Elon membandingkannya dengan pembinaan sebuah cathedral. Mereka yang mula membinanya tahu bahawa mereka mungkin tidak akan hidup cukup lama untuk melihat bangunan itu siap. Tetapi mereka tetap membinanya. Mereka tetap memberikan masa, tenaga dan seluruh kehidupan mereka kepada sesuatu yang jauh lebih besar daripada diri mereka sendiri.
Mungkin mereka tidak sempat melihat hasil akhirnya. Tetapi kerana mereka memulakannya, generasi selepas mereka mempunyai sesuatu untuk diteruskan.
Dan selepas hampir 18 tahun saya berjuang membantu dan membina usahawan, saya semakin memahami perkara yang sama.
Misi saya bukan sekadar untuk saya sendiri melahirkan usahawan berjaya. Misi saya juga bukan untuk memastikan semua usahawan selama-lamanya bergantung kepada saya. Perjuangan ini tidak boleh berakhir apabila satu hari nanti saya sudah tidak ada.
Tugas saya adalah membina jalannya. Membina ilmu dan frameworknya. Membina sistem dan organisasinya. Membina barisan pemimpin, mentor dan pasukan yang benar-benar memahami perjuangan ini. Membina sebuah budaya yang akan terus melahirkan lebih ramai usahawan berjaya walaupun saya sudah tidak lagi berada di hadapan mereka.
Saya mungkin tidak sempat melihat semua impian ini tercapai. Saya mungkin tidak sempat bertemu dengan setiap usahawan yang akhirnya berjaya kerana perjuangan yang kita mulakan hari ini. Tetapi itu tidak mengapa.
Kerana perjuangan ini bukan hanya mengenai saya.
“Datuk Wira, sudah hampir 18 tahun Datuk Wira berjuang membina usahawan kita. Tetapi kalau satu hari nanti Datuk Wira sudah tidak ada, macam mana? Siapa yang akan teruskan perjuangan ini?”
Saya teringat satu cerita mengenai Elon Musk.
Seorang pekerja muda SpaceX pernah bertanya kepadanya, “What happens if we do not reach Mars in your lifetime?” Apa akan berlaku kalau impian membawa manusia ke Marikh tidak tercapai semasa Elon masih hidup?
Soalan itu membuatkan seluruh bilik diam. Kerana hampir segala-galanya yang dibina oleh SpaceX menuju kepada satu impian tersebut. Setiap roket yang meletup, setiap kegagalan yang mereka lalui, setiap malam yang tidak tidur dan setiap pengorbanan yang dibuat oleh ribuan manusia di SpaceX… semuanya untuk membawa manusia ke Marikh.
Tetapi bagaimana kalau Elon Musk meninggal dunia sebelum impian itu menjadi kenyataan?
Elon berhenti seketika sebelum menjawab bahawa matlamatnya bukanlah untuk dia sendiri sampai ke Marikh. Tugasnya adalah untuk membina segala infrastruktur yang diperlukan supaya perjalanan ke Marikh akhirnya menjadi sesuatu yang inevitable… sesuatu yang tetap akan berlaku walaupun dia sudah tidak ada.
Roketnya, kilangnya, teknologinya, pasukannya, sistemnya dan budayanya. Semuanya mesti dibina supaya misi itu boleh terus bergerak tanpa Elon Musk. Kerana jika kejayaan SpaceX masih bergantung kepada dia untuk terus hidup, bermakna dia sebenarnya sudah gagal.
The real mission is to build something that no longer needs its Founder.
Ia mengenai masa depan usahawan kita. Ia mengenai keluarga yang akan berubah kehidupannya. Ia mengenai lebih banyak peluang pekerjaan yang akan diwujudkan. Ia mengenai lebih banyak perniagaan tempatan yang akan berkembang, menjadi kuat dan akhirnya berdiri sama tinggi dengan syarikat-syarikat terbaik di dunia.
Jadi, siapa yang akan meneruskan perjuangan ini jika satu hari nanti saya sudah tidak ada?
Mereka yang pernah saya pimpin. Mereka yang pernah saya ajar. Mereka yang pernah berubah kerana ilmu ini. Pasukan dan pemimpin yang sedang kami bina. Dan setiap usahawan yang percaya bahawa kejayaan mereka bukan hanya untuk diri mereka sendiri, tetapi untuk membantu orang lain turut berjaya.
Saya fikir semua usahawan perlu bertanya soalan yang sama kepada diri mereka.
Adakah kita sedang membina sebuah perniagaan yang akhirnya akan terkubur bersama kita apabila kita sudah tidak ada?
Atau kita sedang membina sebuah perniagaan yang mempunyai pasukan, sistem, budaya dan kepimpinan yang membolehkannya terus hidup, terus berkembang dan menjadi lebih besar walaupun tanpa kita?
Kerana kejayaan sebenar seorang Founder bukan apabila bisnes itu tidak boleh bergerak tanpa dirinya.
Kejayaan sebenar seorang Founder adalah apabila apa yang dibinanya mampu terus berkembang dan memberi manfaat kepada lebih ramai manusia, lama selepas dia sudah tiada.
Datuk Wira
Jika anda sedang membina perniagaan dan berdepan cabaran tertentu. Saya dan team RichWorks nak bantu anda untuk lebih jelas dan tahu keadaan sebenar perniagaan melalui laporan percuma – Business Diagnostic Report (BDR) khas buat anda.
Kenal pasti di mana tahap perniagaan anda, melihat gap atau ‘kelemahan’ yang ada menyebabkan perniagaan berdepan cabaran berkenaan. Klik butang di bawah ini sekarang.