BILA SALES NAIK, TIDAK SEMESTINYA BISNES SUDAH BERSEDIA UNTUK GROW

Saya nak ceritakan tentang seorang kakak. Saya beri nama beliau Kak Liza, bukan nama sebenar.

Dulu Kak Liza pernah menjadi Titan. Beliau mengusahakan bisnes taska dan tadika. Sebelum dibimbing, jualan bisnesnya di bawah RM1 juta setahun. Dalam tempoh lebih kurang setahun dibimbing, jualannya meningkat sehingga RM3.8 juta setahun.

Kemudian suaminya berkata, “Sudahlah tu. Jualan dah naik tinggi daripada sebelum ini. Tak perlulah belajar lagi.”

Kak Liza pun berhenti.

Saya tidak ada masalah kalau Kak Liza mahu berhenti. Itu pilihannya. Tetapi saya tahu keputusan itu akan menjadi masalah kepadanya.

Kenapa?

Sebab Kak Liza tidak pernah menguruskan bisnes pada tahap jualan RM3.8 juta setahun.

Selama ini, beliau, staf dan guru-gurunya hanya biasa menguruskan jumlah pelajar, ibu bapa, operasi dan cabaran pada tahap jualan di bawah RM1 juta setahun.

Apabila jualan meningkat kepada RM3.8 juta, marketing menjadi lebih agresif, pelajar bertambah, ibu bapa bertambah dan cawangan juga bertambah.

Tetapi kapasiti team tidak dibina seiring dengan pertumbuhan tersebut.

Proses masih seperti bisnes RM1 juta. Struktur organisasi masih seperti bisnes RM1 juta. Kemampuan staf masih pada tahap bisnes RM1 juta. Sedangkan beban kerja dan tanggungjawab sudah hampir empat kali ganda.

Semua orang mula rasa overwhelmed. Staf dan guru rasa terlalu banyak kerja. Kak Liza pula tidak tahu bahawa pada tahap itu, beliau perlu membina kapasiti team, memperkemaskan proses dan merancang jawatan-jawatan baharu untuk menyokong pertumbuhan.

Long story short, hampir separuh stafnya berhenti.

Kak Liza tidak tahu bagaimana hendak mengendalikan keadaan tersebut. Suaminya pula hanya menyalahkannya.

“Dah pernah belajar, kenapa masih tak boleh handle?”

Apabila staf tidak cukup, pelajar tidak dapat diuruskan dengan baik. Ibu bapa mula tidak berpuas hati dan memindahkan anak-anak mereka ke tempat lain.

Akhirnya, jualan Kak Liza jatuh menjunam.

Dan suaminya menyalahkan saya.

Tetapi itu bukan pointnya.

Pointnya ialah setiap tahap perniagaan memerlukan kefahaman, kemahiran dan cara pelaksanaan yang berbeza.

Apa yang membawa bisnes daripada RM1 juta kepada RM3.8 juta tidak semestinya mampu mengekalkannya pada RM3.8 juta. Untuk kekal dan berkembang pada tahap itu, Founder perlu membina kapasiti sebelum pertumbuhan mengatasi kemampuan organisasi.

Apabila jualan bertambah, jangan hanya tambah marketing. Tanyakan juga:

Adakah team saya mampu mengendalikan pertambahan pelanggan?

Adakah proses operasi kami masih berkesan pada skala ini?

Apakah jawatan baharu yang perlu diwujudkan?

Siapakah yang akan menjaga kualiti apabila Founder tidak boleh lagi memantau semuanya sendiri?

Apakah yang boleh berlaku jika jualan meningkat dua atau tiga kali ganda dalam masa yang singkat?

Growth tanpa capacity bukanlah pertumbuhan yang sihat. Ia boleh menjadi beban yang akhirnya merosakkan bisnes dari dalam.

Kita tidak belajar perkara yang sama di Darjah 1, Tingkatan 1 dan Tahun 1 universiti. Begitu juga dalam perniagaan. Setiap kali bisnes naik ke tahap baharu, Founder juga perlu meningkatkan ilmu, kepimpinan dan keupayaannya ke tahap yang baharu.

Mungkin ada yang boleh relate dengan apa yang saya cuba sampaikan. Jika belum, saya doakan semoga Allah SWT memberikan kefahaman.

Kerana kefahaman itu juga satu rezeki.

Sebab itu RichWorks berbeza. Kami bukan sekadar mengajar. Kami membimbing dan bersama-sama membawa seseorang melalui perjalanan perniagaan daripada satu tahap ke satu tahap yang seterusnya.

Unless anda sendiri yang memilih untuk berhenti atau give up.

Datuk Wira Dr. Azizan Osman

Jika anda sedang membina perniagaan dan berdepan cabaran tertentu. Saya dan team RichWorks nak bantu anda untuk lebih jelas dan tahu keadaan sebenar perniagaan melalui laporan percuma – Business Diagnostic Report (BDR) khas buat anda.

Kenal pasti di mana tahap perniagaan anda, melihat gap atau ‘kelemahan’ yang ada menyebabkan perniagaan berdepan cabaran berkenaan. Klik butang di bawah ini sekarang.

Add comment: