Saya percaya- Setiap kita tidak dijamin ke syurga, melainkan kita berusaha buat apa yang perlu untuk dapat rahmat Allah swt untuk jalan ke syurga…
Begitulah juga dalam dunia bisnes.
Semua bisnes tidak ada jaminan akan berjaya melainkan seseorang berusaha untuk buat apa yang perlu untuk berjaya dan terus berjaya.
Dalam dunia bisnes, jatuh bangun itu proses biasa.
Tak semua orang mampu naikkan bisnes. Tak semua orang boleh bertahan.
Dan tak semua orang boleh bangkit semula selepas jatuh.
Bila kita lihat sesuatu bisnes naik dan naik, jangan hanya tengok hasilnya.
Cuba faham apa yang mereka buat di sebalik tabir.
- Apa keputusan yang mereka ambil?
- Apa disiplin yang mereka pegang?
- Apa pengorbanan yang mereka lalui sehingga membawa kepada pertumbuhan itu?
Begitu juga bila kita lihat sebuah bisnes yang nampak kukuh tiba-tiba jatuh.
Hakikatnya, kebanyakan kejatuhan tidak berlaku secara tiba-tiba.
Selalunya ada petanda yang tidak disedari, masalah yang tidak diselesaikan, keputusan yang tersilap atau perubahan pasaran yang tidak diambil tindakan.
Ada banyak perkara yang orang luar tidak nampak, tetapi banyak perkara yang kita boleh pelajari.
Dan bila ada yang jatuh lalu bangkit semula, di situlah antara pelajaran paling berharga dalam dunia perniagaan.
Kerana untuk bangkit semula memerlukan keberanian, ketahanan, kerendahan hati untuk belajar semula dan kesediaan untuk berubah.
Satu perkara yang saya sentiasa ingatkan diri sendiri…
Semua perniagaan akhirnya boleh gagal.
Sebab itu tugas kita setiap hari bukan sekadar mengejar keuntungan.
Tugas kita adalah memastikan perniagaan terus relevan, terus memberi manfaat dan terus mencipta nilai yang lebih besar kepada pelanggan.
Selagi produk, servis dan penyelesaian yang kita tawarkan memberi manfaat kepada orang lain, selagi itulah perniagaan kita mempunyai sebab untuk terus wujud.
Pada hari kita berhenti memberi nilai, berhenti berinovasi atau berhenti memahami pelanggan, itulah saat perniagaan mula kehilangan manfaatnya.
Pada hari kita stop learning, itulah hari kita akan stop growing…
Kejayaan dalam bisnes bukan tentang tidak pernah jatuh.
Kejayaan adalah apabila kita terus belajar, terus menyesuaikan diri, terus memberi nilai dan terus bergerak ke hadapan walau apa pun cabaran yang datang.
Itulah juga take away terbesar saya balik dari Shenzhen Business Trip belajar dari syarikat2 China yang doing billions hari ini dari Oppo, BYD, Sangfor, Haidilao, Labubu (Popmart), Miniso dan banyak lagi…
— Datuk Wira Dr Azizan Osman
If life is difficult and painful now, without action nothing will change