Wahai usahawan dan pemilik bisnes,
Kadang-kadang kita terlalu sibuk mengejar destinasi seterusnya sehingga terlupa satu perkara yang sangat manusiawi, iaitu melihat semula sejauh mana kita sebenarnya sudah bergerak.
Pemilik bisnes yang dulu cari pelanggan pertama mungkin hari ini sudah mempunyai ribuan pelanggan. Dulu nak capai RM10,000, hari ini mungkin dah berada pada tahap RM100,000 mahupun RM1 juta. Dulu semua perkara dibuat sendiri, hari ini sudah ada team yang bersama-sama memikul tanggungjawab.
Tetapi peliknya, semakin banyak yang dicapai, semakin mudah kita rasa masih belum cukup.
Kita melihat orang yang sudah berada pada tahap RM1 juta, ketika kita baru capai RM10,000 mahupun RM30,000 setahun. Kita melihat organisasi yang mempunyai puluhan pekerja ketika team kita baru 9 orang. Akhirnya, pencapaian yang sepatutnya membuat kita bersyukur mula terasa kecil kerana mata kita sentiasa melihat apa yang masih belum dimiliki.
Saya nak kongsi tentang satu konsep yang pemilik bisnes perlu faham dengan betul, iaitu Gain vs Gap.
Gain ialah apabila kita melihat sejauh mana kita sudah bergerak daripada tempat kita bermula. Gap pula ialah apabila kita melihat jarak antara kedudukan kita hari ini dengan destinasi yang mahu dicapai.
Kedua-duanya penting, kalau kita hanya melihat gap, kita boleh menjadi terlalu keras terhadap diri sendiri kerana apa sahaja pencapaian terasa tidak pernah cukup. Tetapi kalau kita hanya melihat gain, kita juga boleh menjadi terlalu selesa dengan kejayaan yang sudah dicapai sehingga tidak lagi melihat apa yang masih perlu diperbaiki.
Sebab itu usahwan perlu belajar melihat kedua-duanya pada masa yang sama. Saya sendiri menggunakan perjalanan kesihatan sendiri sebagai contoh. Apabila saya melihat semula kedudukan pada Januari dan membandingkannya dengan hari ini, ada perubahan yang jelas pada berat badan, body fat dan tahap kesihatan. Itu ialah gain.
Saya perlu acknowledge progress itu namun saya juga mempunyai gambaran tentang tahap kecergasan yang mahu dicapai selepas ini. Apabila dibandingkan dengan keadaan hari ini, masih ada gap pada body fat, muscle tone, strength, pemakanan, jadual latihan dan terutama sekali disiplin yang perlu saya perbaiki.
Dalam bisnes juga begitu, katakan dulu syarikat you buat RM10,000 sebulan dan hari ini sudah RM100,000 sebulan. Janganlah terus melihat RM10,000 sehingga RM100,000 itu seolah-olah tidak membawa apa-apa makna.
Lihat semula ‘manusia’ yang you terpaksa jadi, team yang berjaya dibina, kesilapan yang dilalui dan kemampuan yang tidak you miliki dulu. That is your Gain. Raikan, bersyukur dan acknowledge bahawa you sudah bergerak.
Selepas itu barulah kita melihat ke hadapan. Jika RM1 juta ialah destinasi seterusnya, what is the Gap?
Mungkin bukan sales. Mungkin leadership team belum cukup kuat atau struktur organisasi perlu berubah, sistem belum mampu menyokong pertumbuhan. Dan mungkin pemilik bisnes masih terlalu banyak berada dalam operasi.
Apabila gain dan gap sudah jelas, barulah kita boleh membina roadmap. Saya ibaratkan ia seperti membina rumah. Kita tak boleh membina rumah hanya berdasarkan gambaran yang ada dalam kepala. Kita perlu sketch, bina blueprint, padam apabila perlu, lukis semula dan melakukan adjustment apabila mendapat maklumat baharu.
Begitu juga dengan bisnes, destinasi besar perlu dipecahkan kepada milestone dan checkpoint supaya kita tahu sama ada tindakan hari ini benar-benar membawa kita semakin dekat atau sebenarnya sedang membawa kita ke simpang yang salah.
Ini kerana seseorang boleh bekerja sangat keras dan masih tersasar. Kalendar boleh penuh, meeting boleh banyak, dengan team boleh sangat sibuk dan projek boleh berjalan serentak.
Tetapi jika semua itu tidak mengecilkan gap antara kedudukan hari ini dengan destinasi yang mahu dicapai, kita sebenarnya hanya busy, bukan progressing.
Jadi hari ini, jangan hanya bertanya, “Berapa jauh lagi aku perlu pergi?”
Berhenti sekejap dan lihat juga, “Sejauh mana aku sudah pergi?”
Kemudian lihat ke hadapan dan tanya, “Apakah gap yang perlu aku tutup untuk menjadi orang yang mampu sampai ke destinasi seterusnya?”
Saya percaya kita memerlukan kedua-duanya. Gain memberi kita keyakinan bahawa kita mampu bergerak. Gap memberi kita kejelasan tentang apa yang perlu diperbaiki. Roadmap memastikan kita tidak tersasar sepanjang perjalanan.
Dan jangan sampai satu hari nanti kita terlalu selesa melihat gain sehingga merasakan kita sudah cukup. Kerana apabila seseorang mula merasakan dia sudah sampai dan tidak lagi melihat apa yang perlu diperbaiki, di situlah proses pertumbuhannya boleh mula berhenti.
Hargai Gain. Kenal pasti Gap. Kemudian pastikan setiap tindakan hari ini membawa you lebih dekat kepada siapa yang you mahu jadi esok. Jika you perlukan sokongan dalam perkembangan bisnes ketika ini, dapatkan sesi konsultasi percuma bersama team RichWorks. Komen GROW untuk kami bantu anda.
Datuk Wira
Jika anda sedang membina perniagaan dan berdepan cabaran tertentu. Saya dan team RichWorks nak bantu anda untuk lebih jelas dan tahu keadaan sebenar perniagaan melalui laporan percuma – Business Diagnostic Report (BDR) khas buat anda.
Kenal pasti di mana tahap perniagaan anda, melihat gap atau ‘kelemahan’ yang ada menyebabkan perniagaan berdepan cabaran berkenaan. Klik butang di bawah ini sekarang.