I am going to miss him…

#HabibSyechAssegaff

Selepas beberapa hari bersama Habib sejak ketibaannya pada hari Jumaat, membawa dan menemani beliau ke beberapa Majlis Selawat, I know I am definitely going to miss these precious moments.

Semalam, saya diberi peluang yang sangat istimewa untuk drive Habib sendiri dari Melaka ke Shah Alam. Sepanjang perjalanan itu, saya mendengar pelbagai pengalaman beliau menyantuni para alim ulama dan orang-orang soleh, termasuk kisah bersama Abah Guru Sekumpul ketika hayatnya.

Alhamdulillah, bukan sahaja dapat mendengar begitu banyak kisah dan nasihat, saya turut menerima beberapa amalan daripada Habib dan berpeluang merakamkan beberapa selawat bersama beliau. Moments that money simply cannot buy.

Malam sebelumnya, saya membawa Habib ke Majlis Melaka Berselawat bersama lebih 15,000 orang. Malam tadi pula, kami meneruskan perjalanan ke Bangi untuk Darul Ehsan Berselawat. Melihat ribuan hati berhimpun, memuji Allah SWT dan berselawat kepada Rasulullah SAW bersama Habib adalah satu pengalaman yang sukar digambarkan dengan kata-kata.

Kadang-kadang Allah SWT menghadirkan seseorang dalam hidup kita hanya untuk beberapa ketika, tetapi kesan dan rasa yang ditinggalkan boleh kekal sangat lama.

Terima kasih, Habib, atas masa, nasihat, amalan dan kasih sayang yang diberikan. Semoga Allah SWT memelihara Habib, mengurniakan kesihatan dan umur yang panjang dalam keberkatan serta terus menjadikan Habib asbab jutaan hati semakin mencintai Rasulullah SAW.

Until we meet again, Habib. I am truly going to miss you.

#HabibSyechAssegaff #Selawat #MelakaBerselawat #DarulEhsanBerselawat #DatukWira #AzizanOsman

Jika anda sedang membina perniagaan dan berdepan cabaran tertentu. Saya dan team RichWorks nak bantu anda untuk lebih jelas dan tahu keadaan sebenar perniagaan melalui laporan percuma – Business Diagnostic Report (BDR) khas buat anda.

Kenal pasti di mana tahap perniagaan anda, melihat gap atau ‘kelemahan’ yang ada menyebabkan perniagaan berdepan cabaran berkenaan. Klik butang di bawah ini sekarang.

Add comment: