Tidak semua growth berlaku di dalam…

Seminar, meeting room atau di hadapan whiteboard.

Kadang-kadang, growth juga berlaku apabila kita keluar daripada rutin, turun ke court, berpeluh, ketawa dan membina hubungan yang lebih rapat sesama kita.

Hari ini, RCG dan saya menghimpunkan keluarga besar RichWorks melalui acara Court of Millionaires melibatkan Alumni RichWorks, SPIRE dan TITAN serta partners.

Memang banyak gelak daripada serius. Ada yang baru pertama kali pegang paddle, ada yang bermain macam dah nak masuk tournament dan ada juga yang datang semata-mata untuk memberikan sokongan.

Tetapi itulah tujuan sebenarnya, bukan sekadar untuk bermain pickleball.

Kita mahu membina sebuah komuniti usahawan yang bukan hanya bertemu apabila mahu belajar tentang bisnes, tetapi juga boleh bersukan, bergembira, connect dan grow together, insha-Allah.

Terima kasih kepada semua yang sanggup meluangkan masa untuk hadir. Ada yang datang dari sekitar Lembah Klang dan ada juga yang datang sejauh Sabah, Sarawak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Johor serta banyak lagi tempat.

Saya benar-benar menghargai usaha dan komitmen anda semua. Kehadiran anda yang menjadikan acara ini begitu meriah dan bermakna.

Terima kasih juga kepada seluruh team RCG dan semua pihak yang bekerja keras menjayakan Court of Millionaires ini.

Dalam bisnes, kita mungkin datang daripada industri, negeri dan latar belakang yang berbeza. Tetapi apabila berada dalam komuniti ini, kita berkongsi satu semangat yang sama, untuk terus belajar, membesar dan membawa orang lain berkembang bersama-sama.

Hari ini kita compete di atas court, esok kita kembali berjuang di medan bisnes.

Insha-Allah, kita akan buat lagi. Yang tidak sempat hadir kali ini, next round jangan lepaskan peluang.

Datuk Wira

Jika anda sedang membina perniagaan dan berdepan cabaran tertentu. Saya dan team RichWorks nak bantu anda untuk lebih jelas dan tahu keadaan sebenar perniagaan melalui laporan percuma – Business Diagnostic Report (BDR) khas buat anda.

Kenal pasti di mana tahap perniagaan anda, melihat gap atau ‘kelemahan’ yang ada menyebabkan perniagaan berdepan cabaran berkenaan. Klik butang di bawah ini sekarang.

Add comment: