Baru mula berniaga? 3 Cara Untuk Terus Hasilkan Jualan Sepanjang Tahun Selepas Aidilfitri.

oleh Team Richworks pada 13 June 2018

Siapa dari anda usahawan yang kencang buat duit di musim perayaan?  Tak dinafikan, musim raya adalah musim buat duit untuk sesetengah perniagaan seperti perniagaan kuih raya, perniagaan melibatkan baju raya seperti baju kurung dan baju melayu, perniagaan servis cuci rumah dan banyak lagi.

Cabaran lain pula, bila musim perayaan ramai usahawan baru nak up mula muncul dalam pasaran.  Ada yang sanggup ambil cuti tanpa gaji selama sebulan demi nak berniaga di musim raya. Semua nak rebut peluang ke atas permintaan yang tinggi bila tiba musim ini.  Selalunya akan berlaku dua situasi di mana, usahawan musim raya ini akan terus kekal dalam perniagaan atau selepas raya mereka akan kembali kepada kehidupan asal mereka, dan tidak lagi berniaga.

Kami pernah jumpa peserta yang hadir ke program kami, yang hanya berniaga biskut raya pada bulan raya.  Perniagaannya, hanya beroperasi selama 4 bulan setahun di mana, 2 bulan diperlukan untuk menyediakan biskut-biskut rayanya dan 2 bulan lagi untuk buat marketing dan sales.  Lagi 8 bulan?  Dia tak berniaga. Itu pun beliau dah boleh buat hasil jualan mencecah RM2juta setahun.

Soalan yang kami tanya kepada beliau, kenapa stop?  Kenapa tak berniaga selama 8 bulan lagi? Kalau dalam masa 4 bulan boleh buat RM2 juta, bayangkan berapa banyak dia boleh buat kalau berniaga sepanjang setahun? Jawapan yang beliau berikan ialah “kerana tak ada permintaan selepas dan sebelum musim raya..”

Inilah tanggapan salah yang ada pada peniaga musim raya!

Ada 3 cara yang perniaga bermusim perlu tahu untuk teruskan berniaga sepanjang tahun dan bukan bergantung kepada musim raya sahaja.

1) Cipta Permintaan

Usahawan musim raya selalu fikir, barang atau produk mereka hanya boleh dijual dan ada permintaan hanya pada musim raya.  Mereka tak sedar, dengan marketing yang betul, mereka boleh cipta permintaan.  Jenama terkenal seperti Famous Amos, hanya berasal dari dapur rumah pemiliknya Wally Amos.  Pada asalnya, Wally Amos yang juga merupakan agen kepada selebriti terkenal, membuka perniagaannya hanya kepada orang berada dan pada musim tertentu terutamanya ketika Christmas, tapi kemudiannya beliau mula mencipta produk yang lebih murah dan mudah didapati oleh orang ramai. Beliau mencipta permintaan dengan menghasilkan biskut yang beraroma – setiap kali orang lalu di gerainya, pasti akan ‘Terpaksa’ berhenti dan beli sesuatu.

2) Tawaran Tempah Awal

Kesilapan usahawan musim raya ialah mereka ada mentaliti bahawa orang ramai akan mula berminat nak dapatkan produk atau perkhidmatan mereka bila dah dekat tibanya musim raya.  Sebelum musim raya tiba, susah nak buat bisnes.  Anda kena stopkan pemikiran seperti ini. Puan Afiza, pemilik Arwana Perhentian Resort di Pulau Perhentian pernah bertanya kepada Dr Azizan Osman tentang apa yang perlu beliau buat bila musim tengkujuh tiba kerana tidak ada pelancong tempatan dan luar negara yang akan buat tempahan dan menginap di resort mereka. Bisnes percutian juga adalah bisnes berasaskan musim tapi itu semua bukanlah satu sebab untuk tak buat apa-apa.

Dr Azizan Osman memberikan cadangan kepada beliau untuk membuka tawaran tempahan awal di mana ketika musim tengkujuh, pelancong boleh membuat tempahan bilik pada musim tersebut dan mendapat diskaun harga walaupun mereka akan melancong pada musim bukan tengkujuh.  Cara ini juga digunakan oleh Air Asia di mana mereka memberikan tawaran harga murah untuk mereka yang terbang di luar musim perayaan atau musim cuti dan mereka buka tempahan awal bila di luar musim  pada harga yang lebih rendah.

3) Buat event dan sesi preview

Usahawan perlu kreatif untuk cari jalan macam mana nak buat supaya sales masuk setiap hari. Kalau anda seorang pemerhati, kenapa sepanjang tahun ada saja Baby Expo, Wedding Expo, Furniture Expo dan segala benda tu?  Sebab ianya adalah cara untuk create awareness, dan untuk pastikan ada sales masuk sentiasa.  Contohnya bisnes berkaitan perkahwinan adalah satu bisnes bermusim, takkan nak tunggu cuti sekolah tiba baru nak cari pelanggan dan buat promosi.  Dengan adanya Ekspo Perkahwinan bakal pengantin yang mungkin akan berkahwin hujung tahun dah boleh mula buat tempahan.  Peniaga dah mula ambil yuran tempahan (booking fee) dari mereka.

Tak perlu tunggu cuti sekolah baru nak buat promosi pakej kahwin segala. Plan lebih awal dan buat marketing lebih awal. Seorang anak didik Dr Azizan Osman yang terlibat dalam industri ini, sentiasa mengadakan sesi preview di butik pengantinnya. Sesi preview ini beliau buat bergabung dengan rakan-rakan dalam bisnes katering, andaman, fesyen pengantin dan lain-lain.  Dengan cara ini, setiap kali sesi preview diadakan beliau dah boleh buat sales sehingga ratus ribu dan jadual untuk musim cuti sekolah beliau dah padat dengan tempahan orang ramai.

Tak kira apa bisnes pun, anda pasti boleh berniaga sepanjang tahun asalkan anda kreatif dalam membuat marketing.  Bila anda stop buat pemasaran, itu tandanya bisnes anda susah nak sampai ke tahun hadapan.

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Pemasaran Bisnes, Tip Perniagaan
 

Ruangan Komen

Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start