Apakah perkara pertama yang terlintas di fikiran?
PROTON? Perodua? Petronas?
Ramai mengenali organisasi-organisasi besar yang pernah dikaitkan dengan Tan Sri Syed Zainal. Tetapi berapa ramai antara kita yang benar-benar tahu apa yang berlaku di sebalik tabir ketika beliau masuk dan memimpin organisasi-organisasi tersebut?
Saya dah mengenali Tan Sri lebih 13 tahun. Namun apabila saya duduk mendengar sendiri kisah-kisah beliau yang jarang dikongsikan, saya sedar sebenarnya banyak perkara yang saya terlepas hanya kerana tidak meluangkan lebih banyak masa untuk benar-benar belajar daripada beliau.
Kadang-kadang, ilmu dan wisdom yang kita cari sebenarnya sudah berada sangat dekat dengan kita. Tetapi kita terlalu sibuk dengan tanggungjawab sendiri sehingga terlupa untuk berhenti seketika, mendengar dan belajar daripada manusia yang berada di sekeliling kita.
Apa yang menarik perhatian saya, bukan semua keputusan besar bermula dalam boardroom.
Tan Sri turut berkongsi pelbagai kejadian yang mencuit hati dan tidak disangka-sangka, tetapi akhirnya mempengaruhi beberapa keputusan penting yang beliau buat.
Kami tergelak mendengarnya, tetapi di sebalik setiap cerita itu sebenarnya ada learning point tentang manusia, leadership dan realiti melakukan transformasi dalam sebuah organisasi.
Transformasi besar tak berlaku hanya melalui strategi dan presentation yang cantik. Ia memerlukan keberanian untuk melihat realiti sebenar, membuat keputusan yang sukar, membina semula team dan membawa seluruh organisasi bergerak menuju arah yang baharu.
Sepanjang perbualan kami, Datuk Jake Abdullah tekun menangkap intipati daripada pengalaman, passion dan falsafah kepimpinan Tan Sri.
Selepas hampir 30 tahun bekerja bersama ribuan usahawan dan business leaders, saya masih melihat diri saya sebagai seorang pelajar dalam leadership dan transformation. Sentiasa ada perspektif lain yang perlu kita fahami dan sentiasa ada tahap wisdom yang lebih tinggi untuk kita pelajari.
Tidak lama lagi, Tan Sri akan berkongsi lebih banyak kisah ini menerusi sebuah buku yang saya sendiri tidak sabar untuk baca dan dalami.
Dan melihat kepada perbualan kami tempoh hari, nampaknya Datuk Jake juga sedang mengambil peluang mengenali bakal tetamu podcast beliau yang seterusnya dengan lebih dekat!
Kerana di sebalik setiap transformasi besar sebuah organisasi, ada cerita yang layak untuk diceritakan dan pelajaran yang tidak sepatutnya hilang begitu saja.
#DatukWira #Leadership #BusinessTransformation #CorporateLeadership #LifelongLearning
Datuk Wira
Jika anda sedang membina perniagaan dan berdepan cabaran tertentu. Saya dan team RichWorks nak bantu anda untuk lebih jelas dan tahu keadaan sebenar perniagaan melalui laporan percuma – Business Diagnostic Report (BDR) khas buat anda.
Kenal pasti di mana tahap perniagaan anda, melihat gap atau ‘kelemahan’ yang ada menyebabkan perniagaan berdepan cabaran berkenaan. Klik butang di bawah ini sekarang.