Video – Platform Paling ‘In’ Untuk Bina Bisnes Anda

oleh Team Richworks pada 07 November 2017

Sekarang adalah zaman video. Zaman ‘live’. Zaman di mana orang suka nak lihat tutorial, lihat anda umpama face-to-face, dan dengar bebelan anda dengan penuh riak muka dan gaya. Mereka rasa lebih dekat.

Rugi tersangat rugi jika anda tak manfaatkan platform video yang masih percuma ini untuk tarik pelanggan dan bina bisnes anda!

Sebagai contoh, jika anda seorang artis solek, anda boleh buat tutorial pelbagai looks yang best untuk kumpul followers dan fan. Kumpul dulu followers dan tukar mereka jadi pelanggan ataupun referral.

Jika anda adalah penjual sabun pencuci, buatlah video mencuci lantai paling kotor dalam masa singkat. Bagi orang nampak apa yang anda jual. Tapi jangan menjual. Kongsi. Share. Anda nak bagi orang nampak apa yang anda jual, anda kena share. Educate mereka.

Anda cuma perlu;

  1. Konsisten buat video – Setiap hari atau setiap minggu. Mula-mula memang tak ramai tapi nanti mesti bertambah.
  2. Berikan input yang sesuai dan bertepatan – Jika ada jadual mingguan atau harian lagi baik.
  3. Pilih waktu yang sesuai – Jangan bervideo masa orang sedap tidur! Siapa nak tengok? Lagi-lagi kalau ‘live’.
  4. Buat contest atau giveaway – Like, share dan menang. Ramai yang buat dan hasilnya? Boom followers!
  5. Tentukan kesesuaian durasi. Jika video biasa, pendek-pendek 3-5 minit saja sudah cukup. Jika ‘live’, jangan terlalu lama sampai orang bosan. Sesuaikan dengan intipati video dan target prospek anda.

Banyak lagi sebenarnya tentang video jika nak ditulis. Tapi cuba dulu yang ini. Lihat hasilnya dan jangan lupa kongsikan.

Lagi mengenai artikel: Blog, Tip Pemasaran Bisnes
 

Ruangan Komen

  • Percuma! Dapatkan 50 Idea Pemasaran Luarbiasa Disini

  • Maklumat Anda Selamat Bersama Kami.

  • Post Terkini
  • Sertai Alumni Dr. Azizan Osman (Facebook)
  • Kategori
Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.
Open Chat
1
Close chat
Hello! Thanks for visiting us. Please press Start button to chat with our support :)

Start