Pernah Jatuh Akibat Lupa Diri

oleh Team Richworks pada 23 June 2016

image

Bekas Mat Rempit, Kini Disegani.

Memang tidak dapat kita nafikan, setiap perniagaan yang berjaya pastinya turut bermodalkan sistem pengurusan yang terancang. Gagal untuk merancang bermakna kita merancang untuk gagal. Kata-kata yang biasa kita dengar tetapi adakah ianya dijadikan iktibar?

Sistem perniagaan yang terancang bukan sahaja dapat menjimatkan masa ramai pihak, malah dapat mengurangkan kos dan juga mengurangkan risiko kegagalan anda.

Rizal Hakim yang sebelum ini pernah berkhidmat di bank selama lebih kurang 4 tahun dan kemudian mengambil keputusan untuk berhijrah dari pekerjaan beliau yang katanya sudah menjadi satu rutin yang mula membosankan. Perkara ini bukanlah sesuatu yang baru. Sememangnya, cabaran adalah salah satu elemen dan faktor untuk seseorang itu berkembang dari segi pemikiran dan kehidupan.

Beliau memulakan RNA Capital Limited yang telah beroperasi selama 9 tahun sebelum menyertai program Dr Azizan Osman yang mana telah banyak merubah persepsi beliau dalam sistem dan penstrukturan sesebuah perniagaan yang kurang di titik beratkan sebelum ini.

“Lepas join IMKK, I learn how to start to trust people and decentralized. I must free myself from doing everything on my own, so saya start build a team and we’re now have about 20 people.”

Kejujuran beliau dalam berkongsi perubahan yang dilalui dan kesilapan yang pernah beliau lakukan turut mengajar orang ramai yang sebelum ini kurang memberi perhatian terhadap salah satu lagi kunci kejayaan iaitu disiplin. Sikap suka bertangguh, tiada perancangan dan takut untuk membuat keputusan, telah dapat beliau atasi melalui tip-tip yang di pelajari di program kami.

“Sekarang ini hari-hari saya ada goal saya sendiri. Hari itu apa, hari ini apa saya nak capai. Saya akan ada goal harian, mingguan, bulanan.”

Perniagaan RNA Capital Limited kini telah berkembang dan dikenali di beberapa buah negara luar dan beliau sendiri turut menjadi sumber rujukan bagi beberapa usahawan yang telah menyertai program kami.
Melalui program kami, anda akan belajar langkah demi langkah bagaimana membina kebahagiaan dengan memahami strategi membina kewangan dan pelaburan yang sistematik samada di dalam kerjaya atau perniagaan anda. Anda juga akan diajar bagaimana menarik keberkatan di dalam hidup anda serta mengenali jenis ketakutan manusia yang menjadi penghalang utama dalam memperbaiki hidup atau mencapai apa sahaja impian.

Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) adalah satu platform yang sesuai untuk membantu anda mengenali kemampuan diri anda sendiri.
Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) adalah satu platform yang sesuai untuk membantu anda mengenali kemampuan diri anda sendiri.

Program IMKK akan dianjurkan di Kuala Lumpur dan Sabah.

Layari www.azizanosman.com/imkk (IMKK KL) atau www.azizanosman.com/imkk-sabah (IMKK Sabah).
Buat keputusan sekarang untuk ubah dan perbaiki kehidupan anda.

Salam Kejayaan.
‎Team Azizan

 

Tak percaya tak pe….

oleh Team Richworks pada 10 May 2016

Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Saya baru lepas berjumpa dengan 4,000 Peserta yang telah berjaya menghadiri Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) di IDCC Shah Alam semalam.

Bagi anda yang telah hadir ke IMKK, Amacam? Sudah bertindak dengan matlamat yang jelas untuk dicapai?

Kami di Richworks sentiasa doakan semoga anda bakal mencipta lebih kejayaan, kekayaan, kebahagiaan, kesihatan dan keberkatan (5K) yang LUAR BIASA.

Sepanjang ANDA berkampung di IMKK, antara yang dikongsikan termasuk pentingnya menjaga kolam jiwa, bagaimana anda boleh menjadi magnet tarikan kewangan, apakah halangan seseorang mencapai kejayaan, Switching, Programming dan bagaimana CONNECTION anda dengan SOURCE.

ANDA telah pelajari bagaimana menangani ‘biawak’ dan suara-suara kecil yang menyebabkan anda membina LIMITED BELIEF dalam diri anda.

Tiru orang yang telah berjaya untuk anda menjadi kaya dan berjaya seperti mereka. Tukar logistik anda supaya anda dapat ‘menyedut’ magnet yang lebih positif dalam kehidupan, kewangan dan perniagaan.

Boleh boleh?

Tonton video perkongsian anak murid saya yang telah berjaya di link ini

cs-zaid

                                                                   https://youtu.be/vJW3jGMzJ1o

Saya juga ingin kongsikan di sini apa yang saya post di Facebook saya pagi tadi.

Tak percaya tak pe …

Kadang-kadang bila saya mengajar, perkara yang paling payah adalah bila mereka usahawan sendiri tidak percaya dengan kemampuan diri dan bisnes mereka.

Nak tahu kenapa? Kerana mereka sendiri tidak nampak dan faham berapa besar potensi pasaran mereka, tidak kenal siapa pelanggan utama sasaran mereka serta mereka tidak jelas atau pasti dengan apa kekuatan dan kemampuan produk atau perkhidmatan mereka.

Ramai tak percaya jualan mereka boleh meningkat sebab mereka kata mereka dah buat macam-macam tapi sama sahaja. Masalahnya, macam-macam mereka itu adalah ikut apa yang mereka tahu sedangkan ada banyak lagi strategi dan teknik yang mereka tidak tahu.

Pengalaman saya terlibat dalam kempen pemasaran dan pengiklanan sejak 2001 untuk syarikat telekomunikasi, perbankan dan kemudian SME seluruh Malaysia berulangkali memberikan saya kepastian In sha Allah, apakah strategi terbaik yang usahawan mesti lakukan sebelum melancarkan kempen pemasaran, ketika dan selepas supaya mencapai 3 perkara:-

1. Pelanggan yang ramai yang sentiasa nak lagi produk atau perkhidmatan kita

2. Peningkatan jualan dan keuntungan yang tinggi kerana ia penting untuk bisnes

3. Perkembangan syarikat yang pantas dan tersusun supaya ia akan menyokong sustainability perniagaan anda.

80% Bisnes GAGAL atau tidak capai jualan yang mereka mahukan kerana mereka tidak mempunyai ilmu pemasaran yang betul.

Formula 6-Pillars Integrated Marketing & Formula P.O.W.E.R yang saya ajar dalam #MMM akan membantu usahawan lebih pasti bagaimana nak capai 3 perkara di atas dengan pantas.

Saya selalu sebut, tak percaya tak apa, tapi cuba buat sahaja dulu then tengok apa hasilnya …

Ada sesiapa usahawan nak macam ni? Peningkatan jualan 3-5 kali ganda?

Saya komited berkongsi segala ilmu, tip, formula dan strategi Kekayaan dan Kejayaan kepada anda. Persoalannya, adakah anda komited untuk bertindak?

FAST ACTION FAST RESULT.

Hanya tinggal 18-hari ke Program Millionaire Marketing Mastery (MMM) pada 27 – 29 Mei 2016 di Hotel De Palma Ampang, Kuala Lumpur. Saya ingin berkongsi lebih banyak ilmu khususnya mengenai pemasaran dan perniagaan dalam program MMM ini dan bagaimana anda boleh menguasai dan melonjakkan jualan anda.

Jika ada di antara anda yang ingin mendaftar atau ingin mengesahkan kehadiran, Team Richworks membuka talian Hotline untuk Tawaran Tiket MMM sehingga 16 Mei 2016 sahaja untuk membantu anda DAFTAR dan HADIR. Harga tiket MMM akan kembali ke harga asal selepas Tarikh ini.

Sila hubungi 0162614439 / 0162103090 (Waktu Pejabat) atau layari bit.ly/mmm-mei16 sekarang.

Salam Kejayaan.

Dr Hj Azizan Osman 

Jurulatih Kejayaan & Pakar Pemasaran No.1 Asia

 

16 jam lagi ke IMKK!

oleh Team Richworks pada 05 May 2016

 header-Imkkmei2016

Salam buat semua!

Semoga anda sekeluarga di dalam limpahan rahmat, nikmat dan keberkatanNya. Esok adalah Jumaat terakhir bulan Rejab sebelum memasuki bulan Syaaban dan kemudian Ramadan Insha Allah.

Semoga kita semua sihat dan umur kita panjang untuk berpuasa Ramadan nanti. Esok juga bermula Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) pada 6-8 Mei 2016 di Ideal Convention Center (IDCC), Shah Alam.

Tahniah buat yang bakal hadir dan semoga ia menjadi titik tolak perubahan besar hidup dan tahap kewangan anda sekeluarga Insha Allah dan dipermudahkan segala urusan.

Kami mendapat banyak sangat maklumbalas dari mereka yang telah mendaftar bahawa mereka tak sabar nak hadir ke Program IMKK esok.

Kami pun tak sabar nak berjumpa anda. Pesanan kami, dapatkan rehat dan pastikan anda minum air secukupnya kerana anda perlu memberikan sepenuh tenaga dan tumpuan sepanjang program berjalan.

Anda juga sangat digalakkan untuk mendaftar awal. Kaunter Pendaftaran AWAL sudah mula dibuka dari pukul 2:00 petang hingga 8:00 malam hari ini, 5 Mei 2016 (Khamis) dan dari pukul 7:00 pagi hingga 8:00 pagi esok, 6 Mei 2016 (Jumaat).

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Hotline Richworks di 1 300 88 2424.

Jumpa anda di IMKK nanti. Berhati-hati dalam perjalanan, semoga anda selamat sampai ke Ideal Convention Center (IDCC), Shah Alam.

Salam Kejayaan.

Dr Hj Azizan Osman
Jurulatih Kejayaan & Pakar Pemasaran No.1 Asia

 

Ini Benar-Benar Istimewa Dari Saya!

oleh Team Richworks pada 18 March 2016

*Jika anda benar-benar mahu memulakan, membina dan mengembangkan perniagaan anda, anda wajib tonton video ini sampai habis!

Saya bercadang nak beri anda sesuatu yang sangat istimewa, jika anda nak!

Nak share sikit tentang sesuatu yang menarik di Sidang Media semalam ketika pelancaran 10,000 buah buku terbaru saya Percuma untuk anda yang hadir ke Klinik Usahawan – Seminar Mudahnya Berniaga 2016 bermula 2 April nanti.

Saya ingat saya hanya akan bercakap tentang pelancaran buku terbaru saya, tetapi ianya end-up seperti sesi coaching bagaimana buku tersebut penting untuk dibaca kerana ia In sha Allah dapat membantu sesiapa sahaja yang bercadang nak berniaga.

Sesiapa sahaja yang tidak tahu di mana nak bermula untuk berniaga, atau yang sentiasa end up buat silap serta rugi banyak dan mereka yang sudah berniaga bertahun-tahun tetapi tidak banyak peningkatan jualan atau perkembangan, seharusnya baca buku ini.

Video ini adalah perkongsian saya ketika di sidang media semalam yang saya rasa walaupun singkat lebih 45-minit tetapi padat dengan panduan buat anda usahawan dan bakal usahawan.

Tonton rakaman penuh sidang media semalam di sini. Dengar jawapan saya bila ditanya tentang bagaimana menjadi usahawan yang berjaya?

Sila pastikan anda share serta tag 19 orang rakan anda di FB untuk menontonnya kerana saya mahu pastikan perkongsian saya ini berbaloi dan benar-benar memberi manfaat kepada ramai orang di luar sana yang perlukan ilmu bagaimana menjadi usahawan yang sebenar dan menguntungkan.

Sedia?

Jika ia bermanfaat, sebarkan! Jangan simpan kebaikan untuk diri sendiri. Sebarkan kebaikan kepada ramai!

————————–———-

Layari www.KlinikUsahawan.com atau hubungi 1-300-88-2424 hari ini.

#AzizanOsman

 

Mahukah Anda Diajar Dan Belajar Bagaimana Memulakan Dan Membina Perniagaan?

oleh Team Richworks pada 05 February 2016

slider-mudahnya-berniaga-2016

Bermula APRIL 2016 ini, demi untuk membantu anak bangsa YANG NAK dibantu meningkatkan tahap ekonomi dalam kecelaruan ekonomi dunia, Dr Azizan Osman akan kembali menjelajah 11 lokasi terpilih (Termasuk Kota Kinabalu & Tawau) melalui penganjuran program “Klinik Usahawan Dr Azizan Osman – Seminar Mudahnya Berniaga.”

Kenapa Mudahnya Berniaga? Kerana kami percaya dengan izin Allah, hanya perniagaan yang mampu membantu meningkatkan tahap ekonomi kita.

Kita tidak perlu marah-marah tentang kejatuhan ekonomi dunia jika kita tidak mahu berusaha untuk majukan ekonomi diri sendiri.

Antara ilmu yang anda akan pelajari adalah:

1) Bagaimana mahu memulakan perniagaan tanpa kos

2) Bagaimana untuk membuat pemasaran perniagaan anda

3) Bagaimana membina perniagaan yang menguntungkan

4) Kenali ketakutan diri sendiri

5) Stategi pemasaran yang mudah dan banyak lagi

Ramai orang ingin berniaga, tetapi tidak tahu di mana hendak mulakannya. Program “Klinik Usahawan Dr Azizan Osman – Seminar Mudahnya Berniaga” akan membantu anda untuk pelajari bagaimana memulakan perniagaan sendiri tanpa modal dengan strategi pemasaran tanpa kos dan kenali apa kemampuan diri anda dan perniagaan untuk berkembang lebih jauh.

Layari www.KlinikUsahawan.com untuk maklumat lanjut.

Tawaran istimewa! Preview percuma ebook MUDAHNYA BERNIAGA hanya untuk anda! Muat turun sekarang di www.KlinikUsahawan.com.

 

Wanita Ini Dulu Pemegang AP Kereta Import Terpakai Dan Kemudian Ditipu…

oleh Team Richworks pada 10 August 2015

zarina-zahari

Syukur Alhamdulillah atas segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT dahulu dan kini. Saya Zarina Zahari pemilik Wardrobe Couture Sdn Bhd yang menggunakan tradename “Fiera Design” merupakan pembekal tudung Instant Shawls dan menjual lebih 10,000 helai tudung setiap bulan. Bunyinya hebat namun, pada suatu masa dahulu, saya pernah hilang arah tujuan. Kisah lalu saya dan keluarga merupakan suatu pengalaman yang akan sentiasa tersemat dan menjadi peringatan kepada kami tentang apa erti redha dan syukur.

Suatu masa dahulu, saya dan suami mempunyai beberapa buah syarikat dalam dan luar negara. Perniagaan utama kami ketika itu adalah menjual kenderaan import terpakai. Kami adalah pemegang AP yang menjadi idaman ramai orang ketika itu. Jualan tahunan syarikat melebihi RM200 juta setahun. Anda sudah tentu boleh bayangkan gaya kehidupan kami ketika itu, cukup mewah! Malangnya, bila diuji dengan kekayaan, kami jauh melupakan Allah SWT, sehinggakan kami tidak peduli dari mana datangnya punca rezeki kami. Ada duit yang banyak tapi hati tak tenang dan jiwa kami tidak bahagia. Syukur, Allah SWT gerakkan hati kami untuk bertaubat. Akhirnya, hasil dari doa yang dipohon, Allah SWT telah menunjukkan jalan.

Pada 2012, kami telah menjual syarikat yang telah dibina bertahun-tahun. Hakikatnya, bila hasil pendapatan dari sumber yang tidak bersih dan tiada ilmu, kami akhirnya ditipu sebanyak RM8 juta.

Sedih atas apa yang berlaku dan dalam mencari suatu perniagaan yang bersih dan tulus membuatkan kami berehat dari dunia perniagaan selama hampir tiga tahun. Hingga suatu hari anak-anak menyuarakan kebimbangan mereka. Siapa akan bimbing mereka untuk jadi jutawan kalau asyik rehat begini? Lalu kami mula menyertai Program Dr Azizan Osman pada tahun 2014 yang menjadi titik permulaan pencarian kami selama ini. Kami empat sekeluarga pergi menuntut ilmu dengan hati yang terbuka. Aura Dr Azizan bersama semua yang hadir ketika itu sangat menakjubkan. Aura positif yang kuat membuat doa kami mencari kepakaran ditemui pada sesi akhir kelas Dr Azizan Osman.

Akhirnya, kami dipertemukan dengan seorang yang pakar dalam bidang fabrik. Kami sepakat menubuhkan syarikat pembekal fabrik yang dinamakan Laila Fabrik Sdn Bhd.

Setelah menyertai kesemua program Dr Azizan, perspektif saya tentang kenapa kita perlu berniaga telah berubah. Baru saya tahu, kita kena bantu ramai orang mencapai impian mereka baru impian kita akan tercapai, itulah pesanan Dr Azizan Osman. Hala tuju hidup dan perniagaan jauh lebih jelas. Akhirnya, saya berjaya membaik pulih perniagaan tudung saya yang lama terkubur. Kami menerapkan semua ilmu yang diajar oleh Dr Azizan Osman selama ini dan Alhamdulillah dalam tempoh 6 bulan beroperasi secara serius, syarikat telah berkembang dengan memberangsangkan dan jualan sudah mencecah RM700 ribu dengan agen seramai 300 orang dan pasaran merangkumi Malaysia, Brunei dan Singapura.

Dengan perniagaan ini, saya mampu membantu orang lain untuk membina perniagaan mereka sendiri dengan menjadi agen tudung keluaran syarikat saya. Saya rasa lebih puas hati sekarang. Saranan saya kepada semua yang mahu cepat kaya, janganlah terburu-buru hendak meraih kejayaan sehingga sanggup melupakan suruhan dan larangan Tuhan. Jika anda mahu perolehi ilmu kejayaan di dunia dan di akhirat, hadirlah ke Program Dr Azizan Osman dan anda pasti akan alami perubahannya, insyaAllah.

 

Bagaimana Jualan Biskut Raya Lelaki Ini Mencecah Hingga RM250,000?

oleh Team Richworks pada 05 August 2015

biskut-magnet2015

Assalamualaikum, saya Syed Abdul Mun’em Syed Abdul Rahman, Pengarah Eksekutif Maream Jamelah Resources Sdn Bhd yang berurusan di MITC, Melaka, juga Pengasas kepada produk Sekut Emjays. Kepakaran kami adalah membantu para ibu, suri rumah dan wanita berkerjaya untuk mendapatkan biskut yang rangup dimakan dan cair dilidah serta dinikmati tanpa batasan bersama keluarga tersayang di bawah jenama EMJAY’S. Alhamdulillah, kami bersyukur dan berterima kasih, kehidupan kami bertambah baik dan murni dan juga produk “Sekut EMJAYS” mulai mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.

Dulu kehidupan saya tidak begini. Saya seorang jurutera penyelenggaraan di sebuah kilang elektronik di negeri Melaka. Setelah hampir empat tahun saya bekerja di kilang, saya mengimpikan kehidupan di mana saya mempunyai masa bersama keluarga, ingin solat berjemaah lima waktu di masjid atau surau, ingin tidur malam dengan tenang, ingin bersedekah duit besar tanpa perlu rasa bimbang, ingin bangun awal pagi untuk bersujud pada Yang Maha Agung dan banyak lagi impian yang saya harapkan, tidak juga timbul-timbul.

Demi untuk mencapai impian, saya mula mengajak isteri memulakan perniagaan kerana beliau adalah surirumah. Bermula dengan perniagaan tudung secara online, dropship untuk fesyen jubah, membuat dan mengedar biskut dan sehingga mendaftar sebagai ejen ‘Unit Trust’ semuanya telah kami cuba. Tapi segalanya tidak menjadi, malah kami saling bermasam muka kerana ada sahaja karenah dalam perniagaan yang kami jalankan. Sehinggakan pada suatu ketika, kesihatan isteri saya sewaktu mengandung anak kedua tidak saya pedulikan kerana ingin mengejar perniagaan yang tidak tahu ke mana arah tujuan.

Alhamdulillah, akhirnya saya mula terjebak dalam program yang dikendalikan oleh Mentor Kejayaan No.1 Asia, Dr Azizan Osman. Saya bermula dengan menghadiri Program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) pada bulan Februari 2014 dan saya mula faham “The Power of Action”.

Dari situ, hidup saya berubah sedikit demi sedikit. Saya mula pandai mendengar dan menuturkan kata-kata yang positif untuk menarik lebih banyak unsur positif dalam hidup saya. Kawan-kawan yang positif mula mengelilingi saya. Logistik saya mula berubah kepada yang lebih positif. Pelbagai ilmu dan emosi yang tidak pernah saya faham selama ini dirungkai oleh Dr Azizan Osman secara jelas melalui perkongsian pengalaman hidup beliau untuk saya lebih faham secara mendalam.

Manalah saya sangka, beliau juga pernah tersangkut dalam perniagaan. Beliau juga sangat menekankan ilmu menyucikan kolam jiwa. Teruja dengan ilmu yang dikongsi, saya turut menghantar isteri tercinta untuk menyertai IMKK. Sejak itu, kehidupan saya dan isteri mula berubah, bagai diatur satu persatu.

Melalui ilmu “The Power of Serah”, saya pelajari betapa tingginya kuasa doa. Kini saya yakin, doa adalah senjata yang utuh. Dari perkara yang kecil sehingga perkara yang besar seperti diundang untuk berkongsi pengalaman di radio, saya akan terus “bercakap” kepada Allah Yang Maha Besar supaya apa yang saya dapat dan apa yang saya beri adalah yang terbaik disisiNya.

Alhamdulillah, seterusnya saya berpeluang untuk menyertai program advanced pemasaran iaitu Millionaire Marketing Mastery (MMM) pada Jun 2015 dengan tujuan untuk mengaplikasikan ilmu pemasaran pada perniagaan “Sekut EMJAYS”. Sebelum menyertai kelas MMM, hasil jualan bulanan kami hanya sekitar RM10,000 hingga RM15,000.

Syukur pada Allah yang Maha Kaya, berkat ilmu yang Dr Azizan Osman bimbing kami, hasil jualan kami pada bulan Jun dan Julai 2015 sebelum sambutan Aidilfitri yang lalu mencecah RM250,000 dalam tempoh dua bulan. Tak menang tangan kami melayan pelanggan. Duit masuk dalam akaun bank macam air dan huru hara hidup dibuatnya. Kami juga telah mempunyai rangkaian ejen untuk “Sekut EMJAYS” seramai 70 orang di Semenanjung Malaysia.

Kepada rakan-rakan dan semua pembaca, jangan sesekali terjebak dalam kancah perjuangan Dr Azizan Osman jika anda ingin terus hidup biasa-biasa seperti sekarang. Jika anda mahu hidup luar biasa, luangkan masa dan minda anda untuk baca penulisan Dr Azizan di laman Facebooknya, tonton video seminar online dan cari peluang untuk hadir ke mana-mana Seminar Live Dr Azizan Osman. Anda pasti rasai perbezaannya.

Ketahuilah, anda layak untuk menikmati kehidupan yang lebih baik. InsyaAllah dengan bimbingan Dr Azizan Osman, anda mampu untuk berjaya.

 

 

Bersyukur Dengan Setiap Apa Yang Kita Ada

oleh Team Richworks pada 09 May 2015

syukur azizan osman

Jika anda mahukan kebahagiaan, ia bukan tunggu bila kita telah capai sesuatu nanti tetapi ia bermula dari penuh rasa bersyukur dengan setiap apa yang kita telah ada dan capai sekarang. Syukur dan nescaya Dia tambah lagi, Ameen.

Definasi bahagia berbeza-beza bagi setiap manusia.  Namun saya percaya ramai yang rasa bahagia bila mereka mempunyai kekayaan dunia dan kekayaan masa untuk menikmatinya bersama-sama orang tersayang serta boleh menggunakannya untuk mendapatkan kebahagiaan di akhirat kerana kebahagiaan akhirat itulah yang hakiki.

Hari ini saya rasa sangat bahagia. Alhamdulillah dan terima kasih kerana anda semua yang follow page FB saya AZIZAN OSMAN yang kini telah melangkaui 500,000 Followers di FB page ini. Saya rasa gembira kerana dengan perkongsian dan sedikit ilmu yang saya sentiasa kongsikan di FB page saya ini telah dapat memberi inspirasi yang boleh membantu anda untuk merubah kehidupan dan tahap kewangan anda.

Atas kegembiraan saya ini, ada sesuatu hadiah yang sangat istimewa yang saya akan berikan kepada anda nanti. Insya Allah akan saya umumkan minggu hadapan. Ia adalah DVD terbaru salah satu program saya yang berharga RM197.00.

Insya Allah saya akan berikan free kepada 1000 orang pertama nanti bila diumumkan. Jika anda inginkan hadiah istimewa ini, anda boleh mulakan dengan komen “Terima kasih, saya nak!” dan Share dengan rakan-rakan untuk bersedia di FB page Azizan Osman.

Untuk makluman anda juga, kami kini menawarkan program IMKK Mei pada 21-24 Mei 2015 di Menara PGRM Cheras, Kuala Lumpur.

Bagi anda yang memilih untuk merubah hidup anda supaya anda sentiasa berada dalam Kekayaan, Kejayaan, Kesihatan, Kebahagiaan dan Keberkatan, sila layari www.azizanosman.com/imkk2015 untuk maklumat lanjut atau hubungi team saya untuk membantu diri anda di 019 244 2244, 013 244 2244 atau 019 244 2400.

Dan untuk anda yang ingin hadir ke program pemasaran Millionaire Marketing Mastery (MMM), ia bakal dianjurkan di Wisma MCA, Kuala Lumpur pada 5 – 7 Jun 2015.

Program Platinum terdekat adalah Master Your Business (MYB) pada 13 – 17 Mei 2015 di Intekma Resort & Convention Centre, Shah Alam.

Program Retire Young Retire Rich (RYRR) pula akan kami anjurkan dari 10 – 13 Jun 2015 di Hotel De Palma, Shah Alam diikuti dengan Majlis Konvokesyen University of Life pada 13 Jun 2015 di Pullman Hotel Putrajaya. Jangan lepaskan peluang untuk konvo dengan mendaftar awal dan mengikuti program MYB dan RYRR sekiranya anda masih belum menghadirinya.

Bagi yang ingin mendaftar untuk program Platinum atau Konvokesyen terakhir ini, anda boleh hubungi team saya di 016 261 4432 / 37 atau 012 224 0646 untuk membantu anda.

Saya berharap dapat berjumpa anda semua di program yang akan datang ini dan sekali lagi saya ucapkan Terima Kasih di atas sokongan anda dan semoga segala ilmu yang kami kongsikan di program atau melalui media sosial dan medium komunikasi kami akan sentiasa dapat menambah nilai dalam kehidupan anda.

Salam kebahagiaan,

Dr. Hj Azizan Osman
Jurulatih Kejayaan & Pakar Pemasaran No.1 Asia

 

Anda Ada Keyakinan Untuk Berjaya?

oleh Team Richworks pada 26 March 2015

Yakin-Untuk-Berjaya

Langkah menuju kejayaan samada dalam bisnes, kerjaya, kehidupan adalah 85% bergantung kepada tahap keyakinan dan mental.

Yang buat seseorang capai impian mereka adalah tahap KEYAKINAN mereka; Yang buat seseorang tidak capai impian mereka juga adalah tahap KEYAKINAN.

Di dalam program kami seperti Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK), saya suka mengundang mereka yang telah mencapai peningkatan diri, kehidupan dan kewangan mereka kembali untuk berada di atas pentas. Ia dipanggil sebagai sesi Hot Seat, saya dan team kami pilih siapa yang kami mahu dan kami rasakan akan memberikan inspirasi kepada mereka yang hadir. Saya sangat percaya dengan prinsip “Seeing Is Believing” kerana satu masa dahulu saya tidak percaya ada manusia apatah lagi bangsa saya mampu buat duit dalam
bisnes apatah lagi jika baru berniaga dengan jualan mencapai RM20,000, RM50,000 sebulan dan ada yang RM200,000 sebulan sehingga RM10 juta sebulan. Sebab itu bukan circle keluarga kami. Ayah saya kerja kerajaan, gajinya tak sampai RM1,500 sebulan. Jiran saya pun macam tu dikawasan perumahan kerajaan. Kawan-kawan ayah saya pun macam tu. Jadi bukan mudah untuk saya yakin yang saya boleh menjadi jutawan satu hari nanti, itu tahap keyakinan saya pada waktu itu.

Tetapi along the years, selepas terlibat dalam perniagaan industri pengiklanan dan pemasaran sejak tahun 2001, circle saya mula berbeza. Saya berada di kalangan mentor dan rakan-rakan perniagaan yang mempunyai pendapatan jutaan ringgit setahun. Ini meningkatkan keyakinan saya dan makin ramai saya liha begitu, makin tinggi keyakinan saya yang saya juga Insya Allah mampu berada ditahap mereka dalam masa terdekat.

Manusia belajar dari sekeliling dengan pantas, kita belajar begitu sejak kita kecil. Sebab itulah salah satu cara untuk create anjakan paradigma atau meningkatkan kepercayaan seseorang adalah dengan menunjukkan bukti-bukti kejayaan manusia sebenar yang anda boleh cari siapa mereka, di mana perniagaan mereka, anda boleh tahu apa perniagaan mereka, berapa banyak cukai yang mereka bayar jika mereka claim mereka millionaire/ jutawan (Ingat sesuka hati nak kata anda jutawan?)

Dan industri yang saya akan elakkan untuk tonjolkan adalah mereka yang terlibat dalam skim yang tidak disukai oleh Bank Negara Malaysia atau illegal. Walaupun mereka ada yang berjaya dengan ilmu yang kami kongsikan.

Mesej yang kami nak sampaikan adalah mudah. Ilmu dan formula yang saya kongsikan di dalam kelas Insya Allah telah terbukti berjaya membantu pelbagai jenis manusia. Ada yang surirumah, ada yang lepasan SPM, ada yang lepasan universiti, ada yang Professor universiti, ada yang Jurutera, ada yang pemilik firma guaman, ada yang ahli politik, ada yang eksekutif biasa, ada yang kerani dan ada yang asalnya penganggur.

Mereka belajar bagaimana untuk membina perniagaan mereka sendiri walaupun ada yang asalnya tidak ada modal, tidak tahu nak berniaga apa, tidak ada ilmu, pernah terhutang dan ramai yang hampir bankrupt. Jika mereka ini gunakan ilmu yang diajar mampu lakukan tindakan luar biasa merubah hidup dan tahap kewangan mereka menjadi manusia yang lebih banyak masa, wang dan mampu bahagiakan keluarga mereka untuk pergi umrah setiap tahun Insya Allah, ada yang mampu beri bantuan kepada ramai orang lain buat kebajikan.

Jika mereka ini mampu berjaya, apa alasan anda?

Bila anda telah melonjak tahap keyakinan anda, lebih mudahlah anda mengaplikasikan strategi-strategi yang diajar bukan?

Walau anda ada ilmu dari saya sekalipun, saya nak beritahu, kuasa tindakan anda dan hubungan anda dengan Tuhan serta dengan manusi lain banyak menyumbang kepada kejayaan anda dan keberkatan hidup anda.

Jika tidak ada ilmu, tidak mudah untuk berjaya. Anda boleh kata ramai sahaja orang berniaga yang berjaya tanpa hadir kelas saya, jika mereka mampu, baguslah. Soalannya, anda mampu? Anda mampu berniaga bertahun-tahun struggle dan tak jadi serta rugi-rugi-rugi atau jatuh jatuh jatuh dan mampu bangkit balik berulang ulang kali? Belajar dari kesilapan sendiri itu bagus tetapi orang bijak, mereka belajar dari kesilapan serta kebangkitan orang lain.

Hot seat yang diundang di dalam program saya adalah sebagai inspirasi kepada mereka yang mahu ambil inspirasi. Jika anda tidak terangsang dengan kejayaan orang lain, anda belum tentu mampu terangsangkan diri anda untuk berjaya sendiri.

Bahagia melihat orang lain bahagia serta model kejayaan orang lain adalah salah satu formula kejayaan saya. Saya mungkin tidak tahu details bagaimana Bill Gates, Richard Branson atau Mark Zuckerberg berjaya tetapi duduk bersama melihat mereka sahaja pun akan buat saya terinspirasi untuk membina kejayaan saya Insya Allah apatah lagi mendengar kisah mereka gunakan duit mereka untuk bangunkan kawasan solok di Afrika Selatan sejak beberapa tahun ini dan telah habiskan berbillion dollar untuk kebajikan. Jika mereka tidak kaya, anda rasa mereka akan mempunyai kemampuan yang lebih?

Kita jangan jadi manusia yang hanya pandai komen dan caci serta mencari masalah bila orang lain buat sesuatu perkara yang bermanfaat kepada orang lain. Lebih baik anda tanya diri anda, selain dari mencaci, mengutuk, mengumpat menambah dosa, apa agaknya perkara yang anda boleh bantu atau buat untuk menambah pahala serta beri manfaat kepada orang lain.

Tapi jika anda pilih untuk teruskan “berkongsi pahala” anda dengan mengumpat mengutuk orang lain, pastikan anda ada cukup akaun pahala diakhirat kelak.

Hidup ini sangat simple formula yang diberikan oleh Rasulullah saw, saya pegang maksud hadis Nabi saw yang menyebut, sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada ramai orang lain.

Memberi manfaat tidak semestinya percuma. Cikgu di sekolah mengajar anak murid, dia dibayar gaji bukan? Tetapi dia tetap beri manfaat. Polis bantu orang ramai, dia dibayar gaji dari cukai yang saya juga ada bayar. Dia beri manfaat bukan? Anda bekerja di pejabat, adakah anda membantu pejabat anda buat sesuatu? Atau anda hanya sibuk main game guna komputer pejabat anda dan terima gaji yang bercampur dengan dosa untuk beli makanan bagi anak anda makan?

Di sebabkan saya pernah gagal dalam perniagaan saya sebelum tahun 2001 dan tidak ada sesiapa yang telah berjaya bangsa saya sendiri yang mahu mengajar saya bagaimana membina perniagaan, maka sebab itu saya pernah berjanji yang satu hari nanti saya mahu kongsikan ilmu dan pengalaman saya samada percuma atau tidak itu terpulang kepada saya kerana itu proses perjalanan jatuh bangun saya. Tahun lepas 140,000 orang hadir seminar percuma saya. Syarikat kami sebagai training provider membelanjakan lebih RM10 juta untuk anjurkan seminar-seminar ini percuma. Tahun ni saya dah tak buat free dah. Sebab saya tunggu anda yang mengutuk usaha kami ini untuk cuba buat pula anjurkan seminar free untuk anak bangsa anda. Kami bukan kerajaan. Kami lakukan usaha ini sendirian. Jatuh bangun perjalanan hidup saya tidak dilalui dengan mudah serta percuma.

Seminar Hidup Luar Biasa 2015 yang akan dianjurkan bulan hadapan bukanlah sesuatu yang saya nak buat pada asalnya. Pergi 8 lokasi setiap hujung minggu pelbagai tempat dan yuran RM30 seorang (Bila daftar 3 orang) siap diberi buku baru kami “21 Formula Hidup Luar Biasa” berharga RM45.90 (Hanya untuk 1,000 pendaftaran pertama dan hadir). Dengan berdiri berkongsi ilmu beberapa jam. Ia bukan usaha yang mudah. Ia tidak cukup pun untuk cover kos penganjuran program ini.

Air liur ini Allah swt berikan kepada saya untuk saya gunakan kongsikan ilmu tentang bisnes dan bagaimana membina kewangan kepada mereka
yang mahu ubah hidup mereka serta mencari jalan bagaimana meningkatkan tahap kewangan mereka. Man Jadda Wa Jada. Siapa usaha atau bertindak, dialah yang dapat. Kalau tak nak bertindak, jangan salahkan orang lain apatah lagi guru. Jika rasa dah berjaya, pergilah bantu orang lain pula.

Bagi anda yang masih tidak pernah hadir ke kelas saya, saya tidak ada masa untuk ke tempat yang lain dari 8 lokasi yang ada tersebut. Jika anda komited mahu ubah hidup anda, anda pasti komited hijrah atau bergerak untuk hadir ke mana-mana lokasi tersebut untuk berjumpa dengan saya secara Live Insya Allah. Ini peluang-peluang yang akan semakin kurang sedikit masa lagi.

Layari www.HidupLuarBiasa.com dan pastikan hadir nanti. Jika apa yang saya kongsikan semuanya tidak bermanfaat, anda tidak rugi apa pun. Tetapi what if, jika apa yang saya kongsikan nanti Insya Allah benar-benar membuka mata dan fikiran anda tentang bagaimana untuk memperbaiki hidup dan kewangan anda?

Tidakkah anda mahu tahu apakah potensi diri dan kewangan anda yang sebenar?

Jangan biarkan diri anda terus dibelenggu ikatan keyakinan serta kepercayaan diri yang tidak membantu kejayaan anda!

Ramai orang sekeliling kita akan tepuk tangan bila kita belum berjaya dan akan sakit hati bila kita berjaya.

Itu lumrah sikap manusia yang pengalah/ loser. Mereka tidak mampu buat apa yang kita buat, sebab itu mereka sakit hati dan mahukan perhatian.

Kita? Lebih baik kita bina hidup luar biasa mencari kejayaan dunia dan akhirat Insya Allah.

Layari www.HidupLuarBiasa.com

‪#‎HidupLuarBiasa‬

‪#‎AzizanOsman‬

 
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start