Dan saya boleh katakan, *the struggle is real.*
Pagi ini saya mengendalikan sesi tertutup, Private Group Business Coaching (PGC), bersama lebih 30 orang usahawan terpilih yang mengusahakan bisnes dengan jualan antara RM500,000 hingga melebihi RM10 juta setahun.
Ramai daripada mereka ialah Alumni RichWorks yang pernah saya bimbing sebelum ini. Namun, sebahagian daripada mereka kini sedang melalui fasa yang mencabar. Itulah realiti perniagaan. Ada masa kita berkembang, ada masa kita bertahan dan ada masa kita perlu membina semula.
Saya mendengar satu demi satu cabaran yang sedang mereka hadapi dalam perniagaan hari ini.
Ada yang sales semakin perlahan. Ada yang kos operasi terus meningkat. Ada yang berdepan masalah cash flow, team yang tidak perform, marketing yang tidak lagi menghasilkan keputusan seperti dahulu dan customer yang semakin berhati-hati untuk berbelanja.
Ada juga bisnes yang pernah berada pada tahap yang sangat baik, tetapi hari ini sedang berjuang untuk bertahan dan membina semula momentum.
Selepas lebih dua dekad membimbing usahawan, saya belajar satu perkara. Struggle tidak semestinya bermaksud bisnes sudah tiada harapan.
Kadang-kadang masalahnya bukan kerana founder kurang bekerja. Mereka sudah bekerja keras. Tetapi bekerja lebih keras menggunakan strategi yang sudah tidak lagi relevan hanya akan membuatkan kita semakin penat tanpa menghasilkan perubahan.
Apa yang membawa kita ke tahap sebelum ini belum tentu mampu membawa kita ke tahap seterusnya.
Pasaran sudah berubah. Customer sudah berubah. Cara orang membeli sudah berubah. Competition semakin agresif. Founder juga perlu berubah, daripada cara berfikir, memimpin dan mengurus kewangan sehinggalah kepada cara membina strategi pertumbuhan.
Jika bisnes anda juga sedang melalui fasa yang mencabar, ini antara langkah yang saya cadangkan:
1. Lihat nombor sebenar seperti sales, margin, cash flow, hutang, komitmen dan kos operasi. Jangan membuat keputusan berdasarkan perasaan.
2. Kenal pasti satu atau dua masalah terbesar yang sedang menekan bisnes. Jangan cuba menyelesaikan semuanya serentak.
3. Lindungi cash flow. Hentikan kebocoran dan utamakan aktiviti yang boleh menghasilkan jualan serta tunai dalam tempoh terdekat.
4. Bercakap semula dengan customer. Fahami apa yang benar-benar mereka perlukan dan sanggup bayar dalam keadaan semasa.
5. Semak semula offer, harga, mesej dan strategi marketing. Apabila pasaran berubah, cara kita menjual juga mesti berubah.
6. Buat keputusan yang sudah terlalu lama ditangguhkan. Kadang-kadang kita sebenarnya tahu apa yang perlu dilakukan, tetapi takut untuk melakukannya.
7. Jangan berjuang seorang diri. Dapatkan pandangan, bimbingan dan accountability daripada mereka yang berpengalaman melalui cabaran yang sama.
Saya berdoa agar sesi dua hari ini bukan sekadar memberikan semangat, tetapi membantu setiap founder mendapatkan kejelasan, membuat keputusan yang lebih tepat dan menemukan jalan untuk kembali bangkit.
*The struggle is real. Tetapi selagi kita masih sanggup melihat realiti, belajar, berubah dan bertindak, jalan itu masih ada.*
Jika anda merasakan bisnes anda sedang berada dalam fasa yang mencabar, jangan tunggu sehingga keadaan menjadi lebih sukar.
Jika anda sedang membina perniagaan dan berdepan cabaran tertentu. Saya dan team RichWorks nak bantu anda untuk lebih jelas dan tahu keadaan sebenar perniagaan melalui laporan percuma – Business Diagnostic Report (BDR) khas buat anda.
Kenal pasti di mana tahap perniagaan anda, melihat gap atau ‘kelemahan’ yang ada menyebabkan perniagaan berdepan cabaran berkenaan. Klik butang di bawah ini sekarang.
Datuk Wira