JUALAN RM16 JUTA, TETAPI RUGI RM2 JUTA

KERAJAAN PERLU KAWAL SELIA KOS PLATFORM DEMI MELINDUNGI PMKS!

Bayangkan sebuah perniagaan mencatatkan jualan RM16 juta, tetapi akhirnya rugi RM2 juta.

Sales nampak besar. Transaksi banyak. Produk terjual. Tetapi keuntungan tidak ada.

Antara tekanan terbesarnya ialah kos platform yang terlalu tinggi. Komisen, transaction fee, advertising, promotional programme dan pelbagai caj lain terus mengecilkan margin.

Sebab itu saya selalu ingatkan, sales bukan keuntungan.

Apabila usahawan online terpaksa menanggung kos platform sehingga sekitar 20% hingga 25% daripada setiap transaksi, berapa sebenarnya yang masih tinggal selepas membayar kos produk, gaji pekerja, supplier, logistik, pemasaran, cukai, zakat dan kos operasi?

Saya bukan menentang platform e-dagang. Platform telah membuka peluang besar kepada PMKS untuk mendapatkan pelanggan dan mengembangkan pasaran.

Tetapi ekosistem ini mesti adil dan seimbang.

Platform tidak sepatutnya terus berkembang dan mencatatkan keuntungan besar sedangkan usahawan yang menggerakkan transaksi di dalamnya semakin sukar untuk bernafas.

Kerajaan wajib campur tangan dan mengawal selia struktur caj platform. Bukan hanya melindungi pengguna daripada scam atau produk yang tidak mematuhi piawaian, tetapi turut melindungi kelangsungan peniaga tempatan.

Lebih 96% perniagaan di Malaysia ialah PMKS. Apabila mereka tertekan atau terpaksa menutup perniagaan, kesannya bukan hanya kepada Founder. Pekerja, keluarga, supplier dan keseluruhan rantaian ekonomi turut menerima kesannya.

Wakil PMKS dan persatuan usahawan mesti dilibatkan dalam setiap sesi libat urus bersama pengendali platform.

Dengar sendiri suara mereka. Lihat sendiri angka dan keseluruhan kos yang mereka tanggung.

Kita mahu platform berkembang. Tetapi PMKS Malaysia juga mesti berkembang bersama.

Jangan sampai kita membina ekonomi digital yang besar dengan mengorbankan usahawan tempatan yang menggerakkannya.

#DatukWira #PMKS #UsahawanMalaysia #EkonomiDigital #ECommerce

Datuk Wira

tukarkan version bahasa inggeris :

Jika anda sedang membina perniagaan dan berdepan cabaran tertentu. Saya dan team RichWorks nak bantu anda untuk lebih jelas dan tahu keadaan sebenar perniagaan melalui laporan percuma – Business Diagnostic Report (BDR) khas buat anda.

Kenal pasti di mana tahap perniagaan anda, melihat gap atau ‘kelemahan’ yang ada menyebabkan perniagaan berdepan cabaran berkenaan. Klik butang di bawah ini sekarang.

Add comment: