Hari ini, syarikat ini kembali berada di landasan untuk memecahkan jualan RM100 juta. Kenapa?
Tujuh belas tahun lalu, Dr. Kartika (“Dr. Kay”) dan Dr. Syid mengasaskan Eskayvie. Hari ini ramai melihat sebuah jenama yang berjaya. Apa yang ramai tidak tahu ialah betapa hampirnya syarikat ini untuk tidak lagi wujud.
Hujung tahun 2016, selepas pernah mencatat jualan melebihi RM50 juta setahun, jualan Eskayvie merosot sehingga sekitar RM2 juta. Seperti ramai founder lain dalam keadaan sebegitu, mereka hampir membuat keputusan untuk menutup syarikat.
Ketika itulah, team yang masih kekal bersama “memaksa” Dr. K hadir ke program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) anjuran Richworks pada November 2016. Beliau hadir dengan penuh rendah diri, fikiran yang terbuka dan kesediaan untuk dibimbing.
Antara perkara pertama yang saya katakan kepada beliau ialah, “You should be doing at least RM50 million in sales every year.” Ketika itu mungkin kedengaran mustahil. Namun Dr. K memilih untuk percaya, mengubah strategi, menyusun semula hala tuju syarikat dan, yang paling penting, terus melaksanakan.
Selebihnya adalah sejarah.
Tahun berikutnya, jualan meningkat semula melepasi RM20 juta. Kemudian melepasi RM30 juta, kembali melebihi RM50 juta, dan akhirnya pernah mencecah lebih RM100 juta ketika pandemik. Seperti banyak syarikat lain, Eskayvie turut melalui cabaran selepas pandemik. Namun hari ini, mereka kembali berada di landasan untuk memecahkan angka RM100 juta sekali lagi.
Ramai melihat ini sebagai “overnight success”. Saya pula menyaksikan sendiri perjalanan selama hampir 11 tahun yang penuh dengan cabaran, keputusan-keputusan sukar, disiplin, ketabahan dan proses memperbaiki diri tanpa henti.
Apa yang paling saya hormati tentang Dr. K bukan sekadar ketabahannya. Tetapi sehingga hari ini, selepas 11 tahun, beliau masih memilih untuk dibimbing. Kejayaan tidak pernah membuatkan beliau merasakan dirinya sudah tahu segala-galanya.
Setiap kali berdepan cabaran, beliau akan mendapatkan pandangan. Beliau bertanya, mencari kepastian, mendengar dengan teliti dan kemudian terus bertindak. Itulah antara sebab utama beliau terus berkembang sebagai seorang Business Leader dan Eskayvie terus berkembang sebagai sebuah syarikat.
Ramai founder hanya mencari bimbingan ketika sedang menghadapi masalah. Dr. K pula terus mendapatkan bimbingan walaupun selepas membina semula sebuah syarikat bernilai lebih RM100 juta. Itulah bezanya seorang yang benar-benar komited untuk terus belajar dan bertambah baik.
Selamat Hari Lahir, Dr. K. Saya mendoakan semoga Allah SWT terus mengurniakan kesihatan, keberkatan, kebijaksanaan dan kejayaan yang lebih besar buat Dr. K. Semoga Eskayvie terus berkembang ke seluruh ASEAN dan menjadi inspirasi kepada lebih ramai usahawan.
Bukan senang nak senang. Bukan susah nak terus susah. Kebanyakan founder yang gagal bukan kerana mereka tiada potensi. Bukan juga kerana mereka tiada harapan. Tetapi pada satu ketika, mereka sudah tidak nampak jalan. Atau lebih menyedihkan, mereka memilih untuk berputus harapan.
Dr. K memilih jalan yang berbeza. Selama 11 tahun, beliau tidak pernah berhenti belajar. Tidak pernah berhenti memperbaiki diri. Dan tidak pernah berhenti memilih untuk dibimbing.
Ingat. Satu keputusan yang benar-benar menjamin kegagalan hanyalah apabila kita memilih untuk GIVE UP.
Datuk Wira