“Ustaz, saya masih gagal membeli kebahagiaan…” – Ini Jawapannya

oleh Azizan Osman pada 18 April 2017

usatz-hlb-email-header

“Ustaz saya masih gagal membeli kebahagiaan,” kata Tuan Haji dengan mata yang tampak berkaca-kaca. Beliau menyambung, “Saya punya anak lima orang, tetapi kami sudah enam tahun tidak cukup ‘korum’ beraya…”

Saya maklum anak kedua keluarga ini, Ikram sudah lama tidak pulang menjenguk keluarga. Masalah keluarga, kata isteri Tuan Haji. Ikram merajuk apabila teruk dimarahi ayahnya kerana gagal menghabiskan pelajaran di London.

What do you think I should do Ustaz? What does our religion say about this matter?

“Apa kata Tuan Haji gandakan sedekah? Sebab yang saya faham dari nasihat Rasul, sedekah ni ibarat formula mujarab untuk apa jua masalah. Ia perisai harta, penyembuh penyakit, menghindarkan masalah dan penenang hati…”

Tuan Haji mengangguk setuju. Perkara pertama yang dilakukannya ialah membantu anak setinggan sekitar kediaman. Hampir semua anak yang menduduki peperiksaan penting dihantar tuisyen. Beliau yang membiayai yurannya.

Akhirnya jawapan dari Tuhan tiba. Pagi raya ketiga tahun berikutnya, tidak semena-mena isteri Tuan Haji menelefon saya, “Ustaz wajib datang beraya rumah saya hari ini! Ikram dah balik semalam. Saya ingin sekali Ustaz berkenalan dengannya…”

Dari suaranya itu, saya pasti ia adalah suara kegembiraan seorang ibu yang sudah tujuh tahun menghilang. Petangnya ketika bersembang dengan Tuan Haji, saya dapat rasakan ‘puzzle‘ kebahagiaan yang telah lama menghilang kembali menjelma.

Kata Tuan Haji “Alhamdulillah, semalam saya tidur paling nyenyak. Tujuh tahun Ustaz, something missing dari isteri saya. Semalam saya melihatnya semula. Dia kembali menjadi ibu rumahtangga ini. Kopi khas Sabah yang selama ini tidak pernah dibancuh, semalam saya dapat merasainya semula. Saya tahu Ikram sejak kecil sukakan kopi itu…”

Begitulah pembaca budiman, kisah luarbiasa bagaimana salah satu formula buku “25 Formula Hidup Luar Biasa” menunjukkan keajaibannya, Insya Allah. Anda pasti akan terinspirasi dengan pelbagai kisah-kisah luarbiasa yang akan membantu anda menjawab semua persoalan hidup yang selama ini menghantui anda di dalam buku ini.

Selain itu, Insya Allah buku ini juga boleh bantu anda dalam menyelesaikan masalah:

1. Masalah kewangan

2. Masalah perhubungan

3. Masalah hati & jiwa

4. Masalah kesihatan

5. Masalah kejayaan

6. Masalah keberkatan hidup

stu89946-98af2fff-3343-468a-8afd-5faff5693ccc-v2

Buku ini umpama ‘kamus’ yang bakal membongkarkan satu demi satu formula dan rahsia bagaimana anda boleh memiliki kehidupan yang terbaik di dunia dan akhirat dengan tranformasikan diri menjadi seorang ‘manusia luarbiasa,’ Insya Allah.

Untuk ketahui panduan bagaimana anda boleh menjadi manusia luarbiasa, anda boleh layari di laman web ini www.hidupluarbiasa.com.

P/s: Untuk makluman, kami juga ada menyediakan TAWARAN ISTIMEWA khas untuk anda dan ianya adalah TERHAD! Cepat-cepat layari laman web ini www.hidupluarbiasa.com.

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Motivasi dan Inspirasi
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2016 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start