Sediakan Plan Dan Kalendar Pemasaran

oleh Team Richworks pada 12 February 2017

kalendarbanner

“Ada bisnes, tapi tak pandai plan… tak guna juga”

Tahu tak kenapa pasaraya besar seperti Sogo atau Jakel sentiasa buat promosi? Dan promosi tu pula kena je dengan masa-masa tertentu seperti cuti sekolah, hari raya, dan time orang dapat gaji. Ini kerana, mereka dah buat plan awal dan ada kalendar pemasaran.

1. Apa Itu Kalendar Pemasaran?

Kalendar pemasaran ni adalah jadual atau rancangan pemasaran bisnes anda untuk setahun. Contohnya, anda ada bisnes dan dengan kalendar pemasaran, anda senang nak rancang aktiviti jualan, promosi, nak buat event dan apa-apa program yang berkaitan dengan bisnes anda. Jika anda ada bisnes pelancongan, anda kena tahu bila cuti sekolah bermula, tempat apa yang orang suka pergi, bila time pekerja dapat bonus dan waktu-waktu yang sesuai untuk orang melancong.

Bila anda dah dapat maklumat tersebut, senang la anda nak buat kalendar pemasaran dan rancang bila anda nak start promosi bisnes anda. Jadi, kalendar ini akan memudahkan anda menyediakan bahan-bahan yang diperlukan.

2. Tahu Objektif Pemasaran

Bila anda buat plan dan kalendar pemasaran, anda boleh tahu dan tentukan hala tuju bisnes anda. Anda boleh plan secara bulanan atau tahunan terus. Jadi, anda dah boleh target apa event yang anda akan join, marketing strategi yang anda akan guna, apa bahan pemasaran yang anda akan bagi pada customer dan sebagainya. Bila anda dah plan siap-siap, anda dah boleh masukkan dalam kalendar pemasaran untuk rujukan dan peringatan.

Sebagai contoh, bila anda berniaga pakaian, anda dah tahu bila anda patut buat sales. Biasanya, orang akan buat sales bila dekat nak raya atau cuti sekolah. Ini kerana, bila raya atau cuti sekolah yang panjang atau pendek, akan ada majlis orang kahwin, ibu bapa nak beli kelengkapan sekolah anak-anak dan sebagainya. Jadi, time tu lah anda boleh buat untung dengan banyak.

3. Untuk Analisis Situasi

Anda juga boleh analisis strategi pemasaran anda sebelum ini dengan buat SWOT analisis. Anda tahu kan apa SWOT analisis? Anda boleh listkan apa kekuatan, kelemahan, ancaman dan peluang bisnes anda. Bila anda buat analisis ini, anda akan nampak dengan lebih jelas plan bisnes anda. Jadi, anda dah boleh lihat dengan lebih dekat pada faktor-faktor dalaman dan luaran yang akan pengaruhi strategi pemasaran bisnes anda. Dengan ini, anda akan cuba cari jalan yang boleh minimumkan ancaman ke atas bisnes anda.

4. Untuk Track Dan Evaluate Bisnes

Setiap plan pemasaran anda perlu ada prosedur untuk track dan evaluate semula setiap jenis aktiviti pemasaran yang anda pernah guna. Dengan ini, anda boleh tahu effective atau tidak strategi pemasaran berkenaan dalam bisnes anda. Kalau ya, anda boleh kekalkan dan kalau tak berkesan, anda boleh tukar teknik marketing lain. Atau anda boleh kekalkan teknik yang lama tapi, kena tingkatkan lagi cara anda promote produk tersebut.

Contohnya, kalau anda rasa dengan edar flyers, pelanggan anda tak banyak dan untung pun sikit je. Anda boleh tukar kepada marketing guna Facebook. Jadi, target pasaran anda juga semakin luas. Kerana, bila mereka berminat dengan produk anda, mereka akan PM anda terus.

5. Untuk Sediakan Bajet Marketing

Bila anda nak promosi produk anda, mesti kena ada bajet kan? Ye lah, nak print flyers, buat template, gantung banner, nak iklan kat akhbar dan majalah dan sebagainya, mestilah kena guna duit. Jadi, bila anda dah sediakan plan dan kalendar pemasaran, anda dah boleh bajet berapa yang akan anda guna untuk kos promosi bisnes anda. Betul ke betul? Jadi, anda dah nampak hala tuju duit anda dan apa pulangannya kepada bisnes anda. Mudah je kan?

Amacam? Anda dah boleh nampak dengan terang ke sebab-sebab anda kena ada plan dan kalendar pemasaran ni? Jadi, bila anda nak start bisnes, anda kena ada perkara-perkara ni.

 

Selalu Membuat Latihan Jualan

oleh Team Richworks pada 03 February 2017

latihan jualan1

Anda perasan tak, bila tele marketer call anda atau anda call customer servis, lancar je mereka bercakap dengan anda. Bukan setakat tu je, bila anda jumpa je sesiapa sahaja yang dah berjaya dalam bidang perniagaan ni, tanya lah apa sahaja kepada mereka, pasti laju je mereka jawab. Tak ada gagap lagi dah.

Anda nak jadi seperti mereka? Senang je, anda hanya perlu buat latihan jualan. Dengan latihan jualan ni, anda boleh perkemaskan lagi skill bisnes anda. Anda nak tahu ke kenapa anda kena selalu berlatih?

1. Supaya Bertambah Mahir
Bila anda selalu buat latihan, skill anda akan bertambah baik dan anda akan mahir dengan sendiri. Bila ada apa-apa persoalan, anda mampu jawab tanpa teragak-agak lagi. Keyakinan anda juga akan bertambah.

Jika anda nak orang yakin dengan anda, anda kena ubah diri. Dengan latihan ini, ia boleh ubah anda. Lagi pula, pelanggan anda akan beri kepercayaan mereka kepada anda bila mereka lihat anda yakin dan bersungguh. Betul ke betul?

2. Untuk Biasakan Diri

Dengan latihan jualan, anda boleh biasakan diri anda untuk berdepan dengan pelanggan, melatih diri anda untuk bercakap, hilangkan rasa gemuruh dan gugup dan sebagainya. Bila anda dalam dunia bisnes, anda akan jumpa pelbagai jenis ragam manusia.

So, ia juga sebagai persediaan untuk anda hadapi unexpected soalan dari pelanggan. Sekiranya anda dah biaskan diri, anda akan nampak lebih terlatih dan professional. Bukan senang tau nak biasakan diri dengan pelanggan bila anda tak ada ilmu dan terlatih.

3. Untuk Mantapkan Diri

Melalui latihan ini juga, ilmu bisnes dan pemasaran anda akan bertambah mantap. Nak buat latihan jualan, anda perlukan ilmu dan mentor supaya mereka boleh beri tunjuk ajar dengan ilmu yang betul. Dan anda juga tak terpesong dari landasan yang salah. Jika anda rasa ilmu anda belum cukup, anda perlu cari ilmu tersebut. Di Program MMM, anda akan diajar lebih dari 200 teknik pemasaran yang top dan dah terbukti berjaya.

 

TAHNIAH KERANA MENGHADIRI MMM BORNEO JAN 2017. – Anda Kini Tak Perlu Menangis Di Bucu Katil Lagi.

oleh Team Richworks pada 23 January 2017

header-thanks-mmm

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Warga Borneo tak pernah menghampakan.  Setiap kali kami hadir ke Sabah untuk sebarang program, kami pasti akan dapat rasakan energy yang luar biasa dari peserta yang hadir.

Entah apa lah yang menjadi makanan harian orang Borneo ni, sampai begitu bersemangat, bambangan sama ikan basung kali!

Anda semua kini sudah tahu semua strategi pemasaran yang boleh anda guna pakai dalam bisnes, anda juga sudah tahu apa kepentingannya online presence – Iya, yang selalu buat live feed bukan sebab dia mau glamour bah..tapi mau kasi naikkan dia punya brand lah itu.

 

Anda dah tahu apa itu 6 Pillars of Marketing, Intergrated Marketing, Marketing Action Plan, semua pun kami pasti anda dah hadam sekarang.  Jadi, tugas anda hanya lah untuk praktikkan.  Buat tindakan.  Buat sampai jadi supaya anda tidak lagi menangis di bucu katil, kerana tiada orang membeli dari anda.

Kami mau dengar kisah kejayaan anda, kisah peningkatan jualan dari anda dan kisah yang menginspirasikan dari anda selepas ini.  Anda boleh kongsikan cerita anda di FB Group MMM Borneo Jan 17.  Jangan lupa, ceritakan kepada kami perjalanan hidup anda selepas MMM.

Kami mohon maaf atas segala kekurangan dari pihak kami.  Doa kami, semoga anda berjaya mencapai impian anda di tahun 2017 ini.

Untuk anda yang mahu terus menuntut ilmu, mahu rasakan aura positif yang tinggi dan berada dalam circle yang positif anda boleh hadiri mana-mana program kami dalam masa terdekat, berikut senarai program terkini yang anda boleh hadiri:

1)  Total Leadership Mastery (TLM) : 1-5 Februari 2017 di Shah Alam.  Hubungi/WhatsApp 016-2614437  (Cik Erna) / 016-2614450 (En Ameerul)

2) Enterpreneur Foundation Program (EFP): 10-12 Februari 2017 di Tang Dynasty Hotel, Kota Kinabalu. Hubungi/ WhatsApp : 010-979 5822 (En Muzakkir)

3)  Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) Borneo:  3-5 Mac 2017 di The Klagan Regency Hotel, 1Borneo Kota Kinabalu. Layari www.azizanosman.com/imkk atau hubungi/WhatsApp 016-2103090 (Puan Sobah) / 012-5987669 (En Hafiz)

Jika anda berminat untuk tahu lebih lanjut tentang mana-mana program di atas, atau mahu bawa keluarga, orang tersayang, sahabat handai atau kakitangan hadir ke Program IMKK Borneo, boleh hubungi nombor yang tertera atau layari website yang berkenaan.

Terima kasih dan Tahniah sekali lagi dari kami!

 

7 Tips Pemasaran Melalui Email

oleh Team Richworks pada 10 January 2017

tips_pemasaran_email1

Pemasaran emel atau emel marketing? Apa benda tu? Macam pernah dengar je.

Pernah tak bila anda masuk ke sesebuah page, dia minta anda masukkan nama dan alamat emel untuk dapatkan newsletter secara percuma atau apa saja?

Lepas je anda isi maklumat tersebut, terus anda dapat emel-emel dari page tadi. Itulah namanya emel marketing, faham faham?

Anda inginkan teknik-teknik pemasaran melalui emel yang efektif, di mana anda boleh gunakan dalam perniagaan anda? Kami tahu ramai yang belum terdedah dengan pemasaran menggunakan emel, jika anda ingin tahu sama ada ia efektif atau tidak, anda boleh cuba.

Inginkan lagi ilmu pemasaran supaya anda boleh letupkan perniagaan di tahun 2017 ini, apa kata anda hadir dahulu ke Program Millionaire Marketing Mastery (MMM) yang akan diadakan akan datang di Likas Square Apartment pada 20-22 Januari 2017.

Layari www.marketingmastery.com.my/borneo ATAU anda boleh PM TEPI untuk nak tahu lebih lanjut. Daftar sekarang. Tawaran menarik menunggu anda.

Jika anda ada masalah dalam perniagaan dan inginkan bantuan, anda boleh hubungi/whatsapp kami di 0162103090 / 0162614439.

Cepat sebelum anda terlepas peluang ini!

#TeamAzizan

1/ Sistem Penghantaran Email

tips_pemasaran_email

Sebelum anda nak hantar email, anda kena ada sistem penghantaran emel.

Kalau tak ada sistem ni, anda kena hantar satu persatu emel pada pelanggan anda. Untuk dapatkan email sistem ini, anda boleh ‘Google’ atau PM kami untuk ketahuinya.

Bila anda ada email sistem, anda boleh guna untuk sekali klik sahaja dan emel anda akan dihantar pada setiap pelanggan anda di mana sahaja.

2/ Rancang Strategi Email Anda

tips_pemasaran_email3

Dengan menggunakan akaun email bisnes, emel anda mewakili budaya kerja yang anda amalkan di dalam bisnes anda.

Dari segi bahasa, masa menghantar email, dan jenis lampiran yang anda gunakan, semuanya mempengaruhi hasil keberkesanan email anda.

Untuk memudahkan anda membuat perancangan, bina jadual untuk mengisi data pelanggan dengan terperinci.

Anda boleh menggunakan database pelanggan yang ada dalam simpanan anda. Untuk mendapatkan data pelanggan yang baru, anda perlu kenal pasti sasaran anda.

Dengan mengetahui jenis pelanggan yang anda inginkan, ia memudahkan anda untuk memikat pengguna dengan kaedah yang lebih mudah.

3/ Kenali Kemampuan Pelanggan Anda

tips_pemasaran_email4

Setiap orang memiliki perbelanjaan yang berbeza. Pastikan anda mengetahui jenis pelanggan yang ingin anda ikat.

Senaraikan pelanggan anda mengikut jenis kumpulan yang sama seperti jenis pekerjaan, lokasi kediaman, purata pendapatan, jenis bisnes dan pelbagai lagi.

Dengan pembahagian maklumat ini, anda tidak akan menghantar emel yang salah kepada pelanggan. Kesilapan kecil ini mampu membuatkan bisnes anda kucar-kacir.

Ini kerana kesilapan ini akan menjadi alasan kepada pelanggan yang ingin mengambil kesempatan terhadap bisnes anda.

4/ Keep It Simple

tips_pemasaran_email5

Untuk menghantar email kepada pelanggan, karang emel yang ringkas dan jelas. Usah campurkan email anda dengan maklumat atau lampiran yang tidak berkenaan.

Ingat, 1 email hanya untuk 1 perkara sahaja. Email yang baik akan menggunakan gaya bahasa yang tidak formal tetapi mampu mempengaruhi tindakan pelanggan.

Contohnya, anda boleh menggunakan email untuk menawarkan promosi produk anda dengan menjadikan eBook sebagai ganjaran percuma.

Jika ada pelanggan yang memuat turun eBook yang ada pada email pertama, jangan ragu-ragu untuk mengirimkan email selanjutnya. Itu petanda baik.

5/ Kembangkan Landing Page Anda

tips_pemasaran_email6

Landing Page dianggap sebagai ‘ruang tamu’ dalam bisnes yang anda jalankan. Anda boleh memperkenalkan produk yang ditawarkan melalui sesebuah landing page.

Semakin baik landing page yang anda ada, semakin tinggi permintaan penerima emel menggunakan produk yang anda tawarkan.

Landing page haruslah mudah di akses dan anda perlulah sentiasa memeriksa landing page anda supaya anda boleh melihat jumlah pengguna yang telah mengakses landing page anda.

6/ Follow Up Pelanggan

tips_pemasaran_email7

Pemasaran melalui email sangat efektif. Namun, untuk mencapai tahap tersebut, anda perlu memastikan email yang anda sampaikan hendaklah di terima dengan efisyen.

Jika anda berjaya mengesan email yang tidak berjaya dihantar, anda boleh follow up penerima emel dengan emel baru yang berhemah bagi menyatakan kekesalan anda terhadap kesulitan yang mereka alami.

7/ Optimumkan Promosi dan Ulang

tips_pemasaran_email8

Anda boleh mengubah jumlah kiriman email mengikut hari, mengurangkan masa merangka emel dan menetapkan hari pengiriman email mengikut keperluan bisnes anda.

Kandungan email perlu dikategorikan mengikut jenis promosi dan perlu disimpan untuk kegunaan akan datang.

Ia memudahkan anda untuk menghantar email yang sama kandungannya tetapi berbeza dari butiran terkini yang anda tetapkan pada kempen jualan anda.

Ulang cara ini dan anda hanya perlu tambahkan input lain yang bersesuaian di dalam email yang sama.

 

7 Tips Membina Sistem Agen Yang Berkualiti

oleh Team Richworks pada 23 December 2016

sistemagenberkualiti_blog-7600

Nampaknya, semua peniaga pun nak ada agen sendiri!

Betul, salah satu cara untuk meluaskan aktiviti pemasaran anda ialah dengan memiliki agen yang ramai. Ramai peserta program Richworks terutamanya yang telah menyertai Titanium, mempunyai bilangan stokis dan agen yang besar.

Pernah tak terfikir, bagaimana peniaga yang ada lebih dari beribu-ribu agen contohnya seperti Puan Nur Aini Zolkepeli, pengasas produk Nurraysa, Tuan Amir Syakireen Ramli, Pengasas Hipster Pomade dan ramai lagi para peserta program Richworks mampu menguruskan agen yang ramai?

Kami senaraikan 7 tips membina sistem agen yang berkualiti dengan anda. Semoga anda pun dapat bina rangkaian agen yang ramai sedikit masa lagi.

sistemagenberkualiti_blog-6600

1/ Do’s and Don’ts

Kesilapan ramai peniaga yang nak bina rangkaian agen ialah tiada undang-undang yang jelas dan juga pemantauan. Peniaga sepatutnya dari awal lagi telah menerangkan garis panduan yang jelas tentang beberapa perkara penting seperti:

[1] Peraturan harga – Contoh, tidak boleh jual lebih rendah dari harga yang ditetapkan oleh pemilik

[2] Peraturan tentang promosi produk – Promosi hanya boleh dilakukan oleh pemilik atau stokis terbesar

[3] Peraturan yang jelas tentang kawasan liputan – contoh, tidak boleh adakan promosi di kawasan stokis atau agen yang lain

[4] Penggunaan alat promosi – Penggunaan alat promosi hendaklah dengan keizinan ibu pejabat supaya dapat menggunakan tema dan penjenamaan yang sama.

[5] Tiada perjanjian yang khas – Sepatutnya ada dokumen perjanjian yang khas di antara peniaga dan agen. Dokumen ini sepatutnya mempunyai garis panduan yang jelas tentang bagaimana mahu menjadi agen kepada perniagaan anda.

sistemagenberkualiti_blog-8600

2/ Jumlah sasaran jualan

Ada peniaga yang tak kisah dan tak peduli untuk meletakkan sasaran jualan kepada agen. Tanpa sasaran jualan, agen tak akan kisah nak buat jualan! Atau mereka tak akan berusaha untuk buat jualan.

Ada banyak kes, peniaga yang ada ‘agen lonmpat-lompat’ kerana agen tak serius nak jadi agen akibat pemilik produk pun tak serius nak bantu agen bina pendapatan.

sistemagenberkualiti_blog-3600

3/ Imbuhan

Manusia perlukan sesuatu untuk menjadi inspirasi mereka untuk membuat tindakan. Selalunya, peniaga yang berjaya memiliki dan mentadbir agen mereka sebaiknya, mempunyai strategi memberi imbuhan kepada agen, mengikut pencapaian mereka.

Ada yang beri hadiah berbentuk barang kemas, Iphone 7, tiket umrah dan berbagai lagi. Bila anda imbuhan, agen akan nampak dengan jelas target yang mereka nak capai.

sistemagenberkualiti_blog-5600

4/ Bimbingan

Agen tak boleh dibiarkan berniaga tanpa bimbingan. Sebagai pemilik produk, anda perlu tahu, anda akan dapat buat jualan yang tinggi bila agen anda juga buat jualan yang tinggi. Jadi, jika anda biarkan mereka berniaga tanpa ilmu, anda sendiri yang akan ditimpa masalah.

Anda mungkin juga perlu buat lawatan ke setiap negeri yang anda mempunyai agen untuk memberi latihan dan bimbingan tentang produk dan cara nak berbisnes. Atau, ada juga peniaga yang membuat bimbingan melalui group WhatsApp, Live Video di FB Group, Webinar dan lain-lain lagi.

Jika anda tak tahu bagaimana nak latih mereka, cara paling mudah ialah dengan menghantar mereka ke program-program seperti yang diadakan di Richworks. Dalam program asas seperti Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) ramai pemilik-pemilik perniagaan menghantar stokis dan agen mereka hadir.

sistemagenberkualiti_blog-4600

5/ Sistem

Untuk mempunyai bilangan agen yang ramai, penting untuk anda ada sistem pengurusan agen yang betul.

Ada beberapa peserta program kami yang mempunyai agen yang ramai tetapi tidak pernah berurusan secara langsung dengan agen, sebaliknya pemilik atau ibu pejabat hanya berurusan dengan stokis utama dan stokis biasa. Dan, stokislah yang akan berurusan dengan agen.

Sistem yang betul juga penting untuk anda memantau agen yang tidak aktif, agen yang perlu di bantu atau agen yang memberikan masalah.

sistemagenberkualiti_blog-1600

6/ Matlamat yang jelas

Satu lagi kesilapan utama peniaga ialah tidak berkongsi matlamat perniagaan, misi dan visi syarikat dengan sejelasnya kepada agen. Ini menyebabkan agen tak tahu hala tuju perniagaan anda dan juga tak pasti bagaimana perniagaan anda boleh bantu mereka.

Ada juga peniaga yang sangat berahsia dan sangat skeptikal dengan agen menyebabkan agen pun rasa takut nak berurusan dengan peniaga.

sistemagenberkualiti_blog-2600

7/ Mentor 

Anda perlu menjadikan diri anda sebagai mentor kepada agen anda. Untuk menjadi mentor, anda perlu ada ilmu, anda perlu ada pengalaman dalam memasarkan produk anda sendiri, anda perlu tahu dengan jelas semua aspek tentang produk anda.

Anda perlu pandai menginspirasikan mereka dan mampu untuk membantu mereka memperbaiki kehidupan dengan menjadi agen produk anda.

Anda sendiri harus mempunyai kredebiliti yang tinggi untuk menjadi mentor yang bagus selain dari kepercayaan yang teguh terhadap bisnes anda sendiri dan aktif membantu agen anda dengan melakukan aktiviti promosi dan lain-lain.

 

 

 

Dapatkan E-book “How To Have The Life That You Want”

oleh Team Richworks pada 20 December 2016

ebook2017_600

Setiap satu dari insan yang ada di muka bumi ini mempunyai impian yang sangat besar, yang tak siapa pernah tahu dan tak siapa pun yang pernah terbayangkan betapa tingginya cita-cita yang mereka ada untuk hidup mereka.

Hanya mereka saja yang faham setiap inci bahagian impian itu. Cumanya, ramai dari mereka yang hanya tahu untuk bermimpi, dan sangat kurang yang mampu dan tahu bagaimana untuk jadikan ianya realiti.

Namun, segala rahsia itu telah pun terbongkar. “How To Have The Life That You Want” pastinya bakal menjadi teman setia yang paling akrab untuk anda bila anda mahu mulakan gerak langkah membina mimpi anda di luar alam fantasi.

Buku ini pastinya adalah yang terbaik untuk anda kerana di dalamnya terkandung pelbagai idea hebat untuk anda capai kehidupan impian anda. Dapatkan E-book ini apabila ia dilancarkan minggu depan, 29 Disember 2016. Kita bina impian sama-sama ya!

 

Satu Klik Dan Boom!

oleh Team Richworks pada 19 December 2016

nlmarketing_blog600

Perjalanan beribu batu bermula dengan satu langkah. Perjalanan anda menjadi jutawan pula mungkin boleh bermula dengan satu klik. Tak cuba tak tahu.

Zaman sekarang ini, telefon bimbit memang tak pernah lekang dari tangan. Ke mana-mana pun mesti ada handphone. Jadi kenapa tak manfaatkan gajet canggih anda untuk bisnes?

Ada satu aplikasi dalam telefon anda, yang sangat berkesan untuk anda pasarkan produk anda. Namanya? Aplikasi video. Kenapa saya kata ianya sangat berkesan?

Dalam platform aplikasi Facebook sekarang kalau anda perasan, sesiapa yang selalu memuat naik perkongsian video, page mereka lebih senang diakses, lebih luas capaian dan paling penting lebih senang viral. Facebook sebenarnya dah lama melancarkan sistem di mana sesiapa saja yang buat perkongsian nilai yang lebih (terutama video sharing) mereka lebih disayangi Facebook dan rakan-rakan.

Jadi, videokan produk anda. Videokan diri anda. Videokan nilai-nilai produk anda. Kongsi apa yang boleh anda kongsi dengan rakan-rakan dan pengikut anda di Facebook dan di Instagram. Tutorial, tips, sejarah produk dan macam-macam lagi yang anda boleh videokan.

Biar jadi viral!

Mulakan habit video dan kekalkan momentumnya supaya pengikut anda tak bosan dan sentiasa keluarkan idea-idea baru yang fresh dan menarik. Jika anda boleh buat video yang ada unsur humor, itu lebih menyeronokkan.

Sekali pengikut dan rakan anda tertarik dengan perkongsian video anda, mereka akan selamanya terikat dengan anda dan ternanti-nanti video anda seterusnya.

Tapi awas! Jangan kongsi video yang tak bawa apa-apa nilai untuk mereka. Takut-takut mereka bosan dan ‘berpindah ikutan’ pula.

Cuba satu dan pasti anda tak kan rugi! Selamat maju jaya dan selamat mencuba.

 

 

 

Tahun Baru Duit Baru!

oleh Team Richworks pada 19 December 2016

mmm-sabah-header-email

Jom! Jom! Jom semua! Orang lain duit banyak habis nak tempuh tahun baru, jom kita pula buat banyak ‘duit baru’ di tahun baru? Ahha! Apa banyak sangat baru ni?

Iyalah, sebut saja tahun baru, terbayang semua nak buat azam baru, resolusi baru, minda dan sikap baru, tapi, tak nak ke nombor baki bank yang baru? Asyik dua angka saja yang tinggal setiap awal bulan. Itu pun dua angka yang memang sampai had. Jomlah ini kali kita buat tekad baru, nak ada tiga, empat, lima, sepuluh angka dalam baki bank. Angka yang memang milik kita, bukan orang lain punya.

Alah, bukan untuk siapa pun, untuk kita juga, mak ayah kita juga, anak-anak kita juga. Siapa nak tanggung kita, mereka, kalau bukan diri sendiri yang buat?

Apa kata kita jadikan tahun ni, tahun terakhir dalam hidup kita, bulan terakhir dalam sejarah akaun bank kita, punyai hanya dua angka sebagai baki. Mulai tahun hadapan, tahun baru, bulan baru, hari baru, kita sikit-sikit naikkan tahap kewangan kita. Pelan pelan kayuh. Kayuh dengan semangat, kemudi dengan tekad.

Memang nak mula tu susah, tapi tak mustahil. Penuhkan dada dengan ilmu pengetahuan supaya nanti bila kita dah mula daki tangga kejayaan tu, kita tak goyah, tak gayat. Kita tepis si jahat yang datang, kita tolak si pencuri yang senang lenang ambil hasil usaha kita. Kita tak berhenti separuh langkah. Biar terbakar di panas terik, basah lencun dek hujan ribut, tenggelam timbul di air bergelora pun tetap kita layarkan perahu dayung ke pulau kekayaan.

Tutupkan telinga apa orang kata kita tak pandai, orang cakap kita berangan. Biarkan. Sebab tak pandai lah kita belajar. Kita usaha. Sebab tak pandai kita nak jadi lebih bijak. Sebab tak ada, kita nak jadi kan ia ada. Berangan lah tinggi-tinggi. Berangan kan free? Dari berangan, kita buka langkah. Maju setapak-setapak ke  hadapan.

Tak kisahlah sebelum ni jadi petani, jadi pengail, jadi penjual, jadi nelayan, jadilah apa-apa pun. Hatta dah kerja bagus-bagus pun tak salah kalau nak tambah lagi ilmu yang boleh serba banyak bantu kita dalam kelangsungan hidup yang makin meruncing. Dah ada satu kerja, kita tambah lagi buat sampingan. Orang berjaya, orang berusaha.

Jomlah. Menjelang 2017 ni, kita luangkan sikit masa tadah ilmu baru. Ilmu bantu anda dapat duit baru. Ilmu bantu anda tetap ceria walaupun selepas tahun baru. Ilmu bisnes baru.

9/10 rezeki datang dari bisnes. Apa jua bisnes. Cuma mungkin ada yang takut musykil dan tak yakin apa cara nak bisnes, apa dia nya yang perlu untuk bisnes. Jom! Kita buka minda baru di MMM Borneo, khas untuk sediakan anda yang berada di wilayah lindungan bayu dan sekitarnya, hadapi Tahun Baru 2017 dengan semua serbi baru.

Minda baru, semangat baru, ilmu baru, dan jangan lupa, baki akaun yang baru. Ingat temujanji kita tau!

Sebut pasal duit semua orang terbeliak mata kan? Siapa yang tak mahu duit? Tak ada orang tak mahu duit!

 

Dah Jadi Super Insan Ke Belum?

oleh Team Richworks pada 07 December 2016

kksi-latest

Ada yang menangis, ada yang tersedu, ada yang tarik muka, tapi yang penting, balik dengan gembira. Betul atau betul? Kami dah kata, tak rugi hantar anak-anak anda ke Kem Khalifah Super Insan ni. Aktiviti yang digarap kemas, disusun setiap hala pengisiannya, sisi panorama yang menarik, memang terbaik lah!

Best ke seronok? Moga-moga di balik pengalaman meredah hutan, memanah, dan bermain paint ball, ada juga terselit ilmu-ilmu bermanfaat yang boleh digunakan dalam kehidupan harian. Harap-harapnya, dalam pada seronok-seronok bertukar nombor telefon bersama teman baru, ada juga tersisa cinta dan sayang pada ustaz ustazah di kem.

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kami ucapkan pada anak-anak yang cool, sporting dan berani untuk jadi berbeza di musim cuti sekolah ini serta sudi untuk menjadi tetamu kami di Impian Country Resort, Hulu Langat, Selangor, bagi Kem Khalifah Super Insan RichKids SmartKids.

InsyaAllah, apa yang telah dipelajari dan alami sepanjang di kem boleh membantu anak-anak serba sedikit dalam kehidupan seharian kelak. Kekal istiqamah dan terus bersemangat ya! Semoga usaha-usaha dari setiap anda diberkati dan diredhaiNya.

Sekalung penghargaan juga kami zahirkan pada para ibu bapa yang sudi buka hati dan buka minda untuk membenarkan anak-anak tersayang menyertai kem-kem ilmiah seperti Kem Khalifah Super Insan ini. InsyaAllah, pelaburan anda berbaloi-baloi. Lihat saja perubahan anak-anak anda di rumah nanti. Doakan juga mereka terus kuat dan istiqamah. Bukan hanya hangat-hangat tahi ayam saja.

Harapan kecil kami pula sudah pastilah agar pertemuan kita di resort tempoh hari akan menjadi titik punca pada lebih banyak lagi pertemuan bermanfaat pada masa akan datang.

Fi Hifzillah semuanya.

 

 

 

 

“Dari Pergi Sale, Baik Belajar Buat Sale!

oleh Team Richworks pada 07 December 2016

link-post-imkkborneo-dis-2016

“Ya Allah, Lindungilah aku dan duitku dari penangan jualan akhir tahun yang menggila ini. Amin!”

Rasa kelakar? Nampak lucu? Tapi itulah yang mungkin sedang meniti di bibir para wanita, anak muda, lelaki dan semua di luar sana. Kedatangan Disember saban tahun memang mengerikan bagi mereka yang sering tewas dalam pujukan dan rayuan papan tanda harga di setiap ceruk pasaraya. Lagi haru jika mereka punya anak-anak yang sudah pandai minta itu ini. Bagi yang tak sedar diri, habis wang dibelanjakan hinggakan sesak dada nak tunggu bulan hadapan.

Bukan nak kata tak boleh nak shopping, tak boleh nak reward diri, tapi pilih-pilih lah sedikit. Pilihan di tangan anda. Nak yang bermanfaat dan diperlukan atau sekadar hiasan di mata rakan?

Untuk elakkan anda dari terjebak dengan ‘sales madness’ bagai tsunami ni, apa kata anda hadiahkan diri anda dengan sesuatu yang lebih praktikal, lebih baik dan lebih nilai? Sesuatu yang boleh anda gunakan hatta beribu kali berjuta waktu pun, ianya masih relevan dan tak ketinggalan zaman?

Cepat cepat! Masa dah tak banyak untuk kami bebelkan panjang-panjang. Datang saja ke The Klagan Regency Hotel, Kota Kinabalu Sabah pada 24 – 26 Disember 2016 ini dan sertai kami bagi Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) yang super awesome, super bermanfaat dan anda pun terselamat dari bahang sales sempena sambutan Christmas dan tahun baru yang mungkin, boleh buat mata anda berpinar dek poket yang makin menipis.

Perkara yang baik, tak baik disembunyikan. Apa kata bawa rakan, teman dan keluarga anda ke Program kami, dan alami detik-detik permulaan ‘turning point’ hidup anda. Dari seorang yang mungkin suka boros sana sini, kepada seorang yang hebat membina duit. Dare to lose something to gain something better?

InsyaAllah tak rugi. Malah boleh buat poket anda sentiasa kembung berisi nanti. Jangan lupa, kosongkan jadual anda. Lebih baik ‘dating’ di program IMKK, dapat ilmu duit, dari ‘dating’ di shopping malls, habis keluar semua duit!

Macam mana nak daftar? Senang saja, semua di hujung jari. Layari www.azizanosman/imkk/borneo untuk menempah tempat duduk, atau hubungi saja hotline kami, 1300 88 2424 sepanjang waktu pejabat untuk info lanjut.

Jaga-jaga duit anda! Salam kejayaan buat semua.

 
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start