sebelum anda terlepas peluang ini!

#TeamAzizan

1/ Sistem Penghantaran Email

tips_pemasaran_email

Sebelum anda nak hantar email, anda kena ada sistem penghantaran emel.

Kalau tak ada sistem ni, anda kena hantar satu persatu emel pada pelanggan anda. Untuk dapatkan email sistem ini, anda boleh ‘Google’ atau PM kami untuk ketahuinya.

Bila anda ada email sistem, anda boleh guna untuk sekali klik sahaja dan emel anda akan dihantar pada setiap pelanggan anda di mana sahaja.

2/ Rancang Strategi Email Anda

tips_pemasaran_email3

Dengan menggunakan akaun email bisnes, emel anda mewakili budaya kerja yang anda amalkan di dalam bisnes anda.

Dari segi bahasa, masa menghantar email, dan jenis lampiran yang anda gunakan, semuanya mempengaruhi hasil keberkesanan email anda.

Untuk memudahkan anda membuat perancangan, bina jadual untuk mengisi data pelanggan dengan terperinci.

Anda boleh menggunakan database pelanggan yang ada dalam simpanan anda. Untuk mendapatkan data pelanggan yang baru, anda perlu kenal pasti sasaran anda.

Dengan mengetahui jenis pelanggan yang anda inginkan, ia memudahkan anda untuk memikat pengguna dengan kaedah yang lebih mudah.

3/ Kenali Kemampuan Pelanggan Anda

tips_pemasaran_email4

Setiap orang memiliki perbelanjaan yang berbeza. Pastikan anda mengetahui jenis pelanggan yang ingin anda ikat.

Senaraikan pelanggan anda mengikut jenis kumpulan yang sama seperti jenis pekerjaan, lokasi kediaman, purata pendapatan, jenis bisnes dan pelbagai lagi.

Dengan pembahagian maklumat ini, anda tidak akan menghantar emel yang salah kepada pelanggan. Kesilapan kecil ini mampu membuatkan bisnes anda kucar-kacir.

Ini kerana kesilapan ini akan menjadi alasan kepada pelanggan yang ingin mengambil kesempatan terhadap bisnes anda.

4/ Keep It Simple

tips_pemasaran_email5

Untuk menghantar email kepada pelanggan, karang emel yang ringkas dan jelas. Usah campurkan email anda dengan maklumat atau lampiran yang tidak berkenaan.

Ingat, 1 email hanya untuk 1 perkara sahaja. Email yang baik akan menggunakan gaya bahasa yang tidak formal tetapi mampu mempengaruhi tindakan pelanggan.

Contohnya, anda boleh menggunakan email untuk menawarkan promosi produk anda dengan menjadikan eBook sebagai ganjaran percuma.

Jika ada pelanggan yang memuat turun eBook yang ada pada email pertama, jangan ragu-ragu untuk mengirimkan email selanjutnya. Itu petanda baik.

5/ Kembangkan Landing Page Anda

tips_pemasaran_email6

Landing Page dianggap sebagai ‘ruang tamu’ dalam bisnes yang anda jalankan. Anda boleh memperkenalkan produk yang ditawarkan melalui sesebuah landing page.

Semakin baik landing page yang anda ada, semakin tinggi permintaan penerima emel menggunakan produk yang anda tawarkan.

Landing page haruslah mudah di akses dan anda perlulah sentiasa memeriksa landing page anda supaya anda boleh melihat jumlah pengguna yang telah mengakses landing page anda.

6/ Follow Up Pelanggan

tips_pemasaran_email7

Pemasaran melalui email sangat efektif. Namun, untuk mencapai tahap tersebut, anda perlu memastikan email yang anda sampaikan hendaklah di terima dengan efisyen.

Jika anda berjaya mengesan email yang tidak berjaya dihantar, anda boleh follow up penerima emel dengan emel baru yang berhemah bagi menyatakan kekesalan anda terhadap kesulitan yang mereka alami.

7/ Optimumkan Promosi dan Ulang

tips_pemasaran_email8

Anda boleh mengubah jumlah kiriman email mengikut hari, mengurangkan masa merangka emel dan menetapkan hari pengiriman email mengikut keperluan bisnes anda.

Kandungan email perlu dikategorikan mengikut jenis promosi dan perlu disimpan untuk kegunaan akan datang.

Ia memudahkan anda untuk menghantar email yang sama kandungannya tetapi berbeza dari butiran terkini yang anda tetapkan pada kempen jualan anda.

Ulang cara ini dan anda hanya perlu tambahkan input lain yang bersesuaian di dalam email yang sama.

 
Hak Cipta Terpelihara 2016 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start