Capai Impian, Ubah Kehidupan, Itulah Ukuran Sebenar

oleh Team Richworks pada 26 September 2016

titaniumblog

“Kau belajar dengan Azizan tu kau dapat apa?”

Itulah soalan yang selalu ditanya kepada anak didik saya terutamanya #TitaniumCircle #TitaniumPremier.

The thing is, hanya yang melalui akan merasai dan menikmati peningkatan diri, hidup, bisnes dan kewangan.

Apa perasaan anda bila anda baru berniaga satu tahun, tidak ada pengalaman berniaga sebelum ini dan hanya bekerja makan gaji, tetapi Alhamdulillah bisnes anda dalam tahun pertama berniaga ini dalam tempoh dari Januari 2016 hingga September 2016 jualan anda mampu mencapai jualan lebih RM6 juta ringgit? Apa perasaan anda?

Apa perasaan anda bila berniaga bertahun-tahun sekadar mampu capai jualan paling tinggi setahun pun hanyalah RM700 ribu ke RM800 ribu namu tahun ini sahaja jualan mencapai lebih RM10 juta dan keuntungan margin meningkat lebih 30%?

Dan beberapa kes mereka ini yang tidak nampak potensi bisnes mereka seperti seorang usahawan ini tidak nampak bahawa bisnes beliau dalam public speaking training mampu capai RM7 juta setahun In sha Allah jika dia follow exactly apa yang saya tunjukkan.

Selama 5-hari yang lepas, saya berada di Inner Circle Coaching & Meeting (ICCM) di Kota Kinabalu.

Saya spend time 2-hari bersama group usahawan yang saya panggil sebagai #TitaniumPremier seramai 10 orang. Mereka ini telah saya bimbing memasuki tahun ke-2 dan Alhamdulillah peningkatan bisnes mereka sehingga ada yang mampu mencapai lebih RM2 juta ringgit sebulan, bukan setahun. 3-hari berikutnya saya spend time bercakap dan coach seorang demi seorang bersama lebih 100 usahawan dari 8.30pagi hingga 12malam. Mendengar dan review jualan, prestasi serta pencapaian bisnes mereka setahun ini dan kami bersama menetapkan sasaran bisnes mereka seterusnya. Menyelesaikan roadblocks bisnes mereka serta melihat apakah business model yang mungkin perlu diperbaiki bagi meningkatkan lagi nilai bisnes mereka serta menguntungkan mereka Insha Allah.

Jika di sekolah, bila anda mampu mendapat markah lebih 60# bermaksud anda lulus periksa dan bila anda mampu capai lebih 95% bermaksud anda adalah cemerlang, maka suka saya kongsikan, Alhamdulillah pencapaian lebih 100 orang anak didik saya yang saya pantau secara dekat selama setahun ini adalah cemerlang kerana semua mereka Alhamdulillah mencapai peningkatan yang sangat bagus sehingga ada yang meningkat lebih 5-6 kali ganda dalam tempoh setahun ini dengan izinNya.

At the end of the day walau dengan siapa anda mahu belajar, ingat #resultmatters. Biar saya kongsikan apakah result peningkatan jualan anak didik saya Alhamdulillah dalam tempoh setahun ini. Ini adalah result yang kami catatkan tracking daripada report yang mereka kena laporkan kepada saya sepanjang 3-hari 2-malam saya gone thru seorang demi seorang In sha Allah di #TitaniumCircle ICM (Inner Circle Meeting) kali ini di Kota Kinabalu dari 23-25 September 2016. Jumlah jualan semua 100 lebih usahawan ini #TitaniumCircle dari suku pertama ke suku ke-3 tahun lepas 2015 adalah RM171juta (RM171,988,398.29).

Anda ingin tahu berapa banyakkah peningkatan jumlah jualan semua mereka ini selepas setahun? Jualan mereka keseluruhannya meningkat secara putara adalah 35% atau RM109juta (RM109,019,975.43) kepada RM281 juta (RM281,008373.72) untuk total Q1-Q3 tahun ini 2016. Nilai jualan Titanium Circle dalam dewan kali ini adalah lebih suku billion ringgit.

Ingat, Result Matters. Kejayaan seseorang dalam bisnes dilihat atau dinilai tidak sama seperti cara kita menilai orang yang bekerja dan makan gaji. Pencapaian seorang usahawan tidak bergantung kepada berapa bagus CGPA dia masa belajar kalau dia belajar, bukan bergantung kepada mana universiti dia belajar, universiti mana dia belajar, berapa banyak izazah dia ada, berapa muda atau tua umur dia atau apa rupa wajah dia.

Kejayaan dan pencapaian bisnes adalah dinilai daripada Key Numbers dalam bisnes tersebut. Nombor-nombor penting seperti Jualan, Keuntungan sebelum cukai dan selepas cukai, berapa besar potensi pasaran, scalability, sustainability dan growth. Lastly adalah the value of the company. Nilai syarikat tersebut.

Jangan berniaga hanya sekadar nak cukup-cukup makan. Takut2 nanti tak cukup nak makan apatah lagi nak beri makan orang lain.

Jika kita mahu tingkatkan bisnes kita dan tahap kewangan kita, kita perlukan mentor yang ada result. Proven success result adalah kunci penting kerana ia akan menjimatkan masa kita untuk menbayar “yuran kebodohan” buat banyak kesilapan dalam bisnes atau tidak memaksimakan potensi bisnes anda yang sebenar.

Alhamdulillah satu perkara yang rasa syukur melihat pencapaian anak didik saya dalam Titanium Cirlce serta ramai anak didik saya di luar sana adalah, semakin Allah swt beri mereka rezeki yang bagus, semakin banyak mereka membantu orang lain. Semoga istiqomah dan saya bangga dengan kalian.

Biar apa orang cakap, yang penting anda dapat result. Anda dapat bahagiakan keluarga dan orang tersayang di sekeliling anda, perbaiki tahap kewangan anda dan dapat bantu ramai orang lain tanpa perlu sembang lebih.

Saya doakan setiap anda sesiapa pun yang mengikuti dan membaca perkongsiaan ini akan sentiasa diberkati Allah swt dan makbul segala hajat.

Ingat, Sebaik-baik manusia adalah manusia yang BERMANFAAT kepada ramai orang lain. (petikan hadis)

 

7 Tips Untuk Memulakan Perniagaan

oleh Team Richworks pada 23 September 2016

“Ramai orang banyak ilmu tapi kurang tindakan.”

Dr Azizan Osman

Anda mungkin antara mereka yang memiliki banyak ilmu dan ingin mula berniaga, tapi apakah persediaan serta perancangan anda untuk memulakan sesuatu perniagaan?

 

Kami kongsikan 7 tips mudah ini untuk anda fikirkan.

 

tipsperniagaanblog-2

 

1. Jangan mengambil sebarang pinjaman peribadi.


Elakkan berhutang dengan bank. Jika anda terpaksa berhutang, lebih baik meminjam daripada keluarga, saudara mara dan sahabat handai. Lunaskan hutang dengan segera.

Anda juga mungkin boleh memilih untuk ‘main kutu’. Contohnya anda bermain kutu dengan 12 orang rakan.

Setiap orang membayar RM1000 sebulan. Setiap bulan, undi akan dicabut untuk menentukan giliran penerima iaitu sejumlah RM12,000.

tipsperniagaanblog-3

 

2. Lakukan dengan berterusan.

Dalam perniagaan jangan ada sikap henti-henti, rehat-rehat. Sekali kita henti, dah susah nak mulakan balik.

Walaupun ada dugaan dan halangan di tengah jalan, tetapkan dalam diri untuk lakukan kerja dengan berterusan. Tidak mengapa sedikit-sedikit, asalkan konsisten dan sentiasa berjalan.

 

tipsperniagaanblog-4

 

3. Miliki etika kerja yang kuat.

Jaga etika kerja anda dalam perniagaan. Pelihara kebajikan pelanggan dan pekerja. Pastikan wujudnya ‘win-win situation’. Elakkan penipuan dan pelihara kualiti barangan dan perkhidmatan.

Pelanggan yang merasakan dirinya tertipu akan memboikot anda dan meminta rakan-rakannya turut melakukan perkara yang sama. Ini bermakna, anda akan kehilangan ramai pelanggan.

Pelanggan yang berpuashati akan menjadi pelanggan setia dan sukarela mempromosikan perniagaan anda kepada orang lain – secara percuma

 

tipsperniagaanblog-5

 

4. Didik diri anda dalam kerjaya yang dipilih.

Didik diri anda bagaimana untuk menjadi usahawan atau tokoh-tokoh perniagaan yang dapat membina, mengukuhkan perniagaan dan menghadapi krisis dalaman dan luaran.

Pelajari taktik bijaksana perniagaan Rasululullah SAW dan para sahabat beliau sehingga berjaya mengatasi cengkaman ketidakadilan ahli perniagaan pada zamannya.

 

tipsperniagaanblog-6

 

5. Dapatkan segala-galanya dengan cara bertulis.

Dari segi undang-udang, janji lisan juga satu perjanjian. Tetapi, jika timbul masalah pelanggaran kandungan perjanjian, maka tidak ada pembuktian secara bertulis atau hitam putih mengenainya.

Lainlah jika perjanjian itu ada saksi. Itupun masih tidak dianggap bukti kukuh, tambah-tambah jika kewibawaan saksi diragui.

tipsperniagaanblog-7

 

6. Berhati-hati bila bekerjasama dengan sesiapa.

Cari rakan kongsi yang boleh dipercayai. Buat perjanjian bertulis yang lengkap. Banyak syarikat mengalami kerugian kerana rakan kongsi yang tidak amanah.

Berhati-hati dengan rakan kongsi meskipun ianya pasangan, ahli keluarga ataupun sahabat baik. Sediakan payung sebelum hujan agar hubungan tidak retak kerana wang.

Bantu mereka menjadi amanah dan jadikan perniagaan sebagai medan untuk mengukuhkan hubungan.

 

tipsperniagaanblog-8

 

7. Berseronoklah!

Akhir sekali, ‘have fun’ dalam menjalankan perniagaan. Jangan lupa tunaikan kewajipan agama, amalkan solat sunat Dhuha dan amalan sunnah lain.

Tunaikan zakat perniagaan bila cukup nisab dan haul. Bersedekah pada orang yang memerlukan. Sekiranya berkemampuan, laksanakan tanggungjawab sosial. Do have fun!

 

tipsperniagaanblog-1

 

 

 

 

10 Ciri-ciri Lelaki/ Pemuda Inspirasi Malaya

oleh Team Richworks pada 22 September 2016

azizanosmanblog-9-800

 

1. Jaga Solat.

Lelaki yang mendahulukan dan mengutamakan solat dalam kehidupan. Terutamanya solat 5 waktu dan terbaik adalah secara berjemaah terutamanya Suboh dan lain-lain waktu. Masjid sentiasa menjadi rumah keduanya. Boleh menjadi makmum yang baik dan imam yang bagus.

 

 

azizanosmanblog-10800

2. Sentiasa jaga solat-solat sunat

Lelaki yang melakukan solat-solat sunat seperti tahajud, dhuha dan solat sunat sebelum atau selepas solat fardhu

 

azizanosmanblog-11

3. Lelaki yang memahami hukum-hakam

Perkara Fardhu Ain, Tauhid, Hal Ehwal Ibadat serta Menjaga Adab.

 

azizanosmanblog-1

4. Lelaki yang menjaga sahsiah diri serta adab

Terutama dalam urusan seharian serta perhubungan dengan orang sekeliling serta pandai menghormati orang lain terutamanya yang lebih tua dan menyayangi yang lebih muda. Anak yang soleh.

 

azizanosmanblog-2

5. Lelaki yang independent, seorang yang rajin berusaha, komited dalam melakukan sesuatu.

Pandai cari duit dan simpan duit samada melalui kerja atau berniaga. Mempunyai pendidikan agama yang baik serta pendidikan dalam pelajaran adalah satu kelebihan.

 

azizanosmanblog-3

6. Lelaki yang berzakat samada pendapatan atau perniagaan. Dan suka bersedekah.

 

azizanosmanblog-4

 

7. Lelaki yang boleh menjadi pemimpin, imam dalam solat berjemaah dan baik bacaannya serta bagus amalannya. Buat apa yang Allah swt suka dan jauhi apa yang Allah swt tidak suka seperti merokok.

 

azizanosmanblog-5

 

8. Lelaki yang boleh membaca Al-Quran serta hidup dengan Al-Quran.

 

azizanosmanblog-6

9. Lelaki yang bertanggungjawab dalam setiap perkara yang dilakukannya. Bukan sekadar hidup tetapi hidup memberi manfaat kepada ramai orang lain. Bukan sekadar hidup tetapi memberikan kehidupan!

 

azizanosmanblog-7

10. Lelaki yang boleh memahami orang sekeliling dan boleh bertolak ansur. Dia boleh menjadi pendengar yang baik serta menyokong usaha orang sekeliling bila diperlukan.

 

azizanosmanblog-8

 

Bagaimana Dr Azizan Osman Mampu Mengajar Beratus Ribu Orang di Malaysia?

oleh Team Richworks pada 29 August 2016

Dr Azizan Osman

Alhamdulillah semalam saya diminta berbicara di hadapan orang-orang penting di sebuah organisasi di Jakarta.

Kemudian saya diwawancara oleh team editor majalah korporat mereka. Antara soalan menarik yang ditanya kepada saya adalah,

Bagaimana saya mampu mengajar beratus ribu orang di Malaysia untuk bangkit berniaga, membina beribu usahawan dan jutawan?

Saya jawab:-

1/ Tidak ada perkara yang mudah- Kuncinya terletak kepada ilmu dan pengalaman yang saya lalui di dalam jatuh bangun membina syarikat agensi pengiklanan dan pemasaran serta bekerja membantu projek-projek pemasaran pelbagai jenama dan industri sejak 2001 In sha Allah. Dan kekuatan saya yang Allah swt berikan adalah kemampuan menangkap process atau sistem sesuatu perkara dengan pantas untuk diikuti oleh orang lain.

2/ Dengan pengalaman tersebut juga, saya membina kumpulan syarikat Richworks yang sedikit masa lagi In sha Allah dalam rangka penstrukturan semula menyediakannya untuk bersedia listed di bursa saham tertentu yang belum boleh dinyatakan buat masa ini.

3/ Saya percaya, hanya usahawan yang telah membina bisnes sendiri mencapai tahap tertentu dari segi Result serta terbukti membina usahawan lain akan lebih mudah membina formula yang terbukti berjaya. Teori semata-mata seperti yang banyak diajar oleh mereka yang bukan usahawan kepada usahawan akan melahirkan hasil yang sawan.

Formula yang sama jugalah yang akan saya sesuaikan untuk membantu membangunkan 1 juta usahawan dan mudah-mudahan jutawan di Indonesia dan Malaysia In sha Allah menjelang 2021!

Banyak perkara berlaku beberapa minggu ini dan terutamanya 3-hari ini yang shifted banyak perkara di hadapan kami In sha Allah. Ada banyak berita luar biasa yang tidak dapat saya mahu kongsikan buat masa ini kerana ia belum boleh diumumkan! In sha Allah akan dikongsikan kegembiraan satu persatu. Terima kasih atas setiap doa dari kalian dan semoga doa kalian yang mendoakan saya akan kembali berganda buat anda semua In sha Allah Amin YRA!

Tontonlah semua kisah kejayaan anak didik saya di youtube. Tonton dan hadamkan! Tanya diri sendiri, apa yang membezakan anda dengan mereka?

Nescaya jawapan yang anda akan jumpa adalah formula yang saya himpunkan bertahun lamanya iaitu:-

M.E.S.T.I

Siapa next?

Doakan perjalanan baru kami di Richworks Academy akan dipermudahkan Allah swt.

gambar-dr-azizan-blog-jakarta

#ResultMatters
#AzizanOsman

 

Nor Azila Cari Diri Sendiri

oleh Team Richworks pada 08 July 2016

image

Pemilik Secret Correa ini kenali diri di IMKK.

Kaya duit tak tentu lagi anda kaya masa.

Kadang-kadang kita terlampau sibuk dengan urusan seharian sehingga kita tidak ada masa untuk kenal diri sendiri. Ada ke orang yang tak kenal diri sendiri?

Ada! Bila kita hidup, setakat bernafas sehari-hari dan tak tahu apa tujuan sebenar kita diberi nafas. Bila kita hidup setiap hari tanpa tahu arah tujuan yang sebenar. Ramai antara kita sangat sibuk dan disibukkan sehingga kita tak sempat nak beri masa untuk diri sendiri. Apakah kaitan kejayaan dan kekayaan dengan kesibukan rutin harian anda dalam mengenal diri?

Sebenarnya, melalui kekayaan, anda mampu ‘membeli’ masa yang boleh anda gunakan untuk menghargai dan menginsafi diri sendiri. Malah melalui kekayaan juga anda mampu membuka lebih banyak peluang untuk membantu orang lain serta menjadi manusia yang lebih bermanfaat. Dan itulah antara tujuan kita untuk hidup.

Tapi, tak semua orang faham tentang hakikat ini.

“Masa saya join IMKK time ‘tu terus terang saya dah cecah, dah pegang six figures tapi saya nak mencari sesuatu yang saya belum rasa puas dan Alhamdulillah di IMKK inilah pertemuan saya dengan inner-self, saya jumpa diri saya.”

Menurut bekas jururawat ini, antara perkara yang paling terkesan yang dipelajarinya di program IMKK ialah bagaimana membina matlamat serta mengenali diri sendiri. Kekayaan sahaja tidak cukup jika nikmat kekayaan itu tidak kita kongsi. Kekayaan sepatutnya mendekatkan lagi diri kita dengan Yang Maha Kaya. Memberi nilai kepada orang lain juga tidak semestinya hanya dengan berkongsi harta benda kerana harta yang paling berharga dan tidak ternilai harganya adalah ilmu itu sendiri. Ini adalah antara perkara yang sangat ditekankan di dalam program kami.

Selain itu, mempunyai mentor itu juga adalah salah satu faktor yang kurang dititik beratkan oleh usahawan di luar sana. Mereka lebih selesa dengan konsep ‘trial and error’ sedangkan melalui mentor, kesalahan itu dapat dikurangkan kerana kita dapat belajar dari pengalaman mentor-mentor yang ada hari ini. Kurangnya kesalahan, kos dan masa turut dapat dijimatkan.

Di program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK), ilmu yang bakal dikongsikan bukanlah yang dipetik dari mana-mana buku. Ianya adalah hasil dari pengalaman bertahun-tahun jatuh bangun kehidupan Dr Azizan Osman sendiri diadun dengan ilmu-ilmu dari pakar-pakar antarabangsa yang terkenal, yang dipelajari oleh beliau.

Anda juga akan belajar langkah demi langkah bagaimana membina kebahagiaan dengan memahami strategi membina kewangan dan pelaburan yang sistematik samada di dalam kerjaya atau perniagaan anda. Anda juga akan diajar bagaimana menarik keberkatan dalam hidup anda.

Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) adalah satu platform yang sesuai untuk membantu anda mengenali kemampuan diri anda sendiri.

Layari www.azizanosman.com/imkk atau www.azizanosman.com/imkk-sabah untuk maklumat lanjut.
Buat keputusan sekarang untuk ubah dan perbaiki kehidupan anda.

Salam Kejayaan, Team Richworks.

 

8 Tip Diet Sihat Di Hari Raya

oleh Team Richworks pada 07 July 2016

image

Masalah global! Berat badan naik mendadak seawal hari raya pertama. Ada sesiapa yang dah alami perkara ini?
Inginkan badan kekal solid di Hari Raya seperti waktu Ramadhan yang baru berlalu? Jom kita lihat tip yang boleh diguna pakai untuk langsing menawan di Aidilfitri. Nak jadi seorang yang berjaya dunia akhirat, kesihatan perlu juga di jaga. Tak guna kalau kaya tapi tak sihat. Betul?

1. Kawal Nafsu.
Ini yang paling utama. Nafsu makan yang tak terkawal lah punca berat badan anda naik mendadak di Hari Raya. Elok-elok dah jadi duyung waktu Ramadhan, tiba-tiba di Hari Raya, anda jadi dugong. Ya, betul, memang semua juadah raya ni tersangat lah sedap dan tak kan dijumpai di hari lain, tapi, anda juga yang stress bila lihat skala timbangan bagai berpusing-pusing tak mahu berhenti kan?

2. Minum Air Kosong.
Air kosong memang semacam mimpi ngeri bagi sesiapa yang tak biasa minum. Lagi-lagi di hari raya. Banyak air yang berwarna-warni terhidang di meja. Ada yang merah, hitam, kuning, oren, biru, hijau, cakap saja, semua ada. Tapi ingat, yang berwarna tu semua bergula tinggi!. Air kosong mampu beri kesegaran yang lebih bagus kepada tubuh dan lebih berkesan menghilangkan dahaga. Selain dari membantu proses pencernaan dan penghadaman dengan lebih baik dan mengelakkan sembelit! Ya lah, kan dah makan macam-macam pagi, tengahari dan malam raya?

3. Bersenam.
Bukanlah nak suruh anda bersenam dengan treadmill, dumbbell atau berboxing di hari raya. Cukuplah dengan hanya berjalan pantas sewaktu nak pergi beraya rumah jiran. Berjalan keliling kampung waktu ‘kan lebih baik berbanding menaiki kenderaan. Kalau panas, sediakan payung. Kalau rumah jauh sangat, naiklah kenderaan tapi, parkir kereta atau motor anda jauh sedikit dari rumah. Jangan pula parkir terus depan pintu!

4. Guna Pinggan Kecil.
Juadah raya buatkan kita rasa nak makan semua sekali sekaligus dalam satu round, betul? Tak perlu malu-malu. Hampir kesemua orang pun macam tu. Tak mengapa, kali ni, cuba ambil pinggan yang lebih kecil untuk isi makanan. Sebenarnya, selagi pinggan tak penuh, selagi tu lah kita isi. Bila guna pinggan kecil, cepat penuhnya. Psikologi! Kalau pun nak makan semua yang di hidang, habiskan dulu yang di pinggan. Tak baik membazir.

5. Kawal Portion Makanan.
Maksudnya, ambillah semua makanan yang anda suka, tapi dalam kuantiti yang kecil dan sederhana. Mungkin boleh ambil sedikit sayur lodeh, sedikit rendang, ketupat atau lemang, serta buah-buahan. Jangan rambang mata bila tengok makanan

6. Berhenti Sebelum Kenyang.
Ini lagi satu habit di hari raya yang hampir kesemua orang tak mampu buat. Sebab utamanya, juadah sedap, tak jumpa di hari lain, dan tak nak kecewakan tuan rumah! Semua pun kita lihat sedap di mata dan di tekak. Sedangkan Rasulullah saw yang berpesan sebegini, mestilah ada kebaikannya ‘kan? Ia juga boleh elakkan anda berasa senak dan sakit perut. Selain dari membolehkan anda tetap gagah nak round satu kampung beraya!

7. Elakkan Air Berkarbonat.
Air berkarbonat ‘ni paling banyak dan paling senang untuk dijumpai di hari raya. Sebabnya, senang bagi tuan rumah, dan tak leceh. Beli saja berkaton-katon, beli ais, hidangkan. Tak perlu nak bancuh-bancuh. Tapi kita yang tetamu atau kita sendiri sebagai tuan rumah berpada-pada lah dalam mengambilnya. Air berkarbonat adalah lagi tinggi kandungan gula nya berbanding air bancuh biasa!

8. Puasa 6.
Ha! Ini yang paling bagus. Setelah beberapa hari beraya, cuba buat puasa 6. Untuk redakan balik perut anda, dan untuk rehatkan perut sekejap. Dah puasa sebulan, tiba-tiba masuk makanan bertubi-tubi dalam perut. Kasihan dia, terkejut. Boleh cuba puasa selang-selang ataupun puasa terus. Lagi pula, puasa 6 ni antara fadhilatnya ialah Allah SWT jauhkan orang yang berpuasa enam daripada api neraka dengan jarak tujuh puluh tahun. InsyaAllah, semoga amal kita diterima.

Daripada Abu Ayub al-Ansari, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada Syawal, maka puasanya itu seperti puasa sepanjang masa.” – (Riwayat Muslim)

Semoga bermanfaat. Kesihatan juga adalah satu kekayaan. Jangan sekali-kali kita abaikan. Tiada gunanya kalau kita menjadi seorang hartawan tapi tak dapat nak menikmatinya kerana masalah kesihatan. Lagipun, menjadi sihat dan berpenampilan baik adalah salah satu cara paling ringkas untuk kita menyebarkan Islam. Bila kita berpenampilan baik dan akhlak yang bagus, mudah untuk menarik perhatian orang lain terhadap Islam.

Jangan pandang remeh kesihatan anda.

Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir & Batin!
Team Richworks

 

Bersilaturrahim Di Aidilfitri

oleh Team Richworks pada 06 July 2016

image

Selamat Hari Raya Aidilfitri! Maaf Zahir Batin!

Bagaimana sambutan Hari Raya anda hari ini? Kami doakan semuanya berjalan lancar. Anda pasti sedang bergembira berkumpul bersama sanak saudara dan rakan-rakan.

Hari raya adalah waktu terbaik untuk kita saling mengeratkan silaturrahim. Budaya kunjung mengunjung sepatutnya kita terus amalkan. Bila kita fikirkan, hanya di hari raya sahaja kita berpeluang untuk saling bertemu dan beramah mesra dengan saudara mara dan rakan-rakan.

Menjalin silaturrahim adalah salah satu seruan dalam agama. Orang yang gemar bersilaturahim pun akan mendapatkan manfaat yang tak terhingga dalam kehidupan sehari-hari. Rasulullah SAW mengungkapkan, orang yang suka dan gemar bersilaturahim akan di luaskan rezekinya dan dipanjangkan usianya.

Tapi, dalam kita saling kunjung mengunjungi rakan taulan dan sahabat handai dan menjalinkan silaturrahim, ada beberapa pantang larang yang bagus untuk kita ikut :

1. Jaga batas aurat dan mahram.
Paling penting! Jangan masuk rumah selagi salam yang anda beri belum dijawab. Mungkin tuan rumah masih belum bersedia untuk menerima tetamu. Nak beri salam pun janganlah betul-betul di muka pintu, dibimbangi tuan rumah dalam keadaan tidak menutup aurat dengan sempurna. Sebaik-baiknya tunggulah sehingga 3 kali salam dan bila dijawab salam dan dijemput masuk, baru lah masuk. Jangan main redah je!

Bila nak bersalam pun, bersalamlah dengan yang mahram sahaja. Ingat tu ye!

2. Jangan Tanya Soalan Sentap.
Kadang-kadang bila terlampau seronok berjumpa sahabat handai dan saudara mara, jangan lah cemarinya dengan soalan-soalan sentap. Anda hanya mematikan mood raya. Contoh soalan sentap seperti:

– “Bila nak kahwin?”
– “Kau dah kahwin lama kan, bila nak dapat anak?”
– “Kerja apa sekarang, gaji berapa sebulan?”
– “Kau pakai kereta apa?”
– “Dah gemuk ye?”
– “Apasal muka kau banyak jerawat?”
– “Bisnes apa sekarang? Bisnes hari tu tak jadi ke?”

Dari niat baik nak bersilaturrahim, anda hanya buatkan orang menyampah dan meluat sahaja dengan anda. Lebih-lebih lagi jika anda bertanya di hadapan orang ramai. Anda hanya menjatuhkan air muka orang lain sahaja.

3. Beri Peluang Orang Lain Bercakap.
Pernah tak jumpa orang yang asyik nak kita dengar cerita dia sahaja? Pernah? Janganlah asyik nak dominasi perbualan sahaja bila berkunjung ke rumah orang lain. Lebih teruk, kalau anda bercerita dengan suara yang kuat dan ketawa berdekah-dekah. Tak senonoh betul! Beri peluang untuk orang lain berkongsi kisah mereka juga. Kadang-kadang, menjadi pendengar itu adalah yang lebih baik. Bila anda beri perhatian kepada orang yang bercerita, mereka juga akan beri perhatian bila anda bercerita.

4. Raikan Tetamu.
Ini satu lagi perkara pelik yang selalu terjadi di hari raya. Ada orang seolah tak suka bila orang lain datang beraya ke rumahnya. Mulalah nak tarik muka masam. Betul, kadang-kadang kita rasa penat kerana melayan tetamu yang tak putus-putus datang tapi ketahuilah setiap tetamu yang datang hadir dengan limpahan rahmat rezeki dari Allah. Bersilaturrahim itu sendiri sangat dituntut dalam agama.

Anda pun pasti tak gembira bila orang lain tak menyambut kedatangan anda dengan muka manis, kan? Tak payah nak mengeluh dan tarik muka masam bila tetamu datang. Senyum, salam dan syukur.

5. Jaga Adab Ketika Makan.
Tak dinafikan, setiap kali hari raya, juadah yang disediakan pasti enak-enak. Melihatnya sahaja dah buat kecur air liur. Apatah lagi setelah sebulan berpuasa. Semua pun rasa macam nak makan. Tapi, jangan lupa adab ketika makan. Jangan ambil banyak-banyak kemudian tak dapat habiskan. Ambil apa yang ada di hadapan mata dan paling hampir dengan kita sahaja. Jangan berebut-rebut dan macam nak terkam sahaja semua juadah! Sabar. Juga, jangan sibuk-sibuk nak bungkus bawa balik makanan tuan rumah, walaupun sesedap mana juadah yang dihidangkan.

Makan bukan tujuan utama kita berhari raya. Jadi berpada-padalah.

6. Jangan Terlampau Bergurau.
Ini selalu terjadi. Bila kita dah lama tak berjumpa, pasti ada banyak benda yang nak dibualkan. Dan pasti ada senda gurau antara kita. Boleh bergurau tapi jangan melampau. Kadang-kadang kita bergurau dan bertepuk tampar sampai tertumpah air, terpecah balang kuih, tersadung pintu dan macam-macam lagi.

Berhati-hati ye. Kalau bawa anak-anak, perhatikan dan jaga anak-anak anda sebaiknya. Jangan biarkan mereka menyelongkar rumah ruan rumah dan pecahkan barang-barang berharga

7. Jangan Banyak Komplen.
Bila berkunjung ke rumah orang, jangan biarkan mata anda melilau melihat setiap inci rumah orang. Tak baik. Ada pula ‘tu yang suka komplen, rendang tak masin, air tak manis, rumah berdebu, langsir tak bertukar, jangan!

Kita berkunjung ke rumah orang lain bukan untuk mencari kecacatan dan kesilapan mereka. Jika kita boleh melakukannya kepada orang lain, mungkin orang lain juga boleh cari dan nampak kekurangan kita. Amacam?

Sama-sama kita panjatkan kesyukuran kerana dipertemukan dengan Syawal kali ini. Bersama kita memanfaatkan Syawal kali ini untuk bersilaturrahim sebaiknya. Saling bermaafan dan saling memperbaiku hubungan silaturrahim di antara satu sama lain. Kita pun tak pasti dapat jumpa lagi di lain kali.

Salam Syawal
Team Richworks.

 

Berniaga 8 Hari Sebulan : Lelaki Ini Mampu Dapat Lebih Dari Gaji Bulanan

oleh Team Richworks pada 05 July 2016

image

Anda nak mulakan perniagaan katering untuk majlis rumah terbuka di musim raya ini?

Nak tahu? Hanya dengan berniaga 8 hari sebulan, lelaki ini bersama isterinya mampu capai sehingga RM50,000 sebulan dengan perniagaan kateringnya.

Bekerja lima hari seminggu, kadang-kadang sudah cukup memenatkan bagi sesetengah orang. Namun, bagi sebahagian orang lain yang tidak mudah rasa selesa dengan apa yang ada, mereka sanggup mengorbankan hujung minggu dengan aktiviti yang mampu meningkatkan taraf kehidupan mereka.

Bagi Zulkarnain Mohamed Noor dan isterinya Norlaili Mohamad Nor, bekerja sebagai pegawai bank lima hari seminggu tidak menghalang mereka untuk menjalankan perniagaan katering pada setiap hari Sabtu dan Ahad. Malahan, dengan ilmu yang mereka ada mereka mampu menguruskan perniagaan tersebut secara bersistem tanpa mengabaikan tugasan seharian.

Menurutnya, beliau mungkin tidak akan dapat melakukan perniagaan ini tanpa ilmu-ilmu dari program Dr. Azizan Osman. Bermula hanya dengan menyediakan 300 pek makanan, kini Zukarnain dan perniagaan Serambi Kateringnya mampu menyediakan lebih dari 3000 pek untuk sesebuah majlis.

Kata Zulkarnain, “Bukan senang nak menguruskan majlis dan menyediakan jamuan. Sebelum ini, kami hanya redah sahaja, segalanya kami lakukan tanpa ilmu pengurusan yang betul. Akibatnya, kami pernah kena tipu. Semuanya akibat tiada ilmu perniagaan.”

“Namun, Alhamdulillah, selepas belajar dari Dr Azizan Osman, saya dan isteri lebih memahami konsep perniagaan dan berhati-hati dalam setiap urusan di samping lebih mendekatkan diri dengan Allah SWT. Ini yang saya suka tentang program Dr Azizan Osman. Beliau mengajar kami untuk mengenal semula diri kita yang sentiasa kekurangan.” Ujar beliau lagi.

Hanya dengan berniaga hujung minggu, Zulkarnain kini mampu membuat jualan sehingga 6 angka setahun. Beliau bertekad untuk terus menghadiri program Dr Azizan Osman untuk menyediakan dirinya untuk melebarkan sayap perniagannya.

Pesan Dr Azizan Osman “kalau nak berperang, kena sediakan peluru secukupnya, kalau nak berniaga perlu ilmu sepenuhnya” dipegang utuh.

Macam mana? Anda pun boleh miliki perniagaan seperti beliau. Mulakan dengan menyediakan perkhidmatan katering kecil-kecilan untuk majlis rumah terbuka di musim raya ini. Mana tahu, InsyaAllah akan jadi sebuah perniagaan besar nanti.

Anda juga boleh mulakan dengan hadir ke Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK). Layari www.azizanosman.cok/imkk untuk IMKK KUALA LUMPUR atau www.azizanosman.com/imkk-sabah untuk IMKK SABAH.

Salam Kejayaan
Team Richworks.

 

7 Sebab Kenapa Anda Perlu Pulang Bergaya Di Hari Raya

oleh Team Richworks pada 04 July 2016

image

Yea!
Hari raya dah nak tiba. Ada yang dah sampai kampung dan ada juga yang mungkin dalam perjalanan. Ada juga yang mungkin masih bekerja. Apa-apa pun anda pasti sedang membuat persiapan terakhir, serba sedikit untuk menyambut Aidilfitri yang akan tiba beberapa hari saja lagi.

Ada yang dah buat persiapan awal, ada yang baru sahaja buat persiapan. Tak lupa juga ada yang suka buat persiapan di saat akhir! Anda bagaimana?

Tapi, dalam keseronokkan kita membuat persiapan raya, kami nak kongsikan dengan anda 7 sebab kenapa anda boleh pulang bergaya di hari raya.

1. SEBAB 1 : ANDA BOLEH BERGAYA DI HARI RAYA JIKA ADA DAH TUNAIKAN ZAKAT FITRAH.

Ada yang sibuk nak beraya dengan penuh meriah tapi zakat fitrah masih belum jelaskan. Selain zakat fitrah anda juga boleh beraya dengan penuh bergaya jika anda telah banyak bersedekah. Jika anda belum tunaikan zakat fitrah, anda masih ada masa untuk melakukannya.

Ramai orang yang membuat persiapan raya ala kadar atau ada yang langsung tak mampu nak buat persiapan raya. Anda boleh bantu meriahkan raya mereka dengan sedikit sedekah jariah anda. Takkan nak beraya sorang-sorang saja ‘kan?

2. SEBAB 2: ANDA BOLEH PULANG BERGAYA DI HARI RAYA JIKA ANDA SUDAH SELESAIKAN HUTANG DAN MENJELASKAN BIL.

Ini penting! Jangan asyik nak bergaya di hari raya tapi hutang tak bayar. Ada yang paling teruk, sanggup pula berhutang demi nak bergaya di hari raya! Hari raya bukan harinya untuk kita menunjukkan siapa yang lebih hebat, lebih cantik, lebih mampu tapi ianya untuk merayakan kejayaan kita mengawal nafsu sepanjang bulan Ramadhan.

Jangan pula bila habis saja Ramadhan, perangai boros dan suka berhutang kita kembali datang. Yang penting, pastikan anda bayar bil. Jangan bila pulang dari beraya nanti bekalan elektrik dan air anda di potong pula!

3. SEBAB 3: ANDA BOLEH PULANG BERGAYA DI HARI RAYA JIKA ANDA DAH PASTIKAN TUGASAN DAN KERJA ANDA TELAH DISELESAIKAN.

Seronok ye nak raya? Kerja dah siap ke belum? Anda boleh beraya sepuas hati jika tugasan anda telah berjaya disiapkan sebelum cuti raya. Ini tanggungjawab anda. Jangan disebabkan nak berhari raya, anda ambil sikap lepas tangan.

Anda pun pasti tak seronok jika asyik dihubungi oleh tempat kerja anda ketika bercuti raya. Jadi ambil jalan terbaik, pastikan semua tugas penting anda siap sebelum raya.

4. SEBAB 4: ANDA BOLEH PULANG BERGAYA DI HARI RAYA JIKA ANDA DAH PASTIKAN RUMAH ANDA BERADA DALAM KEADAAN SELAMAT.

Bila tiba musim raya, kita selalu dengar berita kecurian dan rompakan berlaku bila tuan rumah pulang bercuti. Ada banyak juga kes kebakaran rumah berlaku di musim perayaan. Kadar kenaikan kes yang tinggi di musim perayaan menunjukkan ada tuan rumah yang seronok sangat nak pulang bercuti tanpa pedulikan keselamatan rumah sendiri.

Apa kata, sebelum pulang beraya anda pastikan rumah anda dikunci rapi, semua suiz elektrik dan dapur telah ditutup sebaiknya. Maklumkan juga kepada jiran atau balai polis berdekatan supaya mereka boleh tolong tengok-tengokkan rumah anda.

5. SEBAB 5:ANDA BOLEH PULANG BERGAYA DI HARI RAYA JIKA ANDA DAH PASTIKAN KENDERAAN ANDA TELAH DISERVIS DAN DALAM KEADAAN SELAMAT.

Selalunya, bila kita pulang berhari raya, kita akan nampak banyak kenderaan rosak serta bermasalah dan tersadai di tepi jalan. Keadaan ini boleh menyebabkan banyak masalah lain. Lebuh raya akan jadi sesak sebab semua orang pun akan memperlahankan kenderaan dan melihat apa yang berlaku.

Jika melibatkan anak-anak dan keluarga, akan lebih teruk. Mereka terpaksa menunggu bantuan sebelum meneruskan perjalanan. Ada yang lebih teruk, akibat keadaan kenderaan yang tak selamat boleh pula mengakibatkan kemalangan! Silap-silap mood raya pun boleh hilang! Jadi, pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan terbaik sebelum anda mulakan perjalanan.

6. SEBAB 6:ANDA BOLEH PULANG BERGAYA DI HARI RAYA JIKA ANDA DAH PASTIKAN SEMUA PERSEDIAAN RAYA DAH LENGKAP.

Selalu juga berlaku situasi di mana bila kita dah sampai ke kampung halaman, kita dapati persediaan raya yang kita dah beli seperti pakaian raya, kuih raya malahan duit raya yang dah kita sediakan semuanya tertinggal di rumah sendiri!

Tak pasal-pasal dah kena beli segalanya baru. Itupun kalau masih ada budget. Gagal memastikan persediaan raya semuanya dah cukup dan lengkap boleh menyebabkan kita rasa malas dan beraya.

7. SEBAB 7: ANDA BOLEH PULANG BERGAYA DI HARI RAYA JIKA ANDA DAH PASTIKAN ANDA TELAH MENJALANKAN IBADAH SEBAIKNYA SEPANJANG RAMADHAN.

Ramai orang suka raya tapi tak suka puasa. Aidilfitri sebenarnya ialah hadiah kemenangan kepada mereka yang telah menjalankan ibadah puasa sebaiknya sepanjang Ramadhan.

Sebelum kita nak pulang bergaya di hari raya, tanya diri dulu adakah kita dah tunaikan sebaik-baik ibadah di sepanjang Ramadhan kali ini?

Jangan asyik seronok nak raya dan kita abaikan tanggungjawab lain. Yang penting sekali, manfaatkan musim perayaan ini sebaiknya untuk mengeratkan silaturrahim dan meneruskan amal ibadat yang telah kita lakukan di bulan Ramadhan.

Semoga bertemu lagi di Ramadhan akan datang.

Salam Kejayaan.
Team Richworks

 

11 Tip Elak Pokai Awal Di Musim Perayaan

oleh Team Richworks pada 24 June 2016

Blog

Kami kongsikan dengan anda 11 tip untuk elakkan anda pokai awal di musim perayaan.

Tip 1: Plan dulu apa yang kita nak beli.

Dan bawa wang hanya cukup-cukup dengan apa yang diplan. Tip yang paling senang, tinggalkan kad kredit di rumah dan bawa duit cukup-cukup untuk barang yang mahu dibeli.

Tip 2: Kerapkan makan di rumah.

Jarangkan makan di luar. Selalu bukak puasa banyak yang suka membazirkan duit dengan berbuka puasa di tempat-tempat mewah, makan dengan kawan-kawan dan belanja sakan sampai tak cukup makanan yang nak dibeli di pasar Ramadhan. Apa kata tahun ini, kita belajar masak, buat kuih sendiri dan siapkan juadah pagi raya sendiri.

Tip 3: Bagi duit Raya dan berbelanja mengikut kemampuan kita.

Jangan berniat nak bagi duit Raya hanya sebab nak menunjuk-nunjuk.  Umpama pepatah, ukur baju di badan sendiri.

Jangan berbelanja sampai kena pinjam duit dari mak ayah, adik beradik dan juga rakan-rakan. Contohnya, belilah baju raya yang dijual dengan harga yang kita mampu beli. Jangan beli yang ratusan ringgit tapi diri sendiri yang sengsara.

Tip 4: Elakkan daripada membuat pembelian secara spontan.

Sebahagian besar daripada pembelian yang dibuat didorong oleh naluri. Cuba elakkan daripada membuat pembelian secara spontan ketika membeli-belah.

Walaupun terdapat barangan yang nampak menarik di mata anda, fikirkan secara mendalam sama ada anda benar-benar memerlukannya sebelum membuat keputusan untuk membeli barangan tersebut.

Tip 5: Ikut kemampuan dan jangan bersaing.

Anda tidak sepatutnya terpengaruh dengan corak perbelanjaan rakan atau jiran anda kerana tahap kewangan serta tanggungan yang berbeza.

Oleh yang demikian, anda harus berbelanja mengikut kemampuan dan bukan atas tujuan untuk bersaing dan menunjuk-nunjuk kepada orang lain agar tidak melampaui tahap kewangan anda.

Tip 6: Guna kad kredit secara bijak dan elakkan daripada berhutang.

Penggunaan kad kredit sememangnya lebih mudah dan selamat kerana anda tidak perlu membawa wang tunai yang banyak ketika membeli belah.

Namun anda perlu berhati-hati menggunakannya dengan memastikan jumlah perbelanjaan menerusi kad kredit dibuat berdasarkan kemampuan untuk mengelakkan daripada berhutang.

Tip 7: Tawar-menawar harga barangan.

Cuba amalkan tabiat suka menawar harga barangan, melainkan jika harga barangan tersebut tetap. Dengan tawar-menawar sebelum membuat pembelian, anda boleh mendapat harga lebih murah berbanding harga biasa. Manfaatkan membeli belah ketika potongan harga diadakan.

Walaupun dalam keadaan tertentu, potongan harga tersebut hanya merupakan gimik perniagaan, tetapi sekiranya anda membuat pertimbangan yang waras, anda mampu mendapat harga yang berpatutan.

Tip 8: Beli mengikut kesesuaian dan pastikan ianya berkualiti.

Pastikan anda membeli barangan yang berkualiti setimpal dengan harga yang ditawarkan. Anda boleh membuat perbandingan harga serta kualiti barangan yang diingini terlebih dahulu sebelum membeli.

Contohnya, bagi pakaian anak-anak yang masih kecil, anda boleh membeli saiz yang lebih besar sedikit kerana faktor tumbesaran mereka yang cepat meningkat. Pastikan pakaian mereka juga berkualiti dan tidak mudah koyak atau lusuh agar ia boleh dipakai berulang kali biarpun selepas perayaan kelak. Dengan cara ini anda dapat berjimat daripada kerap berbelanja.

Tip 9: Tidak mudah terpengaruh dengan iklan.

Apabila tiba musim perayaan, promosi iklan giat dijalankan. Ketika ini, pelbagai barangan dengan harga menarik ditawarkan kepada pengguna. Walaubagaimanapun, jangan mudah terpengaruh dengan tawaran yang dipaparkan. Anda harus mempertimbangkan kepentingan barangan tersebut.

Jika tidak penting, anda tidak perlu membelinya. Anda juga harus pastikan stok barangan tawaran istimewa seperti yang diiklan masih boleh didapati.

Tip 10: Ganti perhiasan yang perlu sahaja.

Perabot, langsir, permaidani dan cat antara perkara yang sering diganti setiap kali musim perayaan. Namun tidak semua perhiasan tersebut perlu diganti sekiranya ia masih dalam keadaan yang baik. Gunakan kreativiti anda untuk menjadikan ia lebih menarik contohnya seperti menjahit juraian kristal pada langsir lama anda.

Tip 11: Tidak menyediakan juadah hari raya secara berlebihan.

Cuba anggarkan jumlah tetamu yang akan mengunjungi anda dan masak sekadar diperlukan sahaja. Jika perlu, simpan stok makanan mentah yang boleh dimasak segera terutama ketika menerima kunjungan tetamu yang tidak disangka. Elakkan daripada membeli atau menyediakan juadah hari raya secara berlebihan hingga menyebabkan pembaziran.

Jadikan Hari Raya tahun ini sebagai hari raya terakhir untuk anda ‘ikat perut’.

Salam Kejayaan.

Team Richworks

 
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start