Kita kerja lebih kuat. Cuba macam-macam idea. Selesaikan satu masalah, datang pula masalah lain. Team jadi semakin keliru, priority asyik berubah dan akhirnya kita sendiri pun rasa penat nak fikir sebenarnya bisnes ni nak dibawa ke mana.
Itulah antara realiti yang Dr Shahawati Umar dan Muhammad Anas Mohd Bukhori, CA(M), hadapi bila mereka mula masuk bimbingan TITAN saya waktu pandemik.
Pada masa itu, Innovative sedang mengalami kerugian. Semua orang sibuk buat kerja dan handle operasi harian, tetapi strategic direction untuk masa depan belum cukup jelas.
Bila kita buat sesi 1-on-1, fokus saya bukan semata-mata nak baiki sales atau marketing. Saya nak mereka jelas dulu.
Siapa sebenarnya market kita? Apa differentiation Innovative? Apa yang kita nak bina? Dan dalam dua atau tiga tahun akan datang, Innovative perlu jadi apa?
Dr Shahawati ada kongsikan perjalanan mereka. Innovative bermula dengan sekitar 500 pelajar, kemudian naik ke 2,000 pelajar. Tetapi bila sampai tahap itu, mereka rasa macam stuck. Ada satu barrier yang mereka tak dapat tembus.
Jadi mereka kena baiki team, kepimpinan, marketing, sales dan sistem. Bukan satu benda sahaja.
Hari ini, IUC sedang menghampiri 5,000 pelajar. Team pula berkembang daripada 25 orang kepada sekitar 100 orang. Daripada hanya ada program diploma, sekarang sudah berkembang sehingga ke peringkat PhD.
Sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Innovative Holdings Group, saya memang bangga dengan Dr Shahawati, Anas dan seluruh pasukan IUC.
Sebab perubahan ini bukan berlaku kerana satu sesi atau satu idea. Ia perlukan kesediaan untuk belajar, ubah cara lama, buat keputusan yang sukar dan implement dengan konsisten.
Saya memang percaya pada pendidikan dan pembangunan diri. Tetapi bagi saya, pendidikan tak boleh sekadar teori atau dapat sijil sahaja.
Pendidikan mesti bagi direct value kepada kehidupan seseorang.
Pelajar yang masuk belajar mesti ada laluan untuk masuk kerja dan bina pengalaman. Sebab itu kita push work-based learning.
Executives dan managers pula perlu ada peluang untuk upgrade diri, naikkan capability, dapat pengiktirafan atas pengalaman mereka dan jadi lebih valuable kepada organisation.
Dan sekarang, kita sedang bawa IUC ke arah AI transformation. Bukan setakat digital. Kita mahu pelajar dan working professionals tahu cara gunakan AI untuk berfikir, buat keputusan dan execute kerja dengan lebih baik.
Cabaran seterusnya yang saya letakkan kepada IUC adalah untuk bergerak ke arah 1,000 pendaftaran pelajar setiap bulan.
Bukan sekadar nak kejar angka.
Tetapi supaya kita boleh bantu lebih ramai orang jadi lebih capable, lebih marketable dan lebih bersedia untuk masa depan.
Itulah pendidikan yang kita kena perjuangkan.
Jika anda sedang membina perniagaan dan berdepan cabaran tertentu. Saya dan team RichWorks nak bantu anda untuk lebih jelas dan tahu keadaan sebenar perniagaan melalui laporan percuma – Business Diagnostic Report (BDR) khas buat anda.
Kenal pasti di mana tahap perniagaan anda, melihat gap atau ‘kelemahan’ yang ada menyebabkan perniagaan berdepan cabaran berkenaan. Klik butang di bawah ini sekarang.