Menunaikan ibadah umrah bersama labbaik travel

Semalam, saya berada di KLIA untuk menghantar 40 orang jemaah yang akan berangkat menunaikan ibadah umrah bersama Umrah Labbaik Travel.

Kebetulan, mak saya yang perlu menggunakan kerusi roda turut hadir untuk menghantar para jemaah.

“Bos besar turun… takkan bos kecil tak nak turun,” saya usik sambil bergurau.

Daripada 40 orang jemaah itu, lapan orang ialah kakitangan RichWorks Group yang telah lama berkhidmat dan bersama-sama membina perjalanan dalam RichWorks. Selebihnya terdiri daripada pasangan serta ahli keluarga mereka.

Alhamdulillah, tahun ini kami diberi kesempatan untuk menaja perjalanan umrah mereka sebagai tanda penghargaan atas kesetiaan, pengorbanan dan sumbangan yang telah dicurahkan selama ini.

Mungkin jumlahnya tidak seramai organisasi lain. Namun, inisiatif ini telah kami mulakan sejak awal penubuhan RichWorks. Ramai kakitangan senior kami sebelum ini juga telah diberikan peluang yang sama.

Bagi kami, menghargai kakitangan bukan sekadar melalui gaji, bonus atau kenaikan pangkat.

Ada waktunya, kita ingin memberikan sesuatu yang lebih bermakna, sesuatu yang bukan sahaja dapat mengubah kehidupan mereka, tetapi turut menyentuh hati dan jiwa.

Mereka telah berikan sebahagian daripada usia, masa, tenaga dan komitmen untuk membina RichWorks bersama-sama kami.

Ada yang telah bertahun-tahun berjuang, melalui susah dan senang, serta terus setia walaupun berdepan pelbagai cabaran.

Menaja perjalanan umrah ini mungkin kelihatan seperti satu pemberian kecil, tetapi bagi kami, maknanya sangat besar.

Inilah salah satu cara kami menyampaikan rasa terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan mereka. Semoga perjalanan ini menjadi kenangan yang indah, ibadah yang diterima dan titik permulaan kepada kehidupan yang lebih dekat dengan Allah SWT.

Semoga Allah mempermudahkan segala urusan mereka, mengurniakan umrah yang mabrur, menerima setiap doa dan ibadah, serta membawa mereka pulang dengan hati yang lebih tenang dan kehidupan yang lebih diberkati.

Selamat menjadi tetamu Allah bersama Labbaik Travel.

#DatukWira #RichWorks #RCG

Jika anda sedang membina perniagaan dan berdepan cabaran tertentu. Saya dan team RichWorks nak bantu anda untuk lebih jelas dan tahu keadaan sebenar perniagaan melalui laporan percuma – Business Diagnostic Report (BDR) khas buat anda.

Kenal pasti di mana tahap perniagaan anda, melihat gap atau ‘kelemahan’ yang ada menyebabkan perniagaan berdepan cabaran berkenaan. Klik butang di bawah ini sekarang.

Add comment: