Diari Hidup Saya 2016 & 2017 – Sedekah

oleh Team Richworks pada 07 December 2016

diari-hidup-saya-sedekah

Sikit jer lagi tahun 2016 dah nak habis…

Guru saya pernah beritahu, sentiasa buat “cek diri” apa yang kita buat terdahulu untuk memperbaikinya di tahun hadapan.

Saya pun mengambil pen dan kertas. Ditulis semua aktiviti-aktiviti yang pernah saya lakukan di sepanjang tahun 2016 di atas kertas. Alhamdulillah… banyak aktiviti yang bermanfaat berjaya saya lakukan di tahun ini.

Dari list yang ditulis, mata saya melirik kepada perkataan “sedekah”. Dilihat sedekah yang saya buat semakin meningkat dari tahun ke tahun… alhamdulillah. Teringat kata-kata guruku, “Salah satu cara paling berkesan untuk mencapai kejayaan hidup adalah melalui sedekah. Lagi banyak kamu memberi, lagi banyak kamu akan menerima.”

Apabila kita bersedekah, manfaat sedekah itu bukan untuk orang yang menerimanya sahaja, tetapi ianya adalah untuk diri kita juga. Manfaat yang dibalas oleh Tuhan adalah berkali ganda dari apa yang kita sedekah, ianya boleh jadi dalam bentuk rahmat, maghfirah dan barakah-NYA dalam kehidupan.

Jika kamu berbuat baik, sebenarnya kamu sedang berbuat baik terhadap diri sendiri dan jika kamu berbuat jahat, maka (kejahatan) itu bagi dirimu sendiri juga.’

(Surah al-Isra’, ayat 7)

Pernahkah anda melawati tempat rawatan khas bagi orang-orang yang menghidapi masalah “cacat kekal?” Jika anda diberi peluang, saya cadangkan anda ziarah tempat ini. Kuatkan hati dan cekalkan jiwa, sampai di sana cuba anda lihat keadaan mereka yang mengalami masalah cacat kekal. Bandingkan keadaan mereka dengan diri anda, apakah perbezaan dan persamaan yang anda dapat dari perbandingan ini?

Jangan ceritakan perbandingan ini dengan orang lain, ceritakannya kepada diri sendiri. Ini merupakan cerita saya kepada diri sendiri;

Ya Allah… aku rasa malu dengan diriku. Allah telah pinjamkan tubuh yang lengkap dan sihat kepadaku sedangkan ada orang yang lain hanya mampu terlantar baring di atas katil sahaja. Mereka bukan saja-saja baring di katil, mereka mempunyai kesukaran dalam menggerakkan tubuh mereka, sedangkan aku suka-suka menggerakkan tubuhku ke jalan yang salah. Ya Allah… apakah yang aku telah lakukan selama ini, cukupkah kebaikan yang telah dilakukan selama ini, cukupkah sumbangan yang telah dilakukan selama ini. Aku malu denganmu ya Allah.”

Ini merupakan ayat yang saya ceritakan pada diri sendiri sewaktu menziarahi pusat rawatan khas orang cacat kekal. Tanpa saya sedari, air mata saya menitis dengan sendirinya.

Saya tidak mahu hanya menitiskan air mata sahaja, saya mahu bertindak sesuatu ke atasnya. Saya tahu yang saya tak mampu mengubati mereka yang istimewa ini, tapi saya tahu saya mampu membantu mereka dengan memberi sumbangan yang ada. Saya harap dengan sumbangan yang diberi dapat membantu mereka sedikit di dalam kehidupan.

Terlalu banyak sumbangan dan sedekah yang kita boleh berikan. Banyak agensi badan-badan kebajikan yang masih memerlukan sumbangan dari kita. Kita hanya perlu ringankan tulang membantu mereka.

Percayalah setiap sedekah yang kita berikan akan memberikan manfaat besar ke atas diri kita. Kalau kita betul-betul amati pengertian ‘makna sedekah’ yang sebenar, pasti kita akan menitiskan air mata.

Ini adalah diari hidup saya, dan saya mendoakan agar saya dan anda dapat diberi peluang untuk melakukan lebih banyak sedekah di tahun hadapan, 2017.

 

Puan Nor Azila Komited Berguru Dengan Dr Azizan Osman

oleh Team Richworks pada 23 October 2016

pnnorazila_blog-2600Bila lihat kejayaan orang lain, ambil inspirasi darinya dan jadikan ianya satu sebab untuk kita berjaya.

Tahniah kami ucapkan kepada Puan Nor Azila, pengasas Secret Correa, pengeluar losyen sejuk kurus yang terkenal.

Sebagai seorang ahli Titanium Circle, Puan Nor Azila komited berguru dengan Dr Azizan Osman dan gigih melakukan tindakan dengan ilmu yang dipelajari. Beliau tak pernah ketinggalan untuk hadir ke setiap program dan sesi coaching yang kami adakan.

Bekas jururawat ini, kini berpuas hati dan gembira kerana dapat memiliki kehidupan yang lebih baik dan dapat membantu ramai stokis dan agennya menambahkan pendapatan.

Ini yang sentiasa buat kami terharu dan gembira bila melihat kisah kejayaan anak didik Dr Azizan. Inilah yang menjadikan kami mahu lebih ramai orang berjaya.

pnnorazila_blog-1600

 

 

10 Do’s And Don’ts’ Dalam Bisnes

oleh Team Richworks pada 21 October 2016

donts_blog-5600

Anda baru mulakan perniagaan? Tahniah!

Tapi tahukah anda ada beberapa perkara yang anda perlu tahu tentang memulakan perniagaan? Berniaga jangan syok sendiri, perlu ada ilmu yang betul dan ilmu yang dah terbukti menjayakan ramai peniaga lain. Untuk bantu anda memulakan perniagaan dan untuk bantu anda tak buat kesilapan yang besar, kami kongsikan ‘10 do’s and don’ts’ dalam bisnes’ untuk anda baca, fahamkan dan lakukan tindakan.

Jika anda rasa ilmu ini berguna, sila share kepada rakan-rakan lain yang mungkin sedang bingung berniaga tanpa panduan. Jika anda nak lagi ilmu seperti ini, apa kata cuba hadir ke Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) pada 18-20 November 2016 ini di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam.

Anda boleh layari www.azizanosman.com/imkk untuk mendaftar atau PM kami sekarang atau hubungi 1 300 88 2424 untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan program.

donts_blog-9600

1. Jangan ambil hati

Jangan mudah sentap! Jangan ambil hati dengan pandangan dan kata-kata orang luar. Mereka mungkin mahu menjatuhkan perniagaan anda dan dengki dengan kemajuan yang anda perolehi, atau mereka sebenarnya takut anda gagal. Apa yang perlu anda lakukan ialah, ambil nasihat yang baik-baik sahaja dan anggap ini sebagai cabaran untuk anda perbaiki kelemahan perniagaan anda.

donts_blog-1600
2. Komitmen berterusan

Pastikan tindakan yang anda buat adalah secara berterusan dan penuh komitmen. Bekerja untuk mencapai impian sangatlah digalakkan. Anda tidak mudah gagal sekiranya setiap pekerjaan dilakukan dengan usaha yang tekun. Amat penting untuk anda kekal positif, bersemangat dan bersungguh-sungguh. Ini kerana, jika anda bekerja keras, tetapi sikap anda dengan masyarakat sekeliling adalah buruk, ia boleh membunuh kerjaya anda.

donts_blog-11600

3. Etika kerja yang mantap

Rakan-rakan dan keluarga adalah insan yang penting di sisi anda, tetapi pengorbanan dan keseimbangan harus dilakukan. Perlu diasingkan hal peribadi dan pekerjaan. Jika bercampur, akan merosakkan hubungan majikan dan pekerja. Jangan sebab nak menjaga hati sahabat dan keluarga kita sanggup makan hati dan rugi.

donts_blog-8600

4. Kekal dalam batas profesionalisme

Berhati-hati dalam membina hubungan peribadi dengan pelanggan. Apabila anda membentuk perniagaan, anda sentiasa berhubung dengan ramai pelanggan yang berbagai ragam. Adalah penting untuk melayan semua orang sama rata, tanpa melibatkan perasaan peribadi.

donts_blog-10600

5. Membina rangkaian

Cuba ubah persekitaran anda dan cuba luaskan rangkaian dan kenalan. Anda kena belajar untuk kenal dengan ramai usahawan lain. Jangan takut untuk kenal pesaing anda kerana sebenarnya itu akan membantu anda membina perniagaan yang lebih baik. Jika anda seorang peniaga, dan anda berkawan hanya dengan orang yang bekerja, susah juga untuk anda mendapat sokongan dari mereka.

donts_blog-7600

6. Perjanjian bertulis

Adakah anda seorang yang mencapai persetujuan melalui kata-kata, telefon atau secara berhadapan? Dalam dunia perniagaan, kata-kata sahaja tidak memberi sebarang makna, tetapi kertas kerja adalah paling utama. Ia merupakan satu perjanjian yang sah dan tidak boleh ditipu. Setiap perjanjian bersama stokis, agen, pembekal, pengedar semuanya perlukan perjanjian secara bertulis.

 

donts_blog-4600

7. Sentiasa bersedia

Tidak ada perniagaan yang tidak dibadai ombak. Pasti akan ada turun naik dan untung ruginya. Sekiranya perniagaan bermasalah dengan pelanggan atau sesiapa sahaja, kuatkan semangat, kentalkan jiwa, teruskan berusaha dan maju ke hadapan. Ia akan merugikan masa dan membazirkan tenaga jika anda fikirkannya. Ia tidak memberi apa-apa manfaat kepada anda. Jangan mudah merajuk dengan dugaan. Jadikan ianya suatu alat untuk anda bangun lebih kuat.

donts_blog-6600

8. Jangan salah berguru

Jangan sesekali menerima tunjuk ajar dari rakan-rakan yang tidak ada ilmu perniagaan. Ini kerana, mereka tidak ada pengalaman dan ilmu perniagaan. Apa yang mereka beritahu anda, hanya berpandu pada pemerhatian mereka sahaja. Cari ilmu yang dapat beri anda kepastian bahawa bila anda praktikkan ilmu tersebut, anda akan berjaya.

donts_blog-2600

9. Pembahagian tugas

Peka dengan masa anda dan elakkan dari lalai supaya anda dapat fokus dengan kerja-kerja yang penting. Kadang kala ianya mudah untuk berkata ya kepada setiap perkara, tetapi kekalkan kebolehan sebenar anda dan asingkan mengikut kepentingan. Kalau tidak, anda akan stress. Rancang untuk anda seorang pembantu yang dapat membantu anda dar isemua segi. Bila perniagaan dah semakin besar, bolehlah wujudkan team.

donts_blog-3600

10. Berseronoklah!

Jadikan membina perniagaan sebagai sesuatu yang menyeronokkan. Jika anda tahu dengan jelas matlamat dan kenapa anda mahu berniaga, anda pasti akan bersungguh-sungguh untuk menjadikannya yang terbaik. Jika anda rasa berniaga itu sesuatu yang membebankan, membuatkan anda selalu risau dan lebih murung dari sebelumnya, lebih baiklah anda makan gaji sahaja.

 

 

 

 

Terima Kasih Tuan Hji Lokman Hakim Di Atas Perkongsian Selepas Program MMM (Millionaire Marketing Mastery)!

oleh Team Richworks pada 17 October 2016

tnhajilokman_blog

Terima kasih Tuan Hji Lokman Hakim di atas perkongsian ini selepas program MMM (Millionaire Marketing Mastery)! Sesungguhnya bukan mudah nak buka mata hati orang kita sendiri yang mereka boleh bangkit berniaga Insha Allah.
—————————————————

Alhamdulillah berpeluang berkongsi sedikit pengalaman dgn semua. Segala pugi bagi Allah, Tuhan seluruh alam. Yang merealisasikan impian kami. Juga dipertemukan dgn tuan J, dr @azizan osman dan juga berpeluang bersama dgn circle2 family yg super positive. Bak kata habib, segala pertemuan kita sekarang telah tertulis beribu tahun dahulu.

Sebelum ini kami seperti rakan2 yang lain, minat berniaga tapi tiada bimbingan dari orang yang benar2 telah mempunyai proven success. Jadi segala yuran kebodohan itu terpaksa dibayar dgn masa, tenaga dan juga wang ringgit.

Disini kami kongsikan program yang baru kami hadiri, tapi telah ciptakan impak yg sgt besar bagi kami sekeluarga:

1) IMKK (Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan)
Kenapa namanya magnet?

Kerana hidup kita ni umpama magnet (Law of Attraction). Bila minda kita sentiasa focuskn sesuatu, “sesuatu” itu akan dtg pada kita. “What we visualize, will materialize”. No matter whether its good or bad, so be careful on that. Thats why we need to take care or our “kolam jiwa”

3 powerful connection: Allah, parent & others. This is the magic, the moment u take care of this 3, Allah will take care for everything else.

2) MMM (Millionaire Marketing Mastery)

This class is suitable for every entrepreneur no matter we’re at start up (below 500k) growing (500k -10m) or expanding (10m above). If u ask me, i maybe expert in design, but i’m a bit lost on marketing. Ive learnt so much in this program. The 6 pillar of marketing? 21 strategy? Marketing skills? Owh i’m drown in the sea of marketing info & tips.

Its all about how we connect to people, how to be seen, how to position ourself, types of customer we really want n how to attract them, how to offer others unconditionally, how by giving we’ll get everything? huhu After this class, if u never go to IMKK first, ur mind will b explode! It happen to me before. We went to MMM first, 2 month later we go for IMKK. The 2 month period is hell of a challenge. Frankly speaking, we dont need to spend years for MBA to master our business. Unless if u want to stick with “makan gaji”.

3) MYB (Master your Business)
This is an advance program, its all about how to organize, systemize & build our organization so that it will run auto-pilot. I learnt to manage my business as “on the business” not “in the business” and about financial perspective in business. I also learn comprehensively regarding legals, tax, gst, how by paying all that we get more benefits.

4) RYRR (Retire Young Retire Rich)
It is an advance program that equips us the knowledge of true investor. From managing our financial capital, working capital, how to protect it, and bunch of investment channels. We prepare ourself so that our FFA (Financial Freedom Account) can provide us hefty amount of money and work is only an option not compulsory.

5) Titanium Partnership Program 
This is one of the “main key factor” in our success. In this circle, doc & J treat us like their partners. Menjulangkn obor menerangi setiap langkah2 kami. In the contract stated that they’ll meet us only 3 times for our quarter performance review. They lied.. they meet us more than that.

We will have to present 1 by 1 regarding our business in every angle. Marketing, sales, financial, organization, system, legal and directions. Berpeluh tu setiap kali nk present.

In titanium partners, the circle itself are awesome. We’re like families. Always looks for each others back. We share knowledge, info, experience, thoughts, connection & love unconditionally. U cant find such healthy & perfect circle elsewhere. U will understand what i mean if u’re businessman/women.

Program that i haven’t got chance to participate is:
1)TLM (Total Leadership Mastery)
2)TTT (Train The Trainer)

Some people may say that it is such a waste of money to spend for all the programs, but honestly the money we spent here cannot compare with the amount of money, time & effort we loss before. Also the amount of money we gain after it.

So if someone ask me whether its worth it or not? My answer is…. u tell me.

—————————————————

At the end of the day, #ResultMatters. PM kami jika anda berniaga atau ingin berniaga tetapi tidak mahu buang masa “Trial & Error” tetapi ingin lonjakkan bisnes anda dengan segera Insha Allah!

 

Siapa Sangka Sampah & Najis Boleh Jadi Duit

oleh Team Richworks pada 17 October 2016

hjmat_blog600

Siapa sangka sampah & najis boleh jadi duit kan? Sesetengah orang pandang rendah orang yang berniaga apatah lagi kutip sampah atau sedut najis.

Buka mata hati dan baca sharing ini,

Malam nie nak kongsikan tips perkongsian seorang lagi usahawan yang sangat dihormati. Dia sudah banyak pengalaman tapi terus mahu belajar untuk terus maju.

Semalam di MMM (Kelas Millionaire Marketing Mastery Dr Azizan) beliau kongsikan 7 tips yang beliau guna terus selepas pulang dari hadiri program MMM dan MYB. Menarik sangat! Moga-moga tips beliau boleh kita semua guna untuk organisasi kita pulak. Untuk makluman beliau menjalankan perniagaan perkhidmatan merawat sisa kumbahan dan memungut sampah di Melaka.

1- balik saja dari program Master Your Business (MYB) dia terus buat cabutan bertuah. Sesiapa yang gunakan service syarikat beliau berpeluang memenangi kereta Axia, Motorsikal dan iPhone6S. Haji Mat pandai kerana semua perbelanjaan ini adalah kos Advertising Marketing & Promotion syarikat dan ini perbelanjaan yang dibenarkan. Bijak kan. Belanja sedikit untuk dapat lebih banyak. Dapat attract customer baru dan terus kekalkan belian customer yang sedia ada.

2- guna Facebook marketing, masuk Radio Melaka, masuk majalah Nafas, kongsi maklumat tentang pertandingan secara meluas dan orang akan tertarik. Orang suka benda percuma.

3- terus train pekerja untuk mahir dalam bidang masing-masing. Ini salah satu silibus dalam MYB yang terus beliau gunapakai. Hasilnya, pekerja ada training berterusan dan semakin mahir dalam bidang tugas.

4- beliau sedar yang bisnes perlu ada sistem. Langsung terus adakah mesyuarat untuk bina sistem kerja yang lebih teratur.

5- terus mengutamakan kepentingan service. Matlamat untuk berikan service terbaik pada pelanggan jadi culture baru dalam syarikat. Juga sentiasa menerima feedback pelanggan untuk penambahbaikan service. Sentiasa ambil kira feedback pelanggan.

6- jaga staff sebaiknya. Haji Mat kata, mereka tunggak kejayaan organisasi. Apa yang beliau buat, beri satu amount gaji yang cukup lumayan dan kalau mereka tak capai KPI, staff kena bertanggungjawab. Mungkin kena potong gaji tapi ini jarang berlaku kerana mereka sudah ada ownership.

7- gunakan posting menarik untuk tambah like dan tambah followers. Sentiasa berkongsi cerita dan maklumat. Buat orang suka kita. Bila orang dah suka, mereka akan beli produk kita.

Teruskan usaha Haji Mat. Banyak peluang kerja yang Haji sediakan pada penduduk setempat. Mereka dapat perbaiki keadaan ekonomi mereka dan you have all my respect, Sir.

Credit Sharing dari : Jerry Rizal

P/S Jualan beliau dalam perkhidmatan pembersihan kumbahan (Najis) meningkat dari hanya RM600,000 untuk tahun 2015 kepada lebih RM1.6 juta sehingga September 2016 selepas gunakan ilmu yang dipelajari dari program Dr Azizan Osman.

 

5 Tips Mudah Memulakan Perniagaan Online

oleh Team Richworks pada 11 October 2016

tipsonline_blog-4600


Kami yakin rata-rata semua orang pada hari ini berkemahiran untuk melayari mana-mana laman web di dalam internet. Adakah anda teringin dan jadi usahawan yang menggunakan internet dan media sosial sebagai platform perniagaan?

Rugi sekiranya anda asyik leka melayari laman media sosial tetapi tidak menggunakannya sebagai sumber mendapatkan pendapatan tambahan. Ramai orang dah berniaga di ruang laman sosial seperti Facebook, Instagram bahkan di Whatssap.

Sekiranya anda sedang merancang untuk memulakan perniagaan online, kami ingin berkongsi tips dengan anda bagaimana memulakan perniagaan online dengan betul.

Berikut adalah antara 5 tips bagi memulakan perniagaan online dengan mudah. Buat tindakan sekarang dan mulakan segera.

tipsonline_blog-3600

1. Tak Perlu Buat Produk Sendiri.

Ini antara fakta yang diperakui oleh semua usahawan online yang telah berjaya. Sebagai permulaan, anda tidak perlulah berhempas-pulas dan memeningkan kepala dengan mencipta jenama (branding) dan membangunkan R&D untuk menghasilkan produk anda. Cukup dengan menjual produk yang sudah mempunyai pengikutnya sendiri.

Perlu diingatkan, pelanggan lebih cenderung untuk membeli barangan yang sudah mempunyai jenama yang kukuh berbanding jenama yang baru. Jadi tidak salah rasanya untuk menjual barangan orang lain asalkan ia tidak melanggar sebarang polisi perniagaan.

tipsonline_blog-2600
2. Jangan terlampau fikir untung.

Tunggu! Usah terlalu gopoh di dalam perniagaan. Tiada sebarang teori yang menyatakan pelaburan modal yang besar menjanjikan keuntungan yang besar sekiranya jualan yang anda lakukan tidak konsisten.

Tidak salah untuk berani di dalam melaburkann kos yang besar. Tetapi pastikan anda ada ilmu untuk melakukan ualan anda dan menguruskan kewangan. Ada ramai peniaga yang terlampau mengejar untung sehingga sanggup membeli stok yang banyak tetapi tidak tahu cara terbaik untuk menjualnya.

Fokuskan kepada berapa ramai orang yang anda boleh bantu dengan produk yang anda niagakan. Makin ramai yang dapat faedah dari produk anda, makin besar jualan anda nanti. Anda baru sahaja mahu memulakan bisnes online, mulakan dari kecil dan tingkatkannya bila jualan dah semakin besar.

 
tipsonline_blog-5600
3. Modal yang rendah.

Anda dinasihatkan untuk menjadi lebih bijak di dalam memulakan perniagaan. Jangan buat pinjaman bank, pinjaman Ah Long dan menyusahkan sanak-saudara dengan wang yang ingin dilaburkan di dalam perniagaan online anda.

Anda tidak perlukan modal yang besar kerana anda belum ditahap untuk menyewa premis atau menggajikan pekerja.

Perkara penting yang perlu anda lakukan pada tahap ini adalah memperkasakan laman Fan Page Facebook dan blog anda. Tidak percaya? Just do it, Anda akan terkejut dengan hasil promosi yang anda lakukan ini tanpa mengeluarkan sebarang sen.

tipsonline_blog-6600
4. Risiko yang rendah.

Risiko yang rendah bermakna meminimumkan kerugian. Di dalam hal ini, anda perlu mengenal pasti potensi produk yang ingin dijual.

Sekiranya produk anda adalah dari jenis yang tidak tahan lama, anda perlu merancang jumlah kuantiti pembelian stok agar tiada stok yang disimpan terlalu lama kerana dikhuatiri ianya mudah rosak.

Anda juga perlu kerap mengadakan promosi dari masa ke semasa agar perjalanan jualan produk anda meningkat dan konsisten.

Tiada stok yang disimpan bermakna permintaan terhadap produk anda meningkat dan anda berjaya merendahkan risiko perniagaan anda.

tipsonline_blog-1600
5. Belajar ilmu pemasaran.

Walaupun anda berniaga secara online, anda rasa ramai orang akan melihat apa yang ada jual tetapi, dengan lambaan perniagaan online yang ada sekarang, perniagaan anda mungki tak dapat dilihat oleh orang lain.

Percayalah! Anda boleh mengukur keberkesanana posting anda di laman media sosial melalui berapa “Like” dan berapa “comment” yang anda dapat. Jika setakat 5 like dan asyik dari orang yang sama, nampaknya agak sukar untuk anda membuat jualan.

Pastikan anda belajar ilmu pemasaran mentor yang telah berjaya menghasilkan ramai usahawan-usahawan online.

 

 

7 Tips Berani Berniaga

oleh Team Richworks pada 10 October 2016

 

tip_berani_blog-600

Berniaga memang menjadi idaman semua. Tak kira besar atau kecil, anda pasti rasa seronok bila anda ada perniagaan sendiri, ada kedai atau pejabat sendiri, ada jenama sendiri. Best ‘kan?

Ramai orang tahu berniaga boleh berikan lebih pendapatan. Kita pun dapat melihat ramai orang diluar sana hidup mereka semakin baik setelah mereka berniaga, terutamanya bila mereka ada ilmu yang betul dari mentor yang dah berjaya mendidik ramai usahawan.

Kami nak kongsikan 7 Tips Berani Berniaga untuk anda yang mahu memulakan perniagaan. Semoga tips ini dapat menjadi inspirasi untuk anda teruskan tindakan.

Nak lebih lagi, anda boleh rebut tawaran kami untuk hadir ke Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) pada 18-20 November 2016 di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam.

Layari www.azizanosman.com/imkk untuk mendaftar dan dapatkan hadiah menarik.

tip_berani_blog-6600

1. Tahu apa matlamat dengan jelas, mana halatuju yang nak pergi.

Kesilapan ramai peniaga baru ialah mereka salah pasang niat. Mereka berniaga kerana suka-suka. Setakat lepas duit dapur. Ini tak boleh!

Bila anda mula berniaga anda perlu ada matlamat yang sangat jelas, matlamat untuk dunia dan akhirat.

Anda juga perlu tahu bagaimana cara nak capai matlamat anda. Apa tindakan yang anda nak buat sebulan, 3 bulan, 6 bulan, setahun dari sekarang.

Tanpa matlamat, anda akan mudah putus asa dan jadilah anda seorang yang asyik tukar bisnes setiap bulan!

tip_berani_blog-3600

2. Bila jumpa seorang mentor, sedut ilmu dia dalam-dalam.

Ini penting. Berniaga perlu ada mentor. Mentor yang dah berjaya bina perniagaan. Silapnya kita bila berniaga hanya sebab ikut-ikut orang. Tak boleh ye!

Bila dah jumpa satu mentor yang sudi berkongsi ilmu dan sudi meluangkan masa untuk mengajar anda sebaik-baiknya, sedut ilmu mentor itu banyak-banyak. Dah habis, baru belajar dengan orang lain.

Baru faham dengan jelas apa ilmunya. Ada ramai orang suka lompat-lompat. Tak habis berguru dengan cikgu ‘ni, dah melompat berguru dengan cikgu lain. Akhirnya, tak faham apa-apa.

tip_berani_blog-4600

3. Tidak akan berlaku sesuatu pun tanpa izin Allah SWT.

Dalam hidup, anda perlu sangat yakin dengan Allah SWT. Bila adna berniaga, anda perlu yakin setiap pelanggan yang berurusan dengan anda adalah kerana Allah yang meggerakkannya.

Anda pasti akan berhadapan dengan ujian dan setiap yang berlaku tentu ada hikmah di sebaliknya. Jadi bersedia untuk bertindak sebaiknya.

tip_berani_blog-7600

4. Tingkatkan fokus.

Kunci kejayaan dalam berniaga ialah fokus. Buat sampai habis. Buat sampai jadi.

Contoh, kalau jual produk kesihatan, fokus kepada 1 masalah atau penyakit sahaja. Pakar perubatan terkenal pun tak ada yang jual ubat yang boleh fokus kepada semua penyakit.

Ada peniaga yang suka lompat-lompat perniagaan kerana mereka tak fokus. Bila berhadapan dengan masalah dalam perniagaan yang sedang dibuat, mereka akan putus asa dan buat bisnes lain.

Jangan mudah diperalatkan dan diganggu dengan persekitaran. Bila rasa macam nak lari fokus, ingat kembali apa sebab anda nak berniaga.

tip_berani_blog-8600

5. Gunakan teknologi sebaiknya.

Zaman sekarang teknologi sangat penting dan pantas. Kita dapat tengok berapa ramai peniaga yang jualannya menjadi hebat kerana pandai menggunakan teknologi yang ada.

Adalah rugi dan pelik kalau anda tak gunakan teknologi untuk kebaikan.

Gunakanlah teknologi untuk bina perniagaan yang lebih besar dan lebih berjaya. Teknologi juga boleh membawa keburukan, jadi anda perlu kejar untuk manfaatnya sahaja.

tip_berani_blog-5600

6. Komited.

Mula latih diri untuk komited. Komited untuk ubah diri anda menjadi yang lebih baik dari semalam. Komited untuk membaiki dan mengubah perkara-perkara yang membuatkan kita tak gembira.

Kita perlu buat perkara yang tidak pernah kita buat untuk dapat perkara yang tak pernah dapat. Berniaga perlu komited dan jangan hangat-hangat tahi ayam.

tip_berani_blog-1600

7. Berani bertindak dengan ilmu.

Mesti berani bertindak tapi berani tanpa ilmu, hasil yang diperolehi tak banyak. Berani tanpa ilmu ibarat seperti anda pergi berperang tanpa senjata atau bawa keris pendek dan nak lawan dengan senjata moden.

Sediakan diri anda dengan ilmu perniagaan dan bertindak dengan berani dan penuh yakin bahawa semua usaha anda akan bawa kejayaan.

 

Pertaruhkan Kerja Pramugari MAS, Puan Yuhanis Buka Perniagaan Café

oleh Team Richworks pada 07 October 2016

yuhanis_blog600

Bukan senang untuk memulakan sesebuah perniagaan, lebih-lebih lagi dalam bidang yang melibatkan makanan. Ini kerana, persaingan yang sangat kuat dan munculnya banyak dan pelbagai genre restoran antaranya yang berkonsepkan café, kedai makan mamak dan coffe shop.

Bagi Puan Yuhanis binti Mohamed, pemilik One Serambi Café yang beroperasi di Bukit Jelutong, Shah Alam, beliau mengambil risiko membuka perniagaan makanan berkonsepkan café. Sebelum memulakan perniagaan café, Puan Yuhanis merupakan seorang pramugari Malaysia Airlines yang telah berkhidmat selama 24 tahun dan telah mengambil keputusan untuk berhenti bekerja bagi membantu suaminya.

Beliau bermula tanpa sebarang ilmu dan pengalaman dalam bidang perniagaan. Beliau mengambil keputusan untuk menghadiri program yang dianjurkan Richworks kerana perniagaannya tidak menunjukkan sebarang peningkatan dan mula timbul keperluan untuk mencari ilmu bagi mengembangkan perniagaannya.

Bermula menghadiri program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) dan Millionaire Marketing Mastery (MMM) beliau telah mempelajari teknik-teknik berniaga yang betul dengan bergurukan seorang mentor yang pakar dan cara-cara menjenamakanperniagaannya supaya dikenali ramai. Beliau mempraktikkan ilmu yang dipelajari dan diperolehi melalui program yang dihadiri secara terus tanpa membuang masa.

Dengan menghadiri program di Richworks, terutama Program Millionaire Marketing Mastery dan mengambil pakej Super Supreme, beliau boleh bertanya dan berhubung secara direct dengan Dr Azizan mengenai masalah yang dihadapi tanpa perlu bertanya kepada orang lain.

Setelah menghadiri program-program tersebut, beliau melihat terdapat peningkatan dan perubahan yang positif dalam perniagaan cafenya. Ramai pengunjung baru mula mengunjungi cafenya. Jualannya juga menunjukkan peningkatan sehingga RM85k sebulan.

Puan Yuhanis yang pada awalnya hanya membuka café kerana ‘suka-suka’ dan rasa syok ada perniagaan sendiri mula nampak matlamat perniagaannya dengan jelas selepas hadir ke program-program Richworks.  Beliau yang sebelum ini tak pernah tahu bahawa, perniagaan sebenarnya adalah untuk membantu menyelesaikan masalah orang lain mula rasa teruja untuk mempraktikkan apa yang dipelajari dengan harapan supaya dapat membantu lebih ramai orang menikmati hidangan yang lazat sebaiknya dari café beliau, disamping membantu para pekerjanya mencari pendapatan.

Benarlah kata pujangga, ilmu itu pelita hidup. Tanpa ilmu, kita akan sesat dan kita sendiri dituntut oleh agama untuk menuntut ilmu sehingga ke akhir hayat. Ilmu yang bermanfaat amat berguna dalam kehidupan. Dengan ilmu, kita tidak akan sesat dan hendaklah dipelajari dengan guru yang mahir atau pakar dalam ilmu tersebut.

 

Bermula di ‘car boot sale’ – Jual Bantal Sahaja Dah Mampu Berpendapatan Ratus Ribu

oleh Team Richworks pada 06 October 2016

das_blog600

Siapa sangka, jual bantal sahaja dah boleh buat jualan sehingga ratus ribu sebulan?  Siapa sangka jual bantal mampu beri satu peluang yang cerah bila ianya dikomersialkan dengan ilmu yang dah terbukti berjaya bimbing ramai usahawan.

Bagi Tuan Das Abdul yang merupakan bekas Jurutera Awam dan juga pernah berjawatan sebagai Pengurus Am di sebuah Resort di Terengganu, beliau mula tercari-cari peluang bisnes sehingga mendapat idea untuk menjual bantal hotel di ‘car boot sale’.

Bukan  mudah untuk beliau bermula dengan meninggalkan zon selesa, dan mengambil keputusan untuk berhenti kerja sebagai Jurutera Awam dan cuba terjun dalam bidang perniagaan bantal di ‘car boot sale’. Dengan itu, beliau mula mengambil keputusan untuk menghadiri program Richworks demi memperkasa perniagaan bantalnya.

Dalam program Millionaire Marketing Mastery (MMM) yang dihadirinya, beliau tak pernah lepas mengambil seberapa banyak peluang untuk bertanyakan pelbagai jenis soalan kepada Dr Azizan Osman. Melalui sesi Coaching juga, Dr Azizan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi beliau dengan memberikan jawapan-jawapan yang luar biasa yang kemudianya beliau praktikkan sehingga mampu memperolehi hasil yang  luar biasa.

Hasil yang beliau dapat adalah berbaloi dengan yuran yang dibayar dan ilmu bermanfaat yang diperolehi melalui program Richworks. Beliau yang kini memiliki 63 agen hanya bermula dengan menjual 8 biji bantal dan kini mampu menjual 12,000 bantal sebulan dengan hasil jualan mencecah RM500k. Beliau juga bersyukur kerana dapat bantu agennya meningkatkan pendapatan melalui bisnes bantal sahaja.

Menurut beliau tanpa ilmu dari Program Richworks beliau mungkin masih jual bantal di ‘carboot sales’. Kini bantalnya D.A.G Pillow sedang naik mencipta nama  dan kebanyakannya dibekalkan kepada hotel-hotel. Kualitinya juga bermutu tinggi, lembut dan gebu serta sesuai dengan tekstur kepala dan bahu. Iklannya juga boleh didengari di corong radio.

Kesimpulannya, untuk mencapai kekayaan dan kejayaan, kita hendaklah berani mengambil risiko dalam hidup dan keluar dari zon selesa. Berani bertindak tetapi tanpa ilmu, hasil yang diperolehi adalah tidak banyak. Manakala, berani berdasarkan ilmu dan ada mentor, akan memprolehi keputusan yang lebih baik.

Bermula di ‘car boot sale’ – Jual bantal sahaja dah mampu berpendapatan ratus ribu

 

Pernah pertaruhkan duit susu anak, Athirah kini mampu buat jualan sehingga RM150k sebulan.

oleh Team Richworks pada 28 September 2016

atira_blog

Puan Noor Athirah Abdullah, boleh sahaja untuk menyesal kerana terpaksa melepaskan tawaran kerja di China. Beliau yang hanya berusia 25 tahun bergelut dengan perniagaan yang hanya memberikan pendapatan RM50 sehari. Berkahwin di usia muda menambahkan tekanan dalam kehidupan.

Dengan duit syarikat hanya berbaki RM2500, Noor Athirah terpaksa berlagak seperti segalanya OK kerana tidak mahu merisaukan orang tua, Saban hari beliau berdoa supaya ditemukan dengan seorang mentor yang mampu membimbing beliau dalam perniagaan. Berbekalkan duit syarikat RM2500 itulah beliau mendaftar ke Program Intesif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK). Duit itulah yang digunakan untuk belanja penginapan dan tambang. Dalam hati, hanya berfikir bagaimana mahu menampung kehidupan terutama duit susu anak selepas ini kerana hanya RM2500 itu sahajalah yang ada.

Tamat program IMKK, terpaksa pula rompak rantai anak dan gadaikannya dengan nilai RM500 untuk perbelanjaan perniagaan. Alhamdulillah, dengan ilmu kolam jiwa dan menjaga logistik beliau mampu meningkatkan jualan sehingga RM45,000. Dengan duit itulah beliau meneruskan perniagaan dan membayar hutang-hutang.

Namun, hatinya tak mudah puas. Beliau mula yakin ilmu dari Dr Azizan mampu untuk bantu beliau dan keluarga untuk miliki kehidupan yang lebih baik. Beliau mula mendaftarkan diri ke Program Millionaire Marketing Mastery (MMM) pada Januari 2016 dengan tiket VIP. Namun, tawaran untuk sessi coaching bersama Dr Azizan Osman dalam pakej Super Supreme sangat-sangat menarik hatinya. Sekali lagi beliau terpaksa berhutang demi mendapatkan tiket ke Super Supreme.

Di dalam Program MMM, Athirah bagaikan tidak sabar untuk pulang dan praktikkan semua ilmu yang dipelajari. Tak sangka, hanya dengan mempraktikkan ilmu seperti memasang bunting di seluruh pekan Rantau Panjang, beri tawaran beli satu percuma satu dan bina networking telah melonjakkan perniagaan beliau. Hanya dalam masa 6 bulan selepas pulang dari Program MMM, perniagaan beliau mula membuahkan hasil. Beliau kini juga aktif memberikan kelas pemasaran kepada agen-agennya dan terus menghadiri program-program anjuran Richworks yang lain demi memastikan perniagaannya dapat berkembang di atas landasan yang stabil.

Anda pun mampu miliki perniagaan yang berjaya seperti beliau. Jika perniagaan anda sekarang tidak mampu beri anda pendapatan jualan sehingga minima RM30,000 sebulan dan jika anda mahu membina perniagaan yang mampu memberi pulangan yang menguntungkan dan berpanjangan serta mampu menjadi yang ternama di antara pesaing, anda harus hadir ke Program Millionaire Marketing Mastery (MMM) pada 14-16 Oktober 2016 di Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor.

Layari www.marketingmastery.com.my untuk mendaftar atau PM kami segera atau hubungi kami di 1 300 88 2424 (waktu pejabat)


Beri peluang untuk diri sendiri bina perniagaan yang berjaya.

Salam Kejayaan.

Team Richworks

 
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start