Astro TV Host – #InspirasiSeeNIBersamaDatukWira
Sharing real stories, insights and inspiration on entrepreneurship and leadership
Brief & idea.
A television programme exploring leadership, entrepreneurship, and the realities behind growth.
Season 1.
Conversations with founders and industry leaders navigating complexity and scale.
Borak SeeNi #10 - Rakan Strategik Membina Generasi Muslim
Bersama Ustazah Siti Khadijah Mohni, pengasas Hatimurni yang membina bukan sekadar pusat pembelajaran, tetapi one-stop centre untuk ibu bapa; tempat anak belajar, dibimbing dan dijaga dengan amanah.
Borak SeeNi #9 - Kesejahteraan Dalaman Untuk Kecantikan Luaran
Kalau rupa je boleh buat orang berjaya, ramai orang cantik dekat luar sana patutnya dah jadi founder besar.Mari kita selami realiti sebenar bersama dengan pengasas Noir, Madammu dan Tuan Azri.
Borak SeeNi #8 - Dari Anak Lahir Sebuah Harapan
Tak semua bisnes lahir kerana duit. Ada yang lahir kerana ‘misi’ untuk membantu anak sendiri. Ikuti perkongsian daripada pengasas Bartech iaitu Puan Adlinna dan Tuan Shah ini.
Borak SeeNi #7 - Jantung Anda Kepakaran Kami
Dr. Rahim, seorang doktor pakar jantung yang pernah berada di puncak kerjaya perubatan dan juga pernah tujuh kali gagal dalam bisnes ketika bekerja. Apa sebenarnya yang terjadi?
Borak SeeNi #6 - Dari Dapur Rumah Ke Dapur Kilang Borak
Sangup tak anda tinggalkan kerja yang ada gaji tetap, ada jaminan pendapatan dan ada kehidupan stabil untuk berniaga kek kecil-kecilan dan rumah seperti mamasab?
Borak SeeNi #5 - Peneraju Jenama Automotif Antarabangsa
Go Auto merupakan jenama tempatan yang menjadi peneraju jenama automotif antarabangsa. Dengarkan kisah hebat perjalanan bisnes ini bersama dengan pengasasnya sendiri, Tuan Haji Wan Ahmad Wan Omar.
Borak SeeNi #4 - Perabot Tempatan Kualiti Antarabangsa
Ku sangkakan perabot antarabangsa, rupanya dari negara sendiri! Memang luar biasa pencapaian Puan Laila ini dalam membangunkan jenama Ella Furniture.
Borak SeeNi #3 - Transformasi Pendidikan Demi Masa Depan
Kejayaan Cikgu Fana dan Cikgu Habib dalam mencetuskan pembaharuan dalam dunia pendidikan menerusi PPTI Online sememangnya tidak boleh disangkal lagi. Mari ikuti kisah inspirasi di sebalik perjalanan yang penuh liku ini.
Borak SeeNi #2 - Anak Mula Bercakap & Semakin Bijak
Tipulah kalau anak anda tidak kenal dengan jenama ‘MommyHana’ ini. Daripada kuasai pasaran tempatan, kini terus mencipta nama hingga ke peringkat antarabangsa. Ikuti kisah inspirasi di sebalik kejayaan ini bersama figura hebat dibelakangnya, Tuan Farid dan Puan Hana.
Borak SeeNi #1 - Di Sebalik Jenama Eskayvie
Eskayvie yang diasaskan oleh Dr. Kartika Wati Mohamed kini berkembang pesat sebagau jenama yang bukan sahaja menawarkan produk kesihatan, malah membawa misi memberi manfaat kepada masyarakat. Perjalanannya turut melahirkan puluhan ribu usahawan serta memperluaskan pasaran hingga ke Indonesia.
Season 2. [ Coming Soon - May 2026 ]
Returning with deeper dialogue, broader perspectives and new voices shaping the future of business.


