Alhamdulillah, semalam berpeluang menyantuni hampir 200 orang anak-anak yatim sempena 10 Muharram, di samping beramah mesra dengan Yang Berbahagia TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam.
Turut bersama guru yang saya hormati, Habib Alwi Idrus Elydrus dari Jakarta.
10 Muharram mengingatkan kita bahawa rezeki dan kejayaan bukan hanya diukur pada apa yang kita miliki, tetapi juga pada sejauh mana kita berkongsi dan memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.
Semoga Allah SWT menerima setiap amal, memberkati usaha semua pihak yang menjayakan majlis ini, dan terus mengurniakan kekuatan kepada kita untuk menjadi insan yang lebih banyak memberi daripada menerima. Insya-Allah.
DW