Usahawan Perlu Jadi Pemimpin – Kalau Tak Bisnes Anda Akan Karam!

oleh Team Richworks pada 08 July 2017

Setiap orang ada sifat-sifat kepimpinan yang tertentu. Dan selalunya mereka yang ada ciri-ciri kepimpinan ini mempunyai kebolehan dan berpengetahuan dalam pelbagai perkara. Mereka ini akan dipilih dan akan tergolong di kalangan pemimpin-pemimpin yang berwibawa. Dalam bekerja, mereka boleh lakukan pelbagai pekerjaan. Dalam bisnes, mereka mampu mengemudikan bahtera bisnes sebaiknya.  Tanpa alasan dan rungutan.

Apabila berada di dalam sesebuah organisasi, anda sebagai ketua sepatutnya  mampu untuk mengendalikan pekerja-pekerja di samping pikul tanggungjawab yang lebih besar. Anda adalah orang kepercayaan di dalam sesebuah syarikat. Pekerja anda tak akan dengar arahan dari orang lain melainkan arahan tersebut datang daripada anda sendiri. Apabila pekerja anda mempercayai anda, anda pula haruslah jalan kan tugas anda untuk membina mereka pula. Bukan menjatuhkan mereka.

Anda sebagai bos atau ketua perlu ingat, tanpa pekerja anda akan gagal. Sebab mereka yang membantu anda capai matlamat. Walau apa pun, anda harus bergerak seiring dengan pekerja anda. Dalam masa yang sama, anda juga jangan biarkan mereka pijak kepala!

Kepimpinan yang terbaik untuk anda contohi, tak lain dan tak bukan Nabi Muhammad SAW. Baginda merupakan seorang pemimpin yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan menepati kriteria terbaik. Tidak boleh disangkal lagi, baginda memimpin beribu-ribu orang semasa berperang dan juga di dalam urusan agama dan dakwah. Seperti yang kita tahu, baginda seorang pemimpin yang terbuka dan tidak menolak pendapat orang lain.

Sebagai contoh semasa perang Khandak, umat Islam menggali parit untuk melindungi Madinah dan idea ini datang dari sahabat Baginda iaitu Salman Al-Farisi. Baginda tidak was-was kepada idea yang dilontarkan oleh sahabatnya. Dan akhirnya tindakan menggali parit tersebut membawa kemenangan kepada kaum muslimin. Hikmahnya, sebagai pemimpin anda harus bersifat terbuka dan sentiasa mendengar pendapat orang di sekeliling anda.

Selain dari itu, seperti yang kita tahu Baginda mempunyai 4 sifat yang terpuji. Antara 4 ciri-ciri utama yang ada pada diri Rasullulah sebagai seorang pemimpin ialah beliau bersifat Siddiq (benar dan jujur), amanah, tabligh (menyampaikan wahyu, perkara-perkara yang menggembirakan tanpa menyembunyikan apa-apa), fatanah (cerdik, pintar dan bijaksana dalam melakukan sesuatu perkara).

Terdapat juga ciri-ciri sampingan yang menjadi tonggak kepada kepimpinan baginda seperti:

  • Tidak pernah berdebat tanpa tujuan
  • Mempunyai teknik menjual yang unik
  • Sentiasa melakarkan senyuman
  • Sentiasa berlaku jujur
  • Tidak pernah bersumpah palsu
  • Bersikap lemah lembut
  • Tidak pernah niat untuk mengejar harta semata-mata
  • Fasih di dalam tutur kata
  • Membenarkan yang halal, dan menolak yang haram

Terdapat banyak lagi ciri-ciri pemimpin yang anda boleh dapati di dalam kisah Nabi Muhammad SAW.  Contohi dan teladani lah Nabi Muhammad SAW. Pasti anda akan menjadi seorang pemimpin yang sentiasa didoakan segala kebaikan buat anda. Semoga anda berjaya!

—————-

Master Your Business (MYB) – satu program yang direka khas untuk bantu peniaga membina bisnes dengan penuh sistem dan struktur yang kuat di bawah pengurusan yang kaya dengan ciri-ciri ‘leadership’ terbaik.  Tanpa ‘leadership’, anda ibarat mengemudi bahtera tanpa tahu arah tujuan, tanpa tahu bagaimana nak mengemudikan.  Silap-silap bisnes anda boleh karam di tengah lautan. Layari www.platinum.azizanosman.com/myb/

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Motivasi dan Inspirasi, Video
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start